Followers

Friday, November 25, 2011

saya juga ada perasaan - fakri sharaani




SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya" .


“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik"


“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.


“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan motivasi yang lebih baik buat saya.


“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,”


fakri sharaani.
kosmo 25 november 2011.

aku rasa kebanyakkan kita faham apa yang fakri luahkan. aku tengok game dengan syria, dia rajin. berlari naik ke atas. berlari turun ke bawah bertahan. dan semestinya bolasepak itu bukan tentang berlari semata...


ps-dalam dunia ini orang akan cepat lupa dengan kebaikan yang kita buat. namun, orang akan sentiasa ingat benda buruk yang kita buat walau sekali..big heart fakri! good luck!

Thursday, November 24, 2011

bola vs chenta

'bola itu bulat' vs cinta itu misteri

bola itu bulat.
maksudnya dalam bolasepak apa sahaja boleh berlaku. team kuat juga boleh kalah dengan team lemah.contohnya, sekali pun barcelona terus - menerus menyerang dan mengasak inter, sekali inter attack, terus gol. menyerang tidak semesti menang. bertahan tidak semesti kalah. bola itu bulat maka anythings can happen.its no surely..

cinta itu misteri.
ye ia satu misteri. jodoh itu rahsia Tuhan. sekali pun kau benar benci dengan orang itu pada mulanya, akhirnya orang itu juga peneman malam pertama! sekali pun kau sayang orang itu tiada taranya, akhirnya orang itu juga bukan peneman malam pertama. Sekali pun kau tidak pernah kenal, tidak pernah suka, tidak pernah sayang, akhirnya orang itu juga peneman malam pertama.dan yang bertuahnya kau sayang orang tu sangat-sangat dan orang itulah peneman malam pertama..misteri bukan?anythings can happen.its no surely..

ps- kesian aku tengok muka wan zack. macam kesal tak main sea games. melepas 30 ribu! baru ganjaran pertama tu! terganggu permainan dia, sebab dia antara tonggak skuad ong kim swee..pengumuman ganjaran sepatutnya lepas game syria.

Tuesday, November 22, 2011

meraban tentang chenta

dalam cinta kadang kita tiada alasan untuk menyintai.
tapi kita tahu kita cinta
cinta bagi aku tidak perlu hendak difahamkan
bagi aku, cinta perlu dirasa.
tidak faham tiada dosanya.
tidak faham tidak mengapa.

cinta itu logik tapi..
cinta juga suatu yang kadang tidak logik
datangnya ia
kekalnya ia
perginya ia
mungkin kekal misteri

bagi aku
cinta dan suka itu berbeza. bagi kau juga bukan?
suka itu tanpa nafsu.
cinta itu bernafsu.
cinta itu ghairah.
cinta itu berahi.
cinta itu motivasi.
cinta itu imiginasi.
cinta itu rindu!
cinta itu seni.
cinta itu seks. semestinya.

sebab tu berkawin kerana cinta.
soal cinta datang dulu
atau cinta datang kemudian
tiada kiranya.

tapi sampai satu tahap yang lain.
cinta itu bukan seks pula.
misteri bukan?
biarkan ia kekal misteri
selama-lamanya.

cinta itu kadang memiliki
cinta itu kadang melepaskan pergi

kerana itu..
cinta juga air mata.
cinta juga sakit.pedih.pilu.
cinta itu semua rasa dalam satu.
jika tidak rasa semua, itu belum lagi cinta.
sangat belum.

ps-tidak mampu melelapkan mata pada malam ni. jadi meraban sambil menunggu mengantuk ada baiknya.haha.

najwa

najwa ni mula-mula keluar bernama najwa muhyidin.sekarang jadi najwa muhiadin. dikatakan untuk mengelak daripada orang mengata dia anak kepada timbalan perdana menteri, atau takut ada 'berat sebelah' bila dia berada di mana-mana dalam muzik industri nanti sama ada pertandingan atau majlis penyampaian anugerah.

huk alos.

dalam dunia serba moden dan canggih seperti hari ini, mana boleh elak. silap-silap elak, lagi teruk impak buruknya.tambah-tambah lagi dalam industri muzik - penuh duga, noda dan pancaroba.punya musuh terang. punya musuh tak terang.juga musuh dalam selimut. gunting dalam lipatan..

lagi pun muka fotostat dari tpm. sama sebijik. mana mahu elak?

