Followers

Friday, December 9, 2011

j.k rowling vs fauziah ashari

' ...Idea timbul adalah gabungan dari tontonan drama bersiri Hong Kong ketika zaman sekolah saya iaitu tahun 1980-an dan pembacaan kisah benar di majalah mengenai perempuan yang jatuh cinta pada perogolnya pada akhir 1980-an...'

' ..Saya bina watak Izzah jatuh cinta pada Hariz walaupun Hariz menganiayanya tetapi dalam novel, perlu ada sebab yang kuat untuk cinta itu datang. Kelogikan itu perlu untuk membawa mood pembaca..'

'..Saya tak tahu menahu mengenai perancangan (adaptasi) itu kerana saya hanya tahu melalui akhbar..'

'...Alhamdulillah, saya nak kata apa lagi. Idea cerita asal saya disukai penonton dan jalan cerita filem diambil daripada idea daripada buku yang saya tulis. Separuh daripada skrip yang ditulis ada di dalam buku. Semestinya saya bangga dan saya percaya, mereka berduyun-duyun datang kerana jalan cerita novel itu..'

'..Ada yang kata pada saya, tak pernah jejak panggung seumur hidup, tapi kerana Ombak Rindu, dia sekeluarga ke panggung juga. Malah kawan saya sanggup mengheret suaminya yang kurang upaya semata-mata nak melihat Ombak Rindu dalam versi filem. Bagi saya, majoriti yang menonton filem adalah kerana novel itu sendiri. Tapi tak tahulah kalau ada yang menafikan bukan kerana novel. Bagaimanapun, ia tetap kerana sokongan yang lain juga seperti pelakon yang hebat dan garapan pengarah yang baik..'

"...Apabila saya menonton, saya kata pada sidang media, saya kata tak berapa puas hati. Malangnya sesetengah mereka menulis saya tak berpuas hati. Ini seolah-olah saya tak faham apakah makna adaptasi. Saya amat kecewa di situ. Saya tak kecewa dengan filem, tapi saya kecewa apabila kenyataan saya diputarbelitkan. Tulisan itu menimbulkan tanggapan negatif di pandangan umum sedangkan ‘tak berapa puas hati dan ‘tak berpuas hati’ itu maknanya juga lain. "

"..Sememangnya tak setimpal. Dapat sikit, tolak ulang-alik ke Kuala Lumpur beberapa kali kerana sokongan padu pada filem Ombak Rindu, saya tak dapat sesen pun. Anda percaya? Tentu tidak dan saya juga tidak percaya, begini rupanya hak penulis dan hak idea cerita asal di Malaysia. Salah siapa? tidak tahulah."

"..Rezeki yang datang kepada saya mungkin dalam bentuk lain selain royalti yang tak seberapa walaupun Ombak Rindu menjadikan dua penerbit mengaut keuntungan bersih yang boleh mencapai ke tahap jutaan ringgit. "

"Kebaikan untuk saya pula, saya belajar banyak perkara daripada penerbit buku dan penerbit filem. Saya bersyukur dan teruskan berkarya. Hidup ini kalau fikir ‘sakit’, ‘sakit hati’, ‘kecewa’ tidak ke mana sudahnya.."

"Mahu berjaya memerlukan kerjasama sesama manusia. Mereka perlukan saya, saya perlukan mereka. Ertinya satu bentuk kerjasama yang telus, jujur dan logik mengikut akal di antara ketiga-tiga pihak perlu diwujudkan agar tiada satu pihak pun didiskriminasi

"..semua pihak perlu mengiktiraf harta intelek pengkarya walaupun kontrak sudah dimeterai antara penulis dan penerbit buku. Bermakna, apa jua yang ingin dilakukan ke atas sesuatu karya, harus dibincang dengan penulis sebelum mereka menandatangani satu perjanjian yang lain bukannya selepas skrip ditulis atau ketika proses pembikinan dilakukan baru meminta hanya sekadar pandangan penulis. Harapan saya, sejujurnya saya mahukan semua yang terbabit jujur dan ikhlas menerima bahawa segala karya saya adalah hak saya. Bukan sahaja saya, tetapi semua yang bergelar penulis. Bukalah minda seperti penerbit filem Barat yang memartabatkan nama penulis buku kerana tanpa buku itu tiada idea untuk buat filem. Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah..."

ps-permainan dunia.
sukar dimengertikan.
hak?persetankan.
aku rasa ahadiat lebih 'tahu' dalam hal seperti ini. dia diam dan bakal ada LBS 2.fauziah sila tepon ahadiat.ahaks. masih belum menonton. orang kata, OR(23 kali diulang cetak!), menonton tanpa membaca adalah lebih baik..baiklah akan menonton baru membaca!

sharad sharan pun dah respon. akan ada 'bonus' untuk fauziah.

J.K Rowling? bilionaire sudah...

7 comments:

||alis|| said...

ada sorang penulis A..M.. tak ingat namanya tapi novel bersirinya ada terbit di metro/b.harian. impiannya mahu jadi penulis jutawan. katanya di mesia macam mustahil tapi yg mustahil itulah yg dia suka :)


mmg tertunggu 'katerina' ahadiat.

saya sangat sokong kalau pilot cafe diangkat ke filem, nak gak tgk acaner set restoren bentuk badan kapal terbang sebenar, dan.. siapa nak jadi hero, ameer reedza tuh yer? :)

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kesian kdg2 org lain yg berkarya tapi org lain yang kaut untungnya..

Akak pun tak pernah baca novel ombak rindu tuh.. tp tgk trailer filem macam best..

buat masa nie yang filem yang akak tengok dulu then baru baca bukunya adalah.. lord of the ring.. harry potter, twilight (ini mmg berhantulah), eat pray love, da vinci code dan banyak lagik.. baguslah kalau mesia dah mula memfilemkan buku-buku karya terhebat.. tapi kalau boleh filemkan karya2 sasterawan negara pun mesti best.. :)

emarieys said...

filem dapat sambutan ramai pun atas novel yang ditulis oleh penulisnya...novel yang dapat sambutan yang tinggi.

adie said...

aku rasa ramai org pi tgk sebab aaron aziz kut.hehe

b.i.n.t.a.n.g said...

patutnya novelis kt mlaysia ni kne ada 1 peraturan which is bila nk dimovie kn satu2 novel, kne bayar. mahal. ingat idea tu senang nk dpt ke? (emo)

patutla industri filem mlaysia tak kemana. pimaipimai tangtu jugak!

kueh bakar said...

alis
pilot cafe mahal sangat..tukar laa..bas cafe..kekekek

tcc
kesiann..memang.

mamema
memang salah satu faktor..sebab novel yang dicetak 24kali..tentu punya pengikutnya yang ramai...tapi abg aron kena adalah! haha.

penyu.
2 alam pun aron juga. keh keh.

bintang
ye kena ada klausa- kalo untung tinggi komisen tinggi.

kalu filem rugi, cukuplah bayaran pertama.

whitelilies island said...

Kesian..tu je yg mampu cakap..aku g tgk sbb aku penah bc novel OR dan nak tgk hasilnya on film..bg aku mmg fail la..x sehebat hollywood yg bile aku tgk filem x rs pun nk bc novel dia..rs mcm lengkap dah just by watching the film..
Just my opinion though.