Followers

Friday, December 27, 2013

mini evolusi

Alhamdulillah. bulan enam nanti cukuplah dua tahun - usia kedai. Semoga ia terus maju dan berjaya. Ada beberapa lagi perkara yang perlu dilakukan untuk buat ia rasa 'sempurna' dan memudahkan kerja. Sometimes - We must love to do something that we don't like.

ini post 5sept2012.

Sekarang Akhir tahun 2013...








Wednesday, December 25, 2013

Buat Jersi Team Tua


Sekarang ingat nak kumpul balik kawan yang buncit-buncit. Main lah futsal sebulan sekali. Kalau tak boleh sebulan sekali, try setahun sekali. Hahaharu. Mana satu logo fahmi buat yang molek ning? Nak pilih kena pilih molek sikit. Jangan macam Johan Ashari - Nanti terasa hati batch yang tak terpilih.

Johan lepas je teater 'Bahayanya Wanita' terus cakap putus dengan Lana. Dan efeknya kepada wanita - Bahayanya Johan Ashari. Tapi seperti biasa perempuan kaum yang lemah. Mereka akan mudah lupa.

Johan akan tetap membuaya.

Tuesday, December 17, 2013

one woman man

Aku ada ramai kawan lelaki sebab aku 'boleh masuk' dengan macam-macam kepala. Kalau dulu kawan yang nampak nakal, ganas, brutal tidak sama dengan kawan yang dulu nampak slow, nerd dan skema. Ramai kawan aku yang nakal - ganas - brutal lebih setia. One woman man.

Yang nampak slow, nerd dan skema. Pijak semut tak mati. Telah berubah - Bukan one woman man.

Masa berubah. Orang berubah. Hati berubah. Perasaan berubah. Tapi ada orang tetap tidak berubah pasangan. Ia bukan kerana mereka tidak berubah, mereka 'menyesuaikan diri'.

" 'cause' nothing last forever and we both know hearts can change " - November Rain, Guns N' Roses -


Tuesday, December 10, 2013

jelez


"Because a picture and a caption can kill you sometimes.." -Qi Razali-

Qi pada zaman femes OAG (Old Automatic Garbage) - dia boleh pilih siapa dia nak untuk buat isteri. Cuma dia tak pilih. Dan masa berlalu - adakalanya kita sudah mahu memilih tapi orang yang kita nak pilih, tidak mahu dipilih. Memilih juga macam makanan dalam tin - ada expired date.    

Saturday, December 7, 2013

Najib the sinking captain


Tengok kinitv - Najib puji Rosmah Mansur. Ahshitte. Aku rasa belum pernah lagi mana-mana Perdana Menteri Malaysia puji bini sendiri dalam membuat jasa pada negara. Malaysia antara negara yang mempunyai 'menteri paling ramai berbanding jumlah penduduk' di dunia.

Najib puji isterinya membawa pulang seorang pelajar Malaysia yang 'disalah anggap' sebagai spy di Mesir ketika zaman Hosni Mubarak. Rosmah talifon isteri Mubarak, Suzanne, dua jam sahaja - pelajar tersebut dibebaskan.

Dan semasa operasi piramid , juga di Mesir, Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan rakyat@pelajar Malaysia di Mesir balik ke tanah air melalui Jeddah tanpa perlu menggunakan visa dengan dua Jumbo Jet percuma. Itu kerana Rosmah baik dengan keluarga diraja Arab Saudi.

Ia jasa cap ayam. Dan pujian cap ayam.

Duta dan Menteri Luar, Anifah Aman amat patut merasa malu kerana tidak membuat kerja.   

Dengan persahabatan antara dua negara yang panjang - dengan reputasi baik Tabung Haji dan bisnes Felda, di Arab Saudi dan sebagai negara yang sangat-sangat kaya, tanpa Visa dan Jumbo Jet berpetrol percuma - Bukan sesuatu yang terlalu sukar dan memerlukan usaha luar biasa bik mama.

Hadoi hai.

Tuesday, December 3, 2013

Gaji


Aku kira gaji MB 15 ribu sebulan kecil. Lagi pula negeri macam Selangor. Gaji MB Selangor patutnya 50 ribu sebulan. Jadi MB mana boleh duduk diam, kerja banyak. Kerja pun bukan kira masa. Hari minggu pun kena kerja.Kena attend sini, kena attend sinun. Gaji PM tu patutnya 1juta sebulan. Yelah CEO negara.

Lagi pun eloklah dinaikkan gaji. Selangor punya wang pun banyak. Perform. Ada biliion-bilion, tak pernah dibuat dek orang. Negeri lain pun nak naik gaji macam Selangor dan Sarawak tapi tak mampu sebab duit negeri tak banyak. Dan eloklah makan dari sumber gaji halal daripada 'makan' dari sumber-sumber 'projek jalan belakang'.

Apadehal 30 ribu sebulan sebagai MB. Mat Yo anak Terengganu, gaji 80ribu sebulan, kerja 3-4 jam je sehari. Itu pun kerja yang orang tengok pun seminggu sekali je - 90 minit je. Dalam 90 minit pun bukan kerja gila babi pun. Sekejap speed. Sekejap jogging. Sekejap terbaring. Sekejap berjalan. Tak payah sekolah tinggi. tak payah perah otak teruk-teruk.

MB - educated, sekolah tinggi. Ilmu penuh di dada. Kerja tanpa mengira masa. Tanpa mengira hari. Gaji 30 ribu pun kira mahal?   

Ramainya Buta kayu.

Ps - Negara kita sedang mengalami pesta. Pesta naik harga. Yahoo.

Monday, December 2, 2013

Beau Pere 1981


Cerita Satu
Tengok cerita Perancis - Beau Pere - The Step Father. Remy, lelaki 30an mempunyai seorang isteri dan seorang anak tiri 14 tahun, Marion. Cerita bermula apabila isteri Remy terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Marion cuba diambil balik oleh bapa kandungnya tetapi dia kembali untuk bersama Remy - lelaki yang telah membesarkannya sejak kecil.

Konfliknya bermula apabila - kerja-kerja rumah semua dibuat oleh Marion. Dan secara semulajadinya, Marion jatuh chenta dengan Remi - Ayah tiri dia. Dia cuba menggoda Remi hari demi hari. Malam demi malam. Remi menolak dengan keras pada mulanya tetapi nafsu tidak mengenal usia. Akhirnya dia melanggar garisan.


