Followers

Tuesday, September 20, 2011

masa aku kecil part 2 (sanita)

aku kecil zaman 80an. zaman item yang dijual di kedai2 runcit hanya ada satu jenama. seperti ridsect.fumakilla.sardin cap ayam.chikedis.dan paling memori sanita.

dan bila mana, lahir sebagai anak lelaki paling tua.tiada abang. dan sudah pandai mengayuh beskal. maka adalah menjadi tugas hakiki membeli barang di kedai. dan membeli sanita spesifiknya.

masa time budak2. bila mak suruh beli, kita main belilah.tiada rasa apa-apa..

"mie..pegi beli sanita sekotak"
"mama..duit lebih 20 sen nak beli suguz boleh?"
"ha boleh"

sampai kedai..

"pakmat.. sanita satu! yang warna kuning.bunga-bunga" tangan seluk tabung suguz.
"okey siap.macam la sanita ada warna pink"

masa firsttime beli. mama panggil masuk masterbedroom, tunjuk contoh kotak sanita. aku angguk paham.ia sama macam kotak cornflakes saiz besar.masa tu cornflakes saiz kecik belum keluar.

setelah sekian lama membeli sanita. aku naik hairan. apa sebenarnya sanita ni? pulak tu ia hanya ada dalam bilik mama. tak ada di dapur. tak ada di ruang tamu. rasa ingin tahu timbul.kalau goncang kotak tu macam bunyi cornflakes pun ada..nak tanya direct macam tak sesuai.benda tu macam ada rahsia kecil..

satu waktu..masuk bilik air mama dalam masterbedroom, ternampak sesuatu dalam plastik. ish.apa tu? sanita la ni. ish kenapa ada darah? ish bau hanyir. mama sakit ker? ini pakai kat mana? berpikir seperti menyelesaikan jigsaw puzel. macam pampers baby la..

satu waktu bila dah besar sikit.dan aku telah paham sikit2 apa itu sebenarnya sanita.

"mie, beli sanita sekotak".err.malu dah menguasai. tapi siapa lagi yang nak pergi beli kalau bukan aku.terpaksa la pergi beli.

sampai kedai..masuk kedai..

terus pergi rak sanita.nak amik tetiba terpandang kaunter cashier. anak perempuan kiyut pak mat pula yang jaga. adui. macam mana ni? nak ambik ker tak? malu ni..pergi tempat aiskrim, amik aiskrim jeruk betik.seposen sebatang.

"ni jer? duit kecik takde?".awek tu muka berkerut dahi.
"takde.ha ah. ni aje". tak beli apa-apa kang malu pulak.dah masuk dalam kedai.huhu.

kayuh beskal laju2. terpaksa pergi kedai jauh. beli kat kedai sana.malu punya pasal.

kini jenama dah bermacam2. iklan pun macam2.tapi dulu, ada sekali awek aku suruh beli. time tu emegency.still masih malu.yang mana satu ada wing ni? saiz mana satu?cashier pompuan jaga. line pulak panjang. Arggghhh rasa nak pakai topeng jer.

the one and only...

11 comments:

sharamli said...

tapi time dulu kalau beli kedai cina dia balut ngan suratkb0 pastu mas0k dlm plastik hitam. Kia pulak yg pelik..kenapa dia yg jual plk nak malu..ha3

kueh bakar said...

sharamli..
serius..trg tidak byk kdai cina..95% melayu di trg..kg aku tiada satu pun kdi runcit cina..

dan pakmat tidak bungkus dgn apa2 pun...

HEMY said...

haah..aku dulu beli sanita tu kedai tu bungkus surat kabar comey je..

punya baguih sensitiviti masa tu kan. lening, tuh dia iklan tuala wanita..cam haremmm

alien said...

dulu dia bungkus surat kaba la
kedai tempat ko malas
har3

TuN TeJa said...

Mak aku dolu²ner ader suh anak lelakinya g beli benda² nih,malu katanya bior lah mak aku g sendiri...
tapi mmg sian pown nk suruh deorg g belikan...

zonaku said...

bezanya kan dulu dan sekarang...



tapi aku jenis yang x berapa kisah sangat hal ni, antara kenormalan yang nyata.



ada banyak lagi perlu dimalukan pada zaman sekarang, tapi jadi sesuatu yang seakan dibanggakan pulak

Tukang cuci cute said...

Bagus dik.. lainkali senang kalau ada bini suh p beli ko dah expert..

Pakwe akak.. Err... rasa2 ye dia nak p beli ke?? rasanya tak.. sebab bila dia ye deodorant abis pun.. akak juga yg kena p beli utk dia..

kueh bakar said...

hemy
lening? bagus2.dah tahap sijil?diploma?ijazah bhs trg ko skrg?kihkih.

alien
mungkin la..pakmat tu pemalas.

teja
lor-anak2 adalah untuk disuruh.haha.

zona
ha ah dulu lain skrg lain.dulu gilet untuk laki je.skrg utk pompuan pun ada.dulu rexona utk pompuan jer.skrg utk laki pun ada.

sis tcc
huh! x expert pun..err.try suh pkwe beli skali..test.haha..

wos said...

ko mmng mithali dik.
tahniah.
hahahaha~

Mr PenyuBiru said...

biasa sanita tu org panggil modeh kan. aku dulu tak tau gak,main beli jer.makcik kedai siap bungkus ngan kertas suratkhabar lagi. kehairanan aku disitu.

kueh bakar said...

kakwos
yang menurut perintah dalam bantahan..haha.

penyu..
ha ah.
modeh.baru aku teringat.apsal modeh hah?
lepas tu baru ada stayfree..