Followers

Thursday, September 15, 2011

kenapa aku tak suka rosmah mansur?






1. Sejarah silam. duda kawin janda.

dengar-dengar cerita dia adalah seorang isteri dan punya anak pada waktu dulu. tapi kerana mahukan najib, dia minta cerai. dan akhirnya berjaya berkahwin dengan najib.najib pada waktu itu juga sudah mempunyai isteri. Tun rahah, mak najib dikatakan lebih suka kepada isteri pertama najib. bagaimana susun atur kronologi ini masih misteri.tidak banyak diceritakan orang. Dikatakan rosmah ini seorang yang bercita-cita tinggi.tapi tak baiklah buka 'buku lama' kan...jadi ini point paling lemah.


2. Cium pipi salman khan

Dia tanpa segan silu mencium pipi salman khan di atas pentas. Ia pertama kali dilakukan oleh seorang isteri perdana menteri.nabil peluk irma pun pun boleh jadi 'kes'. ini pula isteri PM.tapi lucu juga orang melayu. berlakon berpeluk bagai takpe. nabil peluk irma gegar! sama saje. dua-dua tak boleh sebenarnya..


3.Rosmah ada pejabat sendiri, 'pejabat first lady of malaysia'. semasa Paklah jadi PM, KJ ada pejabat sendiri dengan kawan-kawannya, 'budak-budak tingkat empat', walaupun tidak memegang jawatan sebagai menteri. ia menjadi liabiti kepada paklah dek tindakan KJ. rosmah tidak belajar dari peristiwa.


4.Permata

setelah turun dari kerusi nc unisel kerana dikatakan tidak memiliki kelayakan akademik sewajarnya, dia mewujudkan Permata yang mendapat dana kerajaan 100juta setahun. Menguruskan kanak-kanak kecil lebih senang dari menjaga pelajar-pelajar dewasa yang boleh berfikir. Ungku aziz pernah mengambil seorang anak angkat. budak itu boleh membaca ketika berumur 4 tahun. Apa jadi? budak itu gagal.ingat si genius safiyah?adi putra? Pada aku, waktu-waktu genting seseorang untuk berjaya, adalah ketika berumur akhir belasan atau awal 20an. itu waktu untuk menjadi orang atau jembalang.ya!selepas fasa umur ini, masih boleh jadi apa yang kita nak jadi..tapi kebanyakan karier terbentuk dari waktu kritikal ini...


oleh kerana menantunya, fazli dato yakob terketawa kerana dia tidak lagi jadi nc unisel. dia bengang dan membongkar kepalsuan title dr pada nama fazli asmara itu. sejak itu fazli tidak lagi menggunakan title dr di depan namanya. juga berlaku sikit kacau bilau di awal-awal kemunculan kolej swasta milik keluarga fazley, kolej FIC (fazley international kolej).-rosmah bengang ni aku reka. tapi ada kronologi di situ..


5. Tidak hadir di hari perkahwinan anaknya, Azrene Soraya, anak dengan mantan suami pertama. (walaupun seringkali memberi press statemen suruh orang sayangi anak) malah memberikan amaran pada media-surat khabar dan radio-tv serta datin-datin agar tidak hadir jemputan kawin fazley-soraya di PTWC. Fazley berjumpa soraya semasa di uk menguruskan konsert siti albert hall. di mana di situ, dia sudah tahu siti sudah cintan dengan dato k..maka orat-oratan dia pada siti tidak mungkin lagi berhasil. dan mana tahu dia boleh ikut skrip KJ. menantu kepada perdana menteri.ketidakan hadiran ini, membuatkan aku rasa, segala kasih sayang kepada anak-anak kecil di PERMATA adalah kata-kata yang tidak jujur..dia seboleh-bolehnya mahu menutup yang dia telah punya anak sebelum najib.


dato yaakob seraya berkata.."ada juga manusia berperangai syaitan.." sedih melihat akan kekosongan kerusi di majlis perkahwinan anaknya.


6.semasa berucap hari raya. najib duduk memberi ucapan. dia berada di sebelah. habis. tetiba muncul dia berseorangan dikaca tv dan membuat ucapan. ???? najib 1 rosmah 2. tidak pernah dibuat siti hasmah atau arwah endon. memang spoil dan over.


7.rambut stail sami veloo. :p


8. suka poco-poco.dah tu ajak ramai-ramai poco-poco kat dataran. aku suka tgk aweks berpoco-poco.tapi kemonlah! anda isteri PM.


9. tiada hari tiada gambar rosmah. ko beleklah surat khabar.tetiap hari wajib ada gambar big mama.


10.cincin 24 juta. menurut utusan melayu. cincin itu bukan milik rosmah walaupun dihantar bernamakan rosmah. cincin itu milik mira narbayev. besan dia orang Kazastan tu..


aku seorang non-partisan. tidak mendaftar dengan mana-mana parti politik tapi suka perati gelagat dan tindak tanduk orang politik. tibalah masanya najib harus bertegas dengan bininya. dia telah menjadi liabiti kepada umno dan PM sendiri.lupakan..


"ingat sikit bang, den yang naikkan awak sampai jadi PM tau! pedulikan orang kato.sejak kawin dengan awak lagi den dah janji jadikan awak PM. mak awak pun tak sangka awak boleh jadi PM.." hehehe.


ps-politik yang matang akan menghasilkan negara yang baik.

10 comments:

Sitie BUm BUm said...

info menarik yg tak terdapat dlm akhbar utusan.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Sebahagian cite nie pernah dengar.. dan penah juga tgk utube ada org buat kisah pasal rosmah..

Akak no komen sgt psl si rosmah nie.. tak suka pun ada.. nak kata suka pun takdelah pulak hehehehe..

ku-cit said...

tak sangka apa yg aku tak suka pasal dia pon ada termasuk dlm list ni... citarasa rakyat malaysia lebey kurang samala...ehehehe

TuN TeJa said...

aku pown xsuker dia...ada satu lagi yg aku dgr betul atau tidak xtau ya,mereka adalah pasangan kekasih sebelum masing2 berkawen & mantan somi dia dulu dibyr utk ceraikan dia supaya dia dpt kawen dgn somi skrg nih...
sbb itu lah wujudnya NKRA = NAJIB KEJA ROSMAH ARAH....hahaha...

anumuchan said...

semua dekat atas ni dh pernah dengar..tapi ramai yang taktau sebenarnya kan..huhuuu

zonaku said...

semua sekaddar di cderita di belakang tabir....................




mana ada y berani secara rasmi.

kueh bakar said...

siti bum bum
utusan tu umno punya.memang takkan keluar.

tcc
si B tu pembangkangkan? hahaha.

ku-cit
tapi najib tak sedar2.

tun teja
1st time dgr NKRA tu.ko pi ceramah mat sabu ker? hahaha.

kyo
ye ramai tak tahu.melayu tak suka membaca.

zona
ha ah.underground. hahaha.

sindiketsulit said...

baru terbaca entry ni.

terbaek!

tapi takde pulak yang berani buat fanpage " kami benci big mama' kat fesbuk ek?

nak jugak tekan 'like'...

kueh bakar said...

kakwos..

bahaya woooOOo..

Anugerah Insani said...

salam..menarik cita ni..dah lama nk tau cita pasal datin hot ni..mintak copy cita ni boleh?