 "I am a woman. A woman of 14 years... Admittedly, my breasts are small, but they do react when touched" - Marion- 

Sebab tu sesiapa pun dalam berhubungan dengan sesiapa kena ada sempadan - Sempadan oleh agama itu sempurna. Mencegah ubat yang paling baik sebelum sakit.  

Cerita Dua
"Saya ambil secara baik, saya 'pulang' secara baik. Anggaplah jodoh tiada". Kata pemuda yang mengahwini Fazira. Ia ayat yang biasa. Cuma ia menjadi perhatian seluruh negara kerana perempuan yang dia kahwini setahun dulu itu baru berusia 14 tahun.

Boom! Rupanya terdapat cerita disebalik majlis. Rupanya 4 bulan sebelum berkahwin dia dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Seorang sangkut dan sedang dihukum dan seorang masih bebas walaupun identiti telah dikenalpasti pihak polis dan seorang lagi ialah bekas suaminya sekarang!

Tuduhan ke atas bekas suaminya digugurkan kerana pujukan keluarganya pada pihak gadis. Daripada peristiwa tersebut, dia sanggup dan berjanji untuk mengahwini dan menjaga perempuan yang ditebuktupaikannya dengan menangis-nangis. Sebab jika sabit kesalahan, maksimum penjara 20 tahun bersama rotan sedang menunggu.

Tapi mungkin juga bukan rogol. Mungkin suka sama suka. Tapi selagi perempuan belum mencapai 18 tahun, kes tetap diklasifikasikan sebagai rogol. Peguam Negara telah mengarahkan file siasatan dibuka kembali.

"Banyak kes rogol remaja bawah umur, bukanlah rogol. Ia suka sama suka" - Mohd Ali Rustam, Pembuka sekolah gadis mengandung tanpa suami.

Cerita Tiga
Aku suka dengan tulisan Perempuan Jomblo dan  Hidd Mihat. Hidup kadang tidak berjalan dengan mengikut skrip. Hidup juga kadang tidak berjalan mengikut peta. Fakta yang pasti, setiap 15 minit di Malaysia - sebuah masjid runtuh.

Cerita Empat
Johan Ashaari - hadoi hai.

Tuesday, November 26, 2013

SuperMokh


Aku tak pernah tengok Mokhtar Dahari bermain. Tapi masa tu selalu dengar nama dia, Pele dan selalu tengok rangkuman Serie A pada petang hari apa - aku lupa - pada tahun 80an. Dan selalulah tengok Maradona. Sampaikan jersi sekolah rendah aku cap Maradona.

Yang selalu tengok dan kagum pada masa selepas itu, Zainal Abidin Hassan tonggek.Dua kali pemenang kasut emas mengalahkan import yang hebat-hebat. Dia Legend no 17.

Ada pergi Kino, terbelek buku Biografi Mokhtar Dahari. RM 180 kulit keras. Mokhtar sekalipun legend dan sangat hebat, adakalanya juga kecewa dengan kritikan penonton. Tapi apabila bininya yang berada di stadium marah orang yang kutuk Mokhtar - dan dia cerita pada Mokhtar tindakannya. Dia pula yang kena marah dengan Mokhtar. Bukan macam Safee Sali. - Main Sendirilah!

Rupa-rupanya dalam karier, Mokhtar pernah dapat 2 kad merah. Sekali dia menekel lawan dan terus diberikan kad merah. Sampai sudah dia bengang dengan pengadil tu sebab dia rasa dia tak salah sampai kena buang padang. Kali kedua dia bengang dengan pemain Singapore dan dia dengan sengaja tumbuk muka player tu dan dapat kad merah. Dia rasa bangga dapat kad merah yang tu, siap cakap Muhammad Ali tentu kagum kalau tengok scene tu. No regret. Ahaks.

Mokhtar 'pergi' muda pada umur 37 tahun.Dia mengalami penyakit pada motor neuron. Ia sakit saraf dan melibatkan otak. Dia boleh tiba-tiba jatuh dan tak sedarkan diri. Penyakit ini dirahsiakan oleh isterinya dan doktor kepada dia sendiri dan tentu kepada semua Malaysia. Sebabnya penyakit ini belum ada ubatnya pada masa tu dan akan mati. Jadi, walaupun isterinya tahu Mokhtar tidak akan hidup lama - sekali pun air mata dia tidak menitik depan Mokhtar. Dia diberitahu terkena satu penyakit lain - yang mana penyakit tu mempunyai simpton yang hampir sama cuma tidak membawa maut. Dia mahu Mokhtar tidak tahu dan terus berharapan. Agar Mokhtar kuat semangat untuk sehat dan terus hidup.

Dan ramai orang 'menfitnah' dia kena buatan orang / Aids. Selepas Mokhtar 'pergi' barulah isterinya memberitahu sakit sebenar Mokhtar pada media dan sebab-sebab merahsiakannya. Dan Selangor membersarakan jersi nombor 10 sejak tu hingga David Mitchel datang.

Buku ini ialah sebuah kisah suka-duka seorang Legenda. At the last-last pages kita boleh 'rasa' sebuah kesedihan. Al-fatihah.

“If you're ashamed to stand by your colours, you better seek for another flag.” -Mokhtar Dahari, the legend number ten.-

Monday, November 25, 2013

Jatuh



Bila jatuh bukan senang nak bangun balik. Macam-macam rasa takut. Takut silap langkah dan kembali jatuh. Aku bukan jenis orang yang sabar dan kayuh pelan-pelan. Dan jatuh bukan datang begitu sahaja - Ia datang dengan persepsi. Untuk kembali bangun memang tidak pernah mudah.

tapi kata Hunger Games II - HOPE - is stronger than FEAR.

Friday, November 22, 2013

Dompet


Berbeza. Sangat berbeza. Antara dompet seorang perempuan dengan seorang dompet seorang lelaki. Sepanjang hampir 3 semester berniaga fotokopi ni - dompet perempuan tebal-tebal belaka. Ada duit merah. Ada duit hijau. Mereka fotokopi. Mereka binding siap pvc cover. Mereka letak cover warna dan print warna.

Dompet budak lelaki selalunya sekeping merah dan keping-keping duit biru. Mereka fotokopi paling minima dan paling penting sahaja. Tak mahu binding. Tak mahu print color. "black and white je bang". Mereka hanya stapler. Hadoi hai.

