Followers

Friday, February 3, 2012

azura 2011 ke THE CROW

aku adalah antara peminat karya aziz m. osman masa aku kecil dulu. Drama-drama aziz memang best dan lain dari yang lain seperti karya Adlin Shauki. Dan dia membuat remake filem azura 1984. filem melayu pertama mencatatkan kutipan box opis.(filem P Rmali tak box opis ker?).

Masa ini aku tonton wayang terbuka,ada orang panggil wayang pacak, yang pakai projektor kat padang.Pakai layar kain puteh. Aku berlari-lari di padang. arwah parents aku berdua-duaan di atas tikar layan azura dan membilang bintang..

Remake filem yang sudah berjaya dari segi sejarahnya bukan suatu kerja senang. Ia sangat berisiko. baru je keluar citer ni, banyak komen negatif. neelofa berlakon macam kayu. aku buka youtube, search karipap-karipap cinta. pergh! hancur kalau hero berlakon macam ni. potong stim! Tak jadi beli dvd. ha ha.

tunggulah satu lagi filem remake. THE CROW. ni aku tonton kat rumah songo, zaman video tape vhs. the crow ni citer dia macam citer P Ramli, enam jahanam. kisah tantari membalas dendam atas masmera. masmera dirogol beramai-ramai dan dibunuh.

brandon lee dan shelly merancang untuk berkahwin pada esoknya. malam itu rumah mereka dirompak oleh gangster.bertambah malang gangster memukul dan merogol shelly beramai-ramai di hadapan matanya.Setelah dirogol-rogol, Shelly dibunuh kejam oleh mereka. Akhirnya dia sendiri dibunuh oleh gangster tersebut dan dicampak keluar dari rumah, flat tingkap paling atas.(mati ker?hah?? awalnya hero mati?bukan dia hero ker? konpius aku.haha)

setahun berlalu, dia keluar dari kubur. umpama gagak jadian, dia mahu membalas dendam ke atas shelly dan kematian dia sendiri. scene-scene dia mencari dan membalas dendam tu yang thrill dan best. first time aku tengok citer hantu dengan mata bulat-fokus.ahaks.

hero menang as usual.tamat.

ps-Brandon Lee anak kepada Bruce Lee, hero the crow mati ketika penggambaran sudah nak habis. mati terkena tembakan pistol yang ada peluru. Diklasifikasikan sebagai kemalangan.

-aziz,kau dah hilang sentuhan?

Wednesday, February 1, 2012

Safee Sali

wah. safee sali. gaji dengan pelita jaya dah jadi 30k USD = RM 90 ribu sebulan. ada bonus, kenderaan, pemandu, rumah, cukai kelab bayar, tiket pergi balik kl dan lilitan lengan kapten pelita jaya. Diberi jersi no 10. ini bukan pelita lagi. ini dah mentol!

selain tu ada hak imej untuk mana-mana produk yang ingin safee sali. Dan mungkin ditawarkan saham dalam akademi bolasepak, sekolah sepak bola Pelita Jaya, Sawangan Jawa Barat. Selain mungkin berpeluang untuk mewakili Brisbane Roar fc (Australia), CS Vise (Belgium) yang juga dimiliki oleh Pelita Jaya Cronus.

Di Indonesia, dia juga pernah berlakon dalam sinetron sebagai cameo seperti mana Arwah Mokhtar Dahari. dan dia tidak mahu muncul lagi sebagai pelakon - 'berlakon itu bukan untuk saya'. ahaks.

ternyata, percaturan dia ke Indonesia sangat berbaloi. walaupun suatu masa Sultan tak mahu dia ke sana dengan berkata ' hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...baik lagi negeri sendiri...'sehari sebelum dia berangkat ke Indonesia.

kepada safee sali, semoga pelita jaya jadi Champion di sana dan meningkatkan lagi saham anda. selamat berjaya dan jaga hati bini baik-baik kerana cewek seperti Bunga Citra Lestari, Luna Maya, Dian Sastro mahu pun Inul Daratista pasti muncul dalam hidup anda bertalu-talu selepas ini...

jika perhalusi gerak kerja kelab pelitajaya yang jauh di mata ni, aku rasa adalah amat wajar persatuan negeri-negeri dijual pemilikannya agar lebih berdaya maju. Tidaklah menghabiskan duit kerajaan negeri semata-mata. Pasti ada orang seperti Tony Fernandez(qpr), Tian Gee/Vincent Tan(cardiff city) yang bercita-cita memiliki pasukan NEGERI dalam liga super malaysia. Melibatkan diri dalam persatuan bolasepak untuk mendapatkan mileage dalam politik haruslah tiada lagi..kejayaan kelab akan menguntungkan kantung kerajaan negeri pastinya..

ps-mana nak cari jersi pelita jaya ni? mahu angkat satu la season lepas punya safee sali 55.

apa kelas indonesia - nor shahrul