Followers

Sunday, May 31, 2009

itulah chenta

itulah chenta

jika kau tersenyum
dan kemudian menangis
itulah cinta

jika kau ketawa
dan kemudian berduka
itulah cinta

jika kau bahagia
dan kemudian kecewa
itulah cinta

jika kau merindu
dan kemudian membenci
itulah cinta

kerana
cinta itu
semua rasa dalam satu
itulah cinta

ps-malas nak menulis pjg.tulis pendek..hahaha.kat bawah ni ada pertandingan mengisi dialog..budak kecik baju biru tu cakap apa?rozita che wan pozzing ayu..hoho...

arini baca berita model indonesia yg kawin dgn anak sultan kelantan dah balik indonesia melalui 'dramatik action' di singapura...manohara odelia pinot...


Friday, May 29, 2009

barca champ!


ha ha ha. takziah buat penyokong2 poyo man united..dicanang-canangkan final klasik menemukan 2 team terhebat dia dunia ketika ni...ropanya final yang tak best dan berat sebelah...betol mengganggu tidor dan tak berbaloi..

pada pendapat aku
man u kalah kerana taktik alex tidak menjadi...ronaldo tak patut jadik top...dia sepatutnya tetap di posisi tepi...sepatutnya dia kena terus menekan puyol yg dah tua tu dan berat rambut tu....

park ji sung tak patut main first eleven....tiada passing menarik..tiada larian pantas...tiada idea membuka permainan...tevez patut main dulu...dia striker gile yg paling gile yng merbahaya...

bek man u longgar...tidak tight marking macam chelsea buat time lawan barca...bek hanya tgk pemain2 barca passing-memassing...yang mana barca adalah team yg sgt sempurna dalam bab itu...terutama xavi dan si pintar iniesta...

gol messi...tiada bek yg halang sepakan lambung xavi...dan messi free header buat goal...
patrick evra mungkir janji...kata nak rantai messi..tak sabar2 katanya...cittt..podahhh...

menukar taktik pada perlawanan paling penting...merosakkan tempo dan kemantapan team....ia kesilapan agung alex...

ps-kapten jangan menangis lama-lama!

Tuesday, May 26, 2009

69


korang kena ingat ini nombor
nombor ini memang bijak
nombor ni terer
he he he


korang juga ada nombor
mungkin no kurang terrer
ha ha ha


ni bukan no jersey
bukan juga posisi 'itu'
bukan juga ying dan yang
ni nombor kena ingat
ingat sokmo-sokmo
hi hi hi


69 itu 6 september
tarikh lahir aku la
ingat! ekekekeke
besday korang bile?
sila2 bagitau...


nota kaki : tinggalkan besday korang.nanti boleh aku wish..
update :

penjenayah merah jambu : 13/12
masy : 04/01
alis : 23/05
moment : 13/07
raja norazah : 17/06
helena :9/8
hemy : 18/03
citah : 12/09
zaidon : 30/09
hazerin : 19/04
adibah : 11/09
xuen adyla : 23/06
jard : 06/01
aima : 05/03
patung : 09/11
bulan : 06/08
^eazy^ : 23/05
whiteliliesisland : 12/12
ashikin : 08/09
ayampinko : 18/11
cikgu lama : 13/10
zonaku : 29/06
john iverson : 28/01
valsa nine : 26/04
in-chan : 23/06

Monday, May 25, 2009

lagenda budak setan


90's..ia novel masterpiece ahadiat akashah...nama author pun dah buat aku nak baca novel dia..adakah novel sekreatif nama? he he he...kawan aku..songo memang pengumpul novels dan komiks...aku selalu laa rembat-baca koleksi dia...(dia bagi aku koleksi pedang setiawan 01-400!)..ooOOohh!

masa tu byk novel creative enterprise(cover book dia lawa2)... menguasai pasaran di samping majalah ujang humor gila babas...aku tak hengat dah macam mana ropa dia citer lagenda budak setan ni....yg aku tahu kalo AA ni buat citer dia suka buat tergantung...ala filem2 hollywood macam species....ala-ala to be continiued...

ada buku dia sambung..ada buku dia gantung terus....banyakss buku dia tulis(nama tercatit 'the malaysia books of record') ...gaya penulisan baru...guna bahasa pasar...banyak kena kutuk dgn org akademik dan org yg dengki (semestinya..he he he)....

aku salute dia bukan sebab karya dia sgt-sgt bagus...tapi kerana Tekun-Tabah-Sabar-Konsisten dalam menulis....aku rasa dia penulis novel yg paling suksess dari segi box-office...bukan dari segi award...tabik...tabik sama dia...

dan sikit masa lagi lagenda budak setan akan masuk silver screen...masuk wayang..dibintangi oleh artis selekeh pojaan hatiku masa kini...lisa surihani yang bersuara garau...


notakaki :

."apa yang paling kita nak itulah yang takkan kita dapat.."
kartini majalah ujang.bersyukur apa yg ada okeh.

