Followers

Tuesday, August 31, 2010

bila perempuan mengurat...

tgk video sweet ni...its absolutely true...so true..waka waka!.."COWARD man NEVER joy of beutiful woman"....kadang lelaki yang mulut sembur atau tak sayang mulut atau manis mulut sangatlah senang memikat perempuan..

sebab tulah a.r tompel dulu yang kawin dengan saloma sebelum p ramli...saleh yakob yang berpoligami...dan badol yang 50an kawin dengan gadis 18tahun...Sebab mulut la tu...

wahai perempuan di luar sana...please setat dulu yak...perigi cari timba...timba emas! taknak? :P

Saturday, August 28, 2010

tipah tertipu part 3

venue : kelas elektif
masa : 9 pagi sebelum setahun di UPM

Latif, Arjuna dan Anduka masuk ke kelas. cari port belakang sekali.port belakang boleh tgk awek.boleh tgk permandangan.port depan utnuk lelaki-lelaki spec tebal jek. he he he.Lecturer belum masuk kelas.

"oi latif, ko rasa dalam kelas kita ni siapa yang paling menusuj kalbu? paling best ko usha?" arjuna tanya.

"linda.."jawab latif.
"oi..linda tu awek ko.aku lempang kang..Arjuna angkat tangan konon-konon nak lempang.

"aku best tengok mai eka tu..free hair.sawo matang.seksi.barang baik..cutting dia fuyooo.."Anduka muncung mulut, tunjuk ke depan kelas.

"aku suka tengok suraya tu.kalo dia senyum, jantung aku berenti kejap ko tahu.perfect 10!" arjuna tunjuk si tudung biru.

LECTURER masuk.semua diam.
"assalamualaikum semua dan selamat pagi..ni saya nak ambil attendance..Tulis nama dan no. matrik.Jangan tulis kawan punya.Amaran..jangan tulis kawan punya."
lecturer memberi kertas pada pelajar paling kanan.

tok!tok! pintu diketuk..
"masuk!"

Tipah berlari-lari anak.dia terlambat hari ni.terlepas bas.Terpaksa la dia berjalan dari gerai buah, di luar kampus.Di situ banyak kedapatan shoplots. Paling dekat dan banyak kedai pelbagai kemudahan untuk pelajar.

tanpa sedar, tali kasut Tipah terlerai. kaki kanannya tersadung dan jatuh. Tergolek tiga biji epal hijau dari beg sandangnya.

"ha ha ha!" suara bergema dalam dewan kuliah.

Merah padam muka tipah.Pipinya automatik, merah sekali. dia tertunduk malu.Dua buah epal hijau yang tergolek dikutip classmatenya, dian.Kawan rapat dia. Latif tengok tipah.Mata dia membundar.

"Diam semua! manusia memang suka melihat manusia lain jatuh.Kadang kita tidak sedar..ketawa kita adalah tangis bagi orang lain"

"Ni epal bagi saya boleh?" buah yang ketiga dikutip lecturer.

"boleh dr"

"terima kasih..awak boleh duduk"

Tipah duduk disebelah Dian.Dian sudah mendapat sms dari Tipah dan copkan tempat untuknya.

"ei malunya aku dian..ya Allah.." Tipah yang masih kemerahan.



"aku suka budak tu.Ada lesung pipit. Mata bulat macam orang jepun. Gigi cantik. senyum lawa..bibir merah..sejuk hati aku memandang..macam heroin cinta tikar sejadah..."Latif mengangguk. Arjuna dan anduka juga mengangguk..

****************************************************************************

Kelas elektif minggu ni latifah datang awal.Kali ni dia pula yang chopkan kerusi untuk Dian.Dian ke HEP sekejap.

"Hi budak epal hijau". Latif menegur.Sambil berlalu menaiki anak tangga menuju kerusi belakang.Tipah hanya tengok muka latif. Tidak bereaksi.Tidak berkata apa-apa.Dan dia sampai lalu duduk di sebelah tipah.