'dosa' dia tentulah tidak separah anak orang PAS menjadi penyanyi. but politik kadang kotor, kejam dan hina. so, ada dua musuh sekarang - orang industri sendiri dan pembangkang.

dan aku akui, suara dia sedap - jazz mode. setelah terlalu lama sheila di sana.

bagi aku, politik dan muzik tak elok seiring. muzik itu hiburan. politik itu tanggungjawab. ada titik temu tapi ia hanya titik..

patut guna najwa Din ka. najwa Tan. najwa Yid ka. Najwa Muh ka. ada komersial value kan? haha.

hati itu fragile

seorang lelaki kuat juga menangis
seorang raja juga menangis
seorang lelaki yang berhati kering juga menangis
seorang lelaki yang kejam juga menangis
apatah lagi lelaki yang biasa-biasa seperti aku

mana mungkin seorang bernama lelaki tidak menangis
mana mungkin sama sekali

cuma mungkin
tangisan dia tiada pernah kelihatan
tangisan dia tiada pernah berbunyi
tapi percayalah semua lelaki menangis

lelaki juga manusia
manusia yang punya hati
dan hakikatnya
hati itu fragile

benar.

Monday, November 21, 2011

garuda dibaham harimau

perlawanan final tadi cukup menarik dan mendebarkan. Indonesia menyerang malaysia seawal minit pertama. serang bertubi-tubi. dan dapat memperolehi goal awal pada minit ke-6 perlawanan melalui free-header gunawan dari sepakan sudut. garuda terus menyerang, mujur bola tidak masuk gawang lagi sementelah rimau 'belum panas'. selepas itu, barulah rimau mula menguasai permainan dari segenap sudut padang.

asra kali ini diletakkan sebagai midfielder kiri. tempatnya diambil oleh zubir azmi. ia percaturan menjadi kim swee kerana pada minit ke 34, rimau berjaya menyamakan kedudukan. ia hasil silangan baddrol dan ditanduk cantek oleh asra.

sunyi sepi gelora bung karno..hahaha.

apek - memang sangat cemerlang dan sangat fokus sepanjang perlawanan. sangat berani menyelamatkan gol dari dibolosi. berkomunikasi baik dengan pertahanan. dan menjadi hero dengan menyelamatkan sepakan penalti oleh naga.

badrol da kapten- permainan badrol meningkat dengan banyak pada kejohanan ini. hantaran-hantaran dia baik. dia juga tidak takut mencuba dari jarak jauh. rajin turun membantu pertahanan. juga lincah dan sering di bentes lawan..dia kapten yang memberi inspirasi.

fakri - bila lama tidak bermain, simpanan oleh negeri sembilan. itulah hasilnya. menduka citakan sebab banyak peluang baik gagal menjelmakan gol. sepakan penalti juga 'tapping' yang teragak-agak dan lemah. telah ramai kutuk mamat ni. aku cuma ucapan terima kasih kerana membawa malaysia ke final...dan aku tengok dia lebih okay sebagai midfield dari striker.

muslim dan fadzli shas - memang mantap dan saling melengkapi. menyerap serangan pantas dan bertubi-tubi dari awal hingga akhir tambahan masa memang mengagumkan. sangat fit.

mahali - mahali bagus cuma kadang-kadang terlalu kool dan boleh mendatangkan bahaya. oleh kerana badannya sedikit besar, dia selalu lambat dalam menekel dan memberikan penyerang yang laju peluang untuk mendapatkan freekick.

zubir - bermain baik dan punya stamina yang tinggi. masih berlari laju membuat overlapping sekali pun dalam masa tambahan. ia memberikan kim swee option yang baik untuk pertahanan kiri.

ps-tahniah malaysia dan selamat berjaya bertemu syria rabu nanti...

