Followers

Friday, August 12, 2016

Doktor Bukan Tuhan


Suatu masa dulu aku sering berulang alik ke hospital sebab arwah ayah aku menjadi tetamu tegar hospital. Dalam pada waktu menjaga ayah, banyak masa terluang di tepi katil. Kau terputus hubungan dengan dunia luar bila internet dan techno belum berleluasa.

Dalam keboringan, banyak masa yang terluang, masa juga terasa begitu perlahan.. Setelah berkali kali khatam surat khabar yang sama, akhirnya tiada apa yang boleh kau buat kecuali melihat sekeliling. Memerhati. Dan tiba-tiba menjadi ahli fikir. Dan bila aku melihat doktor dan jururawat-jururawat yang menjaga pesakit. Yang pelbagai jenis penyakit dan pesakit. Pelbagai ragam manusia dalam hospital. Manusia yang sakit dan yang tidak sakit. -  Bagaimana rasanya menjadi seorang doktor. Dan bagaimana rasa bila kelahiran itu berlaku di depan mata. Dan bagaimana pula rasanya bila menghadap sesebuah kematian? Pengakhiran sebuah kehidupan.

Akhirnya. Dengan kepesatan dunia penulisan kini - Dr juga bisa menjadi penulis. Aku baru membaca 2 buku - Diagnosis  3(?) yang covernya - Dr gemuk tertidur di tangga kecemasan. Ahaks - teringat kawan aku Dr Keyo yang gemuk seperti itu. Dan buku Doktor Bukan Tuhan. Beberapa pertanyaan aku dulu terjawap serba sedikit. - Mereka juga manusia. Mereka merasa..

Dan aku menyukainya. Kedua-duanya


ps- DrKeyosilabuatbuku!

Tuesday, August 9, 2016

Sewa Buku



Aku nak mencuba satu yang baru. Memulakan secara kecil kecilan. Suatu yang aku sangat cinta - Buku. Satu kecintaan yang lahir dari gerobok-gerobok buku, majalah, buku selfmake - resepi book oleh ibu tercinta - Arwah Maznah Abdullah.

*Ampunkan  dosa-dosa kedua orang tuaku ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang*

Sepanjang aku buat fotostat ni, 'suatu karier terpaksa' yang telah lama aku tahan dan bertahan dan bertahan. Aku rasa sekarang aku nak buat suatu yang aku suka. Fotostat and printing bukanlah busines yang tidak bagus dan bukan tiada prospek. Bagus tapi bertapi..so let's do it! Mencuba!

Sebelum 'kelab sejuta buku' mempunyai berjuta buku dan membesar menjadi library. Aku mesti bermula. Aku berada di kawasan student. Buku buku akademik sangat-sangatlah mahal. Kalau ada banyak subjek dalam satu semester - kemahalan itu menjadi berganda! Dan sebenarnya jika membeli buku akademik dan niatnya untuk simpan buku itu untuk adik beradik yang lain, sebenarnya ia sia-sia kecuali medic mungkin. Yang lain semua akan mencetak edisi baru dan baru. Ia strategi bidang penerbitan.

Aku mungkin kena buka facebook 'kelab sejuta buku'.  Membuat bookmark kelab. Jalan-jalan MPH, kino, popular dan bagi kan bookmark pada awek-awek cantek. Ahaks. Mencari buku-buku baru. Mencari buku-buku secondhand dan mencari buku-buku yang polan-polan mahu wakafkan. Hurm..bolehkah aku membuat duit dengan buku wakaf? erkk.

So. the mimpi start here. Yeahhh!


Monday, August 8, 2016

layang


Monday, May 30, 2016

still there


Untuk beberapa tempoh, macam lupa pernah punya blog. Sesekali pernah untuk kembali menulis. Tapi tak tertulis. Sesekali rindu berahi nak menulis. Tapi tak tertulis. Termenung dan logout. #kbai blog.

But the blog is still here.... And I like that. Hahaha.

Harapnya blog 'memanggil' lagi selepas ini. 

Wednesday, July 15, 2015

bila


Bila kau muda, mungkin terlalu muda. Raya adalah tentang Syawal. Dan bila kau tua, dan semakin tua, raya adalah tentang Ramadan.

Don't say raya tidak seperti dulu. Ofkos lah berbeza. Rayalah! Tak kira apa rasa. Just do it. Just feel it.

Selamat hari raya. Maaf Zahir Batin.


Tuesday, July 14, 2015

cantik things

"The best and the most beautiful things in the world, cannot been seen, heard, or even touched. They must be felt with the heart"

Tuesday, June 16, 2015

long time

" Lakukanlah segala kebaikan sekecil apa pun, kerana kamu tidak tahu kebaikan mana yang menghantarkan mu menuju ke syurga".

selamat berpuasa!