Followers

Monday, December 2, 2013

Beau Pere 1981


Cerita Satu
Tengok cerita Perancis - Beau Pere - The Step Father. Remy, lelaki 30an mempunyai seorang isteri dan seorang anak tiri 14 tahun, Marion. Cerita bermula apabila isteri Remy terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Marion cuba diambil balik oleh bapa kandungnya tetapi dia kembali untuk bersama Remy - lelaki yang telah membesarkannya sejak kecil.

Konfliknya bermula apabila - kerja-kerja rumah semua dibuat oleh Marion. Dan secara semulajadinya, Marion jatuh chenta dengan Remi - Ayah tiri dia. Dia cuba menggoda Remi hari demi hari. Malam demi malam. Remi menolak dengan keras pada mulanya tetapi nafsu tidak mengenal usia. Akhirnya dia melanggar garisan.


 "I am a woman. A woman of 14 years... Admittedly, my breasts are small, but they do react when touched" - Marion- 

Sebab tu sesiapa pun dalam berhubungan dengan sesiapa kena ada sempadan - Sempadan oleh agama itu sempurna. Mencegah ubat yang paling baik sebelum sakit.  

Cerita Dua
"Saya ambil secara baik, saya 'pulang' secara baik. Anggaplah jodoh tiada". Kata pemuda yang mengahwini Fazira. Ia ayat yang biasa. Cuma ia menjadi perhatian seluruh negara kerana perempuan yang dia kahwini setahun dulu itu baru berusia 14 tahun.

Boom! Rupanya terdapat cerita disebalik majlis. Rupanya 4 bulan sebelum berkahwin dia dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Seorang sangkut dan sedang dihukum dan seorang masih bebas walaupun identiti telah dikenalpasti pihak polis dan seorang lagi ialah bekas suaminya sekarang!

Tuduhan ke atas bekas suaminya digugurkan kerana pujukan keluarganya pada pihak gadis. Daripada peristiwa tersebut, dia sanggup dan berjanji untuk mengahwini dan menjaga perempuan yang ditebuktupaikannya dengan menangis-nangis. Sebab jika sabit kesalahan, maksimum penjara 20 tahun bersama rotan sedang menunggu.

Tapi mungkin juga bukan rogol. Mungkin suka sama suka. Tapi selagi perempuan belum mencapai 18 tahun, kes tetap diklasifikasikan sebagai rogol. Peguam Negara telah mengarahkan file siasatan dibuka kembali.

"Banyak kes rogol remaja bawah umur, bukanlah rogol. Ia suka sama suka" - Mohd Ali Rustam, Pembuka sekolah gadis mengandung tanpa suami.

Cerita Tiga
Aku suka dengan tulisan Perempuan Jomblo dan  Hidd Mihat. Hidup kadang tidak berjalan dengan mengikut skrip. Hidup juga kadang tidak berjalan mengikut peta. Fakta yang pasti, setiap 15 minit di Malaysia - sebuah masjid runtuh.

Cerita Empat
Johan Ashaari - hadoi hai.

4 comments:

Kniedaz said...

cerita satu macam best je...tapi memang betul kata kau tu..sempadan..

cerita dua aku pun terbaca begitu tapi no komen

cerita tiga aku tak pernah lagi baca karya mereka

cerita empat aku baru tau dan aku pun blur...

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

semua cerita itu ada 1 kesamaan.. semuanya kerana seorang wanita ;)

TuN TeJa said...

Semuanya pasal nafsu!!!
tapi aku rasa johan as'ari tu ada agenda tersendiri...

kueh bakar said...

hari ni p. jomblo keluarkan buku pulak..

kniedaz
boleh le layan time boring-boring. plot dia slow.. French tapi aku tgk tak ada subtitles - main agak-agak dari segi intonasi - memek muka - bahasa tubuh. ahaks.

tcc
ye - perempuan itu macam-macam. Macam -macam ada. tapi laki pun sama la..ha ha.

teja
agenda dia baik kot :P