Sunday, November 20, 2011

izzaq faris ramlan

melihat kepada pemain jersi 14 harimau muda.striker Izzaq faris ramlan- tinggi dengan susuk tubuh yang tegap. ia mengundang rasa gerun mana-mana defender asia tenggara.

tapi apakan daya, 'jangan hakimi buku dengan kulitnya'..

izzaq tidak boleh menggelecek dengan baik. defender senang curi bola di kakinya. stop ball atau sentuhan pertama apabila menerima bola tidak sempurna (yang mana sukar untuk menjelmakan peluang shooting). gagal membaca dengan baik silang bola dari asra mahupun mahali. naluri 'pembunuh' tiada.membuatkan aku terjerit-jerit hilang akal depan tv. dia striker dengan 6 peluang : 1 gol..aarrgghhh!!!

dan paling tidak masuk akal, apabila shoulder-to-shoulder, body contact, tekel yang soft, dia jatuh. dan jatuh tanpa free kick. walaupun dengan oponen yang saiznya lebih kecil!!!dem!!

sekali tergolek semalam.masa lawan myammar. korang nampak apa yang aku nampak? dia memakai spender pink.

ong kim swee. sila suruh izzaq faris beli spender baru. warna merah. biar aura tu sampai. semangat tu tinggi. seperti mana gaya coach vietnam kepada pemainnya ketika bertemu dengan indonesia semalam.-oi vietnam! main keras sikit.jangan lembik!!

bagi aku, seandainya izzaq berjaya mengatasi kelemahan-kelemahan dinyatakan di atas..dia boleh jadi ibrahimovic asia tenggara. boleh jadi legend.

ps-semoga menang esok. 1-0.

cun

osman ali baru-baru ni menang pengarah terbaik dalam anugerah skrin 2011.aku pernah tengok cun. ia sebuah filem komedi romantik.bagi aku ia sebuah filem 'ok'. cuma aku terkejut sebab filem ini seolah-olah 'buatan semula' drama lakonan amy mastura dan rashid salleh - toll gate girl. juga arahan osman ali tahun 2001. dan bagi aku toll gate girl lebih 'kick' dari cun. ia naskhah yang lebih jujur. memilih orang biasa sebagai seorang isteri lebih jujur dari memilih orang biasa sebagai suami..

Toll gate girl- heroin. amy mastura jadi orang biasa, hero jadik orang kaya. cun- heroin orang kaya. hero orang biasa. sawah, tangkap ayam, nenek-idea yang sama. sebenarnya, watak remy ishak kena punya lebih kick dan punya lebih alasan untuk maya menyintai dia. suka dan cinta itu tidak sama. sama sekali berbeza.

cun punya soundtrack yang sedap. maya karin sama seperti amy. memang memberi lakonan mantap.ekspresi muka dia boleh hidupkan banyak 'watak'. intonasi dia selamba..paling aku suka, scene maya kenyit mata pada remy semasa minum susu. ia cantik.senyuman maya sangat cun. faezah elai juga memberikan lakonan yang baik sebagai orang asal kampung. cuma banyak sangat nampak peha berbanding maya.

manis-lakonan 'kurang siuman' bagi aku biasa-biasa sahaja walaupun menang anugerah. berlakon menjadi 'kurang siuman' seperti itu tidak mencabar mana. mungkin sebab anthony hopkins menang oskar sebab watak dr hanibal gila dalam silent of the lambs, ramai anggap menjadi gila itu susah untuk dilakonkan. ning dan crews banyak mengada-ngada - mana ada orangs seperti ini, maka ia sebuah citer yang 'tidak jujur'. begitu juga dengan jehan miskin. remy menang tanpa bertanding dalam the best man win.. atok pun macam terlebih latahnya..

'tapi cinta tu pelikkan. dia datang mengejut, dia pergi mengejut' -remy

'mana mungkin klcc dan sawah padi dapat bersama.' -maya

ps-tunggu 'buatan semula' azura oleh aziz m. osman. penceraian dengan vee. kawin sekejap dengan org trg dan kawin lagi buat kali ketiga, sepatutnya skript hebat tentang hati dapat dihasilkan.

