Followers

Tuesday, April 30, 2013

Jom Ubah!


Tadi kawan Umno aku, Megat datang pantai puteri. Dia Call dan belanja makan ikan bakar. Its nice to hear politics from Megat. Sahabat, sorry but true, NO SECRET , my vote for PAS. Jum ubah! Sorry la aku up hal-hal politik. Tapi demam sudah.. Ini kalilah!






Semua lagu-lagu, Sodap, Kritis dan kreatif. Jum Ubah!

Monday, April 29, 2013

ini kalilah!








Umno bukan tiada jasa, banyak jasanya. Tapi kerana lama berada dalam kekuasaan, 55 tahun Umno memerintah Malaysia, Umno lupa dan memilih jalan yang salah. Ini kalilah! Kita yang sayang Malaysia, hijrahlah! Ubahlah! Menuju Malaysia baru. 

Akan balik mengundi hari jumaat dengan Zali dan Malaysia Airline System. Thank you zali belanja aku. Ahaks!

"Kekalahan Umno baik untuk Malaysia" - Tengku Razaliegh Hamzah-


Thursday, April 25, 2013

blook kueh dah siap!


Yahoo! Akhirnya 8 unit buku cetakan pertama sudah berada di pasaran. Haha. Poyo. Aku rasa satu buku bermuka surat 233 pages aku mahu tolak RM 15.Bukan semua entri ada. Aku pilih-pilih. Kalau semua entri, ia berjumlah 400 lebih pages.  Kalau readers rasa nak beli, jangan malu-malu membeli. Kalau nak letak entri sendiri sebanyak 30 pages, dan aku akan editkan sedikit cover, letakkan nama blog anda dan aku tolak RM 20. Bila lagi mahu rasa poyo seperti aku rasa? Ahaks.

Kalau mahu, sila email aku, pakcik.ubi@gmail.com 

Sekarang, banyak kedai telah punya mesin Perfect Binding. Sikit waktu dulu, hanya kilang percetakan yang mempunyai mesin Perfect Binding dan jika kita mahu buat buku, ia memerlukan kuantiti yang banyak. Baru mereka jalankan job tu. Namun kini, kuantiti yang sedikit pun, buku mampu dihasilkan dengan kos yang agak murah dan berpatutan. 

Penyu, Hemy, Jard, Kniedaz, Tcc sila bagi alamat. Aku nak pos buku. Ini orang mahu percuma. Jadi aku bagi percuma. Yang lain mahu beli, jadi sila beli. Ahaks.

Err. Gambar buku yang dah siap belum ada. Nanti kalau berkesempatan aku tangkap dan uploadkan. Ekceli, aku rasa agak malu untuk siapkan buku ni, dan jual kat kawan-kawan. Tapi aku mahu rasa, kemaluan itu.

Defeat doesn't finish a man, quit does. A man is not finished when he's defeated. He's finished when he quits. -Richard M. Nixon- 

Friday, April 19, 2013

Kelab Sejuta Buku


Aku ada satu idea. Aku mahu membuat satu kelab buku. Kelab sejuta buku. Kepada sesiapa minat buku. Jum berkelab. Ideanya, jika ada 5 orang kononnya, Seorang keluarkan RM 50 sebulan. Maka ada RM 250. Dan kita akan berjumpa di Kino KLCC. Setiap orang akan membelanjakan RM 50 membeli buku. Ikutlah genre apa-apa pun. Dalam 50 RM tu, mesti ada baki. Baki akan masuk ke dalam tabung. Buku akan dipegang oleh seseorang yang sanggup buat sementara.Begitu juga tabung.

Bulan kedua, kita keluarkan RM 50 seorang lagi. Ada RM 250 juga. Jumpa di MPH Midvalley dan belanja RM 250.  Begitulah seterusnya, Kita rotate kedai buku mana. Jika tak boleh datang, just bank in kan duit. Dalam setahun, jika tidak bertambah ahli kelab, haha - sedihnya. Maka kita ada RM 2500 nilai buku setahun. 