Sunday, May 24, 2009

prison break-hero mati


prison break..
best citer ni..ia bagi byk pengajaran tentang kehidupan..life is unexpected...apa pun yang berlaku...hidup musti terus...aku suka season 1..sebab mungkin idea diorg masih banyak dan fresh...jadik scene betol suspen!! watak2 dalam citer ni kuat...masing2 karektor tersendiri dan mantap...mungkin juga kalo dalam penjara senang nak membina watak...bila kuar penjara....payah sikit pasal masing2 lari ikut laluan masing2....jadik terabur...dan plot lemah...


ia mengajar tentang perlunya berusaha...what ever its takes...fokus pada apa yang hendak dicapai...risiko hanya alasan...adakala kawan itu musuh..dan musuh menjadi kawan baik..hidup juga perlu bermaafan..kadang kesilapan itu kerana situasi...situasi yg memaksa...

walau tiada apa2...harapan dan doa adalah sgt penting...


sarah tu lawa..even dahi dia jendol....

kadang hidup kita.. dalam dilema..nak pilih mana satu...antara dua...tapi PB mengajar mungkin boleh ambil dua-dua tanpa perlu memilih...fikir..buat..tawakal...Allah itu Maha Melihat. Maha Mendengar.Maha Mengasihi..kita hanya merancang Dialah jua yang menentukan...Tapi Allah suka manusia yg berusaha...manusia yang suka berdoa...


dan at the end...micheal scorfield tu mati...aku antiklimaks? ha ha ha.macam mana mati? tgklah sendiri..ha ha ha.Dan aku setuju dengan paiseh...mamat ni..t-bag sangat hebat antagonisnye...sehebat mahmud june..


nota kaki : lega rasenya citer ni dah habis..tensen woo..asik nak tunggu donlod...mmm..mo layan citer apa lagik ek?ni aku kopipes..lovhatelifeangel..

1).."Sebab aku juga perhatikan yang kadang-kadang perempuan atau lelaki yang kelihatan sangat egois, pesimis, tidak percaya cinta atau kebaikan manusia, hati macam kering, gelap, bitter, sebenarnya sangat hendak disayangi. Itu adalah nature.."

2).."Bagi aku, hanya satu perkara yang aku hanya ikut rasa hati, jarang sekali logik, iaitu cinta. Other than that,
I secretly believe in planning. Selain cinta, aku tak berapa suka perkara yang tak dirancang..."

Saturday, May 23, 2009

SEARCH...jum berbaloi-baloi


membesar dengan lagu-lagu search...membuatkan gua begitu teruja nak gi tgk konsert bergerak paling hebat dalam sejarah...arwah mama gua yg tidak pernah membeli kaset..(korang tau apa tu kaset?ahaks)...ada sekali suruh gua beli kaset tak ori tapi ok...kerana dia sangat suka lagu "LAILA NAMAMU TERATAS"


Nama mu teratas indah bercahaya Laila
Menerangi ruang hati bersama makna mimpi
Kesucianmu kembalikan semangatku
Mendampingi cinta ku yang lalu

Harum tubuhmu memulihkan inderaku
Menghidu semula haruman di taman itu
Dan gerbang rambutmu diterbangkan bayu
Melambaiku pergi

Meninggalkan penjara ku yang ku dirikan
Melindungi diri yang tercalar
Dihiris dunia kejam

Hanya namamu Laila kekasihku laila
Hanya namamu Laila bermain di jiwa

search adalah legend....tidak tahu bila akan ada lagi band yg bertahan lama seperti ini....jum! berbaloi-baloi! ia pasti mengimbas zaman kecik2 layan lagu rock kapak...rambut seperti kutu rayap...suar jean koyak rabak...warna ungu..merah..ha ha ha...tapi nyanyi lagu mendayu2..lagu cinta dan memuji wanita...kua kua kua...


kopipes..www.blog.phewwiitt.com

.."Aku sebenarnya terpinga-pinga dan “fonkius” tentang berita yang disensasikan mengenai aku masuk PAS dan kemudiannya tentang aku nafi masuk PAS. Adakah hanya kerana aku hadir dalam suatu majlis sebagai seorang artis di majlis anjuran PAS, yang juga dihadiri oleh Tok Guru Nik Aziz menjadikan aku seorang ahli parti secara automatik? Adakah juga hanya kerana kehadiran Tok Guru menjamu selera di Restoran Cheng Ho dan kehadiran rakan-rakan sepemergian bersama aku ke Tanah Suci di open house hari raya aku menjadikan aku seorang penyokong PAS? Amende lah lu orang ni.."