"pah, tadi aku pergi HEP kan..Jumpa melaun 3 ekor tu..Latif mintak no henfon ko.Aku tak bagi"

"bagus.Ko jangan suka-suka bagi no aku pada orang dian"

"tak aku tak bagi"

"mekasih"

*************************************************************************

Tipah buat part time.Dia jual buah kat gerai.Dapatlah dia RM4 sejam.Sehari dia kerja dalam 3 jam - 5 jam sehari.Tengok pada kelapangan dan jadual kelas.Selain duit dapatlah dia makan buah hari-hari.

Taukeh buah tu seorang cina, Ah Loi.Selain Tipah ada dua orang lagi pekerja, tanter indonesia.Biasalah cina takkan potong buah sendiri.Melayu nampak nanti tak makan.Bisness strateginya, dia upah melayu potong dan jaga.Ah Loi hanya hantar buah pada 6 pagi dan kolek hasil pada jam 6 petang.

Dulu tipah customer tetap. Dia suka makan epal hijau dan jambu batu.Masa dia sedang membeli, imigeresen datang buat operasi PATI.Larilah tanter2 dua orang tu.Tinggallah gerai macam tu sahaja. Henpon tanter tu pun, mereka tak sempat capai. tinggal je atas meja buah.

Dia jadik bidan terjun jaga buah sebab dia tengok tanter tu lari.tiada orang yang jaga.lagi pun time tu ada ramai customer. Lima jam jugak la dia jaga sehingga ah loi datang.Buah sememangnya sudah siap dipotong dan disusun dalam bekas buah oleh dua tanter tadi.terkejut jugak dia dengan sales lebih kurang 700 ratus ringgit..tak dia sangka gerai seperti itu mampu kutip sebanyak tu..banyak!

Maka berterimakasihlah ahloi pada dia. Ahloi offer dia keje parttime.Tidak memaksa.Jadual susunlah sendiri.Dia setuju. Dia suka buah dan dapat duit saku. Ringanlah sedikit beban orang tua di kampung.Sejak itu jadiklah dia gadis buah tanpa rasa malu dan segan.



"hi! semekom! saya nak beli buah"

"Buah apa?" Latifah tanya.Dia mendongak.terkejut dia tengok latif yang datang beli.

"tapi sebelum beli saya nak no tepon dulu"

"nak buat apa?"

"nak sms..nak koling-koling..ajak minum-minum..makan-makan..couple-couple"

"takde.saya takde henpon.lagi pun mak marah couple-couple ni.dia pesan suh belajar..emmm..nak buah apa?"

"buah dada"

"oii bodoh..kalo nak beli buah, cakap le betol-betol...kalo nak main-main..nah ambik ni" Tipah siram secebok air batu yang telah cair yang ditakung di bawah meja buah.Hati dia panas dengan mulut kurang ajar latif.

Arjuna dan anduka yang dari tadi berdiri dibelakang latif ketawa terbahak bahak. basuh kuyup latif dan sangat sejuk!Tanter ketawa.Customer2 juga ketawa...

suara yang aku suka

antara suara-suara yang aku suka bila tgk tv atau movie...intonasi begitu ralit dan asyik..bukan penyanyi saje yng punye suara best...suara sgt gentemen..sgt macho..
juga antara film mereka yng aku ingat aku tgk...ada byk juga yg aku tgk tapi tak hengat tajuk ler...


1.denzel washington
john Q.american gangster.the taking of pelham 123.the book of eli.


2.anthony hopkins
the mask of zorro. meet jor black.the league.legend of the falls.the silent of the lamp.the edge.


3.john starham
italian job.transporter 2 dan 3.the bank job.death race.


morgan freeman
wanted.batman begins.the bucket list


4.rahim razali
pengacara bolasepak.sukan sea.olimpik.abang 92.puteri gunung ledang.


