Followers

Wednesday, December 7, 2011

conteng-conteng

aku suka kartun. dari kecil lagi aku coba untuk melukis kartun. Pada aku orang yang pandai melukis adalah orang hebat.Sebab itu aku coba melukis kartun.coba menjadi hebat.ahaks! tapi kartun itu bakat. kartun itu kreativiti.dan lukis oranglah paling tak boleh, paling susah. orang lidi bolehlah. lukis binatang pun sangat susah!

antara blog kartun yang aku suka ialah conteng-conteng. ia kisah budak muka inocent. aku rasa budak itu seorang pendiam tapi banyak berfikir dan 'bebas' dalam dunianya. juga suka gelagat kucingnya.

ia sebuah kartun yang simple tapi penuh kejujuran. lagipun era pelukis adalah era aku juga. memori dia banyak sama dengan aku-juga sesiapa yang sama eranya. ia membuatkan kita tersenyum dan tertawa. rupanya apa yang kita buat masa kecil dulu juga dibuat oleh orang lain.ia sentimental..

aku juga ada membeli koleksinya. dan jujurnya buku dia agak mahal bagi aku yang pernah ada dalam 'bidang penerbitan haluan kiri' - fotostat. haha.

aku harap bila dia sudah keluarkan buku dengan PTS, ia seperti lat oleh berita publishing-tebal,besar dan murah. dan aku menunggu satu cerita bersiri - yang punya mula dan punya akhir. yang boleh dijadikan masterpiece macam j.k rowling-harry potter. kehkeh. PTS telah jumpa satu 'lubuk emas' yang belum terusik..

aku rasa kartunis conteng-conteng, seorang folower kuehbakar -mungkin strategi seorang bisness-minded, seorang yang humble.dengan sukacitanya aku wishkan, selamat berjaya conteng2..

ps- baru-baru ini aku ada beli majalah ujang. kartunnya mendukacitakan. ia tiada jiwa. ujang yang sebenar telah tiada di situ. semua hasil kerja ujang yang sebenar telah dipatenkan termasuklah signaturenya sekali..ia 'lembu punya susu. dutch lady dapat nama'...

5 comments:

Hanis Azla said...

selalu kagum dengan org yg ada bakat melukis.. semoga conteng2 tu terus berjaya hendaknya..

vidadarisakura said...

aku pun pernah bercita-cita untuk pandai melukis. tapi zzzzzzzzzzzz

kueh bakar said...

sishanis..
masa kecik tentulah kita mahu jadi pelukis...terutama lepas dapat pen/pensil/crayon..dinding pun mahu dicontengnya..haha.

dan kalau jadi abang, asyik disuruh lukis robot..kereta..er. bila disuruh lukis lembu, mati akal terus.haha.

vidak.
zzz..haha.apapun tak jadi.

sharamli said...

suka lukis2 dan c0nteng waktu mengant0k dalam kelas

whitelilies island said...

Thanks introduce blog conteng2 tu..bes2