Akhirnya editing sudah siap, 250 muka surat lebih kurang. Waah. Susah rupanya jadi editor ni. Ahaks. Memang penat nak mengedit. Tepu dan exhausted. Kulit belakang buku, aku rasa nak letak poem Penjenayah Merah Jambu. Dulu ada link dia tapi sekarang rasanya blog dia dah tutup. Yeah! Esok lusa print-out, lepas tu perfect bindingkan kulit.
Blog. Kamu berblogging untuk apa? Semakin hari semakin bertambah Friendster, myspace, facebook semua pejam mata Tak hairan Belajar sekarang pun guna blog Budak kecil masih tak khatam Quran pun tahu buat blog Penuh dengan imiginasi dan telatah Golongan senja juga mahu menjadikan blog mereka canggih dan Tentunya penuh dengan pengalaman, yang kau dan aku tak punya Orang lain ; Blog? Kau ada blog? Apa address dia? t bagi eah! Blog? Aku tak rajin nak menulis, tapi aku suka baca! Blog? Best, boleh luah perasaan.. Dapat pendapat... Blog? Aku nak ambil gambar ni, nak masuk blog... Blog? Aku baru dapat cek nuffnang...Yahooo! Aku; Blog? #senyum# Terlalu banyak sebab untuk aku berblogging Kamu? -Poem Penjenayah Merah Jambu-
No comments:
Post a Comment