"Too many people spend money they haven’t earned, to buy things they don’t want, to impress people they don’t like.” – Will Smith

Thursday, November 21, 2013

Bon Voyage Australia

Bye-bye Australia
Malaysia kalah lagi. Dan pintu ke Piala Asia 2014 dah nak tertutup rapat. Dengan suasana bolasepak tempatan kembali rancak seperti 80an dan awal 90an semua berharapan dan bermimpi-mimpi Malaysia mampu ke Australia. Baru nak tempah tiket gi Australia 2014, kansel - hahaha tipu.

Hampa. Keciwa.Marah. Rajagopal haruslah letak jawatan.Harapan Palsu kata headlines belakang paper kosmo. Baik letak jawatan daripada kontrak tak disambung. Ia lebih bermaruah dan itulah janjimu dulu. Player selection pun dah tak betul. Jika Rooney main jadi simpanan dekat Man United atau Aguoro jadik subs pada Dzeko dekat City- boleh ke wakil England dan Argentina? Tidak boleh. Sebab tu jurulatih negara bolasepak yang hebat akan menyuruh anak buahnya berpindah kelab dan main 1st eleven dan JUGA perform, baru boleh wakil negara.

Safee Sali - dengan kelab pun jadi simpanan macam mana nak perform bila wakil negara? Bila orang kritik, marah orang balik. Betul-betul profesional! Messi, Ronaldo, Ribery, Zlatan, Lampard, Neymar, Torres semua kena kritik kalau tak perform. Ada mereka ni suruh orang kritik tu main sendiri? Nando.

Jawap kritik atas padang. Perform. Tak ada jawapan lain.

This is results industry. Menang dipuja. Kalah dikritik. 

Presiden F.A.M tolonglah letak jawatan. Ia baik untuk semua.

Saturday, November 16, 2013

Lupa


Kadang kita lupa. Tuhan itu terlalu dekat dengan kita. Kadang kita lupa dunia ini sementara. Yelah, memang manusia itu pelupa sifatnya. Kita lupa sebenarnya - perkara-perkara kecil sebenarnya sangat bermakna dalam kehidupan ini.. Melakukan perkara-perkara baik walaupun kecil ada nilai di sisi Allah. Kebaikan sebesar biji sawi akan tetap ditulis oleh 'malaikat kanan'.Juga kebaikan sebesar zarah tetap ditulis oleh 'malaikat kanan'. Everything have values.

Buatlah baik kepada dunia. Sayang semua manusia apatah lagi saudara seagama.

Peace yo!

FBI


Bila tengok youtube hari-hari last FBI sebagai DJ, perempuans biasalah menangis. Tapi bila dia sendiri pun menangis maknanya, dia memang suka dengan kerja dia. Kalau kita berhenti kerja, kita rasa biasa dan rakan sekerja pun rasa biasa, kita tidak efisien dengan kerja-kerja yang telah kita buat. Mungkin kita berhenti, orang lagi ketawa. Ahaks sadis.

Dalam dunia ni, tak ramai orang dapat kerja yang memang betul mereka suka. Kadang kerja kerana terpaksa. Kadang terperangkap dengan keadaan dan situasi. Mungkin bisness baru dia akan lebih lumayan dan mungkin kurang gembira. Itu juga biasa - Kita manusia tidak boleh menang semua.

Tapi bila menjadi Dj, FBI bila-bila masa masih boleh kembali, cuma kalau terlalu lama, akan kembali dalam konti klasik fm. Ahaks.

this iklan fakking ohsem. When you met something you love, its not like many things you like - takkan pernah. Ohsem!


 018 - Orang tua dulu kata, kalau buat macam ni awet muda.
110 - Ada orang sains kata, kita bersin kena tutup mata, kalau tak bola mata mungkin terkeluar. Iklan ini menafikannya. Ahaks.

Thursday, November 7, 2013

Meet Joe Black


Dalam banyak-banyak scene citer jenis ni, dalam hollywood, aku paling suka scene ni. The dialog. The ways these two says thing. The way they smiles. The way they look at each other. The way they not look at each other. Nampak macam natural. Bila awek tu kata "because i like you so much. ahaha..ooh bod..okey..now i got to go.." dengan soundtrack - sangat bijok scene ni. Its seem everything got scripts and 'speaks'.

Ini movie romantik omputeh yang paling aku suka. Script can create a magic.


And bila mati tiba. Tiada diawalkan sesaat. Tiada dilewatkan sesaat. Tak kira apa cara. Tak kira walau di mana.

Tak tahu


Tadi bayar zakat perniagaan kat UPM. Dulu-dulu aku tak bayar zakat. Sekarang, sekalipun hutang masih tinggi dan mengejar paymen-paymen, kalau boleh nak selalu bayar zakat niaga. Firman Tuhan, satu balasnya tujuh ratus. Bersih jiwa dan bersih harta - harapnya lebih tenang dalam kehidupan.

Dalam setiap hak kita ada hak orang lain. Jum zakat!

Sambil tunggu-tunggu amil solat asar, membelek majalah. Jumpa sebuah qoute yang macam kena dengan diri. " I haven't a clue as to how my story will end. But that's all right. When you set out on a journey and night covers the road, you don't conclude the road has vanished. And how else could we discover the beautiful stars? " -anon-

Wednesday, November 6, 2013

petik



Suka lagu ni. Petik-petik gitar memang mengasyikkan. Dulu masa matrik, roomates dengan dua gitaris. Malam-malam sebelum tidor memang layan. Nuar suka petik lagu more than words, Nuno Bettencourt. Ajai suka lagu-lagu M.Nasir. Dan aku paling suka dia dengan lagu Sweet Charity, Zakiah - penari padang pasir ternama. Dan kedua-dua versi, roomate aku mainkan lagi sodap pada yang ori. Pada aku la. Ahaks.

Ada orang kata Lagu James Blunt tu ada sikit-sikit gaya lagu Aku Suka Dia. Lagu kadang boleh kepal-kepal hati kau, tapi memang tak pecah. Itu kadang kau tersenyum.   

Wednesday, October 30, 2013

al -Haq


Sedap pula layan lagu ni. Walaupun mata tak berkenan dengan Mawi dan Ac, tapi telinga suka pula mendengar hingga mencecah ke hati terutama lirik Mawi. Mungkin zaman ni orang dengar Altimet atau Waris atau Malique, tapi zaman aku dulu Ac tiru MC Hammer. Tu pasal bedesup-desup pronounsnya. Ahaks.




