Secret orang sangka adalah free... Tidak. Tidak sama sekali.
Secret itu ada harganya. Imiginasi dan mimpi adalah free. jadi mimpilah aku semahunya. ahaks.
kami ada sebuah rumah pusaka berhalaman di trg. memandangkan tiada adik-beradik duduk di situ maka aku bercadang nak buat bilik sewa. Rumah aku dalam lingkungan 5 kilometer sahaja dari maktab perguruan, unisza atau Umt.
Rumah sewa -rate rumah sewa di trg tidaklah mahal. Kalau mahu sewa 400 sebulan pun, orang dah kata mahal. Homestay pun okay tapi memandang aku jauh, aku rasa
bilik sewa untuk student perempuan lagi okay.
homestay mungkin lebih lumayan tapi ada on-off dan kalau jauh, urusan akan menjadi sukar.
Rumah tu ada 3 bilik, 2 ruang tamu, satu dining hall, 1 dapur. My plan is mahu tambah bilik jadi 6. Jadi satu bilik ada 2 orang maka dapatlah aku 12 penghuni. kalau 1 penghuni RM 100 maka dapatlah seribu dua ratus sebulan. master bedroom mungkin boleh masuk 4 orang. wah! ketamakan di situ.
untuk tambahan lagi 3 bilik aku kena buang dapur, jadikan ia bilik. Dari segi kebersihan, mungkin okay tapi nak ke penghuni perempuan rumah tanpa dapur? ruang tamu 1 dan 2 juga partitionkan jadi bilik. dining hall tukar jadi ruang tamu. So, pintu utama dari tepi (rumah memang ada 2 gate dan tiada masalah parking)
sebab penghuni ramai maka 2 bilik air tak cukup. jadi belakang dapur, 'construction tambahan' tu aku kena buat kolah mandi. biar mereka mandi ramai-ramai kat situ.Er, nak pasang online hidden cctv tak? hahaha.
untuk tarikan, kenalah aku sediakan katil, tilam, mesin basuh, tv bersama carpet dan sofa malas. dan register unifi dan buat network masuk ke setiap bilik. setiap bilik dapat internet free.Astro tidak perlu memandangkan dah bertvkan unifi.
sayang rumah. jika ditinggal kosong rumah akan mudah rosak.
7 comments:
Bapak mertua buat rumah sewa complete tenet bla3..150 stp orang..100 sgtla murah. Masa saya blaja kt melaka sewa 100 sorang umah kosong bil air api tnet sume sendiri..
Still kalo dah kire2 100 dh blh untung, layankan aje..lg murah lagi org minat nak sewa.
menarik..tapi, kene pikir jugak dari segi keselamatan kalau plan nk convert ruang tamu jd bilik. in case berlaku kecemasan, laluan ok tak?
aku sewa 100 sebulan. umah kosong tau.
alah, bagi kat budak pompuan lah kalau nak umah tu terjage. kalau lelaki, faham2 jelahhhh
miez mimosa
100 macam murah tapi bila berkongsi 10 org satu rumah ia mengurangkan privacy...150 tu tak ramai 1 rumah kan...
eda
sliding door depan dan tepi. pintu dapor dan pintu paling depan haruslah boleh dibuka dari dalam...ye emegency exit kena ada..
aisya
ye.pompuanlah senang...laki, rumah memang sadis la jadinya...hahaha
Bagus idea ni...tapi kalau ada ruang tamu lebih elok kot...mana la tau ada tetamu bilik datang....boleh juga duduk di situ...dapur sebenarnya kena ada kot...nanti tgh malam nak masak megi ke..hehe...yg penting benda asas ada...
150 tuh ada berbelas2 orag..bilik tak sure berape..umah 2 tingkat la..tapi still ramai tu. 1 bilik adela 2 ke 3 org..so?? Wut say u? Letak harga dulu..then nego la..cewah..semangat plak gwe. Tapi siyes idea mmg bernas gile! Kalo umh gwe dekat kwsn kolej ipt poli pun i wud do d same.
Post a Comment