Followers

Thursday, December 31, 2009

tido bogel

aku pernah tido bogel. Kau pun pernah. Semua org pernah..kita pun dilahirkan berbogelkan…masa kecik selalu lah kita berbogel sebab tiada rasa malu..lama-lama timbul rasa malu..lama-lama jarang-jaranglah tido bogel…dan mungkin terlalu dan tersangat jarang…sampai kita pun lupa bila kali terakhir tido bogel..

bayangkan ko tido lambat..dan tak cukup tido…jam loceng dah menjerit… pagi hujan renyai…angin bayu-bayu..ko tanpa pakaian...baru nak mandi…tiba-tiba hp beeping! ada msg masuk…”program kansel..tak perlu dtg..sori!”…mata tentulah besar…membulat! Mungkin terus melompat ke katil…guna pula selimut Monticello ’50% polister 50 % cotton’(yg bila ko tarik selimut tu ia takkan melekat pada kuku kaki)…lawas! nikmat! nyenyak!

Itulah yang aku rasa bila menulis tanpa dikenali…blog lebih pada rasa hati..rasa jiwe..tanpa dikenali kita bebas menulis..rasa selamat… kita pasti akan suka kawan bertambah ramai…tapi harganya kita tidak boleh tulis apa yang kita nak…ada ‘limit’ di situ…menulis tanpa dikenali umpama Tido Bogel..Lawas! Nikmat! nyenyak!

Aku tgk ramai blogger yg rase seperti itu…kau seme rase juge seperti aku rase?

Hanya sedikit manusia dekat dengan aku.

Bercerita di tempat yang tidak kau ketahuan.

Sepi yang mengasyikkan.

Dan membunuh

–sarahlovehatelifeangel-


Aku sedang terfikirkan untuk sesuatu yang lebih ringkas, lebih peribadi, anonymous dan low profile tetapi bukan di sini.

-Kapten luffy-


Thursday, August 27, 2009

oder ler





oder ler (sini oder http://konotasi.blogspot.com)
jgn tak oder...jgn tgk 19 hingget..tgklah RM 1 tu.ahaks..selamat membeli. kenang-kenangan
dan semoga anda juga ada dalam PELAKAR jilid 2..

(kalo dapat jual 50ribu buku...dapat komisen RM 1...ehem2..boleh pegi haji! ha ! ha ! ha! kawinn!! haa! haa! haa! ) BELILAH ! BELILAH!


notakaki : jatt idea rekaan aku dah mari...mau masuk kontest..

Monday, August 24, 2009

selamat berpuasa


bulan ramadhan datang lagi..selamat berpose dan bersahur...di bulan baik ni aku nak mintak maap lah pada semua blogger yang aku kenal dan yang aku tak kenal kalo aku ada wat silap dengan blogger seme...yolah takut apa yang ditulis menyakitkan hati...ampunkan aku...untuk fair-square dose penulisan korang pada aku dah aku maafkan...la la la...

dan lelaki kalo pi pasar ramadhan yang sesak jaga mata..he he he..puasa yg gemok buleh kurus kering di saat2 akhir...yg pompuan pi pasar jangan pakai seksi2...bau wangi2...amoi yg tak puasa pun kena pakai sopan ler kalo nak beli kuehs....kesian kami lelaki...

masa aku kecik dulu hyperaktif...walaupun puase boleh jerk main bola...balik rumah bukak peti terus teguk air...lupe! lupe yg aku tengah berpuasa...bagitau kat mak...mak kata tak apa...lupa tak apa...rezeki...Allah yang bagi...ada laa 2 - 3 kali dalam tahun yg berlainan aku lupa...tapi lepas teguk air ingatlah balik...kan best kalo lupa then tibai tembikai ker dalam peti ais..roti gardenia ker sapu jem...keh keh keh..

tapi ada jugak kes...bukak peti...bukak penutup botol...tetiba lak teringat aku puasa...ohhh..dugaan...tekak memang dahaga kering...tengok jerk laa air meleleh kesejukan kat botol air tu....tutup penutup...tutup peti ais....@^#^&!%#&#!!!

masa sahur susah btol nak bangun...tgk citer upin ipin teringat zaman kecik2 dulu...bestnya tido....kalo kat kg aku, trg...kitorang waktu imsak akan dgr bunyi meriam yang diletupkan...BOOM!!! sekali bunyi tandanya 10 menet lagik nak abis waktu imsak...BOOMM!! BOOMMM!!! dua kali tandanya waktu imsak dah abiss... sekarang tak tau ler ada lagik ker tak bunyi meriam tu...