Thursday, November 17, 2011

kaset

aku adalah budak hostel masa 1991-1995. ia adalah zaman kaset.masa-masa itu, menjadi penyanyi adalah lebih glemer dan gojes dari menjadi seorang pelakon.mungkin juga lebih kaya dan lebih evergreen. penyanyi boleh buat album. boleh muncul di tv. boleh buat konsert. boleh masuk juara lagu. sebab tulah, zaman itu ramai penyanyi jadik pelakon. ia satu tarikan kuat. walaupun amy search berlakon macam kayu di samping raja ema- still box office!


now, pelakon lebih kaya. penyanyi susah cari makan dengan wujudnya 'download', stesen radio yang terlalu banyak. lagu2 best, free dan senang didengari. komputer ada lagu. blog ada lagu. mengapa mahu membeli? dulu dubbing lagu dari kaset ori atau radio sedikit kualitinya ada lari.


dan pawagam yang banyak kini. stesen tv yang pelbagai untuk diisi slotnya.pelakon sekarang lebih ok dari penyanyi.


jika kita mendengar bola sepak, liga semi-pro pada waktu itu menerusi radio, ia sangat-sangatlah mendebarkan. mendengar itu lebih thrill dari melihat rupanya!! jantung dupdap dupdap, padahal bola berlegar-legar di tengah padang. ha ha ha.kena tipu hidup-hidup dengan intonasi pengulas!


membawa walkman ke hostel adalah satu kesalahan. ia akan dirampas jika dilihat guru atau warden atau pengawas jika ko seorang junior. gals lebih senang dari boys untuk 'menyorok'kan walkman kerana mereka pakai tudung(sekolah aku pompuan wajib bertudung). lelaki kena cari port yang sesuai. supaya boleh nampak 'tanda-tanda bahaya'.


'gooolllll!!!' kelas yang diam semasa prep malam [800-11malam ] akan bergema.haha. diikuti dengan larian-larian kecil kegembiraan. ataupun pergi menganjing kepada pelajar yang asal selangor kalau selangor kalah. asal perak kalau perak kalah. ahaks.


'oii monyet. diamlah nak study ni.' pompuan bengang.


'dummm!!!' tepuk meja.team kena bolos atau team kalah.huhu.


masa itu ada radio muzik. ia adalah sumber utama lagu2 hits yang diminta oleh pendengar. masa tu nak request lagu kena hantar surat rasanya. atau talipon rumah. aku tak pasti. yang pasti senarai lagu akan keluar dulu di dalam surat khabar. jadi boleh la agak bila lagu yang kita nak dubbing tu keluar. lepas lagu isabela lagu nigina.lepas nigina lagu greenday. haa macam tu la.


jadi. get ready la nak tekan butang 'rec' kat walkman. bila lagu setat jer dubbing la.


'arghhhhh!!!!' bila kala dj yang bertugas, bercakap masa lagu tengah di mainkan. atau lagu belum habis. jahanam proses dubbing. ia perlukan dilakukan di lain hari. bukan senang juga mendapat sebuah dubbing yang sempurna. haha.


jika kau anak orang kaya, ko boleh la beli kaset ori. tak payah dubbing2 ni. tapi still tak 'ong' sebab bukan semua lagu dalam kaset sedap. killer song banyak. killer album tak banyak. dan nak senang juga, pi kedai kaset - bagi senarai lagu dan dia tolong dubbingkan. bayar upah cetak rompak. ahaks.


setelah sebuah lagu itu habis dimainkan. kalau nak dengar balik lagu itu maka kena rev(undur). jadi kena guna pen. pusing-pusing kaset tu. kalo tekan 'rev' pun boleh tapi bateri cepat kong la. sangat membazir!!

jenis walkman yang glamer pada time tu ialah aiwa, panasonic,sanyo,dan terbaik sony. masa ni, kawan aku lobo ada dicsman. wah. tapi dics mahal dari kaset.maka, kurang sedap la kan..

**********************************************************
'zakiah. nah kaset.'
'kaset apa?'

'aku dubbing lagu.lagu2 best.untuk kau'
'oh!'

