Thursday, July 18, 2013
sisi lain ramadhan
Bila pernah ada mak dan ayah
Bila pernah ada 7 beradik
Bila pernah ada datuk dan nenek
Bila ramadhan
Ia sangat bahagia
Tatkala seorang demi seorang
Bangun dan gosok-gosok mata
Kerana kejutan seorang ayah
Masuk bilik air, basuh muka
Setelah mak sediakan sahur
Kadang ia sardin cap ayam yang senang disediakan
Kadang ia lauk malam tadi yang dihangatkan
Dengan nasi yang baru ditanak
Makan sama-sama
Tatkala berbuka
Hidangan indah telah penuhi meja
Perut telah berbunyi meminta
Mata tengok lauk
Mulut diam tak terkata
Telinga tertunggu-tunggu seruan azan
Ia membahagiakan
Kini
Semuanya tiada lagi
Ramadhan sisi lain - Sebuah momento yang sukar dilupakan
Thursday, May 30, 2013
love is war
At some stage, love is like a war. You must fight for it. A damn hard fought. Fight like hell. Fight with anything. Fight with everything, but with dignity, to win love. Some how, not all the winning, will win love. Sometimes, retreat win love. Its sometimes, but its truly happen. -kueh-
Friday, April 19, 2013
Kulit Belakang Buku
Akhirnya editing sudah siap, 250 muka surat lebih kurang. Waah. Susah rupanya jadi editor ni. Ahaks. Memang penat nak mengedit. Tepu dan exhausted. Kulit belakang buku, aku rasa nak letak poem Penjenayah Merah Jambu. Dulu ada link dia tapi sekarang rasanya blog dia dah tutup. Yeah! Esok lusa print-out, lepas tu perfect bindingkan kulit.
Blog.
Kamu berblogging untuk apa?
Semakin hari semakin bertambah
Friendster, myspace, facebook semua pejam mata
Tak hairan
Belajar sekarang pun guna blog
Budak kecil masih tak khatam Quran pun tahu buat blog
Penuh dengan imiginasi dan telatah
Golongan senja juga mahu menjadikan blog mereka canggih dan
Tentunya penuh dengan pengalaman, yang kau dan aku tak punya
Orang lain ;
Blog?
Kau ada blog? Apa address dia? t bagi eah!
Blog?
Aku tak rajin nak menulis, tapi aku suka baca!
Blog?
Best, boleh luah perasaan.. Dapat pendapat...
Blog?
Aku nak ambil gambar ni, nak masuk blog...
Blog?
Aku baru dapat cek nuffnang...Yahooo!
Aku;
Blog?
#senyum#
Terlalu banyak sebab untuk aku berblogging
Kamu?
-Poem Penjenayah Merah Jambu-
Wednesday, April 18, 2012
perempuan
firstime tengok mourinho senyum ketika ketinggalan 0-1 semasa refferee suruh dia behave. he is a bad temper loser.
lepas 45 minit, rehat 15 minit. pergi seven e. belek-belek majalah-majalah perempuan. banyak betul majalah jenis wanita. nampak macam perempuan lebih suka membaca dan suka membeli. sambil belek-belek, aku terhenti pada satu muka surat. poem perempuan oleh zahari hasib(1947-2012). maka menaiplah aku, 'copy-paste' dalam henpon.
perempuan
matamu
kolam yang hening
menyimpan seribu berahi
nafasmu
hembusan angin
yang membawa rindu gelora
bibirmu
coretan puisi cinta
yang penuh permintaan
rambutmu
dedaun sutera halus
yang harum dan melambai
dadamu
alunan ombak
yang melempar rindu
perempuan
segala yang ada padamu
sebenarnya adalah pengorbanan
menjadikan aku seorang lelaki
yang paling merasa takut
-zahari hasib-
Wednesday, March 28, 2012
etched in the star
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayang
kan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan...
kaaAAaamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
[lagu yuna. terukir di bintang]
ps-hanya yang bold itu jujur. Chenta itu indah kerana puitis yang 'mendustakan'.. ahaks!