bila dah biasa bangun sahor kadang terbangun sendirik...pegi dapur tgk mak tengah kemas meja...eh nape mak? makanlah....belom makan dah kemas...mak cakap..."kesian tgk ko terbangun...waktu sahor dah abiss...mak tak terkejut...meh tolong mak kemas..." huhuhu...tengok lauk..tanpa boleh makan dikala sangat mahu makan cukup sayu...aku terduduk di kerusi makan...tgk jek mak kemas...bapak takde...dalam bilik...mungkin bapak dah 'kenyang'...mungkin malam tu malam jumaat...itu yang mak tak terbangun tu...aku tak ter-recall...mungkinlah itu malam jumaat...ngeh ngeh ngeh...

masa duk hostel...sahurnya ikut loceng...kringgggg!!!!! sahur pukul 3 pagi...awal sangat...lepas minum supper...tanya pakcik dewan makan...lauk apa...kalo ayam woha! kalo ikan jaket atau ikan cencaru..tak woha laaa...kalo ketuk meja macam batu jerk ikan jaket tu...ikan jaket menu paling tak best masa aku budak hostel dulu....

oh kenangan..pikir-pikir dan selamat beramal...

Monday, August 17, 2009

Nur Kasih

sedutan episod bape entah.. aku pun tak hengat..drama ni ada kick walau slow... aku boleh layan seme citer dari seburuk-buruk citer melayu, sebelit-belit citer tamil, setacing-tacing citer korea..hinggalah seganas-ganas citer omputeh...layan...nurkasih-shot gambar dia memang cantik..kabir memang gifted sama seperti isteri kabir penulis skripnya... mungkin drama ni nampak islamik tapi sgt tidak islamik...layan utiub..

tidak senyum.kawin paksa mana bleh senyum! ha ha ha.

adam dipaksa kawin dengan nur amina oleh ustaz hassan bapa adam..nur amina memang mahu kawin dengan adam(seniornya di sekolah)..dia memang adam secret admirer...adam student di australia adalah seorang yang 'western' walaupun anak kepada ustaz..iyelah iman mana boleh di warisi...

nur amina tahu adam tidak sukakannya tapi berharap masa akan merubahnya...dia reda apa yang akan berlaku...adam tidak suka amina kerana dia sedang jiwang chentan dengan katrina..awek getah dia di sydney...amina tidak tahu itu...

malam pertama..

nur amina masuk ke bilik pengantin...takut tapi hatinya berbunga..orang yang dia suka sejak sekian lama...yg dia minat sekian lama adalah sominya kini...namun debaran tetap meninggi...

"assamualaikum bang.."
"abang? haha.." adam ketawa buat amina tersentak
"apsal kau terima pinangan famili aku? kau dah tau aku tak suka kawin dengan kau kan...aku takde pilihan...tapi kau ada kan...nape ko tak tolak?" adam bercakap separuh berbisik...takut mak bapak dia dengar...

amina tunduk...dia terkejut kena 'serang' begitu...

" kau gatal nak berkawin yea..miang sangat yea..."

mata dah berkace...dia tak sangka...dia mula sedih...menunduk...adam mengangkat dagu amina...dia cabut topi princess di kepala amina...

"pusing belakang..." adam menyuruh..amina menurut...

amina pusing...adam membuka zip baju pengantin dari belakang...dada amina berdebar kencang...bulu roma meremang...adam menutup lampu bilik...aidil, abang adam yang berada di laman rumah tgk bilik pengantin sudah tutup lampu...hatinya pilu sambil mengelap vespa yang sudah berkali-kali dilap...maklumlah walaupun dia suarakan untuk menikahi amina tapi ayahnya pinangkan amina untuk adam...

" bukak ni..."adam suruh amina bukak baju dalam..
amina menurut...

"bukak ni..." adam suruh bukak kain...
amina menurut...

"bukak ni..."adam suruh bukak itu..
amina juga menurut...adam menarik amina ke katil...adam bangun dan membuka lampu...amina terkejut...tersentak...

