form three..yup... aku pernah berchenta dulu..masa umur belom baligh aku dah cintan sama itu budak perempuan...mak suruh aku belaja. aku tangkap cintan pulak. dia budak kelas aku..mulanya aku hanya posmen yang menghantar posto surat dia kat abg angkat dia...abg angkat dia senior aku..hostel di blok yang sama...
lama-lama aku rasa aku syok kat dia..aku asyik tunggu je dia hantar surat utk abg angkat dia...mendapat job sekecil itu sangat besar ertinya...lihat matanya yang puteh dan besar...senyumnya yng indah...yup pertama kali aku jatuh chenta..oh begitu rasanya...
oleh kerana aku ni amat malu dengan perempuan...aku tidak ambil apa2 tindakan...hanya sebagai posmen..posmen pun posmen lah...posmen kepada org yang aku minat..org yang aku suka...posmen pun posmenlah...
dipendekkan citer...pada satu jamuan kelas...dia mahu ambil gambar dengan aku...kaget.terkejut..malam itu aku tak mampu untuk lelapkan mata...aku dapat rasa dia sukakan aku...hari-hari selepas itu...memang betol dia sukakan aku...
kami selalulah berutus surat...kalo masa dalam kelas dapat surat teruslah ke tandas... baca surat awekku bagi dalam tandas...tak boleh baca depan kawan..malulah..mana rock..ha ha ha...kalo besday dapat kad..kalo mo lawan bola dapat kad...kad hand made..lawa..(perempuan memang teliti dalam perkara yang lelaki anggap remeh..)
kadang aku belanja dia burger lepas prep malam...kadang dia belanja aku aiskerim...kadang bagi dia cokelat..yelah duit mak-ayah bagi bulan2 bukan banyak...belanja dia bende2 yang cenggitu la...lepas spm dia di UUM. aku di UPM...jarak yang jauh...menyukarkan hubungan...
surat yang dia bagi aku tidak balas...dulu hp tak ada..kalo cuti semester barulah dapat berhubung melalui telepon...lagipun setelah 'peristiwa besar' berlaku...aku menjadi tawar hati untuk teruskan hubungan ini....aku menjadi blur dan kecewa..aku mahu menamatkan hubungan ini....tapi aku tak mahu ucapkan dari mulut aku...biarlah dia yang tamatkan....sebab dia yang mulakan...adil aku rasa begitu...aku harap faktor classic...yakni masa....akan membantu aku....
'peristiwa besar' bukanlah dia curang padaku...atau aku curang padanya...mak dan ayah aku bercerai...ayah kawin lain...mak yang memang keras hati tak dapat terima..seperti semua perempuan di dunia ini...setelah 20 tahun mereka kawin...akhirnya mereka bercerai...mereka kawin atas dasar suka sama suka..atas dasar chenta...aku sgt-sgt sedih...maka oleh 'peristiwa besar' inilah aku tawar hati untuk meneruskan hubungan ini...kenapakah chenta yang panjang itu dikhianati...apakah janji hanya tinggal janji...tanpa sedar aku tidak mempercayai chenta....ya chenta itu boleh berubah!!!
setelah lama 'menggantung' dia...akhirnya dia menulis satu surat padaku...alamat pun dia dapat dari schoolmate lelaki aku...( yg juga schoolmate dia)..dia bercerita...ada org suka dan minat padanya...dia tanya apa perasaan aku padanya kini setelah LAPAN TAHUN couple...dia masih sayangkan aku katanya...ego aku cair juga...memang aku juga sayangkan dia...menitis air mataku membaca keikhlasan dan kejujuran dia bercerita....
aku menalipon dia..pada no yang ada pada suratnya...dia bercerita dengan lebih panjang...lebih lebar...selama 2 tahun aku 'hilang' ada coursemate yang sangat minat dan suka padanya....satu kelas...satu kelab...satu fakulti...dari ceritanya memang budak lelaki tu suka padanya...
'awak masih sayang saya?"aku tanya.
"ya..masih" dia jawap.
'budak tu suka awak?"
"ya..dia suka saya.."
"awak suka dia?"
"entah..."
"dia sayang awak?"
dia hanya diam...
aku kelu. tak dapat berkata-kata...btol kata org.."setelah sesuatu benar hilang barulah terasa kehilangannya..." aku pasti kehilangannya...ia bukan lagi hilang yang tidak hilang. ia betul-betul hilang...
esoknya aku menalipon dia lagi...
"awak...saya sayang awak..dia juga sayang awak...tapi cara saya..saya buat macam saya tak sayang awak...saya rasa jahatlah saya kalau saya mahu sambung hubungan kita..."
dia diam...
"awak baik dengan saya..terima kasih...(susahnya aku nak bercakap kali ni...tersekat-sekat) terima kasih banyak. saya akan sayang awak sampai bila-bila...saya akan selalu doakan awak bahagia...."
dia diam...
"awak...maafkan saya selama kita kenal...kata2..tingkah laku...yang buatkan awak terasa...maafkan saya...awak dah bagi peluang pada saya...saya rasa saya juga patut bagi peluang kat awak...sayanglah dia...kita sampai di sini sahajalah...."aku tak sanggup lagi...oh Tuhan...remuk rendam hatiku hanya Kau yang tahu...tabahkan hatiku ya Allah...
dia bersuara...dia menangis...
"awak...saya pun mintak maaf jugak...tq for everythings...ill miss u.."
"bye.."
dia jawap.."bye..."
aku letak gagang publik phone...poket kiriku masih penuh dengan syiling....
ada org kata..
