Followers

Friday, November 25, 2011

saya juga ada perasaan - fakri sharaani




SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya" .


“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik"


“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.


“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan motivasi yang lebih baik buat saya.


“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,”


fakri sharaani.
kosmo 25 november 2011.

aku rasa kebanyakkan kita faham apa yang fakri luahkan. aku tengok game dengan syria, dia rajin. berlari naik ke atas. berlari turun ke bawah bertahan. dan semestinya bolasepak itu bukan tentang berlari semata...


ps-dalam dunia ini orang akan cepat lupa dengan kebaikan yang kita buat. namun, orang akan sentiasa ingat benda buruk yang kita buat walau sekali..big heart fakri! good luck!

10 comments:

Chuu Muqhlis said...

aku dpt bygkn perasaan fakri tu, dah la kne berhadapan dgn semua org, dia pulak sorang2 kne blame

alien said...

mulut org mmg payah nak tutup.
ce try masuk padang cane.. kan..

apa pun mamat ni muda lagi, bole improve..no worry

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

setidak2nya dia dah buat yang terbaik.. org yg menngutuk atau mengata tuh biasa lah adat dunia.. bila buat baik takde org sedar pun.. tapi kalau dia buat jahat sejuta2 org mengutuk..

Senang cite tak usah layan mulut org.. pekak kan telinga.. cuba org yg mengutuk tuh pulak kena camtu.. bila dia dah cuba sedaya upaya dia.. orang lain pulak kutuk kerja yg dia buat tuh.. memanglah begang.. tapi cara terbaik abaikan mulut2 org nie.. biarkan sahaja dia bercakap.. nanti dah penat berhenti ler..

b.i.n.t.a.n.g said...

haha.. aiyoook. die ckp ngn kau tu.
tak paham lagi ke? hehe ;p

sindiketsulit said...

bila kat fesbuk ramai yg eja nama dia dgn ejaan yg tak sepatutnya...

terus akak hilang rasa nyampah kat fakri jadi meluat pulak dgn gelagat penyokong2 bola kita nih..

agak-agak laa...

Noor Fatin said...

bukan salah fakri. cuba kita pegi main tgk, ntah2 kalah teruk kot. haha..

||alis|| said...

fakri.. nasib bukan fahri.

haha. meraban juga.

emarieys said...

bula menang dipuji..bila kalah dikeji...haish...manusia manusia

deeya said...

cube suh orang yg kutuk turun maen .. sempot tak .. cakap pandai arrr

kueh bakar said...

chu..
team berpasukan lepas tu kena blame sorang-sorang memang ngeri.dia hanya punca tidak menang.mungkin..bukan punca kalah.

alien
ye.mulut suatu yang susah untuk ditutup.sendiri atau bukan sendiri.kan?

tcc
'pekakkan telinga' the best things to do...

bintang
paham. ngee.

kakwos.
aku pun kadang macam tu.mula2 kutuk org kaw2..tapi bila ramai kutuks jadi kesian pula..

'agak-agak la'.ya!

fatin
salah dia ada juga. ;P
tapi bukan total salah dia.

alis.
ko silap entri.ahaks.

mamaema
manusia..ye.gitulah.

deeya
yang kutuk tu kaki bangku..opss!