"kau ingat aku akan suka kau..akan jatuh cinta dengan kau...akan sayang kau..akan sentuh kau..akan tido dengan kau...maaf..aku takkan...ko bukan taste aku..u are not my taste..." adam menolak jarinya ke dahi amina...adam memalingkan mukanye...mencampakkan sampinnya ke almari baju...

nur amina sangat terkejut...air mata mengalir keluar...dia menarik cadar...menangis teresak-esak...tutup mulutnya dengan kain...dia mengutip satu persatu bajunya....

adam puas..dia bentang toto di tepi katil dan tido....amina mengalami malam paling panjang dalam hidupnya...berteman air mata sepanjang malam...malam pertama yang tidak pernah disangkanya...tidak sama sekali...

tamat episod..hahaha..aku rasa nanti adam akan jumpa balik lukisan-lukisan yang dia autograf dulu untuk juniornya amina...lukisan yang akan dia tahu amina minat dia sekian lama...bahwa dia chenta pertama nur amina...

Wednesday, August 12, 2009

Bolehkah Lelaki Dan Perempuan menjadi “kawan”? Hanya kawan?


Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Saya panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan anda. Apabila kita bercakap tentang teman lelaki kita kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Saya pasti anda memiliki kawan lelaki sebegitu.

Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Bukanlah kawan perempuan itu tidak ‘cool’- jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kita dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik.

Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Dia juga bukan gay. Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kita ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi saya sendiri tidak dapat menjelaskannya.

Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan anda perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Bagaimana anda boleh tahu? Saya selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan anda sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan anda rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara anda dan dia. Itulah cinta.

Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan anda berasa cemburu tanpa alasan kukuh. Melihat dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan anda, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang saya, anda tentunya akan memberikan sokongan penuh.

Ada satu lagi jenis, saya gelarkannya The Façade- anda berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan anda buntu.

Jika anda jenis yang berani, saya cadangkan anda mengaku sahaja. Sekurang-kurangnya anda akan merasa lega apabila mengetahui apa yang anda patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan anda, sekurang-kurangnya anda tahu. Jika itu berlaku, saya cadangkan anda teruskan hidup selepas sesi pengakuan yang telah membuatkan anda rasa janggal. Pandang ke hadapan, jadilah gadis yang kuat dan teruskan hidup. Sebaliknya bagi saya, secara peribadinya saya akan menolak pilihan ini.

Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup anda? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kita dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada anda untuk membentuknya bersama mereka- selagi anda tahu dimana anda mahu mula meletakkan garisan.

kopipes 3r.com hah?? kueh baca majalah pompuan? he he he..di situ banyak rahsia mereka..mereka kan suke buke rahsia..wakakakaka...

layan..

Sunday, July 26, 2009

to citahrudin

Dia dan kanser

kuatkan semangatmu
kuatkan hatimu
kerana Tuhan ada 'blog'Nya
yang sudah tertulis
yang telah tetap
di mana
yang pergi tetap akan pergi
tetap tak akan kembali

masa yang ada
yang terlalu sedikit ini
sisir rambutnya
walau gugur ia
manjakan dia
walau kelat senyumnya
jaga dia sebaiknya
tanpa jemu
tanpa penat
kerana masa tidak banyak lagi
tidak banyak lagi

aku
juga sudah tiada
tapi tiada secara tiba-tiba
kau
masih ada
tapi mungkin juga akan tiada
harapnya bersedia

semoga tabah
sangat-sangat tabah
semoga sabar
sangat-sangat sabar

Monday, July 20, 2009

tipah tertipu

Sempena kemasukan budak2 u..

latifah nama ic..org panggil tipah..gadis kampung yang bijak dan pintar...menjadi harapan famili di kampung...dengan SPM yang cemerlang dia berjaya menjejak kaki ke universiti...mengejar impian dan cita-cita...

pertama kali menjejak kota metropolitan...sedikit kejutan budaya...kota batu dengan warganya yang berhati batu...orangnye pelik2...makanan pelik2..perangai pelik2...pemikiran pelik2..gaya dan fesyen pun pelik2...sangat banyak ragamnya...

setelah setahun berada di UPM...latifah kenal dengan sorang mamat..nama latif...mereka couple dan bercinta...mana latif ada adalah latifah....mana latifah ada adalah latif...bagai belangkas...ke mana-mana senantiasa bersama...

tahun berikutnya latif membeli motor...senang ke sini dan ke sana...lagik pun latif tidak lagi tinggal di hostel...dia duk luar kampus...jadik dia mintak bapaknye belikan motor kapcai EX5...


"pah lepas kuliah jum makan cendol kat mamak bawah pokok tu...cendol sedap...rojak pun sedapp"...

"jauh tu...nak naik apa?"

"taraaaaaa....motorlah!" latif tunjuk kunci motor..

