Followers

Thursday, December 27, 2012

utem


sedang dalam jalan-jalan cari barang aku terpandang billboard. Billboard UTEM. 'UTEM - Always a pioneer, always ahead'. Terganggu kepala otak aku. Aku rasa motto dia tak best. Ia lebih pada kata-kata untuk 'riak' dan menonjol. Mana mungkin kau akan sentiasa ke depan. Mana mungkin kau sentiasa merintis. Setiap hari ada sahaja rintisan-rintisan baru, rekod-rekod baru. Hari ni Utem naik mottonya - esoknya sudah ada orang atasi. he he he.

motto universiti-universiti di malaysia...

UKM - Inspiring future, Nurturing Possibilities
UPM - Berilmu Berbakti - (Macam motto sekolah. ahaks)
UUM - Ilmu , Budi, Bakti (Macam sekolah juga)
UMT - Terokaan Seluas Lautan (fuyoh! kat rumah aku Univ ni) 
Unisza - Knowledge for the benefit of humanity
Unikl - Where knowledge is applied (rasanya lepas keluar univ baru applied..)
Unimas - Contemporary and forward looking
UMS - Strive to excell
UIA - Taman Ilmu dan Budi
UM - Ilmu Punca Kemajuan
Open University - Universiti Untuk Semua (Macam air asia pula..aku rasa sekolah untuk semua..U mungkin bukan untuk semua...)

USM- We lead (simple..i like)
UMP- Engineering. Technology. Creativity
UMK- Entrepreneurship Is Our Thrust (tak paham..haha)
UPSI- Pengetahuan Suluh Budiman ( ala sastera.aku pun suka ni)
UTHM- With wisdom, we explore (nice..)
UPNM- Duty. Honour. Intergrity. (wahh! )
Uitm - Usaha Takwa Mulia (macam sekolah jugak)
MMU- Inquine, inspire and innovative
Lim Kok Wing- Driving Innovation for Education
UTM- KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA -aku paling suka ini. terbaik dari ladang.

then kita tengok universiti power-power, kat obersea. Aku pelik la, kenapa banyak motto berasal dari perkataan latin? ilmu datang dari latin setelah dibawa masuk dari dunia islam / arab ke?

Harvard - Truth (Fuh. hebat. satu perkataan jer. Ilmu dan truth itu memang tak dapat dipisahkan)
oxford- The Lord is my light
Cambrigde- From this place, we gain enlightment and precious knowledge (tak best..)
Imperial College London - Knowledge is adornment and protection of the empire
Priceton university- Under the protection of God, She florish
Stanford University- The Wind of Freedom Blow
California Institute of Technology - The truth shall make you free
Massachusetts Institute of Technology- MIND and HAND (Dalam maknanya. terbaik!)

mm..universiti al-azhar. universiti cairo tak ada motto ke?
 
dan motto nissan, 'Shift the future' sangat menarik dijadikan motto universiti. dan kalau boleh universiti malaysia terengganu tukar motto, letak 'belajar sokmo'.ahaks.

merdeka - juga sesuai. simple but meaningful.

Tuesday, December 25, 2012

where are all the boys gone?


Tempat aku berniaga ni ada 2500 student. 2200 perempuan dan 300 lelaki. Huh? gile punya statistik. Masa akan datang memang perempuan akan memenuhi banyak kerja-kerja penting dalam kerajaan dan company besar-besar. Aku fikir bukan kat tempat aku berniaga jer seperti ini. Aku rasa semua IPT di seluruh malaysia...

Mr mama akan bertambah banyak!!!

dan mencari calon suami akan bertambah sukar. Praktik pepatah Sambil menyelam minum air, perempuan, kalau kau tak mencari jodoh di alam pendidikan tinggi, chances menjadi andalusia sangatlah tinggi.

mungkin kau fikir. belajar rajin-rajin. Nanti dah kerja boleh jumpa ramai lelaki. ramai calon..

hah! bingo!

Bila kau keluar dari univ atau kolej, bukan senang cari lelaki yang ideal. Ramai lelaki - tapi tak tahu sejarah, tak tahu latar belakang, perangai dan sebagainya...dan rutin kau hari-hari sama. pergi kerja-balik-tidor. Pergi kerja-balik-tidor.

dan tidak sedikit orang yang kau suka tu, berstatus suami orang.Tunang orang.Orang punya.

Ia pencarian yang sukar. Jadi menyelamlah sambil minum air. selamat menyelam!

 “Beautiful face. Beautiful body. Horrible attitude. It was the holy trinity of hot boys.” -ain hawau ni-

 "Women fall in love by what they hear. Men fall in love by what they see. That’s why women wear makeup and men lie" -neelofa-

"Girls’ problem: They love the ones that hurt them. Boys’ problem: They hurt the ones they love" -unknown-

"In every girl’s life, there’s is a boy she’ll never forget. In every boy’s life, there’s a girl he can never get" -unknown-

Saturday, December 15, 2012

istanbul aku datang


...'jika kau jatuh chenta dengan dua lelaki, pilih yang kedua. Sebab jika kau benar-benar jatuh chenta dengan yang pertama, kau tidak mungkin pernah jatuh chenta lagi"..

this movie bukan untuk orang macam aku dah. rasanya masa-masa cerita macam ni dah berlalu untuk aku. Ini citer budak-budak. Tapi aku tertarik jugak nak tengok sebab aku suka tengok lisa berlakon sejak im not single. Dan beto juga. Jarang tengok tv, ekceli dah lupa bila kali terakhir bila tengok tv.

Beto aku suka lakonan dia sebab tengok "jujur aku dayus' kat yotube. Memang ohsem. Hero bibir gelap macam mitun chakrabuti bukan senang nak cari. ha ha ha.

tomok - Aku tak suka dia ni.Sejak new boz shite lagi. Mamat leleh. ha ha ha. Lakonan macam kayu. Intonasi dan picthing senada dalam lontar dialog. Tak paham aku nape lisa boleh ada bf macam ni. ha ha ha.

tomok makan nasik dengan 2 jari. wtf? 

minit 5 ++ -

'yelah sebab tu la i tak nak you datang kat siniiii...'
 'you tau kan i sebooook"
'kursus medic tu bukannya senaaang' pegrh. annoying!


aizat - Aku ingat ada juga scene dia main guitar akustik ke satu dua lagu. takdak. Peluk guitar ada la. huh rugi. Lakonan kayu jugak. Ada scene, sekali pun dia tahu tomok ada gf lain, dia tetap cover. Nampak macam dia pun suka lisa. ye lah sapa tak sukakan? tapi kawan tetap kawan. Tipikal seorang kawan lelaki. Kalau perempuan di tempat aizat. kebaboom laa!

minit 7++ - suka tengok lisa sentuh gambar dengan jari belakang. tak banyak orang buat gitu. biasa orang sentuh dengan jari dalam..seolah-olah, dia real menyentuh orang tu..