Wednesday, January 25, 2012
a bad things happen
'a bad things happen'
in life
there are always have - the first time
not because we're not careful
no.
it is because life not just to be look
sometimes its need to be felt
sometimes its need to be learn
when we look we learn
when we felt we learn better
then
to be told
because
sometimes
someplace.
the told
can make the different
to anon who read
to anon who 'listen'
ps-kehkeh dalam mood english.haha.salah tolong betolkan.
Friday, December 9, 2011
kerana kita seorang penunggang
manusia itu umpama penunggang...
kita MENUNGGANG hidup kita untuk menuju ke suatu destinasi.
sama ada sampai atau tidak,
kita mana pernah tahu..
dalam tunggangan kehidupan, kita akan diGUNTING.
Dengan kegembiraan dan kesukaan.
Dengan kesedihan dan kesakitan.
suka itu umpama PINGGAN ditangan.
sedih itu umpama PINGGAN terlepas dari tangan.
terhempas dilantai.
dan lebih pedih,
KAKI terpijak kaca...
POKOKnya.
kita kena terus menunggang.
biar apa pun guntingan kehidupan.
kerana kita seorang penunggang.
Thursday, December 8, 2011
menjawab 2
rindu itu sakit
memang
tapi ia sakit yang sedap
memang!
tak mengapa terus mengingati
kerana rindu itu sejati
kerana rindu itu abadi
ya.
rindu itu juga menghargai
manusia itu seorang perindu
tentu!
menjawab di sini
menjawab
menjawab satu
mencurang itu satu seni
seni yang membunuh jiwa
seni yang menguburkan rasa cinta
seni yang zalim
hati yang koyak
hati yang carik
walau kembali dijahit
ia tidak sama seperti dulu
parut hati yang dijahit tidak akan pernah hilang
ia 'cacat' kekal
kadang curang menjadikan hubungan lebih cinta
kadang curang menjadikan hubungan lebih sayang
tapi awas
sebab ia hanya kadang
selalunya
hubungan itu mati
menjawab di sini
Tuesday, November 22, 2011
hati itu fragile
seorang raja juga menangis
seorang lelaki yang berhati kering juga menangis
seorang lelaki yang kejam juga menangis
apatah lagi lelaki yang biasa-biasa seperti aku
mana mungkin seorang bernama lelaki tidak menangis
mana mungkin sama sekali
cuma mungkin
tangisan dia tiada pernah kelihatan
tangisan dia tiada pernah berbunyi
tapi percayalah semua lelaki menangis
lelaki juga manusia
manusia yang punya hati
dan hakikatnya
hati itu fragile
benar.
Tuesday, October 4, 2011
curang itu satu seni
politik itu satu seni
seni yang serba mungkin
telah aku dengar
bolasepak itu satu seni
seni yang menghiburkan
ye. bagi lelaki tentunya.
telah aku dengar
art of war
bunuh-bunuh itu
juga satu seni
*diam*
hari ini
aku dengar satu lagi
curang itu satu seni
wooOOoo.
erm.
seni itu tipu daya.
boleh?
hahaha.
Saturday, November 6, 2010
apa itu kenangan?
kenangan itu apa?
kenangan itu rekod.
kenangan itu rahsia.
kenangan itu pembelajaran hidup.
kenangan itu...Entah!
kenangan itu obat.
kenangan itu manis dan pahit.
kenangan itu senyum dan tangis. uwaaa!
kenangan itu..its nothing!
kenangan itu sia-sia.
kenangan itu sakit.
kenangan? penuh tahik!!
kenangan sukar di tafsir dengan jelas.
kenangan ianya subjektif..macam sejarah..ye! kenangan itu sejarah.
sejarah sendiri..bukan sejarah orang lain-mana mungkin!
kenangan kadang-kadang objektif.macam matematik.
contoh? 1+1 = 2..kenangan yg tepat..
kenangan? jangan hidup dengan kenangan beb!
kenangan biar ia pergi.
kenangan? susah mahu padam laa.
hidup itu pengembaraan..
kenangan itu sebahagian dari pengembaraan.
kenangan itu harapan..boleh ke?
kenangan?air mata - kompem pompuan! heh.
kenangan itu zaman kanak-kanak.
kenangan itu otak.
apa itu kenangan?
apa ye?
