osman ali baru-baru ni menang pengarah terbaik dalam anugerah skrin 2011.aku pernah tengok cun. ia sebuah filem komedi romantik.bagi aku ia sebuah filem 'ok'. cuma aku terkejut sebab filem ini seolah-olah 'buatan semula' drama lakonan amy mastura dan rashid salleh - toll gate girl. juga arahan osman ali tahun 2001. dan bagi aku toll gate girl lebih 'kick' dari cun. ia naskhah yang lebih jujur. memilih orang biasa sebagai seorang isteri lebih jujur dari memilih orang biasa sebagai suami..
Toll gate girl- heroin. amy mastura jadi orang biasa, hero jadik orang kaya. cun- heroin orang kaya. hero orang biasa. sawah, tangkap ayam, nenek-idea yang sama. sebenarnya, watak remy ishak kena punya lebih kick dan punya lebih alasan untuk maya menyintai dia. suka dan cinta itu tidak sama. sama sekali berbeza.
cun punya soundtrack yang sedap. maya karin sama seperti amy. memang memberi lakonan mantap.ekspresi muka dia boleh hidupkan banyak 'watak'. intonasi dia selamba..paling aku suka, scene maya kenyit mata pada remy semasa minum susu. ia cantik.senyuman maya sangat cun. faezah elai juga memberikan lakonan yang baik sebagai orang asal kampung. cuma banyak sangat nampak peha berbanding maya.
manis-lakonan 'kurang siuman' bagi aku biasa-biasa sahaja walaupun menang anugerah. berlakon menjadi 'kurang siuman' seperti itu tidak mencabar mana. mungkin sebab anthony hopkins menang oskar sebab watak dr hanibal gila dalam silent of the lambs, ramai anggap menjadi gila itu susah untuk dilakonkan. ning dan crews banyak mengada-ngada - mana ada orangs seperti ini, maka ia sebuah citer yang 'tidak jujur'. begitu juga dengan jehan miskin. remy menang tanpa bertanding dalam the best man win.. atok pun macam terlebih latahnya..
'tapi cinta tu pelikkan. dia datang mengejut, dia pergi mengejut' -remy
'mana mungkin klcc dan sawah padi dapat bersama.' -maya
ps-tunggu 'buatan semula' azura oleh aziz m. osman. penceraian dengan vee. kawin sekejap dengan org trg dan kawin lagi buat kali ketiga, sepatutnya skript hebat tentang hati dapat dihasilkan.
Hello world!
3 years ago
3 comments:
toll-gate-girl? nape mcm x penah dgr... sedih betol :(
bagus la kau ni. peminat cerita melayu. comel amy mastura dlm tol gate girl (tu yg ko nk ckp kan?? haha!)
chu
search kat utube.ada org upload.
bintang
ye comel. macam heroin korea.haha.er aku layan semua citer. tamil pun boleh.haha.
Post a Comment