Dian - Aku suka perempuan nama dian. masa aku kecik dulu-dulu arwah mak aku ada koleksi majalah dian. ada jawi juga kalau tak silap. Dari situ aku suka pronoun 'dian'. Hingga Dian P. Ramli dan Dian Sastro.

dia tidak lagi 'papan lapis' :p .lakonan okaylah. dressing?legging, skirt pendek.topi. skaf rambut... ini mungkin ada pengaruh2 rafidah 3R sebab dia penulis skrip. Sebab tu dalam ni banyak jugak skrip-skrip 'terbuka' dan lepas. dan dia sedikit chubby. bawah dagu ada isi. Cara rajuk dia. cara dia respon dengan suasana. memek muka ohsem.

lisa seorang blogger. And she keep it secret dari tomok.Sebab tu dia boleh berblog dengan bebas. blog adalah diari yang bernyawa..cuma dian sangat naif. Dalam dunia sebenar naif seperti ini akan menyembamkan muka kau ke bumi.

kalau aku. lisa datang.. datang kemas bilik aku. tumpang bilik. nampak pulak tali singlet dengan round-neck baju sangat besar. Pabila malam, Aku pasang laptop lagu zizan dan kaka..iman tak kuat dow. tak payah nak test-test iman.... bawaku pergi..

..."bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
pacu laju lagi
malah kita tak perlu kembali"...

mencegah lebih baik.


lagi pun , lepas tu ada pulak scene nak comolot dalam restoran. peluk depan public dan cakap. 'kat KL boleh peluk-peluk'.  boleh kontrol bila awek masuk bilik, bloody hell liar. Kalau mati pucuk aku percaya.

beto - suka dia sebut dialog. Jelas. lakonan dia memang okay. cuma nampak macam aziz m. osman sekali-sekala.

ending - qoute kat atas tu. cliche! ha ha ha.

istanbul - nampak memang cantik.  memang kota perlancongan. cuma aku kagum bagaimana rumah-rumah lama boleh bertahan. tiada bangunan tinggi. kalau malaysia, memang cina dah buat apartmen tinggi=tinggi.

ps- aku bagi 2.5/5 bintang je. plot dia mudah dibaca. dialog dia kadang macam tak betul. ha ha ha. cakap memang mudah.

thailand vs malaysia semi final aff 2012 (2nd leg)


Bila kala kita memerlukan gol untuk ke final, tambahan pula kekurangan seorang pemain kerana kebangangan pengadil korea. Dan skuad kita dilayan kelas tiga dalam sebagai tetamu. Harimau sepatutnya menjadi harimau yang luka. Harimau yang marah. Harimau yang mengamuk.

Bila marah dan salurkan dengan betul, tenaga lebih akan datang. semangat lebih akan datang. dan ia memerlukan taktik yang berisiko. no more play safe, Defnsive play. Attack. attack. attack. Di sinilah mentaliti perlu kuat. Bila dapat gol sebijik, bolehlah kalau nak 'park kapal terbang' depan gol pun.

Aku teringat satu game yang sangat klasik. Brazil lawan cameroon pada quater final olimpik 2000 di sydney. Cameroon mendahului 1-0. Pada minit ke 75 Geremi kena buang padang. Pada minit 92 sorang lagi kena buang padang. Dan ronaldinho score pada deadly minit, minit 94.- extra time!

Minit 113 cameroon score lagi!! Jaringan padang dengan 9 pemain. Bukan set piece atau bola mati. Lawan B-R-A-Z-I-L - ada ronaldinho. lucio.  Edu. Baiano.

semangat satu perkara.Tapi taktik dan keberanian dan kepercayaan cameroon - etoo dan co, menakjubkan aku. Bulu roma aku pun naik sekali tengok. Terpinga-pinga brazil dengan 9 pemain, cameroon still main attacking - sekalipun boleh je bertahan sampai penalti.

so dem true. 'what the mind believes, the body can achieves'.

Back naik tinggi. brazil banyak kali kena offside. Kalau terlepas perangkap pun, kejar balik macam babi. Malaysia sejak dari dulu(zaman king gopal la) defend terlalu deep. jauh ke belakang. Bermain kalau mahu cari seri atau bertahan okay. Bila jarak antara back dan penyerang terlalu jauh, yang sangat letih dan sukar midfielder. Pasti hanyut kepenatan kejar bola. Defend sendiri pun akan penat. buang bola- bola datang balik.

ia antara perlawanan yang sangat sukar aku lupakan. Magik. Puas aku godek nilah utubenya


Saturday, December 1, 2012

malaysia vs indonesia 2012


Tahniah malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir. Ia malam yang sukar dilupakan. Bolasepak malaysia masih mengekalkan momen-momen hebat. 

Indonesia memang mempunyai permainan pantas. Malaysia tidak boleh bermain seperti indonesia. Malaysia ada temponya tersendiri. Cuak juga diserang bertubi-tubi di awal permainan. Mujur tiada gol dapat dihasilkan. Garuda tumpul cakar.

Pertahanan

Farizal Marlias (7.5/10)

Mengawal gawang dengan baik terutamanya di awal-awal 10 minit pertama. Indonesia mencari gol awal untuk membuatkan mereka akan selesa bertahan. Jika andik 1st eleven, di awal permainan tentu lagi kacau bilau.

Aidil (7/10)
Dia main dengan hati. Dia ni macam John Terry. Tekel hard, no mercy. Cuma bila robust macam tu kadang-kadang mempunyai risiko yang tinggi - menghadiahkan free kick pada jarak yang bahaya, penalti mungkin atau layangan kad merah. Dan take a big risk in 50-50 challenge. Cara dia akan buat dia selalu injured. 

Fazli Shas (8/10)
Dia ni bijak membaca permainan. Bijak menghidu bahaya. dan mengawal kubu dengan baik sekali. Mulutnya pun bising di atas padang. Hes deserve lilitan lengan -kapten in the future.

