Followers

Friday, September 30, 2011

kl gangster

masa aku menjejak kaki ke kolumpo aku shock-culture juga sebenarnya. Biasanya di trg sangat ramai melayu. cina tu sikit je.super minoriti. cina di trg cakap dialek trg. kadang-kadang orang melayu luar trg pun tak faham apa yang orang cina cakap. mereka 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. walau kaya dan mampu sangat-sangat, mereka tidak menunjuk kekayaan mereka, kereta biasa-biasa.bungalow biasa-biasa. mereka low-profile..

bila sampai KL. cina ramai. kedai runcit - jual ikan - jual sayur - jual telor - jual surat kabar - stesen minyak ramai cina yang peniaganya. tokeh mall jangan ceritalah.kereta mewah. rumah istana. sangat berbeza dengan trg. aku duduk di serdang. mahu cari kedai runcit melayu sangat susah. ada satu, di tepi restoran mamak azwat.dalam taman perumahan pun ada satu. jika tiada halal haram dalam makanan, tiadalah atau sedikitlah warung melayu di serdang tu aku rasa..

waima, kalau pergi jpj atau ssm untuk mendaftar niaga, ramai ulat-ulat cina yang mengambil upah mengisi borang, sekali pun cakap pelat melayu. gile! memang aku shock!

****

okeh tamat 'bunga'.cerita dari kawan aku,pezo..

dia keje bank. bahagian pinjaman kenderaan. satu hari, ada satu cina, taiko datang. taiko ni memang pakai kereta tak bayar pinjaman. memang black-listed dan surat tarik telah lama keluar.bertahun-tahun dah. sepanjang dia pakai memang tiada orang berani tarik kereta dia. Ada orang baru kerja yang tak tahu dan telah tarik kereta dia.

Dia cari pegawai yang inchange dan mahu tahu siapa yang tarik kereta dia. Dia memang panas. tak siapa berani tarik tetiba kena tarik. pegawai minta dia sabar. calm down. dan bagitau memang pihak bank tak boleh nak bagitahu siapa yang tarik. polisi begitu. rahsia.

"tak pe. esok wa datang balik" taiko tu cakap.

esoknya dia datang balik. mahu jumpa pegawai semalam. dia tetap mahu tahu siapa tarik kereta dia. pegawai tu dah goyang dah. alamak! taiko semalam datang lagi. Dia pun sama macam semalam la.cakap elok-elok dengan cina tu. tak boleh bagitau.

taiko tu letak pistol atas meja. glup! dia bertenang walaupun cuak. dan cakap rahsia. tak boleh bagitahu. kereta pun dah masuk storage dah. dia cuma boleh bagitahu stor mana je yang 'simpan' kereta tu.

"takpe. lain kali wa datang lagi maa"

taiko tu pergi stor tu dan tengok kereta dia. dia pergi sound bahagian storage.letak bawah bumbung. jangan lelong kereta dia. tak kiralah sampai bila pun. kereta tu taiko tu dah bikin habis dah. tu yang dia sayang sangat tu. kihkih.

[ kereta yang ditarik akan disimpan oleh pihak ketiga dan akan dilelong mereka setelah 3 bulan jika tidak dituntut oleh pemilik. selain kena membayar tunggakan penuh, pemilik juga dikehendaki membayar penalti upah tarik dan upah simpan secara harian. Barulah pemilik kereta boleh mengambil kembali kereta]

[jika pemilik membiarkan keretanya dilelong. dengan harga bawah pasaran tentunya. maka baki pinjaman tetap pemilik lama kena bayar. jika tidak, nama blacklist dan tak boleh buat loan bank dikemudian hari. kalau lebih 30k, tindakan muflis boleh dikenakan.]

****

7 bulan berlalu.

"boss. ada kereta merz 300k bayar muka jer. bulan-bulan satu sen pun tak bayar. dah masuk 7 bulan."
"dah hantar orang cek belum?"
"alamat palsu. ic pun palsu lah boss.call tak dapat. ni kes tipu ni boss.kereta tak tahu kat mana."
"okey. awak boleh pergi"

keesokannya. taiko cina tu datang. jumpa pegawai tu. terkejut juga dia. 'aduh apek ni lagi'. taiko tu cakap dia ada info tentang kereta yang tak bayar. kereta merz 300k tu lah! Dia cakap dia mahu 100 ribu. upah bagitahu mana kereta.

"lu mahu rugi 100 ka, rugi 300. lu pikir maa.."
"okey. nanti saya bagitahu pihak atas dulu."

pegawai buat meeting dengan orang atas dan maklum dengan hq. woha ! pihak bank bayar taiko tu 100k dan taiko tu setelkan untuk keluarkan kereta dia dan ada banyak lebih lagi. tamat kl gangster.

betul ke citer kawan aku ni? aku pun tak tahu..tapi logiknya ada..

ps-kl gangster 2 ada rosyam nor.harap rosyam berlakon stail lain.jangan sama macam castelo. kalau sama memang fail la. he he he. melayu gangster tak buat duit..gangster ala-ala kampung dusun.

3 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Tapi kan akak rasa takde peliknya.. kalau dah nama gengster tuh.. mana2 jek kan..

Bertahun duk selangor.. sekolah2 dulu adalah juga tau geng2 nie.. tapi xpenah ambik tahu.. ;)

kueh bakar said...

ye kak. nama pun gangster kan..

bbb sekrg kotor kak oitt..

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

bbb? eh dik akak dibesarkan bukan kat bbb dik.. tapi bandar bersejarah selangor ;)