'lagu mr big ada?' zakiah tanya.
'ada'

'lagu zombie ada?'
'ada'

'lagu nigina ada?'
'ada.banyak lagi best-best.side a lagu melayu.side b lagu omputeh'

'wah best la.tq.tq'
[yes!yes!yes!-dalam hati]

ps-aku tidak pernah minta mak belikan walkman. jadi aku tiada pernah ada walkman..duk hostel, arwah mak aku bagi RM30 sebulan. nak kumpul duit beli juga tidak praktikel. tapi ramai kawan ada. dan mereka bagi juga pinjam dengan syarat bateri sendiri. ye. pinjam itu lebih praktikel..ahaks.

Thursday, November 10, 2011

the tourist

the tourist adalah lakonan johny depp dan angelina jolie. jika suka dengan citer italian job, the next three days. maka pasti suka juga dengan citer ni. cuma plot dia sederhana slow. tiada letup-letup. tiada kereta terbang terbalik-terbalik. skrip dia cantek bagi aku.

ia mengisahkan seorang tourist,guru maths, frank tepulo dari amerika yang baru putus cinta melancong ke kota cinta, venice dengan menaiki keretapi. elise, polis cantek telah ditugaskan untuk menjejaki alexander pearce, seorang genius yang telah menghilangkan duit kerajaan dan gangster sebanyak 2 bilion. elise, dalam misi menangkap alexander telah jatuh cinta dengan penjenayah tersebut. cuma mereka tidak boleh berjumpa dengan bebas kerana diburu gengster dan polis.

elise mendapat nota dari alexander untuk menaiki keretapi menuju ke venice. alexander meminta elise untuk mencari seorang lelaki yang boleh 'digunakan' untuk mengabui mata pihak polis supaya polis akan menyangka yang elise akan bersama-sama alexander dalam keretapi tersebut. dan elise memilih frank tepulo. elise juga mengajak tepulo untuk bermalam di bilik hotel yang sama dengannya untuk merealkan situasi. comolot di beranda hotel untuk merealkan lagi 'lakonan'..

dengan tag filem ; when he meet a woman...

dengan menjadikan frank tepulo sebagai 'alexander'. ia menyebabkan frank tepulo dalam bahaya. diburu polis dan gangster. kejar-mengejar. tembak menembak. membahayakan nyawa.

walaupun sekejap jumpa, dalam hati, elise punya suka dengan frank. he's 'something'. dan dia kesian dengan frank dan kesal kerana alexander merancang sebegini jauh - seseorang pasti terbunuh. dia menyelamatkan frank dan menghantar frank ke jeti tepi airport. dia minta frank balik america.

'baliklah america, i love him.still.'
'i wish i see u another life, frank'

frank hanya mampu melihat.

the end of the story, frank tidak ke amerika dan kembali menyelamatkan elise dari gangster. pada elise tindakan frank bukan macho, lebih kepada 'bodoh dan bunuh diri'.alexander pearce,kekasih hati, tidak muncul2. elise kagum dengan tindakan frank dan kali ni elise luahkan 'i luv u, frank'.


cerita ni bermula dengan simpulan yang kemas. di akhir cerita barulah terlerai satu-satu..TAMAT.

frank : alexander tu macam mana orangnya?
elise : he's different from anybody i know..
frank : mmm...different is good..

[kita suka dengan orang mungkin kerana orang itu 'berbeza' kan...]

ps-frank tepulo sebenarnya adalah alexander pearce. dia telah membuat muka surgeri dan memilih muka johny depp.bingo!

elise : dalam banyak-banyak muka, muka ni yang kau pilih?[hahaha]
frank: u dont like?
elise : will do

Tuesday, November 8, 2011

blog not found

ada suatu masa tu. blog aku tak dapat masuk. dia tulis 'blog not found'. terkedu jap. aku rasa ada kesilapan teknik. cuba lagi dan lagi. not found dan not found lagi. hah? gabra.

blog mungkin satu taipan aku yang suka-suka. suatu yang aku khayalkan. suatu yang aku imiginasikan. suatu yang aku rasakan. mungkin juga tulisan yang main-main.hurm.. banyak juga aku mengarut di sini rupanya.

mungkin juga orang kata berblog tiada faedahnya. tapi aku rasa senang dengan 'tiada faedah' ni. sebagaimana perokok senang dengan 'tiada faedahnya'. dan yang lain-lain dengan 'tiada faedah masing-masing'. selagi mana tidak menganggu orang lain sama-samalah kita teruskan 'tiada faedah' kita.ahaks.

