Followers

Wednesday, September 21, 2011

masa aku kecil part 3 (jamban)





dalam banyak-banyak jamban yang aku jumpa, jamban rumah nenek aku sebelah bapaklah yang paling rare. rumah kampung pada masa itu, belum ada bekalan air paip. cuma letrik dah ada. kg. paloh hinai. betol2 depan sungai pahang. belakang rumah pun ada mini sungai..


aku memang suka balik kampung nenek(bahasa untuk ayah's mom) sebab boleh mandi sungai..best woo mandi sungai. boleh tengok orang berenang gaya bebas. kuak kupu-kupu. gaya anjing. gaya-gaya akrobatik masa terjun sungai. err aku tak pandai berenang. takat menyelam bolehlah. berenang pakai pelambung tayar lori.memang terasa jahil tak tahu berenang walau kg bapak depan sungai..hahaha..


jamban rare..jamban ni dibuat dari 5 atau 6 batang kayu balak yang besar-besar. orang kg amik balak masa balak dihanyutkan dari hulu ke hilir (tempat terletaknya sawmill).diorang susun macam rakit.pakukan.ikatkan kuat-kuat..ia terapung-apung di dalam sungai.


di atas balak2 tu ada tempat untuk membasuh kain. tempat untuk mandi dari atas pakai gayung,tak terjun sungai. dan semestinya ada tempat untuk berak. okeh, bila time aku berak, bila tahi jatuh ke dalam sungai, tetiba pula ada ikan makan tahi aku.perghh.. sejak kecik memang aku tak makan ikan sungai. hahaha.


tapi..berak sambil dengar bunyi air..bunyi daun. bunyi angin..bunyi alam memang redup hati..bila dah habis, pakai tangan atau gayung la cebuk air yang mengalir tu..


skrg kg dah ada air paip. skrg nenek pun dah takde..dah tak balik kg lagi..gambar iksan gugel.


















5 comments:

wos said...

mencabar betul nak melepaskan hajat pun..

tak berani.. tak berani..

TuN TeJa said...

sbb tuh lah dr dulu smpai besar aku xmkn ikan sungai maupown ikan laut.....

kueh bakar said...

kakwos..
arwah mama saya tak suka duk lama-lama kat rumah mentua pasal tu la..
:P

tapi budak2 mana tak tahu keselesaan.kesukaan dan kemainan jer..

teja
ikan laut mana makan tahi weh.apo la.org trg dengan ikan mana bleh pisah.
-keropok.karipap ikan.pulut lepa ikan.laksa kuah ikan.laksam.banyak woo...

dan...
kalo tgk ayam dari kecik sampai 'dibersihkan' sebelum goreng..tak lalu makan ayam sebenarnya...

Mr PenyuBiru said...

sebab tu aku tak makan ikan.hehe

seb baik masa ko melepas tu,ikan tak melompat sambar.kalu tak,lain plak yg disambarnya.haha

kueh bakar said...

penyu..

haha.
buduh.buduh.
telor tu aku genggam.
hahaha
ekceli terpikir gak.cam jaws ker tak ikan ni...