Followers

Monday, November 21, 2011

garuda dibaham harimau

perlawanan final tadi cukup menarik dan mendebarkan. Indonesia menyerang malaysia seawal minit pertama. serang bertubi-tubi. dan dapat memperolehi goal awal pada minit ke-6 perlawanan melalui free-header gunawan dari sepakan sudut. garuda terus menyerang, mujur bola tidak masuk gawang lagi sementelah rimau 'belum panas'. selepas itu, barulah rimau mula menguasai permainan dari segenap sudut padang.

asra kali ini diletakkan sebagai midfielder kiri. tempatnya diambil oleh zubir azmi. ia percaturan menjadi kim swee kerana pada minit ke 34, rimau berjaya menyamakan kedudukan. ia hasil silangan baddrol dan ditanduk cantek oleh asra.

sunyi sepi gelora bung karno..hahaha.

apek - memang sangat cemerlang dan sangat fokus sepanjang perlawanan. sangat berani menyelamatkan gol dari dibolosi. berkomunikasi baik dengan pertahanan. dan menjadi hero dengan menyelamatkan sepakan penalti oleh naga.

badrol da kapten- permainan badrol meningkat dengan banyak pada kejohanan ini. hantaran-hantaran dia baik. dia juga tidak takut mencuba dari jarak jauh. rajin turun membantu pertahanan. juga lincah dan sering di bentes lawan..dia kapten yang memberi inspirasi.

fakri - bila lama tidak bermain, simpanan oleh negeri sembilan. itulah hasilnya. menduka citakan sebab banyak peluang baik gagal menjelmakan gol. sepakan penalti juga 'tapping' yang teragak-agak dan lemah. telah ramai kutuk mamat ni. aku cuma ucapan terima kasih kerana membawa malaysia ke final...dan aku tengok dia lebih okay sebagai midfield dari striker.

muslim dan fadzli shas - memang mantap dan saling melengkapi. menyerap serangan pantas dan bertubi-tubi dari awal hingga akhir tambahan masa memang mengagumkan. sangat fit.

mahali - mahali bagus cuma kadang-kadang terlalu kool dan boleh mendatangkan bahaya. oleh kerana badannya sedikit besar, dia selalu lambat dalam menekel dan memberikan penyerang yang laju peluang untuk mendapatkan freekick.

zubir - bermain baik dan punya stamina yang tinggi. masih berlari laju membuat overlapping sekali pun dalam masa tambahan. ia memberikan kim swee option yang baik untuk pertahanan kiri.

ps-tahniah malaysia dan selamat berjaya bertemu syria rabu nanti...

6 comments:

Chuu Muqhlis said...

x rugi hilang suara bersorak! xD

b.i.n.t.a.n.g said...

fakri saye mintak maaf sebab kutuk2 awak semalam tapi semalam awak memang nmpak bebal sikit2.. hehehe *ampon2..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

baca entri nie mcm terdengar2 suara pengulas sukan jek hehehe ;)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Fakri.
Fakri.
Fakri.

#gelengkepala

kueh bakar said...

chuu.
kalo tgk bola kat stadium..kalau duduk senyap-supi, baik takyah datang.buang duit.buang suasana.hilangkan suara baru stadium mengaumm! eh ko tgk depan tv? boleh la jugak.haha.

bintang
kadang aku kesiankan juga dengan pemain bola. bila dipuji melambung sampai awan..bila kalah..haha.

kak.
janji aku bukan hasbulah awang.
bila nak bersara entah.

zara.
'bola itu bulat'

sindiketsulit said...

apek hensemmmm.
(cakap dgn gaya gedik-gedik feeling gadis belasan tahun)