Followers

Thursday, June 27, 2013

Kelantan VS Kelab Johor Darul Takzim final piala FA 2013


Akhirnya, perlawanan akhir impian aku menjadi kenyataan sejak 2010. Walaupun sedikit cacat sebab Johor Darul Takzim bukan Johor f.a , sejarahnya ia Johor FC. Dan meletakkan 3 bintang di jersi adalah mengelirukan sejarah. Pasukan Kelantanlah yang mula-mula sekali letak bintang pada jersi. Bintang tu bermaksud menang Piala Malaysia. 


 Kalau kelab Itali, letak 1 bintang bermakna menang liga - Serie A sebanyak 10 kali. Ia dimulakan Juventus pada tahun 1958 setelah mereka menang 10 kali liga. Dan kini  Juventus ada 3 bintang, makanya telah menang liga lebih 30 kali. Kalau jersi negara, bintang menandakan jumlah menang Piala Dunia.



Kelantan letak 2 bintang sebab dah menang 2 kali Piala Malaysia. Johor menang 3 kali piala Malaysia sebab tu 'JDT' letak 3 bintang. Cuma aku tertanya-tanya bila Terengganu nak letak 1 bintang pada jersi dan bila Selangor nak letak 32 BINTANG!!! pada jersi dia! Ahaks - Selangor memang humble.

Aku harap jersi Terengganu akan berbelang macam Juventus dengan nombor warna kuning atau berkolar oren. Sekarang jersi Pahang away sangat lawa. Macam Juve. Terengganu harus cepat take over jersi hitam-puteh belang. Biar dikenali sebagai Juve Malaysia. Ahaks.

Aku rasa Kelantan menang pada kali ini.  Dan permusuhan final dua team ini akan disaksikan lagi beberapa tahun terdekat ini.

Aku berharap Orang Johor dan Kelantan janganlah berkumpul dekat RnR Seremban, Highway Plus - Ia idea yang sangat tak baik. Highway akan jadi jem gile. Berkumpullah di perkarangan stadium dari pagi pun takpe. Nak tidor sana pun buleh. Bawak khemah pun boleh. Tolong jangan berkumpul di RnR Seremban.

Saturday, June 22, 2013

Rumah Kontena


Harga rumah semakin hari semakin mahal. Orang bisness kecik macam aku tersangatlah susah nak buat loan rumah. Bila financial stabil dan track record yang baik dalam jangka masa lama baru boleh buat loan rumah. Adoi entah bila stabil tu.

Jadi, kena berangan nak dapatkan rumah mampu milik. Aku rasa rumah dari kontena sangat kool. Satu kontena dalam 4000 RM-9000 RM ikut saiz. Cuma kena cari tapak yang sesuai dan sewa murah-murah. Letrik tak ada masalah TNB boleh supply. Dan cari design yang cun-cun.

Kalau rumah mengadap pantai pun okey jugak. 



Bila tengok filem, banyak rumah kat Amerika buat dari kayu. Kat malaysia kalau rumah dari kayu bank tak boleh bagi loan, kena dari batu baru ada harga dan boleh buat penilaian harga. Pelik juga.

Cuma rumah kontena ni bilik air dia mustilah kecik sebab nak jimat space - dan aku sebenarnya suka untuk punya jakuzi dalam bilik air. Boleh mandi satu bejana dengan bini. Woha!

Thursday, June 20, 2013

Alangkah Indah


Sekarang dah pukul 336 pagi. Aku masih di kedai. Bila akhir semester memang jadi Batman sebab student memang jadi burung hantu siapkan kerja dan assigmen. Esok kena buka pukul 8 pagi. Adalah 2-3 jam untuk tidur. Time-time macam ni barulah muncul student lelaki. Ahaks.

Huh! Mengejar dunia.. Alangkah indah jika mengejar akhirat juga begini. Hu hu hu.

Perut rasa nak makan maggi goreng mamak pula.  Lapar.

Saturday, June 15, 2013

Now You See Me


Kita manusia selalu terpukau dengan magic. Magic adalah sesuatu yang mengagumkan mata dan menghiburkan hati. Rahsia, misteri dan magik itu saling berkait. Masa aku kecil dulu, selalu kagum dengan magic David Copperfield di kaca tv, sehinggalah dia datang ke Malaysia dan mahu menghilangkan Jambatan Pulau Pinang seperti mana dia menghilangkan State of Liberty. Anti klimaknya - "Jangan nak buat lawak bodoh" - Dr Mahathir tak bagi. Ahaks.

Bila aku tonton Now You See Me, ia sangat best sebab seolah aku sedang menonton dua dalam satu. Tonton filem dan tonton magik. Ia satu naskah yang 'tidak duduk diam'. Kita akan tertanya-tanya apakah scene seterusnya - Ia mendebarkan dan mengujakan adrenalin.

Ia mengisahkan 4 orang ahli silap mata muda yang berbakat yang dipanggil seorang misteri untuk melakukan magik besar-besaran, high profile dan eklusif, magik yang kali pertama seumpamanya dipersembahkan. Mereka-The Four Horsemen- telah melakukan rompakan bank dari luar bank - Dari sebuah pentas show di Amerika merompak bank di benua lain, di Perancis. Duit di bank Perancis lesap dan berterbangan ke tempat audien mereka pada waktu yang sama. Nama The Four Horsemen BooM! Bermula dari itu, seorang polis, Rhodes ditugaskan untuk menyelesaikan 'kes' tersebut dan dibantu oleh agen interpol dari Perancis dan peminat magik - Alma Dray.