5.harjit singh hullon
dunia jam 10

Monday, August 23, 2010

melayu



orang melayu haruslah bijak berpolitik dari sekarang. janganlah bergaduh senantiasa.apa yang jadi milik kita bukan selamanya milik kita.bergaduh boleh menyebabkan kita lemah.jangan bila sudah terlalu lemah baru kita mengangguk kesal.

orang politik di atas sana sentiasa mengatakan mereka betol. sukar bagi mereka mengaku kesalahan walaupun terang lagi bersuluh. walau benang basah masih mahu ditegakkan. entah politik 'dunia' mana yang mereka ikut aku pun tak tahu.

dalam ramadhan ini aku sesungguh sangat mahu melihat pemimpin melayu berlainan ideologi politik berbuka puasa bersama dan berhari raya bersama. bersalaman dan bermaafan jika tidak berpeluk bercium pipi pun...susah gile-gile-babi ke hendak buat majlis macam ni?

kau.kau.kau yang masih belum DAFTAR MENGUNDI daftar le sekarang...aku rasa pilihan raya dah tak lama dah.dan UNDILAH calon melayu tak kiralah dia parti mana...

org cina sebenarnya telah memiliki segala-galanya di sini..yang belum dapat secara total ialah kuasa politik...apa yang ko nampak..di belakang..di depan.. di atas... di bawah...adalah semua org cina yang jual/buat...dan melayu jika menjadi pemimpin pun mereka masih menguasai dan terkaya...melayu tidak 'merampas' apa yang mereka ada..hak mereka adalah hak mereka...

dulu-dulu kuasa politik adalah milik raja...100 % melayu..jadi bagi aku kuasa politik adalah hak melayu.100 %.begitu juga sabah dan sarawak hak milik pribumi...

biarlah org besar belum mahu jujur..kite melayu kecik yang tiada kepentingan haruslah jujur pada diri sendiri..UNDILAH calon melayu..even dia calon dari DAP sekali pun..

teh tarik kurang manis

semalam masa aku nak tgk bola EPL tertekan plak chanel astro prima..citer teh tarik kurang manis lakonan min malik(?), zulhuzaimy, fasha sanda..

kisah dia zul balik dari oversea sebab putus cinta kat sana..jadi untuk obatkan luka jiwa, dia putuskan untuk terus balik mesia..menetap dan kerja...mak dia memang nak benar dia kawin...

"ko balik nak kawin ker?" ha ha ha.soklan pertama mak dia tanya masa dia baru sampai setelah bertahun2 di rantau..tak lama,dia dikenen-kenenkan dgn min, seorang cikgu...yg mana sebelum itu dia hampir melanggar gadis tu hingga jatuh basikal masuk longkang..setelah dating tiap2 malam lepas solat terawih mereka kawin...

lepas kawin dia suruh min berenti keje...duk umah jerk. jadik suri sepenuh masa...min menurut...

di pejabat ada fasha sanda...mula2 fasha tak minat dgn mamat ni sebab masuk keje terus naik ke pangkat lebih tinggi dari dia....tapi ada sesuatu terjadi...jadik skandal opis pulak...zul dah suka kat fasha...setat makan malam sama-sama lepas keje...dan lewat balik umah....dia ajak fasha kawin...

zul cakap dia kawin tergesa-gesa...(Lelaki biasa ler salahkan keadaan :P).dia cakap boring balik-makan-tido..balik-makan-tido..asyik2 soklan "esok abang nak makan ape?". dan citer 'ntah apa-apa' dari bini dia bila dia balik keje...

min tau skandal dan dia berlagak biasa...menangis ofkos laa...tapi dia tidak provok laki dia...dia lawan dengan lembut...

aku tertekan canel bola...paul scholes score gol..man united 1-0 fulham...