Sunday, October 20, 2013

Mini Bundle Fest


Semalam Songo datang ambil aku dan pergi jalan Raja Bot. Ada bundle fest katanya. Aku sekali pun amat dekat  dengan jalan Raja Bot ni, tak pernah tahu ada Bundle Fest kat situ setiap jumaat dan sabtu. Tak ramai yang meniaga. Ada dalam 12 tapak - saiz kecil sampai rasa tak patut letak perkataan fest tapi sangat menarik sebab ia selected bundle.

Biasanya kalau pergi bundle kite kena menyelam. Baru dapat jumpa 'mutiara'. Kat jalan Raja Bot - Bundle Fest 'airnya cetek', jadi tak perlu menyelam dalam-dalam dan lama-lama. Baju-baju, jeans sangat menarik dompet dan harganya boleh dikatakan sangat okey. Tidak mahal. Terambil juga 2 helai. RM 20 selai. Satu tee Star wars made in Peru. Satu lagi unik colar tee Mizuno with dua poket kat dada.

This Bundle Fest aku agak akan membesar dan akan terus membesar. Ia pastinya  heaven bagi kaki-kaki bundle.

today qoute 
Hope never abandons you; you abandon it.
— George Weinberg --

Friday, October 18, 2013

Sad But True


1997/98 - Sejak sampai Lembah Klang, selalu makan di Kampung Baru terutama hujung minggu. Ia umpama syurga makanan. Tahun-tahun sebelum tu, sempat juga melihat Nasi Lemak Antarabangsa sebelum francisenya yang gagal. Nasik lemak 50 sen di city garden yang baru buka, meriahnya bukan main.  Juara Seafood yang selalu masuk filem.

Sekarang, kita kehilangan sedikit demi sedikit pandangan-pandangan seperti itu. Tumbuhnya macam cendawan lepas hujan, kedai ayam penyet di merata-rata ceruk dalam kampung baru. Nasi ambeng. Pecel lele. Satay Minang. Nasi Padang dan berbagai-bagai lagi menu-menu dari seberang. Nasi ayam seperti sudah pupus. Tengok berapa lama Nasi Ayam Melawati boleh terus famous dan bertahan.

Makanan dari Terengganu walau jaraknya 450 KM dari Kuala Lumpur, tidak berjaya menapak dan berkembang. Kalah teruk dengan makanan dari Jakarta yang jaraknya 1200 KM lagi merentasi selat

Tak lama lagi walaupun orang Malaysia di bumi Malaysia tapi makanan yang ada di Kuala Lumpur adalah dari orang Arab, Thailand, India, Western dan Indonesia. Chow Kit dan Kampung Baru sedang mencipta Jutawan-jutawan makanan dari luar.

Its sad but true.

Quote today - "No tears in the writer, no tears in the reader. No surprise in the writer, no surprise in the reader" - Robert Frost -

Thursday, October 17, 2013

so far so good


This season, business sangat baik. Ia lebih baik dari apa yang aku sasarkan. Tidak cukup kaki tangan dan masa untuk siapkan order. Alhamdulillah. Jika ia berterusan dan aku boleh catch up, ia tahun yang menggembirakan dari segi ringgit.

tapi, dalam hidup, Ringgit bukan segalanya.


Qoutes Hari ni ;
“Saya tidak kesal dengan apa yang berlaku, semuanya sudah tertulis buat saya. Tidak guna melayan kekecewaan kerana nasi sudah menjadi bubur. Selepas ini, saya mahu menutup buku cerita antara saya dan Wawa. Saya tidak akan mengganggunya. Dan itu pun yang saya lakukan selama hari ini,”

-Rashid, the Ina Naim no 2- 

Monday, September 9, 2013

kalendar akademik


Design ni kawan aku Fahmi(fami6438@gmail.com) buat dalam masa sehari. Suruh buat hari ni, esok siap. Boleh tahanlah sebab dia pun ada banyak kerja masa aku mintak tolong. Hantar print out siap sehari.Saiz A3, artcard 260gsm. Aku dah lama tak buat kalendar akademik ni. Sem ni nak start buat balik. Cetak pun tak banyak, seribu keping sahaja. So, sementara ramai student tengah busy tambah-drop kursus, maka eloklah aku jual benda ni kat diorang. Tadi kedai buka pukul 8 pagi, sekarang 12 malam kedai dah tutup tapi terpaksa siapkan kerja sejam dua lagi, sebab dateline pagi esok. Then tidor.

Oh ya. Aku terpaksa suruh Fahmi buat "hello kitty' sebab student ramai perempuan. Kalau ramai laki, aku dah suruh buat ultraman atau kastria baja hitam. Ahaks. Tapi ada jugak pondan tadi, "ala bang, kita tak minat helo kity, kita minat gaduh-gaduh macam KL gangster tu. Taknak la beli. Auw!".

Ashitte punya pondan.


Sunday, September 8, 2013

Menantu Raya 2013


Drama lakonan Emma Maembong sebagai Aisyah. Zain Saidin sebagai Mikail dan Mubarak Majid sebagai ayah si askar pencen dan duda. Cerita ni biasa-biasa saja tapi lakonan Mubarak Majid mengingatkan aku pada arwah ayah - Seorang pencen, berkencing manis, berdarah tinggi.

Kisah bermula apabila Mikail eksiden dan ditahan di wad hospital. Dan jiran katil Mikail ialah Mubarak Majid. Mubarak juga ditahan diwad kerana gagal menjaga pantang dalam pemakanan. Mungkin kerana eksiden tersebut Mikail merasa insaf kerana dia bukan seorang muslim dalam erti kata sebenarnya. Muslim pada nama.

Lantas berkenalan, Mikail meminta Mubarak mengajarnya soal-soal agama.Mubarak yang terlebih dahulu didischarge dari hospital, memberinya alamat rumah dan meminta Mikal datang untuk belajar agama.

"Mana yang pakcik tahu, pakcik ajarlah, mana yang tak tahu kita belajar sama-sama" Mubarak.

Di wad, Mikail bertemu juga dengan anak Mubarak, Aisyah pada moment dan sebab yang salah. Perkenalan yang tiada manis.