"taknaklah...tak biasa nek motor dengan laki..." tipah menolak...

"ala pah...ko letaklah beg kat tengah...ala jomlah!" latif terus memujuk...


tipah masih keberatan..konfius dan was-was..latif ambil helmet dan pakaikan kat tipah..mereka membonceng dengan beg kuliah di tengah-tengah...tangan tipah memegang besi belakang ex5...pertama kali naik motor dengan lelaki...Sebulan berlalu...semasa latif menurunkan tipah ke hostel aspuri...


"pah sayang..jum tgk wayang...best woo citer....box opiss!"

"jum..jum...ko belanja aku ye latif..."

"okey...nanti ko belanja aku makan..."latif gumbire.

"ala aku tak ada duit laa...mak belum masukkan lagi..." tipah mencebik.

"okey2..aku belanja makan..no women no cry..no money no women...hehehe"

tipah cubit bahu latif...

"sakit sayang...cepat salin baju pah...aku tunggu di sini..."


tipah berlari-lari anak...mahu salin baju pegi Mines.. tgk wayang! 20 menet lepas tu tipah turun...tidak berlari-lari anak..nanti ketiak berpeluh...masamm...tipah bawak beg sandang kecil saje...tipah bonceng motor..tiada beg di tengah tapi tangan masih memegang besi di belakang...

latif membawa motor makin laju....ada bonggol! latif membrek mengejut...dada tipah terkena belakang latif...latif memandang ke belakang...tipah mengetuk helmet latif...dia suh latif bawak slow...

5 bulan berlalu...latif bonceng tipah...tiada lagi beg ditengah..tiada lagi tangan memegang besi...tipah memeluk latif...erat...latif senyum sampai telinga...

tipah tidak lagi duduk di dalam kampus..dia menyewa ramai2 di flat...semua perempuanlah...mereka sentiasa 'dating' di tangga flat..berdua-duaan....flat ini tangganya tidak nmpak dari luar bangunan...line clear...setan berkeliaran...

tangan latif memeluk pinggang tipah...jari-jemari semakin liar dan mencari sesuatu...tipah menepis dan menepis...latif mencari dan mencari....tipah akhirnya membiarkan sahaje...

suatu malam...mereka dating lagi...di tangga tempat biasa....hujan turun renyai2...housemate tipah semua tak ada malam tu...

"pah sejuk lah sini...masuk dalam umahlah..." latif sudah bertanduk...tipah diam..bangun dan membuka pintu rumah....kilat sambung menyabung...hujan lebattt!


5bulan selepas itu...ayah tipah mengamuk..maknya bederai air mata...mahu jek disepak terajang anak mereka..tapi bende yang dah jadi tetap terjadi...walau air mata darah tidak akan mengubah apa-apa...

"tipah tertipu bah..tipah tertipuu...ampunkan tipah..ampunkan tipah..."

nota : lelaki adalah makhluk yang banyak akal...perempuan adalah makhluk yang lemah...setan akan senantiasa sesat dan menyesatkan...semoga yg baru masuk U tu berjaga-jaga...sejarah berulang dan berulang...terpulanglah pada diri...bende yang dilarang adalah sedap. jangan bereksperimen..selamat belajar!

Sunday, July 5, 2009

kenapa dia suka dara

pak ali.. umur 60..jiran aku...kawin 5 kali...cerai 2 kali...sekarang maintain 3 bini..madu tige...sedang minum2...lepak2...best jugak sembang2 dengan org tua...almaklum dia dulu makan garam...dia dulu makan gula...[dia penah kawin 3 dara dan 2 janda...]

'pakcik..terer la pakcik banyak bini.."aku hirup kopi..

'ala biasa2 jer nak...dah rezeki..pakcik tak kaya harta..kaya bini..."dia tersenyum dan minum kopi nenek(kopi cap nenek)..

