Followers

Tuesday, December 13, 2011

alaf 21 vs fauziah ashari

penerbit alaf 21..

..'Kami hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus daripadanya yang berjumlah RM1,600 telah kami berikan kepada Fauziah Ashari.Kami sudah mencetak kembali lebih 40 ribu naskah novel “Ombak Rindu” dan setengah daripadanya sudah habis dijual. Jika cetakan yang ke-24 ini habis terjual di pasaran, Fauziah akan menerima lagi RM50,000 royalti dari Alaf 21 selepas ini...'

biasanya orang buat filem pada sekarang ini mempunyai budget RM1-2 Juta. orang luar biasa macam syamsul dan tiara je yang punya budget lebih tinggi. Jika budget filem ombak rindu adalah sebanyak 2 juta dan penerbit hanya menerima 4 ribu sahaja - ia satu urus niaga yang sangat bodoh. betullah kata fauziah - duit tu habis buat tambang jerk. Tambahan pula kejayaan box opis Lagenda Budak Setan..Ia tidak dijadikan contoh langsung.

jika seorang pemain bolasepak di eropah, mahu dibeli oleh kelab lain. dan kelab baru yang diwakilinya itu menang piala tahun berikutnya- maka harganya akan meningkat dan kelab lama akan dapat bayaran yang lebih tinggi. Walaupun telah menjual pemain tersebut dengan harga tinggi.

RM 50 ribu yang akan diperoleh adalah sangat sikit jika 40 ribu naskah. ia hanya royalti rm 1.25 sen sahaja untuk sebuah buku. harga novel RM 19.90. ini tidak adil. bayangkan betapa banyaknya untung penerbit. Jika cetakan kali pertama mungkin tidak mengapa kerana kos permulaan dan promosi..

sepatutnya cetakan kali ke 24, tidak seharusnya sama dengan cetakan kali pertama atau kedua..cetak banyak kali, royalti haruslah bertambah sebab ia naskah boleh jual, punya nama dan boleh dikategorikan 'legend'..

[ fauziah selepas 4 kali buat novel dengan alaf 21, cuba untuk menerbitkan sendiri tapi gagal dan kembali ke alaf 21..]

..'Pihak kami telah menjelaskan kepada penulis-penulis kami untuk membaca dan memahami sepenuhnya kandungan kontrak sebelum tandatangan. Malah, di dalam kontrak, terdapat klausa yang menyatakan pihak penerbit boleh melakukan apa sahaja kepada hasil karya penulis sama ada diadaptasi kepada pelbagai bentuk tanpa perlu merujuk kepada penulis. Projek filem adaptasi ini merupakan satu langkah promosi untuk melariskan kembali jualan buku yang kini sudah kembali dicetak sebanyak 40 ribu naskah..'

ia bukanlah satu langkah promosi sejujurnya. ia satu langkah ke depan dan cuba untuk membuat lebih untung. penerbit juga mendedahkan fauziah mendapat RM 219,000.00 duit royalti sejak 2002. tapi tidak menyatakan keuntungan mereka di atas novel ombak rindu.

ramai juga mengatakan 'mengapa sekarang mahu bising? setelah tiket box opis?'. cis. bodoh lah kalau tidak bising. tiket cecah 10 juta, tak ada orang maklum apa-apa dan baru dapat RM 1600.00 memang rasa sangat hina tau?

tanyalah pada mana-mana penulis pun. mereka pasti berfikir 2 3 kali nak hantar manuskrip kat alaf 21 selepas ini...kuang kuang kuang.

ps-dan dengar kata juga tarantella mahu buat sambungan ombak rindu 2.. dan kita mungkin dapat melihat tiga versi ombak rindu 2 - satu oleh fauziah ashari. satu oleh tarantela. satu lagi oleh mig yang akan adaptasi ombak rindu 2 fauziah. hahaha. link sini

11 comments:

adie said...

so bila ko nak kuarkan novel terbaru ko ni - Ombak Pantai Batu Buruk. hehe..

kes cenggini lah buatkan penulis malah nak berkarya.

alien said...

betul la tu
dah cetak byk kali naik royalti..
iskh2

Admin said...

Harap semuanya menguntungkan semua pihak, kalau ada yangteraniaya, itu yang kita kesalkan..

Chuu Muqhlis said...

ombak rindu pon x tgk lagi -____-

kueh bakar said...

penyu..
hahahhaa
novel ombak jahat laa...

alien
btol!btol!btol!
kill!
kill!
die!!!
die!

assfantasy
memang ada pun..

chu
dvd ada lambang 'astro first' blum kuar..keh keh keh

ku-cit said...

dvd lambang astro first...hehehe

ParkAir said...

sepatutnya Fauziah atau penulis lain bawak lawyer sebelum sign kontrak, baru jelas yang mana kabur2 tu.

kueh bakar said...

kucit..
ko pun ada beli ker?
haha

parkair
kadang bila kita mengharap sesuatu, kita akan mengabaikan sesuatu yang lain

Fnd Rocka said...

erk, masalahnya fauziah yg sign kontrak kan?

whitelilies island said...

Aku x mnt novel keluaran alaf 21..aku lebih minat novel keluaran creative enterprise..jln cerita lebih berani, unik dan yg penting x cliche..kemunculan novel OR buat ramai penulis cuba menulis dgn jln cerita yg lebih kurang sama; bercinta lepas kahwin..sekali 2x novel camni cukuplah aku baca..kalau byk2 bosan wehh..dah boleh agak apa endingnya!

Anonymous said...

bila la nasib penulis nak terbela :(