Setelah keluar dari hospital, Mikail mencari rumah Mubarak. Dan Mubarak memintanya bercuti dari kerja sementara. Oleh kerana Mikail seorang peniaga, dia mampu untuk berbuat demikian. Dan disambut dingin oleh anak Mikail yang comel, Nur Aisyah Humairah - Memang betol Emma itu kemerah-merahan.Mubarak dan Mikail sama-sama tidur di ruang tamu. Ahaks.

Setelah beberapa ketika Mikail berada di rumah Mubarak, yang mana Mikail itu disenanginya sejak dari wad hospital, orang kampung telah bising. Mubarak membawa lelaki bukan muhrim tidor dirumah sedangkan dia ada anak perempuan. Maka si ayah mencadangkan Mikail berkahwin dengan anaknya, Aisyah.

Aisyah memang terkejut dan taknak tetapi since dia memang manja dan sayang akan ayahnya sementelah ketiadaan emak, lagi pula dia masih single and available, dia setuju dalam berontak. So, bermulalah orat mengorat selepas kahwin. Si ayah kembali tidur di biliknya dan Mikail tetap masih tidur di ruang tamu.

Perempuan is something you can't understand at all.Ahaks. Setelah pelbagai cara dicoba oleh Mikail semuanya gagal. Sayang tak timbul-timbul. Tapi setelah Mikail akhirnya tidak berbuat apa-apa, Aisyah menarik tangan Mikail di suatu malam untuk pertama kalinya menuju ke puncak!

" Hati perempuan kita tak boleh pukul,  pukul, pukul. Nanti dia pecah! Abang kena gosok, gosok gosok dan gosok baru dia cairrr.." 0 : 40 :20 -budak, jiran rumah Mubarak. Dalam betul maksud kata-kata budak tu.

Cerita ni mengingatkan arwah ayah aku dengan baju hospital color hijau tu. Betapa katanya mulut pahit kerana asyik kena minum susu tak manis dan banyak telan obat. Betapa dia nak makan lemang, ketupat time raya - makan bisa untuk pesakit sepertinya. Asyik bubur je. Seorang ayah memang kebanyakkannya begitu - seperti Mubarak Majid dalam cerita ni.

Aku tidak pernah minat Zain Saidin. Aku tak suka hero-hero Melayu yang terlampau puteh. Tak macho. Tapi lakonan dia boleh tahan untuk drama. Emma Ismail Embong, memang lakonan semakin baik. Banyak memek muka. Banyak emosi. Memang best juga lah dia akan datang nanti.  

I like this drama. Mengingatkan aku pada ayah. Al-Fatihah untukmu di sana.

Friday, September 6, 2013

7 billion people


Sekarang dunia telah dihuni lebih 7 billion manusia. Dan hakikatnya, jodoh itu adakalanya tidak mudah buat bukan sedikit orang perempuan. Maka berpalinglah dari melihat ke atas, lihatlah ke bawah.Mungkin si jejaka ada di sana.

"Madonna is 55, her boyfriend is 22. Jlo is 42, her boyfriend is 26. Mariah Carey is 44, her husband is 32. Still single? Rileks la. Your boyfriend is not born yet!" -anon-

Masa bawak kereta, terkejut beruk dengar lagu ni.


 Dan when 7 billion people, macam-macam cara manusia mati. Cara-cara yang kadang tidak masuk akal dan mungkin tidak pernah berlaku dahulu kala.

Wednesday, September 4, 2013

20 sen!


Secara logiknya, benda akan selalu naik. Dari boleh dapat free dahulu kala hingga akan datang, harga akan terus naik dan naik. Ada benda memang boleh turun harga, tapi yang biasanya turun harga adalah kerana barang sudah merosot kepenggunaannya. Maka, makin murahlah dan mungkin barang itu menuju kepupusan.

Tapi memang ada barang - jika volume banyak memang makin bertambah murah macam barang-barang Made in China. Seingat aku masa zaman 80an harga stokin bukan murah, sekarang harga stokin. Mak ai!

Berbelit betol perenggan pertama dengan perenggan kedua. Ada konflik di situ. Ah, lantak. Ahaks.

Aku berada dalam industri SEPULUH TAHUN harga tak naik-naik - Fotostat. Walaupun harga paper naik. Harga servis naik. Harga sewa kedai naik. Harga sparepart naik. Rate gaji staff naik. Ia sangat hard. Jadi, sekarang aku pun berkira-kira nak naikkan harga. Kalau volume sedikit jatuh tapi margin keuntungan meningkat kira okeylah. Tapi yang bahayanya student sangat-sangat sensetip dengan sen-sen ni dan pesaing-pesaing dalam industri ni berhati kering.Fuuuh..

Walaupun student yang sensetip pasal harga fotostat ni sangat lah mesra gajet, kfc dan fastfood, fruti tutti dalam macam-macam lagi yang mahal-mahal tu. Hampeh.

Bagi aku simple je sebenarnya - Jika kita tak membuat maksiat. Jika kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmatNya. Allah akan cukupkan mana yang tak cukup. Jika kita membayar zakat, Allah akan membalas dengan 700 balasan!. Tapi aku pun selalu lupa membayar zakat sebab tu kadang hidup rasa sempit. Berdoa pun kurang. Solat pun tak lengkap, bila solat pula laju-laju nak habiskan. Tambah lagi masih bujang, pahala limited.Hadoi.

Tapi silap kerajaan ialah ia nampak boros dan bercakap tidak jujur dan bongkak. Ditambah lagi dengan komen seperti Nazri dan Bung Mokhtar. Mereka tidak membantu kerajaan. Ia menambah kebencian dan meluat orang.

er. Ubah! Walau masih terlampau awal. :P

Wednesday, August 28, 2013

Second Season


Bisnes aku telah cukup setahun - dua semester. Tahun pertama adalah tahun yang sedikit sukar kerana perlu mulakan banyak perkara daripada kosong dan 'air liur'. Masih banyak benda yang tidak sempurna. Tahun ini menampakkan sedikit sinar dan harapan. Aku berharap agar dapat mendapat keuntungan yang tinggi pada tahun kedua. Aku berharap dapat seribu sehari dengan dua kedai.Next week, second season kick off.

Kedai satu berada di dalam asrama. Masa operasinya panjang. 8 pagi hingga 2 pagi. buka setiap hari. Kedai kedua berada di kampus akademik. 8 pagi sampai 6 petang. Sabtu ahad cuti. Kedai satu dan kedai kedua bukan dekat. Kena masuk plus highway dan memandu lebih kurang 2 jam baru sampai.