Zubir azmi (6/10)
Kurang membuat overlapping. mungkin kerana kunalan tidak bermain. Indonesia memang pantas jadi, dia bermain selamat menjaga benteng kiri.

Mahali Jasuli (10/10)
the obvious hero of the night! mengawal benteng kanan dengan fizikal. Membuat satu perfect crossing untuk gol pertama malaysia. Konfiden level tinggi. Tenang bila bersama bola. Passing yang tidak membazir. Dan membuat larian yang tepat ke dalam kotak penalti. Membuat satu gol yang cantik dari sudut yang sukar. Dia Maicon Malaysia.

tengah

Shakir Shaari (7/10)
Menyerap serangan-serangan awal indon dengan baik. Hard tekel. Rajin turun naik. Umpanan bola juga baik-baik sahaja. Jauh lebih baik dari amar rohidan. Sayangnya tercedera dan digantikan. Harap menentang thai raja akan pilih gary( box to box midfielder), berbanding amar yang of-form.

Wan Zack Haikal (9/10)
telah menunjukkan mengapa dia mendapat award player paling digemari di liga singapura dan menarik perhatian kelab jepun. He's gareth bale malaysia. ha ha ha.  Semakin konfiden dan akan bertambah konfiden bila menentang thailand nanti. Cuma sedikit tamak. Asist pada mahali sangatlah briliant. Memperdaya 3 defender dalam kotak penalti sungguh ohsem.

Azamudin (7.5)
Kurang menjadi dengan zubir di sebelah kiri. Tapi sentuhan penting untuk gol pertama yang klinikal. Ia membuatkan indonesia terpaksa teruskan dengan open game dan mengurang bebanan pasukan.

Shafiq Rahim (6/10)
Dia masih kekurangan lorongan-lorongan cantek untuk penyerang kembar malaysia - safee dan mat yo. Kekurangan umpanan-umpanan baiklah menyebabkan striker malaysia 'malu' nak score gol. Free kick, corner kick kurang menjadi.

Safee Sali (5.5) dan Mat yo (5.5)
kena bekerja lebih keras.  Kena lebih communicate dengan midfielder. Kena lebih pandai membuka ruang. Tiada try yang baik dari keduanya sementelah tidak mendapat bola yang baik dari rakan.


ps- King raja hidung dah kembang.

lain dicari. lain dijumpa.



Wednesday, November 28, 2012

peluang


Setiap kita akan sentiasa berdepan dengan peluang. Tentu semua orang pernah mendengar " peluang hanya sekali..nilah dia". Ia benar tapi separuh benar.  Bila kita mempunyai peluang untuk sesuatu kita juga kena bersedia. Bersedia untuk segala kemungkinan. Peluang itu sendiri adalah perihal tentang kemungkinan. Ia bukan kemungkinan yang baik-baik sahaja. Ada yang buruk-buruk juga. Kadang kita tutup sebelah mata akan 'buruk-buruk'nya kerana kita telah 'terpedaya' dengan kemungkinan yang 'baik-baik sahaja' itu. Tambah malang, bila yang 'buruk-buruk' itu lebih tinggi kebarangkaliannya..

Peluang baik. atau peluang yang sangat baik jika kita tidak bersedia tetap bukan peluang yang baik sebenarnya.

begitu juga " ruginya, aku terlepas peluang tu.." kadang peluang yang terlepas itu, adalah untungnya. Kehidupan adalah penuh kemisterian.

Dalam Islam. Kita diajar untuk solat istikarah dalam mendepani dengan peluang. Jelasnya peluang tetap sesuatu yang 50-50. Its future and not tell. 

Dan bila peluang yang diambil menggembirakan, Bersyukurlah padaNya. 

Dan bila peluang yang diambil mendukacitakan. Senyumlah. Peluang kedua mungkin ada. Mengadulah padaNya.

"bila mimpi, mimpilah tinggi-tinggi tapi sandarkan sedikit realiti, kerana bila mimpi itu mati kita masih mampu berdiri" -kuehbakar-

ps- bila fakri nak main ni? ha ha ha

Monday, November 26, 2012

post mortem rimau dibaham singa


malaysia kalah dengan cara yang menyedihkan.  Kalah seperti tidak melawan.  Bahagian pertahanan sangat rapuh. Terasa kehilangan asra atau zubir di sebelah kiri. Juga terasa kehilangan mat tonggek, muslim. Muslim-fazli shas adalah gandingan bek terbaik negara ketika ini. Aidil juga bagus tapi dia suka naik ke atas dan selalu off-position. Mahali bila masuk baru nampak ada 'game' di sebelah kanan. Mahali bukanlah jenis yang suka passing membuta tuli. Hes a nice passer and crosser. cuma dia ni kadang-kadang sedikit lembab.

Bahagian Tengah. Hancur. Dalam bolasepak, pemain tengah paling penting. ia penghubung bawah dan atas. Ia jantung pasukan. S. Kunalan adalah pemain terbaik malaysia semalam. Cuma, Kunalan tidak mempunyai penyudah yang baik seperti pemain pujaan aku, the unsong hero aff suzuki cup lepas- ashaari shamsudin. Malaysia merindui khidmat ashaari. He can drible. Very good passer. Boleh create peluang untuk penyerang dan untuk diri sendiri. Dia sangat baik dalam final 3rd gol lawan. Dia juga seorang yang tenang tapi pantas membuat keputusan. Dia bahaya dengan sepakan jauh - dengan kaki kiri atau kaki kanan.  Skillful dan selalu score gol-gol yang penting dan cantik. Kapten teruk.

flashback - final aff lepas. passing dia pada safee sali adalah world class. dan cara dia sendiri score gol dalam kotak penalti dengan placing yang cantek adalah bijok! Bukan senang score gol sebegitu. biasanya bila dapat bola seperti itu, nafsu akan mencanak. bola pasti ke langit.

amar rohidan - dengan kedah turun divisyen, petanda prestasi defensif midfielder itu sangat merundum. Wan zack memang sukar kerana singapore 'alert' dengan dia kerana main di liga sana dan menang award pemain muda terbaik. Pun begitu, dia masih connect baik dengan mahali dan azamudin.

