Semalam Songo datang ambil aku dan pergi jalan Raja Bot. Ada
bundle fest katanya. Aku sekali pun amat dekat dengan jalan Raja Bot ni, tak pernah tahu ada Bundle Fest kat situ setiap jumaat dan sabtu. Tak ramai yang meniaga. Ada dalam 12 tapak - saiz kecil sampai rasa tak patut letak perkataan fest tapi sangat menarik sebab ia selected bundle.
Biasanya kalau pergi bundle kite kena menyelam. Baru dapat jumpa 'mutiara'. Kat jalan Raja Bot - Bundle Fest 'airnya cetek', jadi tak perlu menyelam dalam-dalam dan lama-lama. Baju-baju, jeans sangat menarik dompet dan harganya boleh dikatakan sangat okey. Tidak mahal. Terambil juga 2 helai. RM 20 selai. Satu tee Star wars made in Peru. Satu lagi unik colar tee Mizuno with dua poket kat dada.
This
Bundle Fest aku agak akan membesar dan akan terus membesar. Ia pastinya heaven bagi kaki-kaki bundle.
today qoute
“
Hope never abandons you; you abandon it.
”
—
George Weinberg --
1 comment:
Post a Comment