malaysia kalah dengan cara yang menyedihkan. Kalah seperti tidak melawan. Bahagian pertahanan sangat rapuh. Terasa kehilangan asra atau zubir di sebelah kiri. Juga terasa kehilangan mat tonggek, muslim. Muslim-fazli shas adalah gandingan bek terbaik negara ketika ini. Aidil juga bagus tapi dia suka naik ke atas dan selalu off-position. Mahali bila masuk baru nampak ada 'game' di sebelah kanan. Mahali bukanlah jenis yang suka passing membuta tuli. Hes a nice passer and crosser. cuma dia ni kadang-kadang sedikit lembab.
Bahagian Tengah. Hancur. Dalam bolasepak, pemain tengah paling penting. ia penghubung bawah dan atas. Ia jantung pasukan. S. Kunalan adalah pemain terbaik malaysia semalam. Cuma, Kunalan tidak mempunyai penyudah yang baik seperti pemain pujaan aku, the unsong hero aff suzuki cup lepas- ashaari shamsudin. Malaysia merindui khidmat ashaari. He can drible. Very good passer. Boleh create peluang untuk penyerang dan untuk diri sendiri. Dia sangat baik dalam final 3rd gol lawan. Dia juga seorang yang tenang tapi pantas membuat keputusan. Dia bahaya dengan sepakan jauh - dengan kaki kiri atau kaki kanan. Skillful dan selalu score gol-gol yang penting dan cantik. Kapten teruk.
flashback - final aff lepas. passing dia pada safee sali adalah world class. dan cara dia sendiri score gol dalam kotak penalti dengan placing yang cantek adalah bijok! Bukan senang score gol sebegitu. biasanya bila dapat bola seperti itu, nafsu akan mencanak. bola pasti ke langit.
amar rohidan - dengan kedah turun divisyen, petanda prestasi defensif midfielder itu sangat merundum. Wan zack memang sukar kerana singapore 'alert' dengan dia kerana main di liga sana dan menang award pemain muda terbaik. Pun begitu, dia masih connect baik dengan mahali dan azamudin.
Serangan. Safee yang menunggang dan nor shahrul the linesman tidak mendapat umpanan yang baik. dapat bola macam dari midfielder budak sekolah. tendang atas je, striker kejar. gila apa training hari-hari sepak bola satu bola cantek pun tak boleh nak lorong. Sorang title, striker import gaji 30k sebulan. Sorang pemain mpv terbaik 3 tahun berturut-turut, Bakal bergaji 80k sebulan dengan johor fc.
keeper - mungkin ada jurulatih nasihat jangan tangkap, kalau boleh tumbuk bola sebab bola licin dan padang basah. Sebelum gol silap tumbuk, ada sekali dua, apek tidak selesa dengan menumbuk bola..dan kepala dia mungkin pikir kahwin. mungkin tangisan bekas tunang membawa derita. ahaks.
taktik - malaysia main taktik yang serupa masa lawan singapore pada kelayakan world cup. Hantar bola tinggi. Singapore ada import dan no 9& no 10 kita pendek. Lainlah kalau boleh buat perfect crossing. Malaysia kena main passing pendek. Long ball bukan tak boleh, sekali sekala bolehlah. keeper singapore bukan terer tapi tiada cubaan ke pintu gol. Singapore main taktik sama macam dulu. hantar bola tinggi ke depan. tiga-tiga gol singapore adalah dari crossing. Kita bukan sahaja kena alert dengan crossing tapi kena jangan bagi crossing langsung..no crossing no gol.
penyokong - terkejut juga aku tengok penyokong chant 'singapura anjing'. what ever the reason is aku rasa tak patut. bila kutuk negara, automatik semangat melawan tu tinggi. tak percaya tanya ong kim swee masa isu baraccuda.
f.a.m - sekarang f.a.m takut. takut penyokong marah. itu tanda-tanda awal keburukan kemasukan pemain import. ha ha ha. Yang tinggal gopal. title raja telah tiada. ahaks. If, if malaysia tak berjaya ke semi. gopal surely akan step down sukarela.
ps- apa pun aku doa dan harap malaysia ke final.
"soccer is simple but it is difficult to play simple" johann cruyff
"bolasepak itu seksi" neelofa.
5 comments:
smlm kat tv3, kunalan dapat 1 bintang dan kapten tu dapat 3 bintang.. apekah?
haha
ramai org ramai si kapten tu dah xbagus, tapi tulah.. media ckp dia bagus..
aku pon mahu muslim maen. aidil?? peh-lish lah!
sgt2 xpatot ultras malaya ckp singapore anjing. it shows their 3rd class mentality.
ptot bg smgt kat harimau malaya, bukan menganjing ngra laen. damn!
stuju kuna is the unsung hero utk match ni..
serius neelofa ckp camtu? apa agaknya yg cik lopa tgk ek.. ekeke
tak reti nak komen..just tengok..itupun sebab terpaksa sebab satu rumah tengok bola...sekadar lihat, dengar, baca..full stop
alien
media tu hasbulah awang ker? :P
misz aisya
aidil pun bagus cuma muslim lebih suit dengan fadzli
liliputeh
ERR...ITU AKU TIPU..hahaha
ko memang hebat
kniedaz
er..bila gol sila jerit GOOLLLL!
Post a Comment