Semualah!
kenangan itu semua!
Saturday, June 26, 2010
peterporn

besar mana 'barang' kau
cantik mana 'barang' kau
esotik mana 'barang' kau
terer mana teknik kau
secanggih mana henpun kau
semahal mana henpun kau
up to date mana laptop kau
sehebat mana security kau
jangan
jangan
sesekali jangan
rakam dan menyimpan
ala-ala endry dan linda
ala-ala ariel peterporn
sekali kena makan abis
sekrng bukan tahap gegar satu kampung
sekrg hanya satu petik jari
satu planet buleh GEGAR
nota kaki: macam mana la rasa dan perasaan suami cut tari..oh tak dapat nak bayangkan...taubatlah kita selagi sempat..
Monday, February 15, 2010
sajak fynn jamal
jadik aku copy-paste sini...
puisitepijalan.blogspot.com
.............................................
setiap kali aku hendak mula tulis tentang dia,
aku hilang kata2.
maka biarlah.
satu hari nanti akan datang
bila aku jumpa bait2 kata yang boleh aku kaitkan
untuk menceritakan betapa cantiknya jiwa dia.
*diam*
tiba2 rindu inul aku.
dia sahaja dulu yang mampu buat aku rasa begini.
rasa protektif.
rasa menggagah.
rasa untuknya aku sanggup menggetar langit merah.
*diam*
kawan.
tak perlu hari2 ada.
tak perlu hari2 jumpa.
tap perlu hari2 ingat.
tak perlu hari2 dekat.
yang penting --
yang peduli.
.............................................
Woha!!!
Sunday, July 26, 2009
to citahrudin
kuatkan semangatmu
kuatkan hatimu
kerana Tuhan ada 'blog'Nya
yang sudah tertulis
yang telah tetap
di mana
yang pergi tetap akan pergi
tetap tak akan kembali
masa yang ada
yang terlalu sedikit ini
sisir rambutnya
walau gugur ia
manjakan dia
walau kelat senyumnya
jaga dia sebaiknya
tanpa jemu
tanpa penat
kerana masa tidak banyak lagi
tidak banyak lagi
aku
juga sudah tiada
tapi tiada secara tiba-tiba
kau
masih ada
tapi mungkin juga akan tiada
harapnya bersedia
semoga tabah
sangat-sangat tabah
semoga sabar
sangat-sangat sabar
Sunday, June 21, 2009
ayah
Ayah
walau kita tidak rapat
walau kita tidak berapa mesra
walau kita jarang berjumpa
tapi terima kasih ayah
Ayah
peluhmu yang mencari duit
keringatmu yang menitis bumi
untuk mak
untuk aku dan adik beradik
ku ucapkan terima kasih ayah
Ayah
aku banyak menyusahkan mu
aku membuatmu ternganga melopong
dengan tindak ku yang sukar dijangka
aku membuatmu terkedu
dengan keputusan yang keras kepala
terima kasih ayah
Ayah
Selamat Hari Bapa
semoga sehat selalu
semoga bahagia selalu
Sayang kamu
Sangat-sangat sayang kamu
terima kasih ayahku
ps-ayah jard kata.."bukan namanya anak kalo tidak menyusahkan bapak.."ahaks.
Tuesday, June 2, 2009
I DAN II
POEM I : MISSING
YES I can move on
TRUE I can easily find a new bf
NO DOUBT its easy to grab someone’s hand
BUT do i really did move on?
and can i find someone to replace YOU?
[ NO ONE can anwer THAT]
when a heart is bleeding it will remain bleeding till there's a medicine curing it
and the medicine has not yet come
and it is curing naturally
is it CURING?
easy said than done
when i am smiling, am i really SMILING?
when i laugh is that REAL?
