Tengok kinitv - Najib puji Rosmah Mansur. Ahshitte. Aku rasa belum pernah lagi mana-mana Perdana Menteri Malaysia puji bini sendiri dalam membuat jasa pada negara. Malaysia antara negara yang mempunyai 'menteri paling ramai berbanding jumlah penduduk' di dunia.
Najib puji isterinya membawa pulang seorang pelajar Malaysia yang 'disalah anggap' sebagai spy di Mesir ketika zaman Hosni Mubarak. Rosmah talifon isteri Mubarak, Suzanne, dua jam sahaja - pelajar tersebut dibebaskan.
Dan semasa operasi piramid , juga di Mesir, Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan rakyat@pelajar Malaysia di Mesir balik ke tanah air melalui Jeddah tanpa perlu menggunakan visa dengan dua Jumbo Jet percuma. Itu kerana Rosmah baik dengan keluarga diraja Arab Saudi.
Ia jasa cap ayam. Dan pujian cap ayam.
Duta dan Menteri Luar, Anifah Aman amat patut merasa malu kerana tidak membuat kerja.
Dengan persahabatan antara dua negara yang panjang - dengan reputasi baik Tabung Haji dan bisnes Felda, di Arab Saudi dan sebagai negara yang sangat-sangat kaya, tanpa Visa dan Jumbo Jet berpetrol percuma - Bukan sesuatu yang terlalu sukar dan memerlukan usaha luar biasa bik mama.
Hadoi hai.
2 comments:
wahhhh terer lah dia..mana dia bila org pantai timur berenang²? entah lah..gajah tak akan jadi zirafah!!!!..
dia ada la teja.. tapi tengok naik heli jer...kehkeh.
Post a Comment