Followers

Sunday, April 7, 2013

Membukukan kuehbakar


Tadi aku baru mula untuk edit blog aku. Aku nak bukukan blog kueh bakar. Aku rasa costnya tidak tinggi. First copy paste masuk dalam microsoft word dalam 425 muka surat. Mungkin dalam RM 15 macam tu. Tujuannya suka-suka. Mana tahu ada orang lain nak suruh aku bukukan blog dia pula. Ahaks.

Malam ni siap edit dan kalau fahmi - mat designer boleh design dalam masa sehari dua, maka lusa akan aku hantar kat kedai kawan untuk perfect binding. Jadi, dalam minggu ni lahirlah buku kuehbakar. Ahaks. Jika ada sedikit aral, itu ini, lewat-lewat minggu depan siaplah.

Mmm..kalau-kalau aku nak jual buku ni, musti tak boleh masuk MPH atau kinokuniya. Jadi aku kena jual cara al-arqam. Jalan-jalan sekitar Kolumpo dan approach orang supaya beli. Ahaks. Cett tadi kata nak suka-suka, ni berniat nak jual pula. Ha ha. Sekelip mata manusia boleh berubahkan..Menulis dan berfikir macam inilah - kesesatan yang mengasyikkan.  

Mana la tahu kan, kot-kot blogger yang mantap-mantap pun suruh aku bukukan blog mereka lepas ni. Dan bila dah bukukan banyak blogs dapatlah buka library - Toko Buku Bloggers. Baik berhenti menulis entri sekarang, sebelum karutan semakin panjang. Ha ha.

"A room without books is like a body with out a soul" - Marcus Tullius Cicero -



4 comments:

MR Penyubiru said...

buku jgn tak buku... lepas tu jgn lupa bagi satu copy free tuk aku buat testimonial..hehe

Kniedaz said...

Napa otak kamu sama dengan ahkak? Nak bukukan juga tapi hanya label tertentu, macam semua petua yang dah pernah buat entry...hehe

HEMY said...

ok gak tu..wat giveaway ye (mentaliti malaysian yg nk benda free..hahaha)

kueh bakar said...

Penyu n hemy n kniedaz
ko bertiga aku bagik free. keh keh keh.