"jika sayangkan seseorg lepaskan dia...
andai dia kembali..dia milikmu selamanya...."
juga org kata..
"lelaki ingat chenta pertama..
perempuan ingat chenta terakhir..."
betulkah???
dan saidina ali a.s pernah berkata...
"jika sayang seseorang jgn sayang berlebih-lebihan kerna satu masa mungkin dia paling kau benci....benci org jgn berlebihan-lebihan kerna satu masa mgkin dia paling kau sayang..."
Hello world!
3 years ago
17 comments:
aku kagum dengan sikapmu...
memang kita akan ingat cinta pertama
Tergenang...air mata KD. Tak ada yang nak dikomenkan cuma, dalam hal ini KETENTUAN telah KBakar berikan pada sidia dan jelas yg KBabar telah meLEPASkannya tanpa dia membuat KEPUTUSAN. Ya betul, perempuan akan pegang pada cinta terakhir kerana faktor KEHIDUPAN dan menaruh HARAPAN pada cinta barunya ....kerana itu adalah REALITY walau pun hatinya ....... SIAPALAH PEREMPUAN UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
perempuan juga x pernah luapkan centa pertamanya walaupun x pernah memiliki hati org yg d chenta...
mungkin bunyi nya seperti tiada kejujuran..
tapi sampai bila kita sekadar menaruh harapan kepada sesuatu yg bukan milik kita.
masih mencari hingga bertemu yg benar2 centa..
kenapa lelaki harus diam jika x cinta..
kenapa tinggalkn org yg mencinta menanti cinta..
hmmm
lain org..lain cara...
tapi kueh bakar,
awk juga seorang lelaki yg penuh centa
semoga bertemu calon yg benar2 mencintai awk.
si dia tepon aku hari ni...kebetulan btol...tak penah kol...dia nak qoutation barang..
kruk2...aku garu kepala..hidup sukar dijangka...
betulkah pompuan igt cinta terakhir???
betulkah lelaki igt cinta pertama???
aku igt cinta pertama....
cinta terakhir lom berakhir lg...masih mekar harum lg...
Terharu ah cikgu baca. Cikgu rasa awak ni dah sampai seru. Elok kuat berusaha.Jodoh dah semakin dekat. Tapi cikgu kurang suka sikit awak gantung dia dulu tu dan biarkan sejarah hitam keluarga awak membinasakan diri awak. Janganlah yang manisditelan yang pahit dibuang. Kalau awak rasa keluarga yang terbaik, awak jadikan diri awak lagi terbaik, pas tu anak-anak wak nanti jadikan lagi lagi lagi terbaik.. Semoga cepat temu jodoh..
ladyrazor..
ingat 1st love?
masih mekar chenta terakhir?
bagus kak..
bagusss...
semoga bahagia sokmo!
cikgu lama..
doakan saya cikgu
saya mahu kaween
:)
bagi saya, if u love someone, u have to fight for it. bukan melepaskan. yang penting awk dah terus terang .takpelah, maybe bukan jodoh. maybe dapat yg lebih baik..amin..
izyan..
8 tahun 'kawan' aku dan dia tak pernah bergaduh walau skali...2 tahun sama kelas...masa form 5 aku bodoh sikit...masuk kelas lastlah...
aku setuju..if kite syg org, kite fight for it...tapi keadaan2 itu...andai org yg kita sayang lebih gumbire kerana itu...aku rasa aku betul...
ps-aku memang seorg fighter ko tau..hesss..
bagusla bersikap matang, jgn ade mcm setengah lelaki ego jerk lebih..baru benda kecik berlaku dah tunjuk mcm dia bagus...tp sebenarnya dia tak dpt kawal emosi dia..
kita jgn sgt percaya ngan asmara ni
itu je komen aku.........
kak diah
btol kata akak..
kehidupan-harapan-realiti.
sgt btol.
parasitdunia
aku lelaki penuh chenta?
ha ha ha...
besi
bagi aku asmara bukan utk dipercayai
asmara untuk dirasai
asmara...Dr fazley
Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali kuucapkan
Takkan goyah
Oh kebenaran
Tiada kuduga tiada kupinta
Semuanya berlalu sebegitu saja
Dan kini ku disiksa dalam api ini
Sungguh aku telah mengerti
Takkan kuberlari salahkan sesuatu
Agar tak dihantui oh dosa-dosaku
Dan sememangnya mudah untuk kulepaskan
Seandainya kukatakan…
Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Biar seribu kali kuucapkan
Takkan goyah
Oh kebenaran
Asmara ini yang hanyutkan kita
Asmara ini yang hanyutkan aku
Walaupun seabad kupertahankan
Takkan goyah
Oh kebenaran
Inilah balasan untuk yang bersalah
Pedihnya kurasakan dan hanya berserah
Cukup dengan sekali aku mengotori
Cinta kita hancur sudah
Hancur kini
...
..ngeeeeeeee
asrama pernah la tinggal 5 taun..:)
parasit dunia...
aku.aku geli dgn lagu fazley ni...
tak leh masuk...hahahaha...
5 tahun duk hostel bukan masa yg kejap...bayk memori di situ...and memories remain...kan janet kan..
encik kueh bakar.
sedih lah dengar cerita kamu.
tapi benar mungkin, cinta itu juga bermakna melepaskan.
As long as she is happy, it will make u happy, right?
fighting!!! :D
*sedih*
cerita ni betul2 buat aku terharu.
Post a Comment