Followers

Tuesday, November 22, 2011

meraban tentang chenta

dalam cinta kadang kita tiada alasan untuk menyintai.
tapi kita tahu kita cinta
cinta bagi aku tidak perlu hendak difahamkan
bagi aku, cinta perlu dirasa.
tidak faham tiada dosanya.
tidak faham tidak mengapa.

cinta itu logik tapi..
cinta juga suatu yang kadang tidak logik
datangnya ia
kekalnya ia
perginya ia
mungkin kekal misteri

bagi aku
cinta dan suka itu berbeza. bagi kau juga bukan?
suka itu tanpa nafsu.
cinta itu bernafsu.
cinta itu ghairah.
cinta itu berahi.
cinta itu motivasi.
cinta itu imiginasi.
cinta itu rindu!
cinta itu seni.
cinta itu seks. semestinya.

sebab tu berkawin kerana cinta.
soal cinta datang dulu
atau cinta datang kemudian
tiada kiranya.

tapi sampai satu tahap yang lain.
cinta itu bukan seks pula.
misteri bukan?
biarkan ia kekal misteri
selama-lamanya.

cinta itu kadang memiliki
cinta itu kadang melepaskan pergi

kerana itu..
cinta juga air mata.
cinta juga sakit.pedih.pilu.
cinta itu semua rasa dalam satu.
jika tidak rasa semua, itu belum lagi cinta.
sangat belum.

ps-tidak mampu melelapkan mata pada malam ni. jadi meraban sambil menunggu mengantuk ada baiknya.haha.

7 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Wah kueh.. akak tgk dr pkl 7malam sampai pkl 9 ko tulis entri sampi 3 ekk.. 1 utk setiap jam hehehehe... semua jiwang lak tuh.. nape nie dik.. pesal nangis2 nie.. nak tisu?? ada sekotak atas meja nie..

Mood jiwang teringat kenangan silam?? jatuh cinta ke??

nana said...

tak sedia sakit,
tak sedia kecewa,
jangan berani bercinta.

tp mana boleh kalau cinta tu melepaskan pergi..tak boleh tak boleh!!

sindiketsulit said...

"sebab tu berkawin kerana cinta.
soal cinta datang dulu
atau cinta datang kemudian
tiada kiranya.

tapi sampai satu tahap yang lain.
cinta itu bukan seks pula.
misteri bukan?
biarkan ia kekal misteri
selama-lamanya."

tepat, padat dan sendat isi entry ko ni dik.

tahniah.

kyo_9 said...

30 hari mencari cinta..
adeehhh..

kueh bakar said...

apa kelas laki nangis pakai tisu. kitorang lengan je sapu.ahaks.

nana
oklah.
tak boleh!!
haha.

kakwos.
tepat.padat.sendat-ingatkan fasha sanda tadi.hahaha.

kyo
letak ler gambar bayak lagi dalam blog ko!

Chuu Muqhlis said...

pandai ko meraban haha., tp kdg2 cnta tu mmg pelik., knape kite ditemukan dgn seseorang, bercinta tp at last x de jodoh, berpisah., sakit kan klu cmtu..

kueh bakar said...

chu

tu ada temu
takde jodoh

knowing someone is good..aku rasa kalau manusia bertemu dan terus berjodoh, dunia tidak akan menarik...