Followers

Thursday, July 7, 2011

di mana saya jumpa jodoh saya -sebuah contest

salam...





"...ikan di laut...




garam di darat...




dalam kuali bertemu jua.."


aku mahu buat satu contest. sape-sape pun boleh masuk. kontestnya senang saje."di mana saya jumpa jodoh saya". buat entri pada blog kamu dan linkkan entri kontest ini..nanti aku akan linkkan balik blog yang masuk kontest.

hadiahnya simple saja.

1. top up rm 30 untuk johan
2. top up rm 20 untuk naib
3. top up rm 10 untuk ketiga (ei kedekutnya! ha ha ha!)


4. lighter dunhill special edition (hadiah baru!)



secara kasar tajuknya adalah " di mana saya jumpa jodoh saya". secara detailnya, tajuk boleh juga seperti ...

1. di mana saya jumpa boifren saya
2. di mana saya jumpa tunang saya
3. di mana saya jumpa dia
4. di mana saya jumpa x-saya
5. di mana saya jumpa isteri / suami saya
6. where i met your mother
7. di mana atok gua jumpa nenek gua
8. di mana anak aku jumpa menantu aku
9. di mana ayah jumpa mak
10. jodoh kawan saya
11. lain-lain

aku mengharapkan banyak penyertaan sebab jika ada 150 cerita aku akan bukukan kisah-kisah ini..setiap kisah akan dicetak pemiliknya atau blognya . setiap kisah yang masuk adalah hak milik korang tapi keuntungan jika ada dalam penjualan buku adalah hak aku.kerugian juga tentunya hak aku juga.ha ha ha! tapi komisen jual buku ada. royalti tak ada. ha ha ha.

aku berharap dengan mengumpul cerita-cerita 'di mana saya jumpa jodoh saya' akan memberi inspirasi kepada orang lain. aku yakin cerita-cerita akan menolak statemen 'biarlah jodoh datang dengan semulajadi". we must fight for it. kalau mahu kenyang mesti makan. kalau mahu kawin mesti mengorat..heh!

kontest bermula sekarang dan berakhir sebelum 1 ramadhan. jika banyak pernyertaan bolehlah aku sibukkan diri untuk menghasilkan buku sepanjang ramadhan.

kisah tidak semestinya 'true story'. kamu boleh merekanya..dan penyertaan tidak terhad pada satu. 5 penyertaan boleh. 50 penyertaan pun boleh. cuma aku yang akan pilih sendiri untuk memasukkan atau tidak memasukkannya ke dalam buku. boleh juga letak gambar cuma mungkin gambar aku takkan masukkan dalam buku.

panjang atau pendek aku tidak kisah. ikut suka kamu. jika kamu 'orgasm' dengan menulis panjang, ada juga yang 'orgasm' membacanya..sajak pun boleh. cuma kalau boleh jaga spelling.kalau bolehlah..tidak digalakkan shortform perkataan.

kepada bukan bloger juga boleh masuk.emailkan saje penyertaan pada aku.email aku kueh_bakar@yahoo.com . nanti aku akan copy-pastekan pada blog kedua aku untuk bacaan ramai.

jika kau seorang pembuat katun atau pengambil gambar juga boleh masuk..insyaallah aku akan print-out color. sebuah cerita tidak semestinya dengan perkataan. gambar juga punya cerita..

jika anda telah bercerai atau putus tunang atau putus hubungan. dan rasa mahu menulis tentang 'putus' tersebut daripada 'bertemu' dipersilakan. tajuknya

'bila jodoh telah tiada' atau apa-apa lah. aku percaya suatu yang sedih, jika ditulis, ia sebuah terapi dan melegakan. kata pemuzik," the deeper your heart broken, the greater song born".

segmen 'bila jodoh telah tiada' aku akan letak di bahagian 2 buku.. cerita tentang 'bila jodoh telah tiada' lebih punya pengajaran dan sempadan..jadi, selain kemanisan bertemu 'dia', buku ini akan punya satu sisi lain tentang perhubungan...tentang kehidupan...


jika buku 'ikan di laut..garam di darat..dalam kuali bertemu jua" part 1 suksess akan lagi kontest dan seterusnya buku part 2, part 3 dan seterusnya..hahaha.


nota kaki : kapten ko join lah. kakwos pun.penyu.yang lain pun.kita hidup di bumi yang sama, tapi 'di dunia' berbeza maka marilah berkongsi cerita..selamat menulis!

peserta contest, terima kasih ;

1. mimi dyana
2.tinie
3. ana farhana
4.ako@retna
5.kapten
6.pijapijot
7.tun teja
8.poyaty part 1
9.poyatypart2
10. poyatypart3
11. poyatypart4
12. poyatypart5 (finale)
13.mashi
14.tukang cuci cute part 1
15.tukang cuci cute part 2
16.tukang cuci cute part 3

17.tukang cuci cute part 4 (finale)
18. ungku nor part 1
19. ungku nor part 2
20. alis
21. farah ali
22.gadis
23.dhiabellanizam
24.pinkaholic

IKLAN - jodoh sejak itu


tengah taip...

