Followers

Wednesday, December 21, 2011

ombak rindu



'.rinduku umpama ombak yang tak berhenti, kasihmu bagai pantai yang setia menanti..'


telah menonton juga aku akan ombak rindu. aku sebagai penonton yang tidak membaca novel..jadi aku tidak tahu hujung pangkal.tidak tahu sinopsisnya. dan kami lewat sedikit masuk panggung..cerita telah dilayarlebar.

kisahnya - aron adalah anak orang kaya.hensem.pelanggan alat sulit perempuan di 'rumah perempuan'. satu malam dia telah memalam-pertamakan maya karin yang separa sedar. seorang perawan yang dijual oleh penjaganya sendiri kerana tahi judi dan hutang.

maya karin selepas dimalam-pertamakan, telah merayu aron agar 'diselamatkan' dari tempat pelacuran tersebut. aron sekalipun taknak pada mulanya, akhirnya 'lembut' dan membeli maya dari apek rumah lacur tersebut.

'kau telah aku beli, kau kena layan aku, bila-bila masa aku nak 'tu'.bila-bila masa sahaja..paham?'

maya telah disimpan di sebuah banglo milik aron. yang tahu akan hal ini adalah pak dolah dan isterinya sahaja. pak dolah adalah supir kepada keluarga aron. pak dolah ditugaskan untuk membeli apa-apa keperluan maya di rumah tersebut.

pabila aron nak memalam-keduakan maya, maya menolak. aron yang baran memang panas. dia mahu rogol saja. tapi 'ya Allah lindungi aku, ya Allah lindungi aku' oleh maya telah merencatkan nafsu berahi aron - dan hisap rokok ketensionan! ha ha.

'encik, encik orang pertama 'sentuh' saya'
saya minta tolong, en. nikahi saya, saya tidak akan minta apa-apa hak pun sebagai isteri. dan boleh rahsiakan perkahwinan ini.lepas tu buatlah apa encik nak buat kat saya. bila-bila masa pun..'

'..bila-bila masa pun..'

aron pada mulanya memang tak mahu berkahwin sebab maya dirasakan tidak layak buatnya. tapi kerana maya itu 'sedap'..dan dia tidak rugi apa-apa, maka bersetujulah dia menikah di thailand. aku rasa scene ni ada sedikit sayu..its a big momen in life..dan senyuman seorang yang telah menjadi isteri sangat mentacingkan. kesanggupan untuk berkahwin itu juga adalah sisi baik seorang aron yang jahat..

aku kira, maya gembira kerana dia telah berkahwin. hidupnya sebelum itu bukanlah gembira.malah menyeksakan.aron tidaklah gembira mana, dia cuma mahu 'lesen' dayungan.

scene maya cabut stokin aron ada sentimental value buat aku. sebab dulu masa aku balik sekolah, adik-adik aku yang berebut membuka stokin aku. keh keh keh.

antara point yang penting dalam citer ni - bagaimana cinta itu timbul. sayangnya, aku tidak nampak scene-scene yang membolehkan aron terjatuh cinta dengan maya. ia ada tapi tidak kuat dan terlalu sedikit. klimaksnya di sini sebenarnya, 'tak kenal maka tak cinta'.

sedang dalam cinta itu wangi, muncul si gojes lisa surihani.seorang pelakon yang sedang meniti popular. seorang kenalan kecil aron. punya pertalian baik antara kedua keluarga. dan lisa memang chenta sama aron. balik ke malaysia pun kerana akan melangsungkan perkahwinan dengan aron. di sinilah mulanya konflik.

aron telah memberitahu ibunya yang dia tidak mahu berkahwin. hati dia pada yang lain. dia juga memberitahu lisa.mengamuklah perempuans!

'..kita tetap akan berkawin.kenapa? kerana aku sangat sayangkan kau..'

