Followers

Monday, April 8, 2013

proses


Maaakkk Aii!

Bukan senang nak mengedit semua 356 post. Mau muntah mengadap Pc. Semalam ada 425 muka surat, aku dah jadikan 400 muka surat. Aku rasa adalah ideal aku ada 200 muka surat sahaja. Kos aku kalau 200 muka surat hanyalah RM 6 (print isi) dan kulit + perfect bind RM 3 = total kos aku RM 9. Upah design kulit belum campur la. Mungkin belanja fahmi mat designer kat Pelita Ampang belum cukup. Ahaks.

Kalau mahu cetakkan berkualiti dan menggunakan paper Double A harga akan naik sedikit. Takpelah buat paling minimum dulu. Kita tengok hasil macam manakan..

Aku akan mula mengedit lepas pukul 10 malam. Siang ada banyak kerja kat kedai. Tak boleh buat. Maka malam paling sesuai. Banyak kesalahan simple-simple yang perlu aku repair. Lepas titik huruf kena lah besar, nama jalan, nama orang dan macam-macamlah. Bahasa pasar biar je lah. Banyak juga entri yang perlu dibuang. Kena pilih-pilih juga. Kurangkan muka surat maknanya jimatkan duit.

Masa entri aku keluar dekat Pelakar dulu sebagai tetamu buku tu - Sejak itu aku ada niat mahu bukukan blog aku. Aku rasa seperti mahu menjemput juga, atau mencilok juga entri blog lain yang aku suka ke dalam buku blog aku. Tengoklah nanti macam mana..

kepada Penyu dan Hemy dan Kniedaz dan tcc- Inshaallah. Aku bagi kau berempat Free. Ahaks. Yang lain kalau nak bukukan blog anda sila suruh aku. Tapi korang kena editkan dululah.

"i get crazy in a bookstore. Its make my heart beat hard because I want to buy everything" -Reese Winterspoon-




4 comments:

HEMY said...

wah..dapat freee?ulalalalala...hehehehe

ko bukukan entri2 tu kalau yg bergambar siap masuk gambar ke?aku tgh pk kalau bukukan blog entri aku kompem bergambar2

Jard The Great said...

mau jugakk!

kueh bakar said...

hemy
ada gambar aku masuk. ada gambar tak.. Aku kena kurangkan pages. Dan gambar tentu sekali tiada kolor.

Jard.
okeh.highly noted.

Chuu Muqhlis said...

kenapa bukukan blog?