"pakcik..mo tanye ler...apa beza kawin janda dan kawin dara? pakcik suka mana?"

pakcik tu membetulkan songkoknye...ini teorinye...

dara...
kalo ko kawin gadis...nikmat dia lain...rase sayang dia lain...rase sayang gadis pada kite...mereka akan sangat sayang kite...rase sayang yang amat dalam...rase cinte yang amat pekat...dan semestinye rase jeles yang teramatlah tinggi...

dara...'memoir pertama'..
akan selalu ingat kite...ye lah..kitakan yang 'malam pertama'...dia akan lupakan 'buku lama' yang tak jadi...dia akan ingat 'buku terbaru yang jadi'[lelaki ingat chenta pertama.perempuan ingat chenta terakhir]...gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda...try and error...ketawa...try and error...ketawa...try and sedap...pejam mata...itulah kebahagian dunia yang semua manusia boleh rase..sesiapa saja boleh rase...nikmat dunia dari Tuhan untuk hambaNya...janda ada memori daun pisang dgn suami lama...buat dan ketawa....awas!dia ketawa bukan kerana kite tapi kerana teringat ex dia....huhuhu!

sahur pertama...raya pertama...rumah sewa..rumah beli..anak pertama...pendek kata banyaklah yg pertamanya...

dara...
takut penceraian...dia anggap suami adalah tali...yang dia genggam kuat....sebab tu dalam bnyk kes dera....ramai isteri diam dan pasrah...kerana lelaki itu yg pertama....walau disepak terajang...walau ditampar...dimaki dan diherdik....mereka diam dan terima...[bila dia bercerai baru dia tahu hak sebenar dia dan selalu cakap 'saya rase lega dgn penceraian ini dan lebih tenang kini..."]

dara...
semangatnye lebih..tenaganye lebih...kadang menggunakan tenaga..tidak menggunakan otak...kerana tiada pengalaman..kurus kesabaran..kesalahan seperti inilah yg diingati dan membahagiakan...itulah cinte...dara juga seorang yang manja...manja yg kudus...

dara suci...
lihatlah kebahagian org-org lama kite dulu-dulu...mereka kawin tiada apa...mereka kawin tika 'btol2 suci dan dara'...belum dipegang...belum dipeluk...belum diringan-ringan...belum diberat-berat...kebanyakkan mereka bahagia ke akhir hayat...dengan kejayaan dan kesyukuran..lelaki yang gembire boleh membuat dunia gembire okeh!..berbanding sekarang....majlis yang bagai...rumah ada..kereta ada...nama ada...tapi kawinnya tempoh yang pendek....

dara agung...
nabi kita pun sangat2 sayang Aisyah...si dara humaira....penah menyikat rambutnya...memotong kukunya...dan mandi junub bersamanya....selalu pegang tangan aisyah di rumah...

Pernah dalam satu gurauannya dengan Siti Aisyah mengajak isterinya itu berlari-lari. Sedangkan ketika itu Siti Aisyah muda belia berumur 16 tahun. Sedangkan
Rasulullah sudah berumur 60 tahun, tapi Rasulullah tetap lakukan juga kerana hendak menghibur-hiburkan hati isterinya.

Walaupun begitu, apabila beliau berlumba lari dengan Siti Aisyah, Rasulullah tetap menang sebab Rasulullah tetap menang sebab Raulullah juga adalah ahli sukan yang pantas disebabkan beliau sentiasa riadah dengan menunggang kuda, bermain pedang dan lain-lain senjata.

Di masa lain pula Siti Aisyah telah menolak Rasulullah saw dari belakang hingga beliau hampir jatuh. Emak Siti Aisyah ternampak perangai Aisyah lalu ditamparnya
muka Aisyah. Kemudian berkata Rasulullah saw, "Biarkanlah dia begitu. Sebenarnya dia telah banyak berbuat kepada aku, lebih dari itu lagi"
..

"haa...itulah nak pakcik rase istimewanya dara..pakcik suka dara..." menghirup saki kopi neneknya... aku hanya mampu menelan air liur..ekekeke.

nota kaki : kopipes dr web dr asri muda...

hadis Nabi s.a.w. menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.

Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.

Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.

gambar kaki :

dara...

isteri...

janda...

andartu

Monday, June 22, 2009

kenapa dia suka laki org

aku jumpe mira edora..sepupu merangkap kawan lama....jumpe tak sengaja..ajak dia minum...kat kedai mamak...ish dia taknak..mamak tak mo...kedai melayulah...ekekeke..bagus awek ni..tak kena mandrem mamak..dan tinggi semangat melayunye..ekekekeke..

sembang punye sembang..dia jatuh chenta dengan laki org...Woha! Org lawa..bekerjaya..bergaya...suami org jugak ko pilih..aduhss...dia hirup tea o ais limau...dan dia memberi sebab-sebab musabab...

"kau tau tak?" dia tanya.
"mana aku tau!" aku jawab..
kpokk! dia tepuk kepala aku dengan surat kabar..
"sori..sori..ye aku dgr ni..."