Serangan. Safee yang menunggang dan nor shahrul the linesman tidak mendapat umpanan yang baik. dapat bola macam dari midfielder budak sekolah. tendang atas je, striker kejar. gila apa training hari-hari sepak bola satu bola cantek pun tak boleh nak lorong. Sorang title, striker import gaji 30k sebulan. Sorang pemain mpv terbaik 3 tahun berturut-turut, Bakal bergaji 80k sebulan dengan johor fc.

keeper - mungkin ada jurulatih nasihat jangan tangkap, kalau boleh tumbuk bola sebab bola licin dan padang basah. Sebelum gol silap tumbuk, ada sekali dua, apek tidak selesa dengan menumbuk bola..dan kepala dia mungkin pikir kahwin. mungkin tangisan bekas tunang membawa derita. ahaks.

taktik - malaysia main taktik yang serupa masa lawan singapore pada kelayakan world cup. Hantar bola tinggi. Singapore ada import dan no 9& no 10 kita pendek. Lainlah kalau boleh buat perfect crossing. Malaysia kena main passing pendek. Long ball bukan tak boleh, sekali sekala bolehlah. keeper singapore bukan terer tapi tiada cubaan ke pintu gol. Singapore main taktik sama macam dulu. hantar bola tinggi ke depan. tiga-tiga gol singapore adalah dari crossing. Kita bukan sahaja kena alert dengan crossing tapi kena jangan bagi crossing langsung..no crossing no gol.

penyokong - terkejut juga aku tengok penyokong chant 'singapura anjing'. what ever the reason is aku rasa tak patut. bila kutuk negara, automatik semangat melawan tu tinggi. tak percaya tanya ong kim swee masa isu baraccuda.

f.a.m - sekarang f.a.m takut. takut penyokong marah. itu tanda-tanda awal keburukan kemasukan pemain import. ha ha ha. Yang tinggal gopal. title raja telah tiada. ahaks. If, if malaysia tak berjaya ke semi. gopal surely akan step down sukarela. 

ps- apa pun aku doa dan harap malaysia ke final.


"soccer is simple but it is difficult to play simple" johann cruyff

"bolasepak itu seksi" neelofa.

Saturday, November 24, 2012

my second

-bookmark muka belakang-

Dalam Business, memberitahu orang apa barang yang kita jual adalah sangat penting. Lagi ramai tahu, lagi tinggi kebarangkalian pelanggan yang akan datang ke kedai.

jadi aku kena buat iklan. Nak masuk tv takde modal. ahaks! jadi aku buat bookmark untuk second kedai. Tabur dan bahagi-bahagikan pada golongan sasar. terkena sasaran atau tidak, tiadalah diketahui. Insyallah kena.

bookmark lebih baik dari flyers. flyers orang akan tengok dan mungkin buang begitu sahaja. Jadi aku kena bagi iklan yang 'disimpan di sisi'. Mungkin dia bukan pelanggan aku sekarang, tapi dengan tersimpannya iklan aku pada buku-bukunya, suatu masa 'ketika', kedai aku akan diingati dengan automatik di sanubarinya. ha ha ha.

thanks fahmi buat design.Sapa nak tempah design, sila contact member aku. He's very seni. :P

Harap sedikit masa lagi dapat beli L.E.D bertulisan yang bergerak-gerak macam bas intrakota tu. Rasanya harganya dah makin runtuh. Ia benda yang eyes catching. Ho ho ho.

apron. 
apron yang aku ceritakan nak buat dulu menemui kegagalan dalam pelaksanaan. 'boss, apahal pakai apron kedai fotostat.' 'boss, ini bukan kedai makan'. 'boss, malu la pakai ni'. Cittttt!! Tak boleh lah tiru MPH bookstore. Tiru tim allen dalam bengkelnya dalam tv series home improvement.

Beli kain suku. Jahit custom tu. hadoi!


'Whenever you find yourself on the side of the majority, its is time to pause and reflect' -Mark Twain-

'sometimes when you innovate, you make mistakes. It is best to admit them quickly, and get on with improving your other innovations' -steve job-


Friday, November 23, 2012

bilik sewa



Secret orang sangka adalah free... Tidak. Tidak sama sekali. Secret itu ada harganya. Imiginasi dan mimpi adalah free. jadi mimpilah aku semahunya. ahaks.

kami ada sebuah rumah pusaka berhalaman di trg. memandangkan tiada adik-beradik duduk di situ maka aku bercadang nak buat bilik sewa. Rumah aku dalam lingkungan 5 kilometer sahaja dari maktab perguruan, unisza atau Umt.

Rumah sewa -rate rumah sewa di trg tidaklah mahal. Kalau mahu sewa 400 sebulan pun, orang dah kata mahal. Homestay pun okay tapi memandang aku jauh, aku rasa bilik sewa untuk student perempuan lagi okay. homestay mungkin lebih lumayan tapi ada on-off dan kalau jauh, urusan akan menjadi sukar.

Rumah tu ada 3 bilik, 2 ruang tamu, satu dining hall, 1 dapur. My plan is mahu tambah bilik jadi 6. Jadi satu bilik ada 2 orang maka dapatlah aku 12 penghuni. kalau 1 penghuni RM 100 maka dapatlah seribu dua ratus sebulan. master bedroom mungkin boleh masuk 4 orang. wah! ketamakan di situ.

untuk tambahan lagi 3 bilik aku kena buang dapur, jadikan ia bilik. Dari segi kebersihan, mungkin okay tapi nak ke penghuni perempuan rumah tanpa dapur?  ruang tamu 1 dan 2 juga partitionkan jadi bilik. dining hall tukar jadi ruang tamu. So, pintu utama dari tepi (rumah memang ada 2 gate dan tiada masalah parking)

sebab penghuni ramai maka 2 bilik air tak cukup. jadi belakang dapur, 'construction tambahan' tu aku kena buat kolah mandi. biar mereka mandi ramai-ramai kat situ.Er, nak pasang online hidden cctv tak? hahaha.

untuk tarikan, kenalah aku sediakan katil, tilam, mesin basuh, tv bersama carpet dan sofa malas. dan register unifi dan buat network masuk ke setiap bilik. setiap bilik dapat internet free.Astro tidak perlu memandangkan dah bertvkan  unifi.

sayang rumah. jika ditinggal kosong rumah akan mudah rosak.


Wednesday, November 21, 2012

if you go to stadium...


Bila kita masuk stadium untuk piala AFF nanti. jangan diam macam masuk panggung wayang. Its must be hostile atmosphere for singapore-laos-indonesia. from the beginning enter the stadium to the last wisel ditiup pengadil.

we are the twelve player in the field!