Setiap buku akan direkodkan dan di update di blog atau web kelab sejuta buku. Jika ada ekpo buku atau pesta buku, kita boleh juga kumpul duit dan berbelanja.

Di masa depan, jika kita punya ahli 50 orang, cewah. Kita akan dapat RM 2500 sebulan, dengan RM 30,000 nilai buku setahun . Jika ada 100 orang ahli kita ada RM 5000 buku setiap bulan dan RM 60,000 nilai buku dalam setahun. 

Mungkin pada masa itu kita perlu menyewa lot kedai tingkat atas - lebih murah, untuk dijadikan library Kelab Sejuta Buku. Mungkin kita juga akan ada kakitangan, librarian dan despatch untuk hantar buku dan collect buku yang dipinjam. Di samping beroleh ilmu, insyaallah kita juga beroleh pahala dengan ilmu buku-buku yang di baca oleh peminjam. Dan kita akan daftarkan kelab kita dengan ROS - Macam parti politik. Hahaha.

Kita akan buka di Kuala Lumpur dahulu. Lain masa kita buka seMalaysia. Ahaks.

Ada berani?

Kulit Belakang Buku


Akhirnya editing sudah siap, 250 muka surat lebih kurang. Waah. Susah rupanya jadi editor ni. Ahaks. Memang penat nak mengedit. Tepu dan exhausted. Kulit belakang buku, aku rasa nak letak poem Penjenayah Merah Jambu. Dulu ada link dia tapi sekarang rasanya blog dia dah tutup. Yeah! Esok lusa print-out, lepas tu perfect bindingkan kulit. 

Blog.
Kamu berblogging untuk apa?

Semakin hari semakin bertambah
Friendster, myspace, facebook semua pejam mata
Tak hairan

Belajar sekarang pun guna blog
Budak kecil masih tak khatam Quran pun tahu buat blog
Penuh dengan imiginasi dan telatah 

Golongan senja juga mahu menjadikan blog mereka canggih dan
Tentunya penuh dengan pengalaman, yang kau dan aku tak punya

Orang lain ;

Blog? 
Kau ada blog? Apa address dia? t bagi eah!
Blog?
Aku tak rajin nak menulis, tapi aku suka baca!
Blog? 
Best, boleh luah perasaan.. Dapat pendapat...
Blog? 
Aku nak ambil gambar ni, nak masuk blog...
Blog?
Aku baru dapat cek nuffnang...Yahooo!

Aku;

Blog?
#senyum#
Terlalu banyak sebab untuk aku berblogging

Kamu?

-Poem Penjenayah Merah Jambu-




Friday, April 12, 2013

hadoi!


Tensen gile rasa saat ni. Tadi aku guna pc kat workstation, tidak guna pc kaunter. Tetiba ada customers datang, aku terlupa cabut pendrive. Bila teringat balik pasal pendrive, tengok pc tu, pendrive dah lesap! Editing aku sebanyak 400 pages sia-sia. Editing yang hampir siap, Hilang begitu sahaja! Huh! Stress.


"LOST time is never found again!" -Benjamin Fraklin-


Tuesday, April 9, 2013

Cover Buku Dah Siap!


Ni lah design kawan aku, fahmi hasilkan. Gambar aku dalam henpon dia, masa pergi besday party anak Juntai,  pun di masukkan dalam cover. Namtam Ngoh! Aku pun tak tahu nak pilih mana. Takpe, masa masih panjang aku rasa - Editing masih panjang. Huhu. Jika aku malas nak mengeditkan nanti aku print-out terus je. Ha Ha Ha.

Dan jika aku malas nak pilih-pilih. Kalau aku print out  8 buku, aku print out setiap design. Woha!