tup - tup ...masa fasha bertandang ke rumah mak zul...dia menjawab soklan mak zul dengan penuh keraguan..sikit2 kurang asam...dia sajek buat macam tu supaya zul ubah fikiran supaya taknak kawin dengn dia ( mungkin aku terlepas scene masa tgk bola yg mana boleh twist keputusan fasha)...

last sekali..insaf ler zul..tak jadi la kawin..sedar ler silap dia pada bini dia.
aku terminat nak tgk sebab first time aku nak tgk zul belakon jadik baik...tak berapa menjadi la..c+ jer...kalo jadik jahat memang A+.. dan tgk fasha sanda yg bertudung dalam citer ni...tapi fasha belakon memang tak naik..memang macam tu jerk la....

lagu waktuku nyanyian mill sodap gak dgr...tapi carik kat utube takde pun...sape mill? min malik tu ker?entah den...

moral :
1.pikir panjang sebelum kawin dan terima la seadanya keburukan pasangan...
"kadang kamu membenci sesuatu, padahal dia baik untukmu, dan terkadang kamu menyukai sesuatu, padahal dia bisa mencelakakanmu"

2.jangan skandal kat opis

3.pompuan jangan berenti keje kalo takde anak! ha ha ha.

4.lawan api dengan air

5.Aku tak suka fasasanda. ha ha ha

Sunday, August 22, 2010

6 kuih raya yang aku suka


1.tat nenas
aku suka tat nenas yang bergulung tu. yang leper bulat tak best. dan nenas dalam tu kena la banyak dari tepung...kulit sikit...isi nenas banyak..nyummy!


2.telinga keling
ni kueh tradisional...nenek aku selalu buat kueh ni...yang saiz besar lagik syok dari yang saiz kecik macam donut mini tu...


3.samprit
biskut ala moden aku suka samprit..satu balang samprit layan sambil tgk tv...minum air sirap...slurpppp!


4.kek span
kek ni aku panggil kek span sebab ropa dia macam span basuh pinggan kan...mcam cheese pun ada...tapi sekarg susah nak nampak kek ni..dan yang betol sedap...macam di ambang kepupusan plak kek ni...ropa tidak menarik tapi rase dia sgt menarik...


5.karipap gulung super mini..
kalo nak lari sikit dari makan manis elok le makan karipap ni...seme kuih manis2 jadik elok ler selang2 makan kueh.jangan tibai yg manis jerk..jadik ni faver aku yg tak manis...kerepek bawang pun best juga...


6. biskut konflakes
yang ni best jugak tapi janganlah yang manis..manis skit jer tambah dengan rangupnya konflakes...memang nikmat menggigit.mengunyah.menelan!


6.biskut epal hijau
huyoo! ni memang faveret aku..kueh ni tak manis sangat..lemak2 tepung rase dia...warna dia hijau..bentuk bulat2 macam epal...tangkai dia cengkih...sepupu aku terer buat kueh ni...dan dia namakan kueh ni sempena nama aku...sebab aku selalu cari dia dan kueh ni bila time raya...ha ha ha..sori le aku dah gugel gambar tapi tak jumpe...

ni tangkai biskut tu...


TAPI kesedapan kueh di atas bukanlah faktor rupe dan gaya dia semata...sape yng membuatnya-yg pandai yang buat maka sedap la kueh....

Thursday, August 19, 2010

kenapa aku tak suka Manchester United



he he he. Dulu pun aku suka dengan man U ni...zaman2 cantona, Peter Schmeichel, jaap stamp..giggs mude..tapi semakin lama bila dah makin kenal dengan fanmate2 man U ni...aku takmo sokong Man U lagi...

1."bila anda paling disukai..anda juga paling dibenci" aku rase itu betol...kalo asyik menang je org pun takkan suka juge..bukan jeles tapi 'adat perasaan'...mangsa lain bidang...siti...team bola selangor...umno...