Cerita akan lebih menarik dan berbelit jika ada pihak ketiga - dan Thaddeus, bekas ahli silap mata dan pakar dalam pembongkaran cara magik mengikuti dengan rapat aksi, tindakan dan cara fikir the four horsemen. Dia buat duit dengan itu, dan menawarkan bantuan kepada Rhodes melalui Alma pada mulanya. 

Rhodes sangat bengang dengan The Four Horsemen kerana dia telah dipermain-mainkan berkali-kali, dimalukan secara live di tv dan digugurkan daripada terus menyelesaikan kes. Dia berdendam dan nekad mahu menumbangkan The Four Horsemen.

Cerita ni plot dia tak kemas dan boleh dipertikaikan tapi kerana momentum misteri itu terlalu kuat kita abaikan kelemahannya. Aku teruja babak seterusnya!

The ending -  lihat tagline filem - "The closer you look, the less you'll see" - Jika dalam perjalanan cerita kau tekun 'kaji' dan study siapa-bila-apa-bagaimana-di mana. - kau telah tertewas dengan Now You See Me - to fool you. 

Mungkin ada sekuel kerana banyak unanswered.

Alma Dray dengan accentnya yang seksi - Seorang Perancis, maka tidak hairan - Aura cinta kota perancis melekat pada penduduknya. Vouloir amour et de romance!


Monday, June 10, 2013

Welcome Home Mr. Mourinho


I like this guy a lot - the self-proclaimed - the special One, the winner. Aku suka cara dia bawa team dia. Sejak Porto menang dengan Monaco hingga sekarang. Aku suka bola sepak dan aku suka qoutes. Kata-kata dia selalunya unik dan menarik walaupun maksudnya direct. Jose Mourinho adalah 'Usman Awang' dalam bolasepak. Tidak hairan journalist suka dia - His words - headlines and big story.

"I'm the happy one. Time flies. It looks like it was a couple of days ago but it was nine years ago and since then a lot of things have happened in my professional life. I have the same nature. I am the same person. I have the same heart. I have the same kind of emotions related to my passion for football and for my job.

"But of course I am a different person. In this moment if I have to describe myself, I describe myself as a very happy person and it is the first time I have arrived in a club where I already love the club. Because before I was arriving and I had to build emotional relations and I only know how to love the club after some time there. This time is a new kind of feeling because this is the first time I am arriving to a club and I love it. I love it already." 


 "kadang kita kena buat suatu yang berbeza, baru kita tahu rasa kita tetap sama"- kueh-

Saturday, June 8, 2013

de classic Penyu Biru


Setelah aku mengepos blook pada Penyu, dia mengepos kembali pada aku. Tshirt dan frigde magnet. Terkejut juga dengan klasiknya penyu. Terima kasih. Ahaks. Kepada yang belum dapat harap bersabar. Blook dah siap cuma aku belum pergi ambil dan akan mengepos dengan segera setelah itu.


Thursday, June 6, 2013

Tempat Jatuh Lagi Dikenang..

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain...

Cliche hari ini - Kemaafan adalah dendam yang terindah.

Tuesday, June 4, 2013

leg godt


Semasa aku 'menyelam' di kedai bundle, terjumpa satu baju yang menarik perhatian. Tengok tag kat leher baju bertulis 'Lego'. Tapi tulisan kat depan baju yang cantik itu - leg godt - Apa hal ni? Apa maksud leg godt? Leg = kaki. God = Tuhan. Godt = ???

Kerana was-was aku tak jadi beli baju RM 5 tu. Balik kedai, sambil-sambil baca bloglist terbaca blog 'dari kelate ke Copenhagen'. Ada dia cerita pasal Lego. Leg godt tu phase danish yang bermakna "play well". Ashitte!

Keesokkannya pergi balik ke kedai bundle yang jauhnya 30 minit jalan kampung. Baju t cantik telah tiada. Telah disambar orang. Ko lort dont faa bad!!! Tercarut aku dalam Danish.

"jodoh" terjadi jika - do the right thing with the right time- The right thing on the wrong time or the right time with the wrong thing - tiada jodoh. Fuh! Nasib bukan rezeki.

Saturday, June 1, 2013

fashion


Setelah tengok movie Japan, Ashita No Joe@ Joe's Tomorrow dan semalam tertonton Sebenarnya Saya Isteri Dia sebanyak 3 episod. Ya, terklik ketiga-tiga episod. Aku tersenyum sendiri. Fashion is crumbling and rolling. Fesyen macam roda, macam life circle.

Its nice to see Tomhisa Yamashita as Joe memakai seluar pada tahun 1960an sama macam Izzue Islam dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia - telemovie yang lemah plot - memakai seluar. Ia dilipat senteng. Masa zaman aku sekolah dulu zaman gq. Seluar sekolah ada lipat bawah. Kasut hitam bertali kena muncung tajam. Tali pinggang mesti besi warna chrome. Rambut musti snuk. Ahaks.

Pada masa tu juga aku ada dengar, seluar yang islamik ialah kaki seluar tinggi dari buku lali kaki. Serius memang terbayangkan fesyen macam izzue pakai sekarang dan seluar aladin atau seluar orang tabligh. Aku rasa ia kaki seluar yang smart and berfashion. 

And the trend setter lelaki terlejen malaysia bagi aku - Amy Search. Kalau orang lain pakai mesti kena gelak tapi bila Amy Search pakai - WOW! big WOW!

ps- Budak U cuti aku rasa nak menaip jer kerjanya.