Saturday, May 16, 2009

kau yang punya ibu


kau yang punya ibu


kau yang punya ibu
sayangi ibumu
peluklah dia
gembirakan dia
buatlah dia tersenyum

kau yang punya ibu
jagalah hatinya
pohonlah ampun dan maaf
andai tersilap
kerana kita manusia
tidak lari dari membuat silap

kau yang punya ibu
bersyukurlah
dan insaflah
ibu harta yang sangat agung
tidak ternilai
tidak boleh diganti
oleh sesiapa

kau yang punya ibu
ingatlah
mungkin dia yang pergi dulu
atau
kau yang pergi dulu
maka
sebelum masa itu tiba
balaslah jasanya
walau tidak terbalas
walau hanya terlalu sedikit terbalas

kau yang punya ibu
ingatlah kata aku
aku..
yang telah tidak punya ibu

ps-selamat hari ibu buat ibu2..bakal2 ibu...semoga digembira oleh anak. tidak sekarang..suatu hari nanti...doalah mereka yang baik2 ya!

Friday, May 15, 2009

aku kena jual

1998..aku mula bisness secara serius (menyewa kedai) masa aku umur aku 20 tahun...masa tu main try and error je..no guidance...bukan berasal dari famili yg bisness...jadik byk error dari betol...byk buang masa...tenaga...duit...learned from hard way...

sebelum aku berniaga secara serius...

masa sekolah aku cukup jeles tgk org jual t-shirt..tshirt blok..tshirt viking(rugby)..tshirt kelas...buat bas carta...dan aku dapat jugak rasa jual-menjual di sekolah bila aku join kelab PKR...(projek keusahawanan remaja-aku rasa salah ni!)...

dan jual roti canai bila 'lompat pagar'..

masa matrikulasi...aku jual meggi...(penuh meggi weh loker aku...wakakaka)...jual calkulator saintifik(100 juga org beli calculator aku...sampai ada konflik dgn lecturer yg turut menjual kalkulator...sem sebelum tu dia tak jual pun...aiseh!...jual jam g-shock...jersi bola...jeans bundle....perfume...huh jadik saudagar lumayan aku time tu...bila org dapat loan 1 ribu...aku dapat kolek 5-6 ribu...wakakakass...sebulan sebelum dapat loan aku bagi hutang dulu barg2...bila dapat loan jadik macam alonglah...ahaks.

masa UPM...
aku jual di pesta konvo...dan len2 barg lagi...tapi bila aku terbaca satu buku...NAPOLEAN HILL...think and grow rich...esoknya aku terus menyewa kedai untuk berniaga...buku tu satu buku yg sagt ajaib...ia guru segala guru buku motivasi...silalah baca! (pastikan versi lama)...

ekceli aku menyewa tapi tak tahu pun mahu berniaga apa...ada dua kawan yg mempengaruhi aku...buka cyber cafe kata mereka....aku dan mereka survey la apa itu cyber cafe....mereka dah tahu...aku jek yg tak tahu....masa tu shah alam glamer dgn dataworld cafe....sampai sana aku survey...

modal aku tak bayk...jadik aku buat iklan mahu sewa pcs...ramai student sabah-sarawak yg tak mahu buat balik pc(lepas graduate) bgi sewa kat aku...dapatlah aku 8 pcs buat permulaan...kawan aku gerg dan apis byk tolong aku..mereka hantu it....

bisnes makin berkembang...hingga ada 30 pcs...monitor 17 inci( masa tu itulah yg paling besar)....masa ni aku dah bergabung dgn kazen aku...ada 2 cc...satu di serdang dan satu di TAR kolej, setapak...sales satu hari cecah 800 RM utk satu kedai...memang mewah masa tu...

dipendekkan citer...satu masa kami ada satu peluang...mahu buka kilang palet...kayu palet...ia melibatkan kontrak dengan petronas...org ini adalah antara org tertinggi jawatannya...dia org yng membeli cc di serdang dgn harga RM 80,000.00... dan sebulan selepas tu dia beli cc di TAR kolej...RM 90,000.00...dua-dua dia beli cash...dia memberi jaminan lisan akan kontrak kayu palet...dia suruh buat kilang dulu..agar petronas yakin...

aku pada waktu itu suruh kazen tunggu surat hitam-puteh...tapi dia tak mahu....jadik kilang didirikan...beli mesins...dan tunggu surat...aku keje dulu kat cc yg sudah dijual...sementara menunggu surat dan mengajar owner baru tentang selok belok cc....

surat tidak sampai2...dan kontrak tu dapat kat company lain...aku..tidak terkata apa....cc itu dijual degn aku terjual sekali...aku kena jual...huhuhuhu...aku tidak salahkan org itu...dia pada pandangan ku tidak menipu..tapi ada org yng lebih tinggi yg potong line dia...

moral of the story : never trust lisan! org kata bisnes itu seperti membuat besi...masuk dalam api...kemudian ketuk...masuk dalam api kemudian ketuk...akhirnya akan menjadi besi yg sangat kuat...

ps-lompat pagar bukan acara sukan...ia adalah keluar curi2 dari hostel pada waktu malam...mencari makanan atau rokok...