.redha itu ikhlas.pasrah itu menyerah..maya 'mengizinkan' aron kawin..ibunya telah tahu siapa maya.lisa masih tak.

satu hari aron terlibat dalam kemalangan dan berada di wad. keadaan ini membuatkan ibunya mengambil jalan untuk memisahkan aron-maya. maya dihalaunya keluar dari rumah. hpnya juga-yang ditunggu-tunggu panggilan dari aron juga dirampas. siap tengah ringing lagi aron tepon!

'rumah ini rumah mak'
'hp itu hp mak'
'kereta itu kereta mak'
'tapi cinta aron milik saya..' -->kehkeh.aku reka.

mengetap bibir ibu aron. pergilah maya sehelai sepinggang dalam kehujanan...

bront-maya
mereka adalah kawan baik. maya balik ke kampung. di sinilah istimewanya persahabatan. intonasi, perbualan lebih rileks. lebih jujur aku rasa.

'kau dah kawin?' bront
'perlukah aku menjawap?' maya --> pompuan selalu guna!
'ya..agar aku berhenti berharap'
'yup..aku dah kawin
..' tercabutlah batang kemuncup dimulut bront!

dipendekkan citer, bront dapat kerja kat kolumpo. jadik maya bawak bront ke kl. tinggal di rumah pak dolah dan isteri. mereka telah tahu maya itu isteri aron. dan memang menganggap maya itu anak seperti anak mereka. dan maya telah mengandungkan benih aron..

[masa ini ibu aron telah menunjukkan gambar-gambar mesra bront-maya. menfitnah..
'dia tidak pernah melawat kau masa kau koma walaupun sehari'
'sekarang dia ikut lelaki lain..' ]

tetiba aron datang untuk melawat pak dolah..melihat, ada maya. dan ada bront..

'kau perempuan sial.kau sundal!' terus blah.
maya kejar dan terjatuh. berdarah kangkang. masuk hospital.

pak dolah sudah panas. pergi ke rumah aron. membuka sebuah rahsia. memberitahu aron yang dia bapa sebenar aron. aron diserahkan kerana arwah ayah aron meminta jasa baik pak dolah sekelamin untuk memberinya aron, kerana isterinya, 'ibu' aron keguguran. bagi kali ketiga..

'aku sayangkan kau'
'aku sayangkan menantu aku'
'aku sayangkan cucu aku'

terus pak dolah blah.
'wat de fak???' lisa surihani.
'apa ni bu...' aron.
ibunya terduduk sudah...

the endnya, aron kembali mencari maya di kampung. lisa minta dilepaskan sekalipun maya minta jangan.
'maya, aku ingat orang merampas suami aku, rupanya aku merampas suami orang...'
'aron..lepaskan aku. aku akan cari kebahagian aku sendiri...'

ps- bront selalu menggigit batang kemuncup, ia tidak bagus. masa aku kecil, didongengkan orang2 tua dikampung, ia boleh membawa mati pucuk. keh keh. sedih lagi si tanggang, jadi tidaklah aku menangis macam citer sitanggang jins samsudin. hidung lisa kembang kempis masa nak marah. kihkih.cel, tq.

7 comments:

alien said...

ok mantap.
aku dh tau flow cerita
tak payah tgk..
hehehe

TuN TeJa said...

wahhh..wahhh..wahhh...nih mesti masuk panggung nangis²...sambil wat gosok² mata masuk abuk...hhihiii...

Mr PenyuBiru said...

hahaha... ko punyer review lagi menghairahkan dari menonton...hehe

aku tak tengok lagi Ombak Rindu,tunggu kekawan download jer.hehe

kueh bakar said...

alien!
ko kena tgk lisa gentel puting aron!

teja
tak pun. setitik pun tak.

penyu
nanti dah tgk buat entry lisa vs maya..haha

Lady RaRa said...

bagus la. review kau terbaek dari orang laen. aku tunggu kat astro first. mintak2 jgn ada banyak scene kena potong.

Chuu Muqhlis said...

kueh! aku baru tgk ombak rindu., tacing beb hehe

kueh bakar said...

l.rara
tak potong.kompem.

chu
kahkah.ko nangis.