Followers

Thursday, July 5, 2012

28 years part 2


Jailani adalah juara dunia. Menjadi juara dunia bukan sesuatu yang senang. Ia memerlukan disiplin, kekuatan fizikal dan kekuatan mental yang sangat tinggi.

..I hated every minute of training, but I said, "Don't quit. Suffer now and live the rest of your life as a champion..." 
- Muhammad Ali -


Jailani memang seorang yang sangat-sangat penyabar sehingga dikatakan dayus. Dan bercakap itu mudah..

Dari segi luaran, Raja Azmi dan Jailani lengkap-melengkapi. Satu panas, satu sejuk. Satu degar-degar, satu pendiam. Satu berdekah-dekah, satu tersenyum. Satu gila glamer, satu low profile. Jika pasangan sama-sama panas. sama-sama degar-degar. banyak sama maka ada banyak masalahnya juga..

Apa yang tacing, seketika sebelum penceraian dalam mahkamah. Hakim meminta mereka bersalaman. berpeluk cium untuk kali yang terakhir sebagai mahram. Ia sesuatu yang jarang berlaku. Biasanya penceraian berlaku ketika panas dan bertegang leher, cabar-mencabar, ungkit-mengungkit.

melafazkan sesuatu yang meruntuhkan 'sebuah 28 tahun' dalam keadaan tenang memang tacing..


ps- arwah ayah aku dan arwah mama adalah 'sebuah 20 tahun' yang runtuh. Semoga bersama di syurga! amin.
pss- fitnah itu satu perkara, perbuatan yang mengundang fitnah itu juga satu perkara..





1 comment:

miez mimosa said...

tah kenapa saye suke baca entri ni..n of course the words..u did it, u made really tacing!