23.kakwos

24.penyu biru

25.wan adawiyah

26.bucuk

27.nub

28.ghost writer

29.nora

30.emy

31.hs
32.erina

'jika tiada jodoh..kau buatlah macam mana pun...' hahaha. gambar dicilok dari telordibasuh.blogspot.com

55 comments:

sindiketsulit said...

menarek!
tapi aku malu nak cerita dik..
cemana?
boleh guna nama pena tak?
takmo guna nama kakwos?
ahahah!
tatahan.. terus feeling ada nama pena..

sindiketsulit said...

eh lupa,
kakwos sebarkan berita tentang contest nih ok?

Erina Asmawani said...

menarekk..akan join ;)

Anonymous said...

aku dah promot kat FB...

rasanya ada idea utk join. idea utk entri yg aku dah fikir sebelum ko bg tau ada contest ni. ubahsuai sikit jer

Mimi Dyana said...

due contest ni bila?

kueh bakar said...

kakwos..
malu? hahahaha.iklan ler.lagik ramai masuk lagik cerah peluang keluarkan buku...

mimi..
due contest sebelum 1 ramadhan

kap.
tq

erina
tq.

||alis|| said...

putus?

buat sebak jer... uhuks uhuks..

takpe, demi sebuah terapi. alis cuba dengan gigih untuk karang.

jap eh. tunggu.

kyo_9 said...

pergh..
mantap aa..
ak x jumpa lagi jodoh..
tunggu jer la buku yg bakal diterbitkan tuh.. leh belajar cara nk ngorat kot2 ada yg tulis ;)

youramoi said...

menarik, ade mase nnt pija join =)

TiNiE said...

dik dik dik...kakwos promot soh akak join kontes ko nih..tapi tapi tapi akak dah punya entry begini, kalau re-post aci?

TiNiE said...

dik,

http://nahartini.blogspot.com/

:))

Mimi Dyana said...

okay done.

http://three-65.blogspot.com/2011/07/di-mana-saya-jumpa-jodoh-saya.html

semangat tak aku?

Anonymous said...

aku punya done gak

PERMULAAN HARI RABU (12.00 tengah -schedule) entri tu keluar

Ukhtifarhana said...

saya join jugak..hahahaha...selamat membaca entry saya yang pertama kali panjang..hahaha...

http://syurgacintaa.blogspot.com/2011/07/di-mana-saya-jumpa-si-dia.html

Ako Retna said...

panjang nyaaaaaaa!!!!

penat baca syarat-syarat dia..
belum start tulih je dah rasa berpeluh ketiak nih p

Ako Retna said...

Dah join jugaaaa....!!

http://anakomak6.blogspot.com/2011/07/contest-di-mana-saya-jumpa-jodoh-saya.html

sindiketsulit said...

dik,
sebenarnya akak pun baru try buat (:
ko taip entry,
publish kemudian bila dah publish kan keluar message..

"Your blog post published successfully!

View Post
View Post in New Window

Need to change it?
Edit post | Create a new post"

Klik Edit post, kemudian tukar date yg kat bahagian bawah entry tu...
letak ler nak entry tu melekat sampai bila.
pastu publish skali lagi.
insyaallah menjadi.

satu lagi cara.
tak payah apdet blog.
mmng dok kat atas je la entry tuuu.
huauaha!

eh, satu lagi..
ada org tanya,
kalau private blog cemana?
boleh join ke?

sekian tima kasih.

Unknown said...

wah.. best gile..

TuN TeJa said...

nakkkk joinn...

Cik Puan Kocik said...

mcm best jew

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua terlambat ni

Lovely Emy said...

InsyaAllah kita masuk sebab macam best :) lgpun xramai yg tau camne kita jumpa pakwe kite, hehehe~

kueh bakar said...

heidi.teja.kamoo.brutalsolo.emy..

sila la join.

Far8 budak baik said...

x de kene ngan budak engineer pun
tgk ar mcm ner nnti =)
x janji

suria lekatlekit said...

gud luck pada contest kamu & peserta

Unknown said...

