Drama lakonan Emma Maembong sebagai Aisyah. Zain Saidin sebagai Mikail dan Mubarak Majid sebagai ayah si askar pencen dan duda. Cerita ni biasa-biasa saja tapi lakonan Mubarak Majid mengingatkan aku pada arwah ayah - Seorang pencen, berkencing manis, berdarah tinggi.
Kisah bermula apabila Mikail eksiden dan ditahan di wad hospital. Dan jiran katil Mikail ialah Mubarak Majid. Mubarak juga ditahan diwad kerana gagal menjaga pantang dalam pemakanan. Mungkin kerana eksiden tersebut Mikail merasa insaf kerana dia bukan seorang muslim dalam erti kata sebenarnya. Muslim pada nama.
Lantas berkenalan, Mikail meminta Mubarak mengajarnya soal-soal agama.Mubarak yang terlebih dahulu didischarge dari hospital, memberinya alamat rumah dan meminta Mikal datang untuk belajar agama.
"Mana yang pakcik tahu, pakcik ajarlah, mana yang tak tahu kita belajar sama-sama" Mubarak.
Di wad, Mikail bertemu juga dengan anak Mubarak, Aisyah pada moment dan sebab yang salah. Perkenalan yang tiada manis.
Setelah keluar dari hospital, Mikail mencari rumah Mubarak. Dan Mubarak memintanya bercuti dari kerja sementara. Oleh kerana Mikail seorang peniaga, dia mampu untuk berbuat demikian. Dan disambut dingin oleh anak Mikail yang comel, Nur Aisyah Humairah - Memang betol Emma itu kemerah-merahan.Mubarak dan Mikail sama-sama tidur di ruang tamu. Ahaks.
Setelah beberapa ketika Mikail berada di rumah Mubarak, yang mana Mikail itu disenanginya sejak dari wad hospital, orang kampung telah bising. Mubarak membawa lelaki bukan muhrim tidor dirumah sedangkan dia ada anak perempuan. Maka si ayah mencadangkan Mikail berkahwin dengan anaknya, Aisyah.
Aisyah memang terkejut dan taknak tetapi since dia memang manja dan sayang akan ayahnya sementelah ketiadaan emak, lagi pula dia masih single and available, dia setuju dalam berontak. So, bermulalah orat mengorat selepas kahwin. Si ayah kembali tidur di biliknya dan Mikail tetap masih tidur di ruang tamu.
Perempuan is something you can't understand at all.Ahaks. Setelah pelbagai cara dicoba oleh Mikail semuanya gagal. Sayang tak timbul-timbul. Tapi setelah Mikail akhirnya tidak berbuat apa-apa, Aisyah menarik tangan Mikail di suatu malam untuk pertama kalinya menuju ke puncak!
" Hati perempuan kita tak boleh pukul, pukul, pukul. Nanti dia pecah! Abang kena gosok, gosok gosok dan gosok baru dia cairrr.." 0 : 40 :20 -budak, jiran rumah Mubarak. Dalam betul maksud kata-kata budak tu.
Cerita ni mengingatkan arwah ayah aku dengan baju hospital color hijau tu. Betapa katanya mulut pahit kerana asyik kena minum susu tak manis dan banyak telan obat. Betapa dia nak makan lemang, ketupat time raya - makan bisa untuk pesakit sepertinya. Asyik bubur je. Seorang ayah memang kebanyakkannya begitu - seperti Mubarak Majid dalam cerita ni.
Aku tidak pernah minat Zain Saidin. Aku tak suka hero-hero Melayu yang terlampau puteh. Tak macho. Tapi lakonan dia boleh tahan untuk drama. Emma Ismail Embong, memang lakonan semakin baik. Banyak memek muka. Banyak emosi. Memang best juga lah dia akan datang nanti.
I like this drama. Mengingatkan aku pada ayah. Al-Fatihah untukmu di sana.
3 comments:
Al-fatihah untuk ayah kita..
AlFatihah gak buat arwah ayah kita,aku minat lelaki yg hitam manis bagi aku yg putih² nih xmacho dan lembut..
tcc n tun teja
Amin. semoga doa kita sentiasa sampai untuk dia di sana..
teja ko minat kat ady putra la. tak pun remy ishak. ahaps..
Post a Comment