Masalah utama - ialah pekerja. Sukar mendapat staf. Siapalah yang mahu bekerja kedai fotostat dengan gaji RM 800-1000 sebulan. Ajar staff buat fotostat bukan sesimple ajar buat air di kedai makan. Dan bila dah boleh buat kerja dia belum tentu tahan lama. Kalau berhenti, kena cari staff lain dan ajar balik. Hadoi.. Bila berada di kedai satu, sales ok, sales kedai dua kurang. Bila berada di kedai dua,sales ok. Sales kedai satu pula kurang. Aku berharap dengan susunan orang yang betul, sales kedua-duanya akan tinggi pada tahun kedua.

Aku dan achik, seorang kawan, start bisness sama tahun, 1998. Aku  di setengah jalan tersembam jatuh ke bumi dan dihempap pula tangga. Dia terbang tinggi dan meninggi di angkasa. Dan aku suka untuk berjumpa dan bersembang dengan dia. Its somethings nice to talks with him. How he make it. Bezanya, dia suka dengan apa yang dia buat. Aku tidak suka dengan apa yang aku buat. Tapi aku taknak jadikan alasan tak suka, aku tak boleh berjaya. Cuma aku kena lebih belajar bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi. Sebab bila kita bersyukur, Tuhan akan bagi lagi dan lagi.

Jangka masa pendek, aku tidak lah mahu kaya, cukup sekadar mampu membayar segala hutang yang tertunggak. Dan mempunyai tidor yang lena. Aja aja fighting!


"Kebahagian itu seperti rama-rama, semakin kita kejar semakin ia terbang jauh dari kita.Tetapi, sekiranya kita mengalihkan perhatian kepada perkara lain, rama-rama itu akan datang dan singgah di bahu kita" -muka surat xiv, Chiken Soup for the Soul, PTS- 

Tuesday, August 27, 2013

Man United VS Chelsea 2013


Its a big big game pada pukul 3 pagi. Shitt. Chanel satu lagi Real Madrid vs Granada kot.

Harap cerah hingga ke petang rupanya hujan lebat di tengahari. Game boring gile. Kedua-dua team main takut kalah. Main selamat. Main untuk seri. 

Mourinho sekali pun ada banyak striker - Torres, Ba, Lukaku, Moses- Meletakkan Schurrle attacking mid sebagai striker - Tak faham aku. Adakah dia nak memberi msg pada Rooney - Chelsea masih tiada striker? Dan Schurrle nampak loss. Larian tak kena. Bukaan tak ada. Sesat sesesatnya. Hanyut sehanyutnya.

Chelsea terlalu banyak hilang simple passing terutama bila baru nak start counter-attack. Ramires terutamanya. Dia dah rampas bola dengan baik tapi passing malam ni sangat teruk.

Lampard memang 'diam' terus malam ni. Sepatutnya Mata main. Lampard bukan lagi Lampard yang dulu. He's getting older and older. Slower and slower. Momentum serangan terbantut bila bola di kaki Lampard. Bila dia lambat passing ke depan, pihak lawan telah tutup ruang yang terbuka tadi dan akhirnya dia passing belakang.Boring Shitte!

Chelsea memang bertahan dengan baik. Van Persie sangat-sangat bahaya. Mujur dia susah dan jarang dapat bola. 

Rooney - attitude macam perempuan yang didatangi rombongan meminang - baik semacam. Tak ada satu patah pun mencarut seperti hari-hari biasa. Kena tekel pun tak mencarut. Ref tak tiup sekalipun sepatutnya dua kali penalti pun tak mencarut. Tergamam juga la ref dengan hipokrit Rooney. Tapi dia memang bagus malam tadi cuma tidak sepenuh hati. Tak hairan Chelsea nak beli, Man United tak mahu jual.

David Moyes - Sekarang dah smart. Rambut dah straighten. Dah pakai kot. Tidak lagi T-shirt dan seluar trek di sebagaimana lebih sepuluh tahun di Goodison Park, Everton.   

Terengganu - huh. Menangis air mata darah.

Thursday, August 22, 2013

pray for Egypt

Stadium Darul Makmur, Pahang vs Kelantan.

'Cause we all live under the same Sun
We all walk under the same Moon
We all live under the same sky
We all look up at the same stars
Then why, tell me why can't we live as one

-Kala Jengking-

Apatah lagi kita sesama muslim..

Monday, August 19, 2013

Wan Zack Will Be Back Soon


Aku tak rasa Wan Zack akan terus berada di Jepun setelah 10 game musim ni berakhir nanti. Ia sebuah kelab divisyen 3 di Jepun dan suasananya macam liga kampung. Stadium macam stadium mini UPM. Aku rasa Wan Zack rasa sama macam Nazmi dan Fakri rasa. Ia indah khabar dari rupa. Di bawah adalah gambar-gambar kemenangan Ryukyu F.c 7-0 menentang Siesta Yomitan dengan Wan Zack assist 3 untuk gol dan  berada di tangga ke lapan liga dengan 34 point dalam 24 games.

Wan Zack tentu tidak mahu menjadi macam Akmal Rizal - Permata dan harapan negara tapi tiada gelaran liga domestik tanah air ketika top form - Liga Super, Piala F.A dan Piala Malaysia khususnya, yang berusia hampir seratus tahun dengan full-packed 100,000 penonton pada final - Suatu yang semua pemain bolasepak di dunia idam dan mimpikan.






"bola itu bulat, sama macam cinta - kau tidak tahu di mana ia akan bergolek" - Kueh-

Wednesday, August 14, 2013

suka

If you can understand the me, then i can understand the you. Lay beside me. Under wicked sky. The black of day. Dark of night. We share this paralyze. - the unforgiven 2, Metalica.

"Sesetengah orang mengejar kebahagiaan, yang lain pula menciptanya" - Margaret Bowen

Antara Buaya dan Naga


"Ini bukan antara naga dan buaya. Ini antara dompet kulit naga dan dompet kulit buaya" - Nora-

"So many women fall in love with the wrong guy simply because the wrong guy usually says the right things" -anon-

"kueh, mu the right man? ptuiii!" -nora-

Dem. Banyak sangat tengok drama. ahaks.

Hamdilah


kadang, cara terbaik untuk menyayangi seseorang adalah mengetahui dengan kuat - kita pasti terpisah. Cuma tidak tahu bila dan di mana. Mungkin juga bagaimana.

