lately, aku rasa teringat-ingat dengan kawan-kawan aku. kawan-kawan schoolmate/dormate aku. telah lama aku 'menghilang'. sangat teringin untuk gathering dan minum teh sama-sama. cakap tentang itu dan ini. gelak ketawa.
'tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain..'
selama 5 tahun di asrama sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5 aku punya kawan-kawan yang rapat. yelah. 5 tahun bersama, pagi - petang, siang - malam. memanglah rapat. main bola sama-sama. outing bandar dungun sama-sama. 'lompat pagar' sama-sama. kena buli sama-sama. buli balik sama-sama.terlalu banyak sama-sama..
tadi aku msg salah seorang kawan yang masih punya no hp aku...
'jum reunion. tgk konsert awie dan ella..istana budaya.tak ramai pun takpe'
biasanya reunion akan diadakan masa berbuka puasa. dan masa berbuka sebenarnya bukan waktu yang bagus untuk reunion sebab nak booking tempat bukan senang. makanan juga mungkin sampai lambat. lepas makan nak kena bergegas solat maghrib...
tengok muka pelayan-pelayan pun kesian juga. mereka serve orang makan. mereka sendiri juga berpuasa dan belum makan..nak mintak tisu ker. air kosong ker pun kadang terbantut..mungkin juga dibuat-buat tak nampak. yela peak hours..
ia penat. tambah kalau yang ada anak kecil..balik rumah nak solat terawih lagi.. jemaah kat surau atau masjid mungkin dah tak sempat...
jadi..
aku rasa reunion dengan layan konsert awie dan ella itu kool (ingatkan konsert wings.tapi dah lepaskan..).kami membesar dengan lagu-lagu mereka...jadi meh layan lagu.reunion itu nostalgia. lagu-lagu mereka juga nostalgia. jadik nostalgia dalam nostalgia..
yang dah kawin juga boleh bawa bini..anak-anak tinggal dengan amah..
harap jadi..
ps - dalam dorm aku hanya 2 orang je aku tak sempat pergi rumah. dan 80 % aku pernah sampai di rumah schoolmate lelaki aku yang merata-rata tu..masa matrik, semua rumah housemate aku pernah sampai...
membuat kawan baru ditempat baru tidak sama dengan kawan lama di tempat lama..'kawan' bukan senang untuk dijumpai..
Hello world!
3 years ago
6 comments:
idea bijak ni, lepas tgk konsert tu pun boleh fun fun lagi.
anyway..aku dgn member2 sekolah tak rapat sgt, lebih kpd member universiti, nanti ada fikir jugak nak buat tour ke rumah member2 belah utara.
tak pernah pergi rumah2 budak2 d0rm..tapi byk budak2 d0rm dpt sama metrik..p0n tak pergi jugak.. bila dah mas0k u, dah tak sama dah..ha! baru nak pergi umah..masa ada kenduri2
fndrocka
buat lah tour selagi ada masa..bila dah semakin berumur nanti tiada lagi peluang..tua akan hanya ada kenangan..kehkeh.
sharamli
masa wedding tak sama rumahnya masa tak wedding.kadang melihat rumah boleh 'membaca' tentang penghuni rumah.
nostalgia itu best, klasik... jiwang.. hehehehehe
kalu jd, kim slm sahabat2 ye, have fun!
aku windu pantai teluk lipat mkn kopok kt medan selera smbl cuci mata..hehehe..
eda
yup.kalo jadi.i will.
teja
ko pun cuci mata?
Post a Comment