Budak tu model blog aku. Dia anak kak Piah. Aku suka baju tu. Dan dia dengan baju tu begitu ngam sekali. Cerita bagaimana dia pakai baju tu pun mencuit hati.  Jangan saman aku sebab tak bayar royalti sudah la. Ahaks.

Fahmi. Tq. Biar pun aku tahu mu wat design ni sepuluh minit jer! Ha ha. Terima kasih.

Monday, April 8, 2013

proses


Maaakkk Aii!

Bukan senang nak mengedit semua 356 post. Mau muntah mengadap Pc. Semalam ada 425 muka surat, aku dah jadikan 400 muka surat. Aku rasa adalah ideal aku ada 200 muka surat sahaja. Kos aku kalau 200 muka surat hanyalah RM 6 (print isi) dan kulit + perfect bind RM 3 = total kos aku RM 9. Upah design kulit belum campur la. Mungkin belanja fahmi mat designer kat Pelita Ampang belum cukup. Ahaks.

Kalau mahu cetakkan berkualiti dan menggunakan paper Double A harga akan naik sedikit. Takpelah buat paling minimum dulu. Kita tengok hasil macam manakan..

Aku akan mula mengedit lepas pukul 10 malam. Siang ada banyak kerja kat kedai. Tak boleh buat. Maka malam paling sesuai. Banyak kesalahan simple-simple yang perlu aku repair. Lepas titik huruf kena lah besar, nama jalan, nama orang dan macam-macamlah. Bahasa pasar biar je lah. Banyak juga entri yang perlu dibuang. Kena pilih-pilih juga. Kurangkan muka surat maknanya jimatkan duit.

Masa entri aku keluar dekat Pelakar dulu sebagai tetamu buku tu - Sejak itu aku ada niat mahu bukukan blog aku. Aku rasa seperti mahu menjemput juga, atau mencilok juga entri blog lain yang aku suka ke dalam buku blog aku. Tengoklah nanti macam mana..

kepada Penyu dan Hemy dan Kniedaz dan tcc- Inshaallah. Aku bagi kau berempat Free. Ahaks. Yang lain kalau nak bukukan blog anda sila suruh aku. Tapi korang kena editkan dululah.

"i get crazy in a bookstore. Its make my heart beat hard because I want to buy everything" -Reese Winterspoon-




Sunday, April 7, 2013

Membukukan kuehbakar


Tadi aku baru mula untuk edit blog aku. Aku nak bukukan blog kueh bakar. Aku rasa costnya tidak tinggi. First copy paste masuk dalam microsoft word dalam 425 muka surat. Mungkin dalam RM 15 macam tu. Tujuannya suka-suka. Mana tahu ada orang lain nak suruh aku bukukan blog dia pula. Ahaks.

Malam ni siap edit dan kalau fahmi - mat designer boleh design dalam masa sehari dua, maka lusa akan aku hantar kat kedai kawan untuk perfect binding. Jadi, dalam minggu ni lahirlah buku kuehbakar. Ahaks. Jika ada sedikit aral, itu ini, lewat-lewat minggu depan siaplah.

Mmm..kalau-kalau aku nak jual buku ni, musti tak boleh masuk MPH atau kinokuniya. Jadi aku kena jual cara al-arqam. Jalan-jalan sekitar Kolumpo dan approach orang supaya beli. Ahaks. Cett tadi kata nak suka-suka, ni berniat nak jual pula. Ha ha. Sekelip mata manusia boleh berubahkan..Menulis dan berfikir macam inilah - kesesatan yang mengasyikkan.  

Mana la tahu kan, kot-kot blogger yang mantap-mantap pun suruh aku bukukan blog mereka lepas ni. Dan bila dah bukukan banyak blogs dapatlah buka library - Toko Buku Bloggers. Baik berhenti menulis entri sekarang, sebelum karutan semakin panjang. Ha ha.

"A room without books is like a body with out a soul" - Marcus Tullius Cicero -