Followers

Saturday, March 23, 2013

biografi syed mokhtar


tadi menyelam-nyelam di popular book store , angkat dua buku - Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary dan Mens Sana In Corpore Sano. Satu buku perjalanan seorang bilionaire dan satu buku politik. Biografi antara genre yang aku suka.. dan antara buku biografi yang aku beli dan baca - 

Seratus Manusia Paling Berpengaruh Di Bumi by Micheal H. Hart. Tony Fernadez - the story of air asia. Cerita Saya - Lim Goh Tong. Dare to be a champion - Lee Chong Wei. Dr Umum - Dr Mahathir. Mourinho - Further anatomy Of a Winner. Tapi buku Syed Mokhtar nipis je, sekejap je baca dah habis..





BIOGRAFI Syed Mokhtar - dia berkahwin pada umur 41 pada 1993. Woa..dengan sepupu,  Sharifah Zarah yang berumur 24 tahun. dan kini mempunyai 7 anak.

"saya berkahwin lewat, , ketika dalam usia 20an dan 30an, perkahwinan adalah perkara yang paling akhir dalam fikiran saya. Saya mempunyai komitmen keluarga dan mahu memberi tumpuan kepada perniagaan. Seorang wanita boleh mengganggu, dan saya kekal bersendirian sehinggalah berkahwin."

"ada sekeping gambar ketika dia berusia empat tahun yang saya suka dan saya membuat keputusan untuk menyimpannya. Saya tidak pernah menyangka yang suatu hari saya akan mengahwini gadis itu..." 

"pemilik Genting, Lim Goh Tong, yang ketika itu berumur akhir 80an, mendapat tahu saya tidak mampu mengambil bahagian yang diperuntukkan kepada saya itu. Saya masih muda ketika itu, dan dia menawarkan untuk membeli saham saya dengan harga 6 juta. Saya memang sangat-sangat perlukan duit tapi saya tidak mahu berkompromi. Sebaliknya saya serahkan bahagian saya itu kepada TNB, menjadikan ekuitinya meningkat kepada 20 %. Saya sebenarnya berharap Lim Goh Tong akan membantu saya mendapatkan pinjaman, bukannya membeli saya ".

"hari ini saya menjadi melayu terkaya disebabkan oleh syarikat-syarikat saya yang disenarai awam. Terdapat ramai lagi yang tidak diketahui, dan mungkin lebih kaya daripada saya..." 

ps- banyak betul buku cover warna hitam ek..

the face


Muka dia nampak 'penat' dan ada sesuatu. tapi try untuk senyum dan beraksi tiada apa-apa. 

Dalam mengejar sales aku rasa penat. aku rasa tertekan. Aku cuma berharap orang-orang yang rapat dengan aku memahami. Tangga-tangga awal menuju kestabilan dan seterusnya kesenangan tidak datang dengan mudah.

Aku mahu suksess ini kali.


Friday, March 15, 2013

bloglist gua


aku suka membaca. bloglist-bloglist aku panjang(yeke?). bloglist ni macam library. ia umpama buku-buku. Macam -macam cerita ada. Tapi bloglist-bloglist kini semakin slow updatenya. Sama la macam aku jarang-jarang menulis.Kekangan masa semestinya. 

Ada masa maka boleh membaca tapi ada masa belum tentu boleh menulis...

Blogwalking -  Bila blogwalking musti ada jumpa blog-blog yang best yang baru timbul.. tapi untuk jumpa blog best bukan senang. Banyak jumpa yang boring-boring dulu..

blog best - dari kacamata aku. ada blog best bagi orang, tak best bagi aku. Ada blog tak best bagi orang, best bagi aku - macam makanan kan. taste kita ada sama. ada lain. Sebab tu dipanggil manusia. :D

detik jantung waktu - blog yang menghuni tangga terbawah.  Antara blog terawal yang aku baca dan suka. ia hanya kisah peribadi. Susah mencari blog lelaki yang berdiari dan best. dia selalu update blog dipagi hari. jadi ia bacaan wajib seperti surat khabar. 

Yang best cerita dia panjang-panjang dan konsisten. Detik Jantung Waktu antara yang menghairahkan aku untuk berblog cuma ia mengambil masa panjang sebelum aku berblog pada 2008.

Trankuiliti Tronoh - pun aku suka.  entry 'Too Many Walls And Not Enough Bridges' sangat jujur.  Lelaki susah menulis tentang hati. Harap ada sambungannya nanti..

bloglist - ada yang aku tunggu-tunggu updatenya. ada yang biasa-biasa. dan kerana aku melayu, ada blog yang 'kita berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa'. 

my bloglist - dont stop writing. just dont..


"we read to know we are not alone" c.s lewis