Followers

Thursday, November 17, 2011

kaset

aku adalah budak hostel masa 1991-1995. ia adalah zaman kaset.masa-masa itu, menjadi penyanyi adalah lebih glemer dan gojes dari menjadi seorang pelakon.mungkin juga lebih kaya dan lebih evergreen. penyanyi boleh buat album. boleh muncul di tv. boleh buat konsert. boleh masuk juara lagu. sebab tulah, zaman itu ramai penyanyi jadik pelakon. ia satu tarikan kuat. walaupun amy search berlakon macam kayu di samping raja ema- still box office!


now, pelakon lebih kaya. penyanyi susah cari makan dengan wujudnya 'download', stesen radio yang terlalu banyak. lagu2 best, free dan senang didengari. komputer ada lagu. blog ada lagu. mengapa mahu membeli? dulu dubbing lagu dari kaset ori atau radio sedikit kualitinya ada lari.


dan pawagam yang banyak kini. stesen tv yang pelbagai untuk diisi slotnya.pelakon sekarang lebih ok dari penyanyi.


jika kita mendengar bola sepak, liga semi-pro pada waktu itu menerusi radio, ia sangat-sangatlah mendebarkan. mendengar itu lebih thrill dari melihat rupanya!! jantung dupdap dupdap, padahal bola berlegar-legar di tengah padang. ha ha ha.kena tipu hidup-hidup dengan intonasi pengulas!


membawa walkman ke hostel adalah satu kesalahan. ia akan dirampas jika dilihat guru atau warden atau pengawas jika ko seorang junior. gals lebih senang dari boys untuk 'menyorok'kan walkman kerana mereka pakai tudung(sekolah aku pompuan wajib bertudung). lelaki kena cari port yang sesuai. supaya boleh nampak 'tanda-tanda bahaya'.


'gooolllll!!!' kelas yang diam semasa prep malam [800-11malam ] akan bergema.haha. diikuti dengan larian-larian kecil kegembiraan. ataupun pergi menganjing kepada pelajar yang asal selangor kalau selangor kalah. asal perak kalau perak kalah. ahaks.


'oii monyet. diamlah nak study ni.' pompuan bengang.


'dummm!!!' tepuk meja.team kena bolos atau team kalah.huhu.


masa itu ada radio muzik. ia adalah sumber utama lagu2 hits yang diminta oleh pendengar. masa tu nak request lagu kena hantar surat rasanya. atau talipon rumah. aku tak pasti. yang pasti senarai lagu akan keluar dulu di dalam surat khabar. jadi boleh la agak bila lagu yang kita nak dubbing tu keluar. lepas lagu isabela lagu nigina.lepas nigina lagu greenday. haa macam tu la.


jadi. get ready la nak tekan butang 'rec' kat walkman. bila lagu setat jer dubbing la.


'arghhhhh!!!!' bila kala dj yang bertugas, bercakap masa lagu tengah di mainkan. atau lagu belum habis. jahanam proses dubbing. ia perlukan dilakukan di lain hari. bukan senang juga mendapat sebuah dubbing yang sempurna. haha.


jika kau anak orang kaya, ko boleh la beli kaset ori. tak payah dubbing2 ni. tapi still tak 'ong' sebab bukan semua lagu dalam kaset sedap. killer song banyak. killer album tak banyak. dan nak senang juga, pi kedai kaset - bagi senarai lagu dan dia tolong dubbingkan. bayar upah cetak rompak. ahaks.


setelah sebuah lagu itu habis dimainkan. kalau nak dengar balik lagu itu maka kena rev(undur). jadi kena guna pen. pusing-pusing kaset tu. kalo tekan 'rev' pun boleh tapi bateri cepat kong la. sangat membazir!!

jenis walkman yang glamer pada time tu ialah aiwa, panasonic,sanyo,dan terbaik sony. masa ni, kawan aku lobo ada dicsman. wah. tapi dics mahal dari kaset.maka, kurang sedap la kan..

**********************************************************
'zakiah. nah kaset.'
'kaset apa?'

'aku dubbing lagu.lagu2 best.untuk kau'
'oh!'

'lagu mr big ada?' zakiah tanya.
'ada'

'lagu zombie ada?'
'ada'

'lagu nigina ada?'
'ada.banyak lagi best-best.side a lagu melayu.side b lagu omputeh'

'wah best la.tq.tq'
[yes!yes!yes!-dalam hati]

ps-aku tidak pernah minta mak belikan walkman. jadi aku tiada pernah ada walkman..duk hostel, arwah mak aku bagi RM30 sebulan. nak kumpul duit beli juga tidak praktikel. tapi ramai kawan ada. dan mereka bagi juga pinjam dengan syarat bateri sendiri. ye. pinjam itu lebih praktikel..ahaks.

7 comments:

b.i.n.t.a.n.g said...

rindu zaman hostel dan walkman yg kna rampas. huhu

risanur said...

memang memori sungguh zaman itu...zmn skrg ni sudah lain..hanya buka notebook, seacrh lagu yang dicari, download dan mainkan....zmn dulu kena bersusah payah bagai...kenangan hanya tinggal kenangan...

||alis|| said...

sangat nostalgik :)

nak2 tang pusing guna pen. kaset pertama yg saya penah punyai dan terakhir dibeli guna elaun sekolah ialah dari penyanyi yg sama, amy mastura :)

TuN TeJa said...

Lagu Roxette ader???? Listern to ur heart...hehehe...mak aku mengamuk sbb potong rmbt cam roxette time tuh...hehehe...

kueh bakar said...

bintang,
kena rampas cikgu bagi balik tak? sekolah aku dia bagi balik tapi time nak balik cuti la..

risa
dulu 'susah' dalam banyak benda tapi masa ada. sekarang senang dalam banyak benda, tapi masa tidak cukup.pelik kan...

alis
pusing2 pen pun ada kemahirannya juga. terlebih pusing terlepas lagu faveret..ngeee.

teja
rozet takde. tapi lagu how do you do tu lagi best aku rasa..

fiezachommel said...

indahnya zaman sekolah dan hostel...tersengih aku baca tulisan ko ni....

Ain Sarah Khadijah said...

Ayah saya juga seorg nostalgik....dia masih menyimpan walkman hadiah sahabat baiknya safrul hafies sampai sekarang walau tidak digunakan lagi...walkaman sony warna biru yg kalis air...Terkadang perbezaan pendapat, ayah saya akan ingat balik hadiah itu bagi sejukkan hatinya.