Hamdilah - Aku doakan mu selamat menjalani pembedahan esok hari. Pembedahan pada jantung dan seterusnya usus tahap dua. Aku masih terkedu. 

Semoga kita kembali sesegera mungkin, sembang sambil menghirup bubur berlauk kampung baru seperti semalam.

Sunday, August 11, 2013

Messi memang melayu




Sunday, July 28, 2013

this is pantai timur

 Kah Kah Kah. 

Ermm. terdiam sekejap tengok undian kumpulan Piala Malaysia. Its a group of death. Terengganu - Kelantan -Pahang dan Negeri Sembilan. Hanya dua tempat yang akan ke peringkat seterusnya. Aku rasa Kelantan akan mengungguli kumpulan dan diharapkan Terengganu dapat follow. Terengganu masalah tahun ni - kuat tapi tidak konsisten.

Pahang - juga bukan calang-calang pasukan tahun ni. Ia pasukan yang tidak kenal letih dan dibarisi pemain muda berbakat. Aku paling minat Amirul Hadi Zainal. Seorang wing dan attacking midfielder yang transform dengan cemerlang sekali sebagai defensif midfielder merangkap box-to-box midfielder.

Negeri Sembilan akan turun divisyen. Jadi mereka mungkin akan buat yang terbaik untuk menamatkan musim ini 'dengan gembira walau berduka'. Lagipun star terbaru mereka Nazrin Nizam sedang mengganas. Tapi Negeri Sembilan tentulah poning asyik ulang alik ke Pantai Timur.


Piya - mulut mu, meme masin.

Friday, July 26, 2013

Tak boleh bergurau, pergilah ke surau..


Iklan jahit oleh Petronas macam biasa - tacing. Dulu petronas ada juga buat iklan raya gembira dari awal sampai tamat tapi ramai yang lebih suka iklan tacing. Ramadan dan tacing memang dekat.

Cuma dalam iklan ini - aku berharap aku tidak seperti ibu itu. Kegigihannya dan ketekunannya bekerja mengejar dateline, hingga sampai time berbuka baru berhenti. Sampai jiran seorang Cina pun kagum. Tahap sabar yang tinggi, tidak merungut apatah lagi memaki - kesilapan dalam tempahan pelanggan. Kreatif - poket pada sampin. 

Bersemangat bangun malam siapkan kerja. Semua package ada untuk menjadi seorang peniaga yang sangat-sangat berjaya tapi masih tidak berjaya dalam ekonomi. 

Hakikatnya dan realitisnya, benda macam ni memang wujud.

Dan aku berharap aku tidak menjadi seperti ibu Awin - Struggle sampai tua.


Thursday, July 18, 2013

sisi lain ramadhan


Bila pernah ada mak dan ayah
Bila pernah ada 7 beradik
Bila pernah ada datuk dan nenek
Bila ramadhan
Ia sangat bahagia

Tatkala seorang demi seorang
Bangun dan gosok-gosok mata
Kerana kejutan seorang ayah
Masuk bilik air, basuh muka
Setelah mak sediakan sahur
Kadang ia sardin cap ayam yang senang disediakan
Kadang ia lauk malam tadi yang dihangatkan
Dengan nasi yang baru ditanak
Makan sama-sama

Tatkala berbuka
Hidangan indah telah penuhi meja
Perut telah berbunyi meminta
Mata tengok lauk
Mulut diam tak terkata
Telinga tertunggu-tunggu seruan azan
Ia membahagiakan

Kini
Semuanya tiada lagi
Ramadhan sisi lain - Sebuah momento yang sukar dilupakan

Tuesday, July 9, 2013

ramadhan


Tiba-tiba orang tak berapa cukup solat seharian pun terkumat-kamit nak betulkan bacaan niat puasa esok hari. Orang yang mencuri pun berazam nak cuti sebulan. Orang yang minum arak pun rasa tak nak minum sebulan. Yang tak bertudung pun mula try-try tudung depan cermin. Ada juga try selendang. Penzina berazam tidak mahu berzina. Si kedekut mula terasa ingin menderma.

Dekat maghrib, tiba-tiba berpusu-pusu umat menuju masjid. Saf masjid yang biasanya satu menjadi sepuluh. Surau kecil makmunnya melimpah sampai ke luar. Berduyun-duyun - berjalan kaki. Berkereta. Bermotorsikal. Menuju masjid.

Semuanya itu tanda jelas dan segera - Syaitan telah terikat. 

Itulah kehebatan bulan seribu rahmat - Ramadhan al-mubarak.

Selamat Menyambut Ramadhan


ps- Emak dan ayah di sana, anakanda pasti kirimkan doa.  Fuh. Miss them so hard. Sobss..

Thursday, June 27, 2013

Kelantan VS Kelab Johor Darul Takzim final piala FA 2013


Akhirnya, perlawanan akhir impian aku menjadi kenyataan sejak 2010. Walaupun sedikit cacat sebab Johor Darul Takzim bukan Johor f.a , sejarahnya ia Johor FC. Dan meletakkan 3 bintang di jersi adalah mengelirukan sejarah. Pasukan Kelantanlah yang mula-mula sekali letak bintang pada jersi. Bintang tu bermaksud menang Piala Malaysia. 


 Kalau kelab Itali, letak 1 bintang bermakna menang liga - Serie A sebanyak 10 kali. Ia dimulakan Juventus pada tahun 1958 setelah mereka menang 10 kali liga. Dan kini  Juventus ada 3 bintang, makanya telah menang liga lebih 30 kali. Kalau jersi negara, bintang menandakan jumlah menang Piala Dunia.



Kelantan letak 2 bintang sebab dah menang 2 kali Piala Malaysia. Johor menang 3 kali piala Malaysia sebab tu 'JDT' letak 3 bintang. Cuma aku tertanya-tanya bila Terengganu nak letak 1 bintang pada jersi dan bila Selangor nak letak 32 BINTANG!!! pada jersi dia! Ahaks - Selangor memang humble.

Aku harap jersi Terengganu akan berbelang macam Juventus dengan nombor warna kuning atau berkolar oren. Sekarang jersi Pahang away sangat lawa. Macam Juve. Terengganu harus cepat take over jersi hitam-puteh belang. Biar dikenali sebagai Juve Malaysia. Ahaks.

