Followers

Sunday, December 14, 2008

hazlan lagi




aku dapat info baru. dia mahu bertanding calon bebas di parlimen trg nanti. 80 % jadi..dia dah peruntukan 10 juta untuk itu. hua hua hua.

Org tua atau org muda asyik cakap pasal dia ni...bini dia yang umur 22 tu pakai merc brabus TAR 333..hua hua hua..Baru ni pun dia dapat anugerah kedai harga patut dari sharir samad...tapi tak dapat ambil. pi dubai..

ferrari dia wks 1 masih tak dapat di keluarkan dari kawasan jpj...Ferrari tu dikatakan beli cash dengan 1.6 juta...duit dia belom sampai 100 juta..belum sampai...

dia beli lagi bas.600 ribu cash.3 bijik bas. hua hua hua...sekarang tengah pikir nak beli helicopter la pulak...hua hua hua

dia penah naik kapal terbang...dia lewat. kapal terbang tunggu dia...air asia..bila dia naik semua pakai tie...dia je pakai t-shirt sambil cakap trg dengan budak2 dia..hua hua hua

dia juga bawak anak-anak buahnya( staff) pi umrah ramai2...

gile!..hazlan namamu jadi sebutan di trg...




copy-paste dari web lain...

PRK P 36 KUALA TERENGGANU PERTARUNGAN 5 PENJURU?Kuala Terengganu- Berita SinarHarian hari ini melaporkan ada seorang lagi calon bebas yang menyatakan minta untuk bertanding bagi Pilihanraya Kecil P 36 Parlimen Kuala Terengganu iaitu Encik Hazlan Ismail, seorang Usahawan muda yang baru berusia 25 tahun.

Setakat pengetahuan penulis, Hazlan ni dikenali di kalangan orang muda kerana beliau mengusahakan 4 buah gelanggang futsal di Kampung Gong Tok Nasek. Bukan setakat itu sahaja, bahkan beliau juga memiliki beberapa buah bas persiaran, 2 unit Kedai runcit dan jual beli kad prepaid. Beliau juga mempunyai kenderaan-kenderaan mewah seperti Mercedes Brabus, BMW 7 siri, dan yang terbaru, Ferrari. Ini sangat membanggakan kerana dalam usia yang begitu muda, beliau mampu mengumpulkan harta sebegitu banyak dan harta ini bukannya diwarisi bari ibubapanya kerana difahamkan ibubapanya meninggal sejak kecil. Yang lebih menarik, beliau pernah menerima anugerah Usahawan Muda peringkat Kebangsaan pada tahun lepas kalau penulis tidak silap.

Ada juga sumber mengatakan bahawa Mat Kerak(Sabri Alwi) lah orang yang bertanggungjawab memujuk Hazlan bertanding. Ada juga yang mengatakan bahawa Hazlan sendiri telah mengumumkan dirinya akan bertanding untuk Umno kepada kawan-kawannya. Kalau benarlah begitu, mana mahu letak Dato’ Wan Farid? Mat Kerak pula tidak tahukah bahawa Hazlan itu cenderung kepada Pas? Ataupun mungkin juga ini perangkap untuk memecahkan undi atas alasan Hazlan baik dengan orang-orang Pas di peringkat akar umbi? Tetapi terang lagi bersuluh dalam SinarHarian bahawa beliau akan bertanding tiket bebas.

4 lagi calon yang bakal bertanding sudah dimaklumi umum iaitu Calon dari Pas, Umno, Akim dan seorang lagi calon bebas yang pernah bertanding PRU 12 lalu iaitu Makcik Maimun. Ini menjadikan kemungkinan pertembungan 5 penjuru!!! Kalau betullah jadi, maka ia akan jadi pilihanraya kecil rekod dalam sejarah. Makcik Maimun ketika ditemuramah menyatakan minat untuk masuk bertanding sekiranya ada orang sponsor. Ini satu petunjuk bahawa memang benarlah beliau ditaja sewaktu PRU12 yang lalu.

Akim pula yang muncul di PRK Permatang Pauh, menyatakan hasrat untuk bertanding lagi, walaupun hilang wang pertaruhan di Permatang Pauh. Kata wakil parti itu, mereka yakin akan dapat sokongan rakyat Kuala Terengganu, termasuklah ahli jamaah Tabligh. Penulis pun tak tahu pulak bila masa Maulana Tabligh buat fatwa boleh mengundi ni..Yang pasti, calon Akim pun ditaja Umno. Kalau sesiapa yang sempat memerhati poster dan bendera parti bertanding di Permatang Pauh baru-baru ini, pasti perasan bahawa poster dan bendera BN tak jauh dari poster dan bendera Akim. Ini seolah-olah menunjukkan orang yang sama memasang poster terbabit.

Bagi Pas pula, Yang Di Pertua Pas Kuala Terengganu membuat kenyataan kepada Malaysiakini bahawa partinya akan mencalonkan ‘Rumi Tempatan’. Siapa dia Rumi Tempatan ni? Rumi merujuk kepada golongan bukan Ustaz atau ulama’. Manakala Tempatan pula bermakna Pas Terengganu ingin memilih calon tempatan, bukan calon luar seperti Mat Sabu sebagaimana PRU12 lalu. Tapi persoalannya, Mat Sabu beria-ia benar untuk bertanding di Kuala Terengganu. Nik Aziz menyatakan pendapatnya untuk memilih Mat Sabu sebagai calon terbaik. Tetapi Menteri Besar Kelantan itu menegaskan ia hanay pendapat peribadinya sahaja. Keputusan akan dibuat dalam mesyuarat pas pusat. Akhbar SinarHarian dan Utusan Melayu hari ini dengan jelas tajuknya ” Mohamad Sabu calon Pas di Parlimen Kuala Terengganu.” Tak habis-habis kerjanya nak melagakan ahli-ahli Pas.

Apa-apa pun, masa masih panjang, esok(jumaat) SPR akan bermesyuarat dan tarikh akan diumumkan menjelang malam esok mungkin. Sama-samalah kita tunggu dan lihat………

2 comments:

kueh bakar said...

kompem hazlan tak jadi bertanding...
semalam masuk berita harian wan farid bagi hadiah kepada pemenang badminton anjuran hazlan...

sukasukitulisblog said...

sape hazlan ni..sek mana dulu..mcm pelik je pencapaian dia..