Laki Orang..
penyayang.. romantis..romantik..mereka bawa kita ke candle light dinner la ...moonlight escapade la...mereka pandai ambil hati..jaga hati...mereka tidak terburu-buru...mereka pandai memujuk...perempuankan suka merajuk...sikit2 merajuk...kalo lelaki bujang dia ada baran..darah mude...dia biorkan aje kite merajuk...menciii!!!

laki orang...
jaminan masa depan...ada sifat pelindung..dari segi ekonomi...makan kat tempat best-best...makanan best-best...mereka dah berjaya...dah stabil...kalo mintak apa-apa musti dapat...tak mintak pun dapat...nak pinjam duit bagi...nak bayar tak payah..pemurah...yg bujang makan kat warung jerk...tu pun kena bayar sendiri-sendiri..huhuhu...cinta laki org meyakinkan (?)..cinta org bujang menyakitkan...

laki orang...
lembut lidah...mulut manis...pandai berkata-kata..tanam tebu dibibir...mereka juga pandai memanjakan pasangan...mereka tabah melayan kerenah si gadis...tahap sabar yang tinggi..mereka matang....suka memuji..dan perempuan suka dipuji...walau pun tahu pujian tidak benar...ekekeke...yg bujang suka direct sound...konon urban dan modenlah..keanak-anakan.. membuat lawak yg bodoh sepatah haram pun tak paham...keanak-anakan...poyo!

laki orang...
sudah hidup lama dengan perempuan..dia tahu titik-titik perempuan...titik kelemahan...laki org tidak ego walau berkereta...ada rumah..pulus banyak...yg bujang even hanya ada motor kapcai sahaja pun berlagak bagak..tu pun kapcai pinjam...ayoyo...

laki org...
tidak gelojoh...boleh memberi masa untuk nak jelmakan nafsunya .Pendek kata pengalaman lelaki yang dah berkahwin membuatnya menguasai jiwa,perasaan,kelemahan dan titik2 untuk memukau atau menaikkan nafsu prempuan terutama yang masih belum ada lagi pengalaman.... tidak terus meraba sebagaimana yang dibuat oleh lelaki yang bujang!

laki org...
dia tak de adik...sebatang kara...seorng diri...
nak buat adik angkat...saje2..tapi last-last tangkap cintan...susah lak mahu lari...camne ek?

bujang..
banyak sangat kat serenti...merempit...penganggur...jadi ada laki org nak oklah jugak..kang jadik andartu...wakakaka.

panjang mira edora citer kat aku..abis 2 gelas tea o suam...ekekeke..

"tahniah! selamat pengantin baru!"aku
"eh nape lak?"mira
"yelah nanti ko kawin tak bagi kad...tak jemput...tup-tup tau ko kawin kat siam..hahahaha"aku.
kepokkk!! dia nak ketuk kepala aku dengan paper..
aku tahan dengan tangan...(ekeke..lelaki tajam pengalaman)..dalam perjalanan pulang aku diam dalam kereta...tidak on radio...aku akui...zaman dah berubah...individualistik dan materialistik...kita semua bersalah...



"bapak..bapak...baik lah tuan jamil tu pak..." rohani
"baik???..baik ada maknaaaaaa tu..." pak ali

Hanya lelaki memahami lelaki...hohoho!

Sunday, June 21, 2009

kenapa dia suka janda

Aku ada kawan..jumpa dia di kedai mamak..minum milo kosong..tak makan roti canai(sejak tgk slumdog milionaire)....Umur dia awal 30an. Dia masih teruna dan bujang. Dia suka janda umur 30-40an..Dia terasa mahu mengahwini janda..aku tanya dia..nape mau kawin janda...

dia ketawa.diam kejap..dia jawab..

aku suka janda...sebab org yang aku suka zaman muda-muda dulu dah kawin...bila umur dah semakin meningkat rasa suka juga berubah...kalo lihat wanita yang berumur 30an - 40an aku akan nampak 'sesuatu' yang tiada pada yang muda...sesuatu menarik yang membuat aku tertarik...mungkin jika aku kawin awal...umorku 40 aku suka pompuan 18 tahun..macam dato misai..ahaks.

janda-wanita ini nampak lebih jujur...nampak lebih menawan...mereka juga lebih stabil emosi dan perasaan..tidak gedik...tidak manja berlebihan..tidak terburu-buru...'mahu tapi tidak mahu...tidak mahu tapi mahu'..wanita dalam umur ini adalah berada dalam tahap paling cantik kewanitaannya...ye! paling cantik..dan semestinya janda seorang yng matang..pikirannya..tingkah-lakunya...kesabarannya..