Kalau datang dan diam, tolong jangan beli tiket. Tolong balik. Tolong beli skyfall atau istanbul aku datang. Tolong.


bola sepak dan  kebanjiran penonton umpama lagu dan irama. minit 1:14 - 'eiii.. bestnya ada boifrend orang terengganu...' ahaks! dan kepada pemilik video ini. terima kasih den ucapkan. its so beautiful.

roman abramovich gila


Bola sepak di liga-liga tertentu di dunia ini adalah 'result industry'. bila tak menang, pengurus@coach  pasukan boleh dibuang kerja. 

tapi bila anda sebagai pemilik kelab buang 8 coach dalam masa 9 tahun, dan sekalipun coach itu-roberto de mateo,  yang telah menang piala champion league season lepas, menang kali pertama dalam sejarah lebih  seratus tahun dan telah kalah dengan juventus semalam , yang mungkin menjadi kelab juara pertama tersingkir awal dalam sejarah kejohanan tapi masih berpotensi merangkul piala-piala  lain musim ini. Anda gila! abramovich seorang yang sakit mental dan sakit jiwa.

pekerja adalah manusia. coach adalah manusia. aku tak rasa abramovich menghormati seorang manusia.

bila kau suka buang/tukar coach sesuka hati, -ranieri, mourinho, avram grant, scolari, hiddink , ancelotti, avb dan terbaru, de matteo- walaupun  mereka mempunyai rekod-rekod kejayaan yang besar semasa di chelsea dan sebelum di chelsea. kau merosakkan reputasi kau sendiri sebagai owner kelab.

siapa nak jadi coach chelsea???! gila! ptuii!

ps- aku lebih suka malaysia masuk kejohanan AFF SUZUKI cup dengan label underdog. Tidak menang frenly antarabangsa berkali-kali walaupun lawan team cap ayam - ia bagus untuk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi. Malaysia team, bila letak harapan tinggi ia selalu mengecewakan... 

'winning isn't everything, but wanting to win is' -Vince Lombardi

'LEE CHONG WEI is such a great guy, Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals but attidude wins hearts
-espn comentator masa LCW kalah emas olimpik 2012.
ESPN commentator: "LCW is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts."

Read more: Silver in hand, gold at heart - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/silver-in-hand-gold-at-heart-1.121367#ixzz2CsZlSEZX
ESPN commentator: "LCW is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts."

Read more: Silver in hand, gold at heart - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/silver-in-hand-gold-at-heart-1.121367#ixzz2CsZlSEZX

Thursday, November 1, 2012

my dream


1. Futsal - sebab aku suka bola!
- dua pitch sahaja
- pakai rubber. karpet tak best. jatuh sakit.
- sangkar net
-Stand for supporter @ penonton
- green / red light. 
- score board. ha ha ha.
- kawasan perindutrian nilai 3.

2.Book House 
- ada 'bar' order air. kopi / teh
- ada cheese cake. ha ha ha.
- ada dua section. satu aircond. satu smoking area.
- comics.novel.agama.motivasi- banyak genre lah!
- ada lite musics..
- ada meja. ada kerusi. ada sofa. mungkin ada carpet untuk yang suka membac sambil baring/meniarap. haha.
- dan tentunya ada bilik khas untuk aku berbloging.
-lokasi universiti area. rumah aku kat kg? mmm...

3. self service dobi di universiti / kolej
-aku rasa macam senang..
-lagi pun, mesin dan sistem akan makin murah dan baik...

4. secondhand shop
- chair dan table.
- jual lukisan / gambar / poster.
-ada kenal tukang kayu.
- boleh jual kat mudah.com.my
- malas nak jual banyak barang..serabut and banyak 'sampah' nanti...

5. Jual nasi lemak berlauk.
- di sarawak, kuching.
-aku rasa market sgt bagus. ada kawan sana boleh partner..
- kuching, susah nak cari kedai makan sedap..
-nasik lemak semua orang boleh makan. one world taste..
- ada ayam goreng. ada kerang (ooh kerang susah mahu dapat di sana..) paru goreng..rendang daging..nyummm..nyummm..

6. car wash
- untuk adik bongsu aku.
- dia suka basuh keta.
- jadi bagi dia banyak keta untuk dibasuh!

7. kiosk telekung najwa.
- macam nor juma buka kat utem.
- help yusniza. to help fren.

8. buka kedai di indonesia.
aku belum pernah pergi sana. tapi aku rasa indonesia adalah 'gergasi yang tidor' ...aku rasa sana very promising sedikit masa lagi...

9. kedai trg f.c 
- jual semua mechendise peteh dan lain2 dalam liga m.
-jual poster.
- jersi
-tiket.
- mengumpul semua rekod, sejarah dan data mengenai trg fc

10. mahu buat buku.
-ha ha ha. kalau tak buat buku 'betul', buat buku 'indie' pun boleh..boleh jual takleh jual belakang cerita...hahaha
- bukan 'di mana saya jumpa jodoh saya'..tapi suatu yang lain..
- dah ada idea- perkataans..he he.

11.kawin!

mungkin berjaya buka kedai-kedai ni. mungkin satu atau dua..mungkin juga tinggal mimpi dan impian semata-mata...

if berjaya, harap satu hari nanti, dapat jadi player dalam properties. ada rumah sewa. ada kedai sewa.mungkin juga ada kilang sewa.

dan ada kebun.

dan menjadi penyimpan emas dan perak yang berzakat.

amin. :)

Tuesday, October 30, 2012

zaman bas mini



Posting lepas membuatkan aku teringatkan bas mini...

lepas SPM tahun 1995 dulu, ada juga berkelana ke kuala lumpur seketika..sebelum keputusan periksa keluar. the best thing is BAS MINI! Masa tu, bas mini adalah king of kl.. dengan kebisingan eksosnya, kehitaman asapnya, kelajuannya memecut, kengeriannya mengambil selekoh, kebrutalannya mencilok-cilok, berlumba-lumba, potong-memotong berebut penumpang, memang mat rempit pun boleh menggelengkan kepala.ha ha ha. 

aku biasanya akan bermusafir di rumah songo atau lobo. satu bas mini greenwood(14 kot) yakni ke rumah songo. dan satu bas mini taman tar, ampang, umah lobo.. tambang bas mini 60sen aku rasa, ke mana-mana destinasi, panjang atau pendek. kalau kau bayar 60sen ko duduk situ ulang alik destinasi pun boleh selagi tak kena tendang dengan konduktor bas. ha ha.