2.die hard fan man U agak lebih2..sokong man U lebih dari sokong negeri sendiri...kalo sokong negeri logik la mati-matian...tanah tumpah darah...dan kalo tengok penyokong india...bila tgk bola pakai baju man U...bergeng-geng...bising2...depan tv besar kedai mamak....adoi...pedap den...

3.biasanya penyokong Man U ni jenis ikut-ikutan...kalo bapak sokong Man U...anak pun sokong....Kalo abang sokong Man U...adik pun sokong....Kalo boifren sokong Man U...awek pun sokong....tapi itulah..keadaan dan situasi memang mempengaruhi...

4.cakap-cakap fan man U ni berdepus-depus...kalah sheby singh atau john dikes...padahal tendang bola pun belum tentu kena...he he he.

5.kalo kalah ramai jugak la yang aku kenal tak boleh nak terima kekalahan...bengis dan temper..konon-konon macam eric cantona la..adoi!!



6.sebab man U tu lambang dia setan..kalo tak benci setan nak benci sape lagik? la la la la....

80an... aku suka tgk serie A...tapi lepas tu english football menkonkur tv mesia...lahir laa ramai fanatik epl...sekarng aku sokong t-team dan trg jer.ahaks!..epl jadik pemerhati bebas je la sekarng...aiseh... bulan pose tulis pasal benci man u pula...

Monday, August 9, 2010

Ali Rustam : Sekolah Hamil dan Kawin Muda


"ni gambar saya masa form 4" -diana danielle

macamana timbulnya sekolah hamil dan kawin mude?
"di melaka, kes buang bayi pada 2009 ada 391 kes..dan utk tempoh 6 bulan pertama pada 2010 ada 174 kes.Ini amat merunsingkan.78 % yang terlibat dgn kes hamil luar nikah adalah remaja bawah 24 tahun".

"saya melihat isu yang sebenar adalah budak2 muda ni hendak berkahwin tapi tidak dibenarkan, jadi mereka berzina."

"walaupun mereka di bawah umur 16 tahun tapi sudah akil baligh dan tidak dapat menahan nafsu. sama ada ibubapa tahan, ustaz tahan, ketua menteri tahan, mereka tak peduli, mereka nak kawin juga. jadi daripda buat maksiat lebih baik mereka dikawinkan.."

mereka tak bekerja dan masih sekolah...
lepas kawin kerajaan negeri akan bimbing mereka.ada yg tanya kalau mereka budak sekolah, siapa nak tanggung? benda tu tak sepatutnya timbul. dari mak bapak tnggung malu, nak kena jaga anak haram, lagi baik jaga cucu yg halal"

"pada yg miskin...Jaim akan bg 500RM, cukup untuk upah nikah, saksi dan etc.Mas kawin boleh hutang"

"lepas kawin kalo mak bapak takmo jaga, kerajaan negeri akan jaga pasangan halal bernikah ni, saya percaya dari jaga pasangan yang berzina lebih baik jaga jaga pasangan halal bernikah.kalau mereka masih bersekolah,biar mereka terus bersekolahtetapi RUPA-RUPANYA budak sekolah salah.MENGANDUNG KENA BERENTI.Maka saya cadangkan Sekolah remaja hamil.matlamatnya remaja yg berkahwin muda dapat meneruskan persekolahan.."

"lepas bersalin kalo keluarga taknak jaga anak dan cucu mereka, maka kerajaan negeri akan jaga.kita usahakan keluarga angkat utk baby. Saya percaya ramai nak baby yg halal ni.yg haram pun ramai org nak inikan pulak yg halal..berebut org nak jaga..kalo keluarga nak jaga lagi kami alu-alukan.kan mudah jaga yg halal dari yg haram.kerajaan dpt pahala, saya dapat pahala, semua dapat pahala"

"mereka akan diajar perancang keluarga..nak tambah ker. nak tangguh ker.nak ajar apa pun boleh...kalo belum kawin nak ajar perancang keluarga buat apa?"