mereka punya pengalaman rumah tangga dan bilik tidur...tidak perlu diajar..mereka gersang dan berada pada hormon yang sedang memuncak sebelum 'expired'...jujurnye mereka menggoda...janda juga pandai menggunakan body language...

janda akan lebih menghargai pasangan..kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali...mereka tahu apa yang menggembirakan dan apa yang menyedihkan...nabi kita Muhammad S.a.w juga jatuh cinta dengan khatijah..seorang janda dan tidak pernah berpoligami semasa hayat khadijah...

kesian juga kat janda kan....kalo bukan aku yg selamatkan..(cewaaahh)..sape lagik yang nak selamatkan mereka kann....ekekeeke

janda juga sudah stabil ekonominya...bukan nak menumpang senangnya...cuma mereka taklah mengharapkan gunung dan bukit...bintang dan bulan...

salah ke taste aku, bai? dia tanya aku...

entah!!...aku mula terbayang nora danish...wakakakkaaka

nota kaki :

50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin..(romeo dan juliet versi china)

ayah



Ayah
walau kita tidak rapat
walau kita tidak berapa mesra
walau kita jarang berjumpa
tapi terima kasih ayah

Ayah
peluhmu yang mencari duit
keringatmu yang menitis bumi
untuk mak
untuk aku dan adik beradik
ku ucapkan terima kasih ayah

Ayah
aku banyak menyusahkan mu
aku membuatmu ternganga melopong
dengan tindak ku yang sukar dijangka
aku membuatmu terkedu
dengan keputusan yang keras kepala
terima kasih ayah

Ayah
Selamat Hari Bapa
semoga sehat selalu
semoga bahagia selalu
Sayang kamu
Sangat-sangat sayang kamu
terima kasih ayahku

ps-ayah jard kata.."bukan namanya anak kalo tidak menyusahkan bapak.."ahaks.

Saturday, June 20, 2009

relay for life



relay for life...satu acara sukarela...untuk org-org pesakit kanser dan org2 yg rapat dengan mereka...aku penah pegi acara tu tahun ni...dengan blogers..zonaku(bloger) bertugas kat situ...

aku pegi tanpa ada perasaan..suka tidak..tidak suka pun tidak...hanya mengikut kaki...semasa berada di stadium mini tu...ada budak kecik bercerita...tentang dia dan sakitnya....tentang hidup dan kematian...tentang doa dan harapan...

melihat pada mukanya...mendengar pada suaranya...dem!! sangat sedih..automatik teringat arwah mak aku...hati mula membengkak..

kita tidak tahu bila kita akan mati...macam mana kita akan mati...bersyukur di situ...rahsia Tuhan untuk kita...tapi budak itu...sudah diberitahu dia akan mati..maut datang perlahan-lahan...simpton2 awal dan seterusnya...

ini bukan drama yg kite selalu tgk kat tv...ini kenyataan...ini realiti kisah seorang budak yang tahu dia tidak banyak masa..dia akan mati...lihat ketabahan dia...memegang mic dan berucap...sgt tacing dan menyayatkan...mata,hati dan jiwe..

dan bila ada satu lagu yg dinyanyikan... memang aku menangis teresak2 di situ...aku meraung semahunya...oh! rindu mak! lagi pun memang org sekeliling aku juga menangis...ohh..syukur padaMU Tuhanku...kesihatan adalah anugerah yg tidak ternilai...

aku menjalani terapi pada malam itu...datang tanpa perasaan...balik dengan perasaan..
pada budak itu...bersemangatlah menjalani sisa hidup yg berbaki...sesungguhnya kau sangat kuat dan sangat tabah...

Wednesday, June 10, 2009

tersungkur untuk masyhur


ni antara tulisan yang best...jujur dan bersahaja...lucu.suke..cinte.thriller.sedih.benar...bilut pun kalah...aku yakin...suatu hari nanti citer ni pasti jadik drama....ahaks..bestkan kata-kata dia...
[http://www.tersungkur2masyhur.blogspot.com]

..."aku ingin hidup seperti rama-rama..
lahir sebagai beluncas yang hina..
bergelut dengan kelaparan dalam kepompong kedewasaan...
akhirnya terbang tinggi dengan sayap yang cantik..."


ps- KAKA sudah join realmadrid los blancos...Ronaldo pun musti join real..ekekekeke...Man U menagis nanti...ekekekke.