[ NO ONE can anwer THAT]
so dont judge me by the way YOU are looking at me
YOU dont know how I feel
YOU dont know how i ACTUALLY FEEL
Yes my mouth said lots of things
TRUE the words is too many
NO DOUBT the mind is still with YOU
and heart is backing up MIND
the word MISSING is the ONLY WORD
left in MY DICTIONARY
poem II : HATI VS MINDA
dalam hati ada cinta
dalam hati ada luka
dalam hati ada luka kerna ada cinta
dalam jiwa ada sangsi
dalam jiwa ada sepi
dalam jiwa ada sepi kerna sangsi
dalam minda ada kamu
dalam mata ada dia
kamu dan dia banyak bedanya
tak mungkin kan sama
dalam mata ada duka
dalam muka ada senyum
senyum itu topeng kepada duka
hati jiwa dan mata
hilangkan lah duka lara sepi dan luka
kerna aku cuma mahu cinta dan senyum
tapi jika hati dan minda mahu kamu
bagaimana dengan mata?
kerna mata mahu dia
kopipes [http://cuppycakesh.blogspot.com]
Sunday, May 31, 2009
itulah chenta
jika kau tersenyum
dan kemudian menangis
itulah cinta
jika kau ketawa
dan kemudian berduka
itulah cinta
jika kau bahagia
dan kemudian kecewa
itulah cinta
jika kau merindu
dan kemudian membenci
itulah cinta
kerana
cinta itu
semua rasa dalam satu
itulah cinta
ps-malas nak menulis pjg.tulis pendek..hahaha.kat bawah ni ada pertandingan mengisi dialog..budak kecik baju biru tu cakap apa?rozita che wan pozzing ayu..hoho...




Saturday, May 16, 2009
kau yang punya ibu
kau yang punya ibu
kau yang punya ibu
sayangi ibumu
peluklah dia
gembirakan dia
buatlah dia tersenyum
kau yang punya ibu
jagalah hatinya
pohonlah ampun dan maaf
andai tersilap
kerana kita manusia
tidak lari dari membuat silap
kau yang punya ibu
bersyukurlah
dan insaflah
ibu harta yang sangat agung
tidak ternilai
tidak boleh diganti
oleh sesiapa
kau yang punya ibu
ingatlah
mungkin dia yang pergi dulu
atau
kau yang pergi dulu
maka
sebelum masa itu tiba
balaslah jasanya
walau tidak terbalas
walau hanya terlalu sedikit terbalas
kau yang punya ibu
ingatlah kata aku
aku..
yang telah tidak punya ibu
ps-selamat hari ibu buat ibu2..bakal2 ibu...semoga digembira oleh anak. tidak sekarang..suatu hari nanti...doalah mereka yang baik2 ya!
Saturday, March 7, 2009
jawab lagi..
menjawab patung cendana...
jangan kau risau..
pada angin tidak mampu
pada bulan yng ‘bisu’
pada mentari yg tak bisa…
jangan kau risau
surat peti hati
yg tersimpan rapi
biarlah tersimpan rapi
jagn ratapi
sayangmu yg pergi
pasti..
dia tidak sendiri di sana
dia tidak sepi
jika doa dipanjatkan
jika doa diselalukan
oleh mu
oleh lily catrina
oleh izat iskandar
oleh najmee nuraini
dia pasti gembira…
seperti kata mu..
"lebih baik lupakan buat seketika
agar bisa gembira
dari mengingati
dan sedih sepanjang masa"
jadi
bukalah hatimu
luas-luas
ikhlas dan tulus
kerana ‘gembira’ datang
pasti datang kembali
jika hati senyum dan lapang
untuk dirimu
juga utk mereka
ps-ni poem awek aku bagi bile dia nak kawen...
sail away my dear friend
sail across the sea
maybe you will find somebody
that her love is as mush as me
my prayer is always with you
No matter what you do
just sail away sweet friend
coz i will always remember you....