"perkara ni dapat perhatian dunia, reuters pun tepon.saya terangkan antara zina dan kawin halal, saya pilih yg halal.mereka bawah umur kita minta kebenaran mahkamah, bukan kita langgar undang2"

"ada orang kata takut sebab budak2 tak paham tanggungjawab.KALAU pasal kawin pun dah paham takkan pula tggjawab tak mahu paham.Dan inilah masanya kita beri mereka tanggungjawab. Ibu saya umur 14 tahun dah kawin..org kata itu zaman dulu.tapi zaman dulu takde video lucah..sekarang berlambak! patutnya umur 8 tahun dah kena kawin sebab 'semangat' budak sekarang tinggi!pancaroba lebih kuat dari dulu."

kalo berlaku penceraian masa muda...

"sekarang org tua pun bercerai, lebih 20 % kawin berakhir dgn cerai..org kaya pun cerai tuntut harta sana sini.Di mana pula masalahnya kalau remaja berkahwin? cerai benda halal yang Allah tak suka.Tapi benda halal spt cerai lebih baik dari zina. seboleh-bolehnya kita tak mahu mereka bercerai tapi kalo ditakdirkan semua yang berkahwin itu bercerai dan jadi janda, maka ia adalah lebih baik dari membiarkan mereka berzina"

kesan jangka panjang..

"mengapa nak bagi pandangan negatif?jangan takut untuk jadi positif dan banyak masalah boleh selesai.kita terlalu terikat dengan itu tak boleh, ini tak bolehdan pada masa sama baby haram makin ramai"

"macam-macam dah buat..didik ibubapa...bagi seminar. ceramah agama...program rumahku sorgaku..tapi anak luar nikah makin banyak. org kata melaka ada byk pub tapi negeri yg tak ada pub pun anak haram bertmbah juga..maka saya yakin jawpannya ialah mengetahui apa sebenarnya kemahuan mereka.parents kena pikir positif.jgn risau..sepatutnya bersyukur dapat menantu awal.. cucu awal..elak sampai tak tidur malam pikir di mana anak mereka..jabatan agama nak tolong anak2 mereka dari buat maksiat-zina-anak haram-buang baby."

ada kriteria tak pada pasangan muda ni?
" sepatutnya nak kawin mestilah mereka sehat dan ada kerja.Budak sekolah mana layak nak kawin tapi seperti yang saya tegaskan tadilah, biar zina ke nak longgarkan syarat kawin. saya pilih longgar syarat! mengapa nak pandang negatif dalam ketegasan memilih yang halal dan haram".

bila nak mula?
"kita DAH MULA sebulan tapi setakat ni tak ada yang memohon.segan agaknya.dia nak kawin tapi segan, ini yg saya takut.disebabkan segan mereka terus berzina.kepada remaja yg tak boleh tahan nafsu, jgn segan jumpa ibu bapa dan maklumkan hasrat mereka. Mesti ada kerjasama dari ibu bapa.Bila remaja mengaku nak kawin, jangan marah mereka, masyarakat pun jangan marah..bimbinglah mereka"

"saya harap jgn marah mereka nak kawin, nanti mereka lari dan berzina akhirnya timbul citer kena rogol.sebenarnya suka sama suka.tahun ini ada 40 kes rogol budak melayu,saya percaya sikit sahaja yg benar2 dirogol, selebihnya bagi mengelak ibu bapa malu..kita tak terdaya tgk kes2 sosial dan jenayah meningkat libat remaja melayu dan islam..yg tidak direkod mesti berkali ganda..kita yakin dari berzina, bernikah akan menyelesaikan masalah, 100 0rg dtg menikah,100 org tidak akan berzina lagi.."