MB still mude tak jumpe jodoh lagik haha... sal segmen tu.. seram lucu pn bleh hehe. asal ade seramnye.

anumuchan said...

mcm menarik tp takde idea pulak mahu tulis ape..heee..

youramoi said...

dah post, tapi pendek jeeee.hehehhe

feel free to read =)

http://callmemanje.blogspot.com/2011/07/di-mana-saya-jumpa-boyfren-saya.html

vidadarisakura said...

aku baca entry ko ni ngam2 pasang lagu ning baizura dimana-dimana. hehe

Hidayati Farhan said...

dah join. tp byk siri taw. Nah. amik siri 1. tak menang xpe. tp nk masuk dalam buku. boleh? ahahahaha

http://marrakechmystery.blogspot.com/2011/07/love-journey-dimana-saya-jumpa-jodoh.html

Hidayati Farhan said...

Siri 2

http://marrakechmystery.blogspot.com/2011/07/love-journey-v2-dimana-saya-jumpa-jodoh.html

Hidayati Farhan said...

Gile, mesti org muntah bace cerita bersiri2 neh :P

http://marrakechmystery.blogspot.com/2011/07/love-journey-v3-dimana-saya-jumpa-jodoh.html

contengconteng said...

Salam. Buku dah siap dan saya sudah terima bayaran. Terima kasih. Nanti hantarkan butiran di bawah ke contengconteng@yahoo.com ye untuk saya poskan buku:-

Nama Penerima:
Alamat Pos:
No. Tel:

Far8 budak baik said...

nape tak update??

adie said...

laa..ko ade buat contest ker... sory baru tahu. err..aku segan aa nak citer.hehe...

nnt kalu ade dpt ilham,aku try karang ayat baik punyer.hehe

mashi said...

hah kat atas tuu tuu tuuuuuu...
kenapa nama saya atas sekali dalam list tengah taip...
ni yang nebes nih...

paling tatahan nama kak wos bawah sekali lak tu...
ini tidak adil!!!

:P

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

gua cuma layan baca malu gua nak cerita bab jodoh ni

mashi said...

done....

http://jiwahijau-mashi.blogspot.com/2011/07/cinta-tak-semestinya-macam-yang-kita.html

orgasm berganda2 lah karang..

p/s:polo blog ni sbab nak baca cerita orang:)

kueh bakar said...

brutal..

kemonnnn..haha

NaniRostam said...

salam...akak sibuk bakarkueh....maka tak dapat den nak nolong....insyallah panjang umur harap-harap tahun depan bueklah sebelum akak sibuk dok bakarkueh yo....insyallah dapek akak masuk pertandingan sensasi cenggini.

Nora Yusop said...

sy juga nak join contest ni. tpi terasa segan nak cite..

... said...

mcm bes..
nk join la...
tapi nk amik mase nk rangke cite dulu...hahah

patungcendana said...

aku sedang tunggu jodoh datang bergolek....hehe

lama tak dengar berita kau, kuehbakar...:-)

Hidayati Farhan said...

Finale dah. habis ponnn

http://marrakechmystery.blogspot.com/2011/07/love-journey-finale-di-mana-saya-jumpa.html

Ungku Nor said...

oo..ni la contestnya..hmm..segan mau stori kisah suka yg jadik duka..

duka pulak tu sampai sekarang dalam status complicated..hahaha

nanti la akak try recall balik kenangan lalu..muahss

Jard The Great said...

sori tak dpt join. =)

ghost said...

best gak ek...

nanti aku ngan joshua fikir-fikirkan okay.

Siti Farah ( Cik Pah) said...

http://duniamayafarah.blogspot.com/2011/07/lain-lain.html

Salamun'alaikum. Saya join juga...=) Terima kasih...=)

||alis|| said...

bakar berlauk.

sudah!

http://ladyalis.blogspot.com/2011/07/entry-contest-dimana-saya-jumpa-jodoh.html

:)

Unknown said...

sebenaqnya ceq ada terpikirkan sebuah cerita.. tapi rasanya x sempat nak dihantaq oleh sebab kekangan internet..mintak maaf banyak2 la naa.

mgkin kalu ada rezeki nanti 1 hari ceq antaq kat emel kalu cerita tu siap.tapi utk kontes mgkn x smpat.. =)

Nurul Ain said...

http://gadissathome.blogspot.com/2011/07/dimana-saya-jumpe-jodoh-saya.html

saya dah join contest ni..^_^

singgah-singgah ye...

Lelord said...

wow menarik ni

Khairiyah said...

boleh join lg ker?

... said...

karangn da cyap!!!
dihantar pda jam 11.20 mlm,31/7/11..
blom 1 ramadhan lagi tao..hehe
jom bace:)

http://bellamizam.blogspot.com/2011/07/contest-dimana-saya-jumpa-jodoh-saya.html

! ❤ PINKaholicx ❤ ! said...

done join !!

http://pinkaholicx.blogspot.com/2011/08/contest-di-mana-saya-jumpa-boyfriend.html