the best part of the best things..naik bas mini time orang pergi kerja dan balik kerja.woOoOoohaaaAAa!

time orang pergi kerja - time ni paling best. berhimpit-himpitan - bergensel-genselan dengan awek-awek bekerja di dalam bas mini. Bas mini tidak seperti lrt, lrt berhenti-buka pintu-tutup pintu. kalo tak kejar lrt, lrt akan 'lari'. bas mini dengan konduktornya yang 'speaker', akan berhenti dan menunggu penumpang naik."masuk dalam lagi! masuk dalam lagi!!".memang sapu licin penumpang kat bas stop tu..memang macam tin sardin! Nampak bas mini tapi bilangan penumpang kalah bas panjang! unbelieveable..ha ha

dan kau seorang pekerja dan pengguna bas mini, tidak mampu nak tunggu trip bas yang lain sebab bas-bas lain sama - tin sardin! naik dan punch card hijau. atau tunggu pukul 9 dan dibuang kerja! Awek memang wangi pagi2 ni. bau doderan, bau shampoo, bau minyak wangi.. memang ohsem.

waktu balik pun sama. memang penuh. cuma' tiada bau doderan, tiada bau shampoo, ada sikit-sikit minyak wangi..bau peluh dan masam ada banyak la. 

memang banyak sex-harrasment time ni. pompuan kalau kena benda ni, kebanyakkannya buat tak tahu kalau bas mini memang betul2 penuh. memang memaki dalam hati je la.

bagaimana dari tempat  A mahu ke B. dan ada 'kalaWOHA'nya kau tersekat antara a dan b. (garisan hijau itu kain baju-hahaha).

tapi mahu menempel kat awek kena ada tektik dan timing yang betul juga.Silap hari bulan dan silap tektik ko menempel aci. ha ha ha. dan taktik ada banyak..ada attacking. ada defending..hahaha.

legendnya bas mini, hingga wujud satu teka teki, antara jurutera, nurse dan konduktor, mana satu ko pilih sebagai isteri?

jurutera  - aku lupa. nurse - masuk sikit je bang, sakit (macam kat spital nak injek patient). konduktor 
' masuk lagi bang!!! masukkk lagiii!!! lagiii!!! "

ps- gambar bukan gambar dada. pompuan tak berdiri macam tu kat laluan dalam bas, pondan mungkin.haha



Monday, October 22, 2012

back to kl part 2


setelah balik KL semula, terkejut sikit tapi kalau fikir logik memang tak patut terkejut pun..Satu,  KL sangat teruk jemnya. Jalan yang terpaksa aku lalu hari2 ialah jalan Tun Razak. Dulu kalau nak masuk KL kita tak boleh masuk time 8 pagi dan 5 petang. Jem teruk.  Tapi sekarang, kalau masuk KL dari seremban, pukul 7pagi lalu serdang, lepas tol sungai besi dah start jem sampai ke bulatan pahang. Gile. Gile tensen.

Kalau kau masuk bawah tanah - smart tunel atau atas angin- mex highway, kau akan jem di atas angin dan dibawah tanah..

dan, bila kau nak keluar dari KL pukul 4ptg pun sudah jem! kalau hari jumaat lagi teruk. Plat KL setiap minggu bertukar a-b-c..maknanya setiap minggu ada 9999 kenderaan baru..  belum campur plat dari selangor lagi dan lain-lain. gile.

Jika hari hujan dan ribut. kemungkinan banjir berlaku. Smart tunel tutup. keadaan jem gile babi.

bila kau naik train, lrt, star, komuter. tak best dah. perempuan koc pink.koc asing. yang ada bangla, mat indon dan negro. Bangla pula suka makan kari dan bawang, haa ketiak memang kaw-kaw. kau melayu tapi kau adalah minoriti dalam train. hahaha. lucu yang mendukacitakan.

Kalau ada pompuan boleh jugak cuci mata.ahaks. teringat zaman bas mini..
 
Dua, chow kit dah jadi mini jakarta. mereka bukan setakat bekerja, tapi menjadi tokeh2 kedai runcit. kedai jamu (24 jam!), kedai makan. Bangla pun sangat ramai. Melayu semakin lama semakin terpinggir dan menjauhi kuala lumpur. Mereka tak mampu nak survive. Indon dan bangla lain, apa yang teruk di KL, di negara mereka 20 kali lebih teruk...

busines...
im back on track. so far so good namun masih banyak aral yang melintang dan menanti. harap dapat banyak bersabar dan banyak cekal. Dan kembali dapat minum teh tarik dengan kawan-kawan juga suatu rasa yang bagus..

ygkangenmenulis
ubi


Wednesday, September 5, 2012

my mini 'photostat house'










qoutes of the day..

“Painting is poetry that is seen rather than felt, and poetry is painting that is felt rather than seen.” 
 
Leonardo da Vinci

Tuesday, August 28, 2012

to do list

list to do..

1. cash register
2.Punch Card
3.Part timer / staff
4.Apron - uniform staff. harap dapat buat apron custom made. Suka tengok budak2 MPH bookstore pakai apron color meroon. Biar apron ada zip/ poket untuk letak calkulator kecik. Gunting, stapler etc. Senang! Kalau buat baju, costing lebih tinggi sebab kena buat banyak baju untuk staff. and tambah button bacth kat apron tu.. ':) boleh saya tolong?'


5. casingkan cable yang berserabai.
6.Tambah lampu kat atas mesin. since dinding puteh dah jadik biru nippon 'blue succes', ia memerlukan lebih lighting.
7.Tukar keybod mini, oleh sebab space kedai yang kecik dan meja kecik, maka keybod mini sangat praktikel untuk pcs2.
8. Tambah lagi pc supaya jadi 13 pcs. 10 punya sistem client macam handycafe atau molcafe. 3 lagik for 'no editing, express print please, tq!' 
9.Rack hub supaya nampak segak.
10.Blind tingkap. vertikal type ok kot..sekarang blinds ada punya sticker..lawa dolll..
11.grill tingkap dan pintu. warna puteh.
12. tambah mesin yang lebih heavy-duty. semestinya.