Monday, June 8, 2009

sedang ingin berchenta part 3



part 1 :cinta-part 2 : nafsu-part 3 : kawinlah!!!! ekekekkeke

sedang ingin bercinta part 2

Sunday, June 7, 2009

Wednesday, June 3, 2009

lagu-lagu peberet


Lagu memang dekat dengan jiwa..dekat dengan hati...lagu boleh mengingatkan kita tentang sesuatu..tentang dia..tentang peristiwa...bila dgr lagu ini kita ingat itu...dengar lagu itu kita ingat ini...serius! aku memang kagum dgn lagu2 yg best2 yg muncul dan saban muncul...tak kering idea...owhh!

1.Soul Asylum-Runway Train
2.November Rain-GnR
3.Goo goo dolls- Iris
4.Nigina - Search
5.Man who sold the world - Nirwana
6.Bonjovi -Always
7.Puff Daddy - ill be missing u
8.terbang Helang - Kak pah
9.Spider - relaku pujuk
10.red hot chili paper - scar tissue
11.vertical horizon - best i ever had
12.merah -def gab c
13.radiohead - karma police
14.greenday - Macy day parade
15.A.C.A.B - where the bootboys gone
16.metalica - unforgiven 2
17.ternyata-estrella
18.wonderwall - oasis
19.hero - enrique iglesias
20.jewel - foolish game
21.wondefull tonight - eric clapton
22.drawning- bsb -hahaha!
23.aerosmith - i dont want to miss thing
23.kryptonite - 3 doors down
24.dewa - separuh nafas
25.the cranberries - zombie
26.hotel california - eagles
27.lagu rayas lama-lama
28.oh ibu - exist
29.ace of base - all that she wants
30.sheryl crow - all i wanna do
31.tuhje deka to -dilwale [kehkehkeh!]
32.duran duran - ordinary world
33.james blunt - cry
34.betterman - robbie wiliam
35.kau ilhamku - man bai (alis..aku pun suka lagu ni)
36.Mr big -to be with you
37.cant fight the moon light - leAnn Rimes
38.pretty ugly - mr ronald moore
39.peterpan - mungkin nanti
40.plain white t's - hey there delilah (30 juta views kat utube)
41.modjo - lady
42.CROMOK -another you
43.lupakanlah - Wings
44.Entah Jadi entahkan tidak - SM salim duet Sheila Majid
45.Butterfingers - viopipe


lagu2 ini..(ada's yg tertinggal) memang menusuk jiwa..memang best! hohohohoho! lelaki memegang gitar..memetik..sungguh seksi...tak percaya tanya perempuan...

perempuan 'muka paling jujur' adalah ketika dia tidur..sore pompuan paling seksi.. kalo baru terjaga dari tidur...tak percaya tanya lelaki...





Tuesday, June 2, 2009

I DAN II


POEM I : MISSING


YES I can move on

TRUE I can easily find a new bf

NO DOUBT its easy to grab someone’s hand


BUT do i really did move on?

and can i find someone to replace YOU?

[ NO ONE can anwer THAT]


when a heart is bleeding it will remain bleeding till there's a medicine curing it

and the medicine has not yet come

and it is curing naturally

is it CURING?


easy said than done

when i am smiling, am i really SMILING?

when i laugh is that REAL?

[ NO ONE can anwer THAT]


so dont judge me by the way YOU are looking at me

YOU dont know how I feel

YOU dont know how i ACTUALLY FEEL


Yes my mouth said lots of things

TRUE the words is too many

NO DOUBT the mind is still with YOU

and heart is backing up MIND


the word MISSING is the ONLY WORD

left in MY DICTIONARY




poem II : HATI VS MINDA


dalam hati ada cinta

dalam hati ada luka

dalam hati ada luka kerna ada cinta


dalam jiwa ada sangsi

dalam jiwa ada sepi

dalam jiwa ada sepi kerna sangsi


dalam minda ada kamu

dalam mata ada dia

kamu dan dia banyak bedanya

tak mungkin kan sama


dalam mata ada duka

dalam muka ada senyum

senyum itu topeng kepada duka

hati jiwa dan mata

hilangkan lah duka lara sepi dan luka

kerna aku cuma mahu cinta dan senyum

tapi jika hati dan minda mahu kamu

bagaimana dengan mata?

kerna mata mahu dia

kopipes [http://cuppycakesh.blogspot.com]


ps- poem satu tuju pada x-sham