bila ia hilang di internet, di mana ia memang sesuatu yang tidak mustahil berlaku, ia ada 'rasa kehilangan'. membuat post bukan suatu yang senang. dah banyak pula tu.bila hilang begitu sahaja. ia rasa sangat tidak okey. marah ada. macam-macam rasa pun ada..

kalo hilang henpon, boleh cari henpon baru. no lama masih boleh dipakai. dan tunggulah si polan dan si polan menghubungi. bila si polan call boleh pula tanya no si anu dan si anu.

blog hilang - entri-entrinya tiada ganti weh. ia harta intelek kata kamus.ewah.

ps-memang silap teknik. blog aku masih boleh dilayari.nampaknya nak kena print-out ni.kemudian binding.kemudian hardcover.sendiri baca. sendiri simpan. blogger syok sendiri. haha.

Monday, November 7, 2011

fauziah gos - iqram dinzly

ahad.B-pop 6 november 2011.muka surat 11.

"sekali lagi susah saya nak tafsirkan apa jenis hubungan kami ini. saya tak berani meluahkan rasa ini kepadanya sebab takut hilang kawan. Saya tak rela kehilangannya kerana tidak dapat menerima itu jika terjadi kepada kami"-iqram dinzly

ashitte! kau kata kau takut nak luahkan. tapi kau bagitau surat kabar ayat seperti di atas. apa ogy gos tak boleh membaca? u got no balls.

aku ada sorang kawan. dia pilot. ogy gos satu masa dulu adalah pramugari,adalah x-gf kawan aku. gaji dia 14k sebulan. punya rupa. punya harta-apartment 2 3 bijik and savings. dan ogy gos tinggalkan dia begitu sahaja. the truth is - iqram, u r not ogy's taste.

u not like her.tell her u love her. kemudian ditinggalkan. meluahkan rasa pada seseorang yang kita suka memang sukar. situasi selepas meluahkan, juga bertambah sukar apabila kita tahu kita 'bertepuk sebelah tangan'. tapi itulah kehidupan.ia sebuah proses..

cliche.

'bunga bukan sekuntum'..

tapi itulah hakikatnya. luahkan dan pergi..kerana yang lain ada menanti...surely.

Sunday, November 6, 2011

gambar tetek

selamat hari raya aidiladha.

aku seorang yang suka baca paper. dari sekolah lagi aku suka baca paper. baca paper 'real' lebih 'feeling' dari baca dari online. memang isi sama tapi rasanya berbeza. seperti tengok bola live dengan tengok bola depan tv. seperti pergi konsert live dengan download tengok kat skrin komputer (alamak. ada konsert 30 tahun SEARCH la pula. hari tu kata dah taknak buat konsert. tipu! fly to jakarta la SEARCH!)

utusan dan berita harian, utusan lebih punya berita. berita harian banyak gambar. utusan banyak isi. cuma utusan, terlalu banyak berita politik. ia senak perut. serabut kepala. itu pasal orang kurang beli dan jualan merundum. Syahdunya orang pergi beli surat khabar 'headlines gile' - metro. -gadis kena rogol beramai-ramai. isteri makan luar. suami saya gay.asid cemburu. headline 'buruk2' seolah tiada yang indah tentang dunia. semua buruk2.

aku baca paper ada tabiat. aku tengok lelaki lain pun, mostly punya tabiat yang sama. baca dari belakang. aku suka baca paper dari belakang ke depan. sukan terutama bolasepaklah paling suka dibaca dulu. kaki nombor ekor pun suka baca dari belakang juga. sekarang, sukan utusan juga banyak. dulu ciput jer.

pertama kalinya semalam aku baca utusan, sisipan-kesihatan. ada gambar tetek. muka surat 5. gambar baby sedang menetek. tetek penuh. puting pun nampak. tiada 'kabur-kabur'. tiada censor2. gambar seperti melayu. rambut hitam dan kulit sawo matang. dunia sudah gila.

ps-oklah. mungkin terlepas pandang sebab orang berkenaan sudah balik raya.