"org yang tak bersetuju, mungkin org yg taknak berkahwin, itu masalah dia.bagi budak2 yang nak kawin, biarkan mereka kawin..."

tidak percaya pendidikan seks mampu elak buang baby?
Pendidikan seks tidak akan membantu sama sekali dan tidak perlu pun mata pelajran tu diajar di sekolah.tidak ada sebab pun nak ajar bahkan mungkin jadik pemangkin pada seks luar nikah sebab dah tahu cara2 'selamat'...kita boleh jaga beribu org miskin dgn RM 5 juta setahun takkan tak boleh tolong remaja nak kawin dan seks halal.."

"saya ambil pendekatan ikut kehendak mereka, apa yang mereka hendak. dulu kita lawan kehendak mereka, now kita ikut apa yang remaja hendak. hendak kawin, kita kawinkan.kawinlah..kita tak halang hasrat mereka. makan minum kerajaan tanggung, sekolah disediakan, keluarga angkat boleh dicari. tak timbul soal keciciran sekolah, disisih masyarakat, buang bayi, rogol dan lain2."

"kalau masih nak berzina saya tak tahu nak buat apa lagi..."

UTUSAN MESIA 080810

6 aktor yang aku suka


1.farid kamil
Dia antara yang suit-benar dengan lisa..jadik TERPAKSA la aku masuk dia dalam list. he he he...mungkin sikit masa lagik jadik pasangan ogy-ali setan...dou paling diminati...coba le korang belakon arahan kabir bhatia sekali...


2.fahrin ahmad
dia ni smartguy...ala2 korporat...badan pun tough...berlakon pun ok...cuma sebab dia menangis pasal 'linda onn' laa aku letak dia no 2 belakang...kalo tak no lagi baik....menangis satu tv dan satu mesia tahu...adoi.hilang macho...sebab aku rasa isu dia tak cukup kuat untuk dia menangis...


3.remy ishak
ini pun badan ala2 fahrin jugak...baru nampak lepas nur kasih...kalo lagi banyak belakon lagik best dia ni...muka dia memang muka melayu tulen..macam takde campur...hero gelap dan tegap...


4.ahmad idham
muka tak bape hensem...tapi ada aura jadik hero...special dalam ayat2 best..dalam dan ada makna...aku suka tgk ahmad idham....dulu drama dia memang best2....dan dia belakon pun bestt...dan dia kurang citer2 tak sedap didgr di luar filem...aku suka tu...


5.zizan nin
kalo nak keluar dari watak hero serius, kelakar senyum bukan kelakar terbahak-bahak...zizan nin paling best...tunggu filem dia masuk panggung nanti


6.azhar sulaiman
yup...aku rasa dia paling aku suka jadik hero...mungkin 2-3 tahun lagik jatuh laa ranking dia pada hero2 lain..

nota kaki : mintak maap le rosyam..ko no 7..ha ha ha

Saturday, August 7, 2010

5 artis/aktress yg aku suka



1.liyana jasmay
mula2 aku tgk minah ni dalam k.a.m.i...kaget jap..dia tidaklah sgt lawa tapi lakonan dia mengejutkan aku...mimik muka..air muka...lirikan mata...bahase tubuh cukup cantik dan four thumbs up! waka waka...

cara dia sanggul rambut dalam k.a.m.i dan papadom buat aku asyik! heh! dia ni ada muncung jugak...tapi ok la muncung tu kalo buat2 merajuk...



2.maizurah hamzah
muka dia klasik...dia ni pun tak la tesgt cantek tapi suara dia dalam jimi asmara betol2 manja...lembut..santun...membuatkan aku tidak lupa dengan dia walau itu je filem dia yang aku tengok...suara dia boleh melembutkan hati...cairr dohhhh....

cara dia bertepuk tampar..mengawal intonasi suara...huiii...


3.Fazura
dia ni tak le ekselen sgt dalam lakonan...tapi dia perfect-package...gigi puteh bersih..gusi merah...bibir merah seksi...rambut panjang dan lurus..mata dia...tak tgk lakonan..tgk muka jek pun jadik laaa....aiswarai mesia laa aku letak minah ni...

high-taste...maintenance mahal ni..waka waka...


