skip to main |
skip to sidebar
Kelab Sejuta Buku
Aku ada satu idea. Aku mahu membuat satu kelab buku. Kelab sejuta buku. Kepada sesiapa minat buku. Jum berkelab. Ideanya, jika ada 5 orang kononnya, Seorang keluarkan RM 50 sebulan. Maka ada RM 250. Dan kita akan berjumpa di Kino KLCC. Setiap orang akan membelanjakan RM 50 membeli buku. Ikutlah genre apa-apa pun. Dalam 50 RM tu, mesti ada baki. Baki akan masuk ke dalam tabung. Buku akan dipegang oleh seseorang yang sanggup buat sementara.Begitu juga tabung.
Bulan kedua, kita keluarkan RM 50 seorang lagi. Ada RM 250 juga. Jumpa di MPH Midvalley dan belanja RM 250. Begitulah seterusnya, Kita rotate kedai buku mana. Jika tak boleh datang, just bank in kan duit. Dalam setahun, jika tidak bertambah ahli kelab, haha - sedihnya. Maka kita ada RM 2500 nilai buku setahun.
Setiap buku akan direkodkan dan di update di blog atau web kelab sejuta buku. Jika ada ekpo buku atau pesta buku, kita boleh juga kumpul duit dan berbelanja.
Di masa depan, jika kita punya ahli 50 orang, cewah. Kita akan dapat RM 2500 sebulan, dengan RM 30,000 nilai buku setahun . Jika ada 100 orang ahli kita ada RM 5000 buku setiap bulan dan RM 60,000 nilai buku dalam setahun.
Mungkin pada masa itu kita perlu menyewa lot kedai tingkat atas - lebih murah, untuk dijadikan library Kelab Sejuta Buku. Mungkin kita juga akan ada kakitangan, librarian dan despatch untuk hantar buku dan collect buku yang dipinjam. Di samping beroleh ilmu, insyaallah kita juga beroleh pahala dengan ilmu buku-buku yang di baca oleh peminjam. Dan kita akan daftarkan kelab kita dengan ROS - Macam parti politik. Hahaha.
Kita akan buka di Kuala Lumpur dahulu. Lain masa kita buka seMalaysia. Ahaks.
Ada berani?
7 comments:
Wow.....idea menarik! Tapi kalau area sana xdapatlah nk join...best tu tiap2 bulan gi berlainan kedai cari buku..bookhunt event
akak sokong idea nie..
Kat uk ada 1 kelab buku tapi konsep dia sharing buku tuh dan leh follow mana buku tuh traveling keliling dunia..
http://www.bookcrossing.com/
best! nak join!
kniedaz..
ye..pjj tak sesuai -pustaka jarak jauh. haha. Mmm.. banyak nak tanya librarian ni..
tcc
nak cari peminat2 buku ni susah sikit. kena perah idea lagi. ahaks.
jadi ahli tak ni? ke ahli bersekutu? ahaks
w.lilies
ko ahli no 001. ahli 001. ahaks.
Ahli ler.. kalau tak sempat jadi ahli bersekutu pun boleh juga ahaks..
kak TCC,
nanti akak jadi presiden. Okey? la la la.
Aku nk ahli ke 13
Reservekn no tu
Post a Comment