Followers

Wednesday, September 21, 2011

masa aku kecil part 4

masa aku darjah 4 gitu, aku ada buddies, dua orang. sorang anak pengetua mrsm KT.mak dia pengetua.. sorang aku tak ingat pula bapak dia kerja apa. dua-dua nama ariff. dua-dua gatal. dua-dua ada aweks.ha ha ha.

masalahnya. aku adalah tempat untuk mereka minta tolong.

"ko tolong aku bleh?" arif satu
"tolong apa?"
"tolong simpan surat aku bleh? nanti mak aku jumpa susah"
"hah?!"
"alaa tolong la. nanti petang main bola kat padang MRSM nak?"

[padang MRSMKT tersangatlah cantik padangnya. tak macam padang sekolah aku, botak dan macam gurun. rumput tak penuh. sebagai bola lover, padang MRSM yang terjaga rapi. rumput trim. menghijau.tersangatlah nikmat untuk bermain bola.]

" nak.nak."
"ko pun simpan aku punya" arif dua.
"ehh. taknak lah"
"aku ada bola baru.semalam bapak aku beli.cap tango celup"

dua-dua surat. dari dua-dua awek.nora dan julaili. aku simpan dalam beg. arif kata tak perlu takut kantoi dengan mak aku. bukan aku punya.takut apa. yelah.yelah. dalam berkeping2 surat tu.antara pantun penutup surat...

pecah kaca pecah gelas
lepas baca harap balas

pen merah pen biru
jangan marah i love u

hahaha.terbaca.

satu masa.

"mie, ni surat2 apa ni? gatal nak bersunat ker?"
"errr...bukan mie punya. arif punya.dia suruh simpan"
"eh ko ni...pi buang surat2 ni.belajar bla2..bla.bla..bla..malas..bla..bla..sunat dua kali..bla..bla.."

satu masa yang lain.di rumah bapa saudara.

"mie..ada girlfriend ye kat sekolah?"
"ko nak jadi P ramli ke"?

apa ni?mama bagitahu ker?bengang ada.malu ada.

satu masa yang lain. di rumah bapa saudara lain.

"mie..belajar dulu. jangan ada makwe."
"pakcik dulu umur 30 baru bercinta"
"tak baik tulis-tulis surat time kecil2 gini"

ya ampun!mama!!!!!!

-theloveletter's saver-

5 comments:

Tukang cuci cute said...

Muhahahahha... bukan surat tuh ada nama ke.. kepada Ariff? ke takde nama sebab tuh mak ko ingat tuh surat cinta ko.. tapi dahsyatlah kan.. klu jumpa ada 2 surat hehehe..
kalau akak pun dik.. akak dah usik ko.. paling2 pun ayat akak.. belajar.. nak cinta boleh.. tapi make sure belajar rajin2.. (ayat sporting hehehe)

kueh bakar said...

arwah tau tu bukan surat saya..cuma pakcik2 je yang sengal..
hahaha.

Mr PenyuBiru said...

hahaha.. tak pasal-pasal kena perli ngan pakcik pakcik. yg best tu kena sunat dua kali tu. masa zaman kecik,kalau kena ugut suant dua kali mmg ketaq lutur aa.hehe

Hanis Azla said...

he..he.. sebab nak back up kawan2, sendiri yg terkena yer.. tp klu tak back up tak dapat pulak main bola kat padang cantik dengan bola baru tu kan..

kueh bakar said...