4.Rafidah Hj Ibrahim
bakal drama queen ni...aku tgk sekali dua jerk dia ni dalam astro 'cinta tikar sejadah' secara tidak sengaja..tukar2 chanel(astro membosankan!)...dia ni sweet...ada lesung pipit...kalo tgk ala2 gadis kampung...sejuk mata memandang....aduhh...

lakonan masih biasa-biasa tapi tak le keras...ok dan bakal meletop nanti....tunggu dia belakon jadik jahat lah baru best...


5. lisa surihani
waka waka ...ni masih no 1...suara kasar...garau....lakonan semakin baik...senyuman...ketawa...cilakak ko farid kamil...waka waka...

lagi pun dia masih biasa2...dressing kadang selekeh...biasa...aku suka cara dia...slow2 to da top....

nota kaki : esok lusa dah masuk ramadhan...takleh dah tulis bende ngarut2...heh!

Thursday, August 5, 2010

5 aku RASE aku suka jadi...

1.DJ radio... (bukan DJ T-Bone...)
aku rasa jadik dj lebih senang dari jadik pengacara tv..muka tak glamer tak pe..janji boleh cakap dan cakap apa yang aku rase nak cakap....dan boleh dengar apa yang org nak cakap...keje senang cakap dan dengar! ha ha ha.tengah keje nak korek idong pun buleh...nak pakai kasut takdak stokin pun buleh...org tak nampak..

nak carik topik harian pun tak susah...tgk paper pun dah dapat idea 'topik hari ni'...putar lagu? alamak lagi la kacang aku rase.. he he he. masa aku kecik dulu pagi2 buta memang akan dengar radio dulu....bapak aku yg on ler.. radio rtm trg...masa tu dj suruh bersenam...hari2 memang dengar suara dia suruh kita bersenam...."1..2..3...8 lagi!" ha ha ha..

dj dan radio boleh buat kite ketawa..kita senyum..kita sedih...semua rase dalam satu[ayatkapten]...

2.pemain bola
ni memang impian aku..nak main bola..sebagai seorang pro...tapi tak tercapai...keje ni memang best...main tapi keje...keje itu main...alamak..memang syok laa...main pagi petang...hujung bulan dapat gaji...hujung minggu boleh pi sabah..pi sarawak main kat tempat lawan....stadium penuh dengan org...dan kalo dapat score goal....urghh seperti dunia ni aku yg punye....

3.pilot
aku ada kawan jadik pilot...mak ai..kayanye...gaji awal2 keje 14ribu sebulan kalo dengan MAS..belom lagi dgn fly emirates...pegi dubai..pegi london...africawakawaka...jalan2 satu dunia....dia cakap sekrng bawak kapal tebang senang...auto-pilot.....

pastu nak tahan orat dari cantek manis stewardess...adoi...tapi mata ku rabun dan gayat tempat tinggi...



4.penapis filem
huyo! hari2 boleh tgk muvi...tapi takmo lah citer tamil..jawabnya muntah tgk muvi jerk laa...apa yg aku tgk korang takkan dapat tgk...waka waka..aku akan macm director..."cutt!!"..."tak clear..rewind balik" heh! aku rase keje ni duk umah pun boleh...

5.pekebun buah
masa aku kecik toki aku ada kebun durian dan rambutan...kat dalam kebun tu ada anak sungai...aku rase dari masa tu aku dah suka kalo aku jadi pekebun...cuma aku tak suka nyamuk dan kerengga jerk..kalo kebun sayor leceh...kebun buah kool...tambah men tenet dalam bangsal..pakai broadband tunggu durian jatuh...huh! super cool...

notakaki : semua ni rase jerk...rase tak semstinya betol..selmt berpuasa.