Followers

Monday, October 3, 2011

dejavu aku masih dara

masa pergi umah kawan aku, zainal askar payung terjun yang bersara muda, layan Thor dan Faster...layan dvd hujung minggu. dah abis movies pasang tv3. arghh! boring pula.umah astro takde..ternampak dvd 'aku masih dara'. wooOOoo. layan jerlah citer yang 'trailer bodoh' kat tv ni..

tit!play.

kisah 3 orang kawan.yana, farah asyikin dan diana amir. sosial habis. arak, dadah dan selalu clubbing. diana amir sudah tiada dara. yang ada dara cuma farah dan yana.

satu hari, asraff muslim datang rumah yana. sepupu dia. datang ada hal dan terpaksa bermaustautin beberapa lama.asraff seorang yang 'tebal' iman. berlatarkan pendidikan agama yang cukup.

diana amir dari keluarga yang tak berapa senang. Ayah dia hanya seorang 'jaga'. mak mengambil upah menjahit di rumah. Farah dari keluarga kahwin campur dan kaya raya. tapi tiada didikan agama.Yana keluarga kaya juga, ada didikan agama tapi 'terbabas'..

ke mana sahaja yana,diana dan farah pergi asraf diminta ikut sekali oleh bapa saudaranya, parents yana. 'tolong tengok-tengokkan'. parents yana dah tak tahu nak buat apa. diharap dengan adanya asraf dapat mengontrol sedikit anak mereka.

farah adalah paling jahil. tiada didikan agama sejak kecil.namun dalam hati ada banyak 'persoalan' tentang Tuhan. Sementelah keluar sekali dengan asraf, banyak soalan yang dijawap baik oleh asraf. Ia 'menarik' farah untuk lebih tahu. dan akhirnya dia mahu bertaubat..asraf menjadi tempat rujukan pada soal-jawap agama. dia juga mengajar farah solat dan mengaji. dan akhirnya farah mengenakan tudung.

toing!toing!toing! 'lawa dia ni' ---> aku teka dalam hati asraf.

satu hari, asraf mahu balik ke kampungnya. cameron highland. mak si asraf yang mengetahui serba sedikit, menjemput farah datang sekali. sesekali berehat dari kota besar dan makan angin katanya..

setibanya dikampung mak dan bapa asraf cukup menyenangi farah. ada sopan. ada adap. ada rupa.dan ada 'sejarah' yang boleh diampunkan.selalu juga dikenen-kenen anaknya itu dengan si farah.'tak kenal maka tak cinta'.. akhirnya kedua-dua meluahkan isi hati. suka sama suka..

di kuala lumpur..yana dan diana terus berpesta. dan akhirnya yana ditiduri semasa khayal. sampai satu tempoh masa, yana risau kerana tidak datang bulan. puas dia berfikir akhirnya, dia mengajak diana untuk cari asraf. untuk menjadi pak sanggup. kenapa tidak? dua-dua keluarga sudah kenal. dan hensem juga. dan yakin asraf yang baik itu boleh terima dia. boleh kaw tim fikirnya..

sampai di cameron. dia cerita kepada farah. dia minta farah mengalah demi seorang kawan dan maruah dirinya. Farah walaupun berat hati kembali ke kuala lumpur..asraf pada mulanya memang tidak mahu tapi kata-kata yana tidak mampu dia dustakan...mereka merancang perkahwinan segera.

tiba-tiba pagi esoknya, yana datang bulan. dia gembira dan terus kansel untuk berkahwin dengan asraf walaupun dibantah keras oleh diana. bagi diana, yana 'busuk' sebab dah lah rampas 'pakwe' farah. rancang kawin. tetiba mahu kansel pula bila datang bulan.ada akai ka takdak akai ni...

farid sangap seorang pengedar dadah, 'memburu' diana kerana diana membawa lari stok dadahnya. farid sangap datang ke rumah asraf melalui farah. farah terpaksa kerana telah diugut oleh farid sangap. tiba di rumah asraf, dalam keadaan kelam kabut farid menyerang dengan pisau ke arah diana dan asraf cuba melerai dan tertusuk perut asraf..

the end. asraf selamat walaupun kena tikam. farah kawin dengan asraf. diana insaf dan bertaubat. yana? masih belum dapat hidayah dan terus dalam sorga dunia..cerita storyline dia simple dan dialog-dialog diana amir sentap macam mohon kilat! walaupun jalan cerita simple tapi ia satu cerita yang aku gagal nak agak scene2 berikutnya...

dejavu ? dunia realiti kini ,farah asyikin dan diana amir kini telah mengenakan tudung. tidak lagi mahu berlakon tanpa tudung. semoga niat dan perubahan kekal sampai bila-bila. amin.

7 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Macam ok jek cite tuh.. rasanya sekadar utk santai2 ok kot.. layan jelah kan.. akak br jek lepas layan cite jepun yg tgk 11 thn lepas.. hahaha... masih terkesan di hati rupanya ;)

kueh bakar said...

citer yang tak berbaloi tgk wayang...hahaha.

haa..santai2 boleh ler..kalau dengan family tak senang duduk juga citer ni...banyak adegan/dialog tak sesuai..naik segan.

alien said...

dan yana, masih dengn watak yg sama..
belum bertudung

kueh bakar said...

alien.
btol btol btol..

sindiketsulit said...

farah asyikin dah bertudung?

apasal aku tak tau ni dik?

baca entry ko ni, rasa mcm best pulak cerita ni..
nak tengok online la...

kueh bakar said...

kakwos.

ampun!
ralat.
bukan farah asyikin. raja farah.
hadoi..

ku-cit said...

akan datang citer aku masih teruna..nantikan kemunculannya di pawagam..