Followers

Tuesday, September 20, 2011

masa aku kecil...

masa aku kecil aku suka..

1.makan mata ikan.
aku suka kemam mata ikan goreng macam gula-gula sampai satu masa ada orang kata makan mata ikan nanti otak bebal. terus tinggal tabiat tu walaupun air liur kecur..

2.makan roti keping dengan susu cap junjung.
suka juga makan roti dengan kaya.dengan sardin.dengan kacang pusing-pusing dengan jem anggur.dengan planta campur gula.dengan dorina kosong atau keju kosong.tapi roti keping-keping dengan susu sangat mengasyikkan.

3.makan jemput2 bilis campur bawang dengan susu cap junjung.
suka juga dengan sos. tapi dengan susu lagi mengasyikkan.

4.makan telor masin bahagian warna puteh.
memang masin sikit tapi memang suka yang puteh. sama macam telor rebus biasa. suka puteh juga. tapi bila dah besar tukar pula. suka yang kuning telor dengan kicap lagi sedap.. kalau masa duk hostel. makan telor kuning dewan makan byk-byk, nanti boleh main kentut kepal.mula-mula kentut.segera amik kentut tu dengan kempalan tangan. genggam erat-erat.cari muka mangsa.lepaskan slow2 depan hidung.dan larii! sebelum kena sepak...tak pun masa orang tengah berkumpul sembang ramai-ramai, ko lepaskan kentut slow-slow-slow tanpa bunyi...tinggal ko sorang-sorang.yg lain dah lari bedesup...haha.

5.makan telor penyu bahagian warna oren.
ni lain pula. suka yang bahagian oren.bila besar dah tak makan telor penyu. susah mahu dapat.

6.makan ekor ikan goreng.
kalo arwah mak hidang ikan goreng, memang habis lah semua ekor ikan aku sebat dulu. tapi yang tak bestnya adik aku pun follow nak makan ekor ikan goreng juga. last-last, arwah ma aku potong ekor sebelum goreng. hu hu hu.

7.makan peha ayam.
aku rasa hampir semua budak-budak suka ayam goreng bahagian paha.heran! mungkin macam aiskrim. mungkin pengaruh iklan minyak masak atau iklan KFC(masa kecil, KFC belum ada di TRG).kulit ayam yang ranggup memang best waktu itu.bila dah besar bahagian dada ayam la best. kulit dah rasa geli-geli sikit nak makan..


8.tak suka soya bean.
aku rasa macam nak muntah. tak boleh blah. tapi masa duk hostel sekolah, ada satu peti yoes yang selfservis pakai syiling tu, yoes soya memang cepat habis.2nd teh bunga.. ramai orang beli.jadik masa 'mintak air sikit', pau kawan atau budak junior, lama-lama jatuh cinta terus dengan soya.


9.tak suka rebina.masam. rebina jenama yang tenggelam juga sekejap, selepas di awal kemunculan 80an. bila besar minum rebina rasa syok pula.

10.sardin cap ayam.terutama kalau nasik tu panas sikit dan lembik sikit. sampai sekarang masih begitu. ia begitu asyik.memang stim.


kesimpulannya. citarasa kita akan berubah sesuai dengan peredaran masa. setelah melalui pelbagai fasa hidup.setelah merasai banyak rasa-rasa.


namun, takdirnya tetap tidak semua rasa itu berubah. ada rasa, sampai bila-bila pun kita suka. yang paling kita suka. sampai bila-bila!

12 comments:

Tukang cuci cute said...

Bab kentut kepal tuh mmg xboleh blah lah.. klu akak dik.. sure ko kena lempang dah hahaha...

akak dulu2 suka makan kembung goreng ngan kicap.. selalu makan kalau p umah arwah nenek akak.. dah lama xmkn camtu.. sedih sebab nanti sure akak teringat dia..

Best sgt ke ekor ikan nie?? hehehe

kueh bakar said...

kak tcc

best main kentut kepal tu..kadang kalo mangsa yang kita aim tu takde..sanggup tunggu.kepal la sampai tangan berpeluh..hahaha.errr..kepal guna tangan kiri laa..byk permainan kotor kat hostel ni..haha

saya tak suka makan nasik + ikan kat umah arwah nenek sebelah arwah mak..sebab dia akan cubit ikan tu halus2...gaul dengan nasik...pah suapkan...tak best dowh..tak rasa ikan padahal trg kaya ikan..

ekor ikan best!ranggup!

alien said...

aku pun suka makan mata ikan tu..
bess woh~
hehe..

wos said...

~makan roti keping dengan susu cap junjung

oh! akak pun suka, dari muda sampai tua.


~tak suka rebina.masam

alasan yg sama mcm anak akak yang dlm gambar kat atas tu. mungkin dah besar nanti baru dia suka.

sharamli said...

suka ek0r ikan yang garing.Suka tel0r kuning.ha3

mashi said...

memang suka susu kot sebab tu semua nak cecah..

yang cecah dengan roti tu biasa tapi dengan jemput2 blom penah try ag..nanti nak try :)

kueh bakar said...

alien
bestkan..rasa dia kita je yg tahu kan..

kakwos
sama la.especialy gardenia kan..
sungguh enak dimakan begitu sajaaa..

sharamli
haah.. yg garing best..

mashi
jemput2 kalau kosong xde bwg.takde bilis lagi best cicah susu..

edaleeja said...

asal mknan dari tepung je...kompem dia ni memang suke! kan? heheheeh

kueh bakar said...

ye.memang suka tepung!

Mr PenyuBiru said...

pergh..ketuk kempal tu pengotor siot.haha..

telur penyu aku tak pernah makan.cam tak tergamak jer.hehe

kueh bakar said...

penyu..

masa kecik reseptor2 rasa tak berkembang baik lagi...

malu.sakit.letih.macam2. mak suap tibai jer...lagikpun macam comel jer bulat cam bola pimpong

whitelilies island said...

kalau aku, dr dlu smpi skrg dan mgkn selama2nya, rasa yg plg aku suka adalah nasi putih taruk kicap gaul dengan ikan kembung/termenung goreng.. fuuuhhh bley tmbh 3-4 kali.. dpt pulak nasik n ikan panas2 kan.. aduihh meleleh air liur