Aku rasa Kelantan menang pada kali ini.  Dan permusuhan final dua team ini akan disaksikan lagi beberapa tahun terdekat ini.

Aku berharap Orang Johor dan Kelantan janganlah berkumpul dekat RnR Seremban, Highway Plus - Ia idea yang sangat tak baik. Highway akan jadi jem gile. Berkumpullah di perkarangan stadium dari pagi pun takpe. Nak tidor sana pun buleh. Bawak khemah pun boleh. Tolong jangan berkumpul di RnR Seremban.

Saturday, June 22, 2013

Rumah Kontena


Harga rumah semakin hari semakin mahal. Orang bisness kecik macam aku tersangatlah susah nak buat loan rumah. Bila financial stabil dan track record yang baik dalam jangka masa lama baru boleh buat loan rumah. Adoi entah bila stabil tu.

Jadi, kena berangan nak dapatkan rumah mampu milik. Aku rasa rumah dari kontena sangat kool. Satu kontena dalam 4000 RM-9000 RM ikut saiz. Cuma kena cari tapak yang sesuai dan sewa murah-murah. Letrik tak ada masalah TNB boleh supply. Dan cari design yang cun-cun.

Kalau rumah mengadap pantai pun okey jugak. 



Bila tengok filem, banyak rumah kat Amerika buat dari kayu. Kat malaysia kalau rumah dari kayu bank tak boleh bagi loan, kena dari batu baru ada harga dan boleh buat penilaian harga. Pelik juga.

Cuma rumah kontena ni bilik air dia mustilah kecik sebab nak jimat space - dan aku sebenarnya suka untuk punya jakuzi dalam bilik air. Boleh mandi satu bejana dengan bini. Woha!

Thursday, June 20, 2013

Alangkah Indah


Sekarang dah pukul 336 pagi. Aku masih di kedai. Bila akhir semester memang jadi Batman sebab student memang jadi burung hantu siapkan kerja dan assigmen. Esok kena buka pukul 8 pagi. Adalah 2-3 jam untuk tidur. Time-time macam ni barulah muncul student lelaki. Ahaks.

Huh! Mengejar dunia.. Alangkah indah jika mengejar akhirat juga begini. Hu hu hu.

Perut rasa nak makan maggi goreng mamak pula.  Lapar.

Saturday, June 15, 2013

Now You See Me


Kita manusia selalu terpukau dengan magic. Magic adalah sesuatu yang mengagumkan mata dan menghiburkan hati. Rahsia, misteri dan magik itu saling berkait. Masa aku kecil dulu, selalu kagum dengan magic David Copperfield di kaca tv, sehinggalah dia datang ke Malaysia dan mahu menghilangkan Jambatan Pulau Pinang seperti mana dia menghilangkan State of Liberty. Anti klimaknya - "Jangan nak buat lawak bodoh" - Dr Mahathir tak bagi. Ahaks.

Bila aku tonton Now You See Me, ia sangat best sebab seolah aku sedang menonton dua dalam satu. Tonton filem dan tonton magik. Ia satu naskah yang 'tidak duduk diam'. Kita akan tertanya-tanya apakah scene seterusnya - Ia mendebarkan dan mengujakan adrenalin.

Ia mengisahkan 4 orang ahli silap mata muda yang berbakat yang dipanggil seorang misteri untuk melakukan magik besar-besaran, high profile dan eklusif, magik yang kali pertama seumpamanya dipersembahkan. Mereka-The Four Horsemen- telah melakukan rompakan bank dari luar bank - Dari sebuah pentas show di Amerika merompak bank di benua lain, di Perancis. Duit di bank Perancis lesap dan berterbangan ke tempat audien mereka pada waktu yang sama. Nama The Four Horsemen BooM! Bermula dari itu, seorang polis, Rhodes ditugaskan untuk menyelesaikan 'kes' tersebut dan dibantu oleh agen interpol dari Perancis dan peminat magik - Alma Dray.

Cerita akan lebih menarik dan berbelit jika ada pihak ketiga - dan Thaddeus, bekas ahli silap mata dan pakar dalam pembongkaran cara magik mengikuti dengan rapat aksi, tindakan dan cara fikir the four horsemen. Dia buat duit dengan itu, dan menawarkan bantuan kepada Rhodes melalui Alma pada mulanya. 

Rhodes sangat bengang dengan The Four Horsemen kerana dia telah dipermain-mainkan berkali-kali, dimalukan secara live di tv dan digugurkan daripada terus menyelesaikan kes. Dia berdendam dan nekad mahu menumbangkan The Four Horsemen.

Cerita ni plot dia tak kemas dan boleh dipertikaikan tapi kerana momentum misteri itu terlalu kuat kita abaikan kelemahannya. Aku teruja babak seterusnya!

The ending -  lihat tagline filem - "The closer you look, the less you'll see" - Jika dalam perjalanan cerita kau tekun 'kaji' dan study siapa-bila-apa-bagaimana-di mana. - kau telah tertewas dengan Now You See Me - to fool you. 

Mungkin ada sekuel kerana banyak unanswered.

Alma Dray dengan accentnya yang seksi - Seorang Perancis, maka tidak hairan - Aura cinta kota perancis melekat pada penduduknya. Vouloir amour et de romance!


Monday, June 10, 2013

Welcome Home Mr. Mourinho


I like this guy a lot - the self-proclaimed - the special One, the winner. Aku suka cara dia bawa team dia. Sejak Porto menang dengan Monaco hingga sekarang. Aku suka bola sepak dan aku suka qoutes. Kata-kata dia selalunya unik dan menarik walaupun maksudnya direct. Jose Mourinho adalah 'Usman Awang' dalam bolasepak. Tidak hairan journalist suka dia - His words - headlines and big story.

"I'm the happy one. Time flies. It looks like it was a couple of days ago but it was nine years ago and since then a lot of things have happened in my professional life. I have the same nature. I am the same person. I have the same heart. I have the same kind of emotions related to my passion for football and for my job.

"But of course I am a different person. In this moment if I have to describe myself, I describe myself as a very happy person and it is the first time I have arrived in a club where I already love the club. Because before I was arriving and I had to build emotional relations and I only know how to love the club after some time there. This time is a new kind of feeling because this is the first time I am arriving to a club and I love it. I love it already." 


 "kadang kita kena buat suatu yang berbeza, baru kita tahu rasa kita tetap sama"- kueh-