A dream doesn't become reality through magic; it takes sweat, determination and hard work. -collin pawel-




Tuesday, August 21, 2012

tiz zaqyah


sejak tengok nur kasih dulu. memang seriusly terkejut dengan lakonan mantap minah ni walaupun 1st drama dia.(1st ker?).. tergodek youtube nampak pula vid ni.Aku rasa, dia selalu bercakap sorang2 atau act depan cermin sorang2 membayangkan diri dia saloma ke. zeta jones ke. mak mah ke. haha.

dalam kespontanan, 4 minit 4 saat vid ni, there are so many karekters...

dia memang artistik. and perhaps..the legend in the making...

Monday, August 20, 2012

my plan


walau umur dah makin lanjut, aku masih tiada apa-apa..dan..its true when they said, if we enter 30's, the time- ticking even faster..ooh! my doa dan harapan..

aku nak kedai fotostat sulong aku, selepas hilang dua tahun dan kejatuhan, akan cepat maju. akan jana keuntungan. Fotostat bukan suatu bisness yang betul-betul bagus pada pandangan aku, sebab ia murah dan terpaksa kejar volume. Margin keuntungannya tidak tinggi. Mencari pekerja tidak senang. Tapi aku tidak tahu bisnes lain yang boleh aku mulakan... fotostat aku ada pengalaman. ada kawan-kawan. dan tahu liku-likunya. fotostat jika kena lokasinya, seperti di dalam kolej atau universiti, ia sesuatu yang lumayan juga sebenarnya.

Fotostat bukanlah semata-mata fotostat, ia boleh dikembangkan menjadi internet, printing, hardcover binding, designing, kad kawin, namekad, banner, pengiklanan dan sebagainya. Ia never ending story inovasinya..

Dalam industri ini, cewah. aku telah 'lahirkan' ramai kawan-kawan yang menceburkan diri, 5 kedai di  nilai, 2 di dalam ukm, 2 di serdang, 1 di subang, sama ada secara langsung atau tidak langsung. aku tidak kedekut ilmu dan akan bagitahu a sampai z. Mesin fotostat bukan murah,second-hand atau recond, ia  berharga dari 2ribu sehingga 30ribu. jika mesin color dan baru ia boleh cecah 80 ribu dan ratus ribu.

aku berharap agar 'kedai pertama' ini akan membuka aku jalan pada peluang-peluang yang lain. Good luck to me!Amin.

When a man is pushed, tormented, defeated, he has a chance to learn something" -ralph waldo emerson

Wednesday, August 15, 2012

masihkah ada ramadhan?



"zali, aku tunggumu balik UK bukan lima tahun..kalau aku tahu mu tak mboh kat aku, sejak kecik lagik aku hisap kopek mokmu"

-gayah-


Thursday, August 9, 2012

dalam hati ada taman

"tak tahu nak cakap apa.. moga pintu rezeki ko terbukak dgn seluas-luasnya..moga doa ko dimakbulkan..moga ko terus tabah dlm menempuh dugaan dan mencapai impian.."

"hmm..muka legend dalam hati ada taman rupanya ko ni..hehe..
"

-komen penyubiru-

adeh! komen jujur dan berbisa. tapi muka aku dok legend. aku rasa memang aku seorang yang berjiwa sentimental. hahaha. ahsitte! aku suka lagu-lagu slow rock jiwa-jiwa. aku suka sajak-sajak jiwa. aku suka cerita jiwa-jiwa. tapi aku juga seorang yang gile-gile dan hingar bingar. Sangat suka tengok citer pedang. citer tembak-tembak sampai otak bersepai..

dan seorang tinggi impian tapi berpegang juga pada realiti hidup..

tulisan kadang dari memori. kadang tulisan dari khayalan. kadang tulisan dari imiginasi. kadang tulisan memang dari hati..

-kehilangan mak masa 17 tahun sebelah katil hospital kerana kemalangan
-gagal berhenti dari UPM
-terpaksa menutup semua kedai-kedai dengan hutang bertimbun
-terpaksa 'hilang' diri...
-berchenta hampir 1 dekad tapi masih belum berkahwin
-kehilangan ayah disisi katil semasa menjaganya...
-memang hati remuk rendam. this is my site to tell my hurts. untuk luahkan..mungkin luahkan tidak pernah menyelesaikan masalah tapi ia sedikit melegakan...

'dalam hati ada taman' kurang tepat...'mimosa pudica dipadang rumput' lebih sesuai..

ps-sungguh cepat masa berlalu!


Friday, July 27, 2012

back to kl

telah lama 'lari dan hilang' akhirnya aku kembali ke KL. Dua tahun aku kehilangan macam-macam rasa. I just want to get back on track..back on business and catch the dreams.. harapnya tahun-tahun gelap akan berlalu dan 'mentari akan bersinar'..aku telah penat untuk penat. Bukalah pintu rezekiku ya Tuhan, pintu rezeki langit, pintu rezeki bumi. Amin.

ramadhan
ia kali pertama tiada mama dan tiada ayah. its quite different. rasa-rasanya lain. sejujurnya tiada semangat raya. cuma aku berharap aku dapat mengisi ramadhan sebaik-baiknya dan berdoa banyak-banyak pada parents di sana. i miss them much. i, no good son in their life, i hope to do better after their life. ampunkan aku  Ya Allah. sobbss.

i cant write anymore. the mantears drops...

ps- frens and you, thanks for being my big supporter in dark days. big-big thanks.


Monday, July 16, 2012

karat


bila lama tak menulis. sukar untuk kembali menulis. ia pegun. tiada momentum..banyak benda yang hendak ditulis sebenarnya tapi kekangan masa, keletihan dan kesibukan, membataskan.

aku berharap 'keghairahan' aku. 'keberahian' aku dalam menulis akan terus. Menulis itu satu kepuasan untuk diri sendiri.

Er.bukan sahaja menulis, buku yang aku beli, Dr. Umum yang tebal macam novel Ketika Cinta Bertasbih, masih belum habis dan tidak bergerak mukasuratnya. aiseh! nanti-nanti, boleh lah aku sinopsiskan bab-bab dalam Dr. Umum.

22 tahun sebagai perdana menteri tentulah ada cerita-cerita yang menarik untuk diceritakan.

yangtulis-delete.tulis-delete,
ubi






Thursday, July 5, 2012

28 years part 2


Jailani adalah juara dunia. Menjadi juara dunia bukan sesuatu yang senang. Ia memerlukan disiplin, kekuatan fizikal dan kekuatan mental yang sangat tinggi.

