venue : kelas elektif
masa : 9 pagi sebelum setahun di UPM
Latif, Arjuna dan Anduka masuk ke kelas. cari port belakang sekali.port belakang boleh tgk awek.boleh tgk permandangan.port depan utnuk lelaki-lelaki spec tebal jek. he he he.Lecturer belum masuk kelas.
"oi latif, ko rasa dalam kelas kita ni siapa yang paling menusuj kalbu? paling best ko usha?" arjuna tanya.
"linda.."jawab latif.
"oi..linda tu awek ko.aku lempang kang..Arjuna angkat tangan konon-konon nak lempang.
"aku best tengok mai eka tu..free hair.sawo matang.seksi.barang baik..cutting dia fuyooo.."Anduka muncung mulut, tunjuk ke depan kelas.
"aku suka tengok suraya tu.kalo dia senyum, jantung aku berenti kejap ko tahu.perfect 10!" arjuna tunjuk si tudung biru.
LECTURER masuk.semua diam.
"assalamualaikum semua dan selamat pagi..ni saya nak ambil attendance..Tulis nama dan no. matrik.Jangan tulis kawan punya.Amaran..jangan tulis kawan punya."
lecturer memberi kertas pada pelajar paling kanan.
tok!tok! pintu diketuk..
"masuk!"
Tipah berlari-lari anak.dia terlambat hari ni.terlepas bas.Terpaksa la dia berjalan dari gerai buah, di luar kampus.Di situ banyak kedapatan shoplots. Paling dekat dan banyak kedai pelbagai kemudahan untuk pelajar.
tanpa sedar, tali kasut Tipah terlerai. kaki kanannya tersadung dan jatuh. Tergolek tiga biji epal hijau dari beg sandangnya.
"ha ha ha!" suara bergema dalam dewan kuliah.
Merah padam muka tipah.Pipinya automatik, merah sekali. dia tertunduk malu.Dua buah epal hijau yang tergolek dikutip classmatenya, dian.Kawan rapat dia. Latif tengok tipah.Mata dia membundar.
"Diam semua! manusia memang suka melihat manusia lain jatuh.Kadang kita tidak sedar..ketawa kita adalah tangis bagi orang lain"
"Ni epal bagi saya boleh?" buah yang ketiga dikutip lecturer.
"boleh dr"
"terima kasih..awak boleh duduk"
Tipah duduk disebelah Dian.Dian sudah mendapat sms dari Tipah dan copkan tempat untuknya.
"ei malunya aku dian..ya Allah.." Tipah yang masih kemerahan.
"aku suka budak tu.Ada lesung pipit. Mata bulat macam orang jepun. Gigi cantik. senyum lawa..bibir merah..sejuk hati aku memandang..macam heroin cinta tikar sejadah..."Latif mengangguk. Arjuna dan anduka juga mengangguk..
****************************************************************************
Kelas elektif minggu ni latifah datang awal.Kali ni dia pula yang chopkan kerusi untuk Dian.Dian ke HEP sekejap.
"Hi budak epal hijau". Latif menegur.Sambil berlalu menaiki anak tangga menuju kerusi belakang.Tipah hanya tengok muka latif. Tidak bereaksi.Tidak berkata apa-apa.Dan dia sampai lalu duduk di sebelah tipah.
"pah, tadi aku pergi HEP kan..Jumpa melaun 3 ekor tu..Latif mintak no henfon ko.Aku tak bagi"
"bagus.Ko jangan suka-suka bagi no aku pada orang dian"
"tak aku tak bagi"
"mekasih"
*************************************************************************
Tipah buat part time.Dia jual buah kat gerai.Dapatlah dia RM4 sejam.Sehari dia kerja dalam 3 jam - 5 jam sehari.Tengok pada kelapangan dan jadual kelas.Selain duit dapatlah dia makan buah hari-hari.
Taukeh buah tu seorang cina, Ah Loi.Selain Tipah ada dua orang lagi pekerja, tanter indonesia.Biasalah cina takkan potong buah sendiri.Melayu nampak nanti tak makan.Bisness strateginya, dia upah melayu potong dan jaga.Ah Loi hanya hantar buah pada 6 pagi dan kolek hasil pada jam 6 petang.
Dulu tipah customer tetap. Dia suka makan epal hijau dan jambu batu.Masa dia sedang membeli, imigeresen datang buat operasi PATI.Larilah tanter2 dua orang tu.Tinggallah gerai macam tu sahaja. Henpon tanter tu pun, mereka tak sempat capai. tinggal je atas meja buah.
Dia jadik bidan terjun jaga buah sebab dia tengok tanter tu lari.tiada orang yang jaga.lagi pun time tu ada ramai customer. Lima jam jugak la dia jaga sehingga ah loi datang.Buah sememangnya sudah siap dipotong dan disusun dalam bekas buah oleh dua tanter tadi.terkejut jugak dia dengan sales lebih kurang 700 ratus ringgit..tak dia sangka gerai seperti itu mampu kutip sebanyak tu..banyak!
Maka berterimakasihlah ahloi pada dia. Ahloi offer dia keje parttime.Tidak memaksa.Jadual susunlah sendiri.Dia setuju. Dia suka buah dan dapat duit saku. Ringanlah sedikit beban orang tua di kampung.Sejak itu jadiklah dia gadis buah tanpa rasa malu dan segan.
"hi! semekom! saya nak beli buah"
"Buah apa?" Latifah tanya.Dia mendongak.terkejut dia tengok latif yang datang beli.
"tapi sebelum beli saya nak no tepon dulu"
"nak buat apa?"
"nak sms..nak koling-koling..ajak minum-minum..makan-makan..couple-couple"
"takde.saya takde henpon.lagi pun mak marah couple-couple ni.dia pesan suh belajar..emmm..nak buah apa?"
"buah dada"
"oii bodoh..kalo nak beli buah, cakap le betol-betol...kalo nak main-main..nah ambik ni" Tipah siram secebok air batu yang telah cair yang ditakung di bawah meja buah.Hati dia panas dengan mulut kurang ajar latif.
Arjuna dan anduka yang dari tadi berdiri dibelakang latif ketawa terbahak bahak. basuh kuyup latif dan sangat sejuk!Tanter ketawa.Customer2 juga ketawa...