Monday, May 11, 2009

dr keyo

aku ada seorang kawan nama keyo..dia schoolmate aku..dia kelas paling pandai....aku kelas paling last...ekekeke...kalo ko budak hostel dan nak buat 'bende2 jahat'...buatlah dgn budak2 kelas A...ko pasti selamat daripada kena tindakan disiplin..sebab sekolah PASTI nak kekalkan budak2 genius ni..sekolah nak nama...kalo buat 'bende2 jahat' dgn geng-geng jahat semata...kalo kantoi...risk dia tinggi...kena gantung atau kena buang sekolah terus...

dia bercita-cita nak jadik doktor...ayah dia meninggal sebab sakit jantung...setat dari situ dia memang nak jadik doktor...aku rasa la..

masa dia belajar nak jadik doktor....ayah tiri dia pula meninggal..sakit juga..tak pasti dia sakit apa....dia terus belajar nak jadik doktor...

akhirnya dia jadik doktor...mak dia bangga dia jadik doktor...nasib baik aku keje sendirik kalo keje gomen memang dia boleh jadik dr mc aku ...dr keyo ni....dia juga bertemu jodoh dengan seorang doktor...

kita merancang..takdir Tuhan menentukan....mak dia kena denggi berdarah...mak dia meninggal dunia...dia tak mampu berbuat apa-apa...isterinya juga tak mampu...

sekarang dia sudah berhenti jadik doktor gomen...dia tak mahu jadik doktor...
dia mahu jual air buah...sambil2 jadik doktor part time...


nota kaki : Pada keyo..teruskanlah jadik doktor..hidup memang sukar hendak diduga..dugaan itu bermacam-macam..Selamat hari ibu buat semua..selagi punya ibu..raikanlah mereka...

Thursday, May 7, 2009

boss



aku sejak umur 20 sudah jadik boss. Tidak pernah keje dgn org lama-lama...pernah jadik tukang cuci pinggan/waiter/cashier kat kedai makan semasa 'aku kena jual'...

aku seorang pekerja yg bagus..komited dan rajin..he he he...tapi aku bukan seorang boss yg baik..aku kurang sesuai jadik boss. sebab lembut hati...

bila boss lembut hati...staff akan pijak kepala...banyak masalah kalau lembut hati...jadik boss tak dapat tidak kena hati kering...tegas..

bila kita jadik staff kita hanya pikior keje kita semata...fokus pada keje kita semata...habis keje habislah fokus.habislah pikior...balik rumah...

tapi bila jadik boss...terlalu banyak bende mahu difikirkan...terutama kalo swasta dan berniaga sendiri....ia boleh juga dapat sindrom 'tido tak lena...makan tak kenyang..."

contohnya kalo kerja cuci pinggan...kena basuh pinggan..angkat pinggan kat meja...lap...tengok sabun cukup lagi ke tak...yg susah sikit kalo nak basuh periuk belanga masa nak tutup kedai...dah siap keje / masa pinggan tak ada...terpulanglah nak tolong staff lain di department lain....

kalo jadik boss...kena pikir sewa kedai...kena pikir pinggan banyak dah retak...kena selesaikan hal staff bergaduh...kena pikir kebajikan staff...kena pikir lesen berniaga yg dah nak mati...kena pikir saman PBT..pikir persaingan...bukan pikir untuk hari ini sahaja...tapi pikir untuk esok..bulan depan dan tahun depan!

aku tgk ramai perempuan memang pandai jadik boss..mulut main sembur....hati kering...cakap apa nak cakap....mungkin dari zaman siti khatijah...memang perempuan pandai jadik boss...

tidak semua org boleh jadik boss...dan tidak ramai boss jadik boss yg suksess...

jadik kalo anda tgk boss anda bad mood....senyum kelat...paham2lah ye..bukan dia saje2 mahu marah2...mahu naik angin...tapi pikiran dia banyak pikir....kejelah elok2 ye!

"apa yang paling penting bagi saya dalam hidup ialah untuk memiliki kerjaya yang seronok yang membuat saya gembira dan membuat orang lain tersenyum selain mencapai matlamat yang mencabar "

ben southall-pemenang "pekerjaan terbaik di dunia"