dulu aku dan songo ada sebuah restoran. masakan panas dan tomyam. nama dia restoran unta baghdad padang pasir. okeh bukan citer pasal restoran. nak citer pasal menu. nasi goreng kampung, nasi goreng yang paling aku suka, kalau makan kat kedai tomyam. aku rasa nasi dan kangkung sangatlah serasi.
oleh sebab aku suka makan nasi goreng kampung, maka itulah jenis nasi goreng kedai tomyam pertama yang aku minta tukang masak ajarkan untuk buat. maka aku akan kongsikan ilmu cara-cara buat sepinggan nasi goreng kampung. haha. budget chewan jap.
1.panaskan minyak. masukkan rencah yang dipotong kecil -ayam atau udang atau daging. main-mainkan dalam kuali sehingga hilang nampak mentah.
2.smashkan seulas bawang puteh dengan pisau besar atas kayu pemotong dan campak penyekan tersebut ke dalam kuali. penyekan akan memberi aroma yang lebih berbanding hirisan.
3.masukan kangkung yang dipotong ke dalam kuali. juga cili merah yang dipotong. batang kangkung potong pendek2 dalam 10cm-15cm. jangan potong pjg2. ini bukan kambing mahu makan.ini orang mahu makan. batang kangkung yang pendek lebih sedap dikunyah.
3. masukkan telur yang telah dikacau-garfukan. masukkan sambal belacan. gaul sebati.tak lama.telor itu hendaklah di masukkan sebelum nasi, untuk elakkan nasik goreng lembik dan basah.
4.masukan nasi untuk agak-agak sepinggan. gaul sikit.pastikan nasik itu sudah diramas-ramas. jangan berketul-ketul. ia akan mengganggu proses penggorengan nanti.
5.masukkan aji sikit.gula sikit sangat.kicap sotong (pengganti garam) satu camca lebih sikit.garam lambat untuk hancur, jadi kedai guna kicap sotong. masukan sos tiram sedikit- memberikan ketulan-ketulan nasi itu nampak gemuk dan bersinar. jangan terlebih kicap sotong, sebab ikan bilis sudah sedikit masin.
6.besarkan sedikit api, main sudip anda dalam kuali. menggoreng!
7. sebelum siap, masukkan ikan bilis saiz kecil. masukkan cili akar yg dismash.menggoreng sekali lagi.nak pedas letak laa banyak cili.
8. angkat ke dalam pinggan.
9. untuk hiasan, taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan mentimun yang digarfukan kulitnya. juga taburkan sedikit hirisan daup sup. tadaaa.. nasi goreng kampung sama rasa dengan kedai tomyam siap untuk dimakan.
ps- jika anda kalah bola, elokkan bicara tentang makanan. ha ha ha. seorang penyerang trg sumbat gol. seorang keeper trg, punca gol. seorang bekas pemain trg, sumbat gol.huwaaaa!
Hello world!
3 years ago
6 comments:
ok dik.. sok akak nak ko buatkan 1 nasi gorg utk akak boleh??
Ahaks.. mmg jiwang chefwan sungguh ler ko nie ;)
dik,
sumpah akak tak tengok bola.
ok bye.
kak wos dah cakap bukan salah dia tu..hehe
jangan kan sebab kalah bola,tak menang kalah apa2 pun best kalau cakap pasal makanan...wohha!!!
Nasik grg kg serr!!!! kurang pedas deh....huwaaaaaaaaa...
dasat tol name restoran tu -__-
style pon ade
sistcc
tak boleh.ahaks.
kakwos
kan dah pesan suh tgk!
huhuhu
mashi
aku tahu ko kuat makan.
teja
ssiiiaaapppp!!
chu
memang stail..p ramli's style...
hahaha.
Post a Comment