Followers

Tuesday, October 4, 2011

wenger must go

setelah tewas dengan hotspur 1-2.hari ini wenger mengaku 'kejuaraan liga sudah terlepas'. adalah malang liga baru bermula, mimpi sudah menjadi ngeri.

dalam kehidupan, ada naik turun. ada pasang surut. wenger tidak terkecuali. sekalipun pegang tampuk pengurus begitu lama dan paling berjaya dalam sejarah arsenal, masanya telah tiba. masa untuk mengucapkan bon voyage..

datang ke kelab tanpa reputasi gah daripada liga jepun,wenger membina skuad mantap dan berjaya memenangi liga di bawah henry dan co..menggilap henry dari seorang winger kurang dikenali kepada salah seorang antara penyerang prolifik di dunia bola sepak moden. tidak boleh dinafikan juga, menarik dan kuatnya skuad piala dunia perancis adalah kerana skuad wenger menjadi asas kuat kepada skuad kebangsaan. zidane jangan citer la.

juga pernah memenangi liga dengan rekod tanpa kalah. dengan permainan menyerang yang sangat menghiburkan.

kesalahan dia bukanlah permulaan buruk dalam liga pada musim ini. tapi bagaimana skuad sang juara boleh menjadi terlalu lama untuk kembali menjadi juara. ia kerana bintang yang pergi tiada ganti. dia keras kepala. dia degil kepala batu.

letak jawatan bukan satu tanda 'dunia sudah berakhir' buatnya. Ia permulaan kepada satu lagi kejayaan di masa lain.di kelab lain. wenger must go.

bolasepak - satu seni yang serba mungkin. heh!

ps-terengganu akan melawan kelantan pada suku akhir pertama hujung minggu. perlawanan final impian tentulah terengganu vs perak. ia nostalgia. prospek lain terengganu vs t-team!

3 comments:

alien said...

wenger pasti boleh berbuat sesuatu
yeh

sindiketsulit said...

oooo pasal bola.
patut la sampai hujung entry pun aku tak kenal siapa itu wenger?

kehkeh..

kueh bakar said...

alien
boleh ker
ko pasti?
kihkih.

kwos
ye wenger adalah sejenis bola.ahaks,