..I hated every minute of training, but I said, "Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion..." 
- Muhammad Ali -


Jailani memang seorang yang sangat-sangat penyabar sehingga dikatakan dayus. Dan bercakap itu mudah..

Dari segi luaran, Raja Azmi dan Jailani lengkap-melengkapi. Satu panas, satu sejuk. Satu degar-degar, satu pendiam. Satu berdekah-dekah, satu tersenyum. Satu gila glamer, satu low profile. Jika pasangan sama-sama panas. sama-sama degar-degar. banyak sama maka ada banyak masalahnya juga..

Apa yang tacing, seketika sebelum penceraian dalam mahkamah. Hakim meminta mereka bersalaman. berpeluk cium untuk kali yang terakhir sebagai mahram. Ia sesuatu yang jarang berlaku. Biasanya penceraian berlaku ketika panas dan bertegang leher, cabar-mencabar, ungkit-mengungkit.

melafazkan sesuatu yang meruntuhkan 'sebuah 28 tahun' dalam keadaan tenang memang tacing..


ps- arwah ayah aku dan arwah mama adalah 'sebuah 20 tahun' yang runtuh. Semoga bersama di syurga! amin.
pss- fitnah itu satu perkara, perbuatan yang mengundang fitnah itu juga satu perkara..





Thursday, June 28, 2012

28 years


aku tidak kenal raja azmi personaly. kenal menerusi media sahaja, begitu juga jailani sidek. Tapi dua-dua memang dikenali ramai. Seorang bekas jaguh badminton dunia, cool dan pendiam. seorang lagi outspoken, sering terpalit kontroversi melalui filem-filemnya, novelnya dan tindakan-tindakannya.

Aku tidak suka Raja Azmi.

Pada awalnya dia mengurat misbun, tapi misbun 'tidak mahu'.Entah bagaimana, walaupun umur jailani lebih muda, dia sambut chenta raja azmi. tertakdir sebuah jodoh.


tapi melihat sebuah penceraian setelah 28 tahun berkahwin, ia sesuatu yang melukakan...


semoga Tuhan mengampuni..


ps- ayu silalah berjogging!  
pss- bz dan gagal berblog.

Sunday, May 13, 2012

dunia ain



"..Tak sangka papa ain macan ni masa umor 17 tahun dulu...." -Ain Sarah Khadijah


tidak pakcik sangka, Ain datang blog pakcik baca songo, ubi dan dolloh .Speechless pakcik.Sebenarnya pakcik malu sebab blog pakcik 'jahat'. tidak sesuai untuk budak tadika yang baik seperti ain. Harap Ain tidak lagi membaca blog pakcik selepas ini. Tunggulah Ain dah besar, kembalilah baca blog pakcik. Insyaallah blog pakcik masih ada...


Meh sini pakcik ceritakan sedikit yang pakcik ingat secara bertulis tentang ayah ain. Hahaha. 


Ayah Ain memang antara kawan pakcik yang unik, sangat sukar dibaca tingkah-lakunya. Mempunyai imiginasi yang tinggi dan daya kelakar setara arwah din beramboi. Kadang kala, kami semua, lambat menangkap lawak ayah ain. beberapa saat selepas itu barulah kami tergelak besar. biasanya dia yang gelak sendiri dulu..ahaks.


pakcik tidak satu dorm dengan ayah ain, jika tidak tentu pakcik 'rakam' dengan lebih hebat momen-momen bersama ayah ain. Yes, ayah ain sangat meminati bolasepak. Dia ada jiwa bola yang sangat kuat. Dia juga peminat pakcik dulu. Pakcik memang terer. Pakcik kapten Sains Dungun dulu. Di antara kawan pakcik, ayah ain adalah peminat sebenar bolasepak malaysia. Dia masuk stadium dari zaman bolasepak 'malap'. Dia memang terbaik dan penyokong yang legend.


Masa dulu, ayah ain pernah pakai stokin berjari. Ia satu yang 'amazing' pada waktu dulu. tiada pernah orang pakai. Ia menjadi berita gempar batch kami. ha ha ha. 


Ayah Ain juga sangat ingin pergi ke Jepun menjejaki langkah pakcik Ain cuma rezekinya tiada. 


masa warden kejut dia tidor solat subuh. dia tak bangun-bangun. sekali warden kejut, dia tidor balik. Dua kali warden kejut dia tidor balik.Tiga kali warden kejut ' hoi dolah! mak ayah awok tak ajar ker?" Terus dia bangun. "cikgu, mak ayah jangan main cikgu..tak baik!" terus dia pakai kain pelikat dan capai kopiah.- dormates dia la citer.


Dia pernah lompat pagar dengan lobo. Pergi kuantan tengok konsert Ella!!


Dulu juga ayah Ain pernah buat radio sendiri. Dialah yang menjadi DJ. Dia memang suka mendengar radio dan suka menelifon radio-radio trg suatu masa dulu dan membuat ucapan. Dan dia mengumpul peminat-peminatnya yang tersendiri dengan gaya bahasa dia. Pakcik kagum dengan ayah ain. Di blok pakcik lah dia lancarkan radionya, sebab di blok pakcik frekuensinya jelas sampai Aspuri. Cuma sayang, ia tidak panjang sebab ayah ain nakal. Sangat-sangat nakal. Selain tuju lagu...


'..ye kepada aspuri sana...selamat malam saya ucapkan...jika anda suka dengan lagu ini sila tutup lampu dan buka balik..belajar rajin-rajin. dengarlah nirwana the man who sold the world...jangan jual diri ye kawan-kawan..' 


dia membuat banyak teka-teki 18 tahun ke atas..hingga satu malam terkantoi dengan warden. Warden tu besar Ain, macam Andre the Giant dalam WWF tu. 


"hoiiiIIiiII!!!! sape DJ tu meh turun sini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" bergegar blok A dan B. Sejak itu radio ayah ain tidak berkumandang lagi. He's very cool. Amazing..


Ayah ain juga pandai mengarang. Pakcik dulu selalu baca karangan-karangan merapu dan 'jahat' ayah ain. Ia sangat tinggi imaginasinya. Jadi pakcik tak terkejut dengan bakat Ain dalam menulis. Teruskanlah menulis. Belajar rajin-rajin. Ikut cakap parents. Suatu masa nanti catatan ain itu adalah 'sebuah album yang mempunyai rasa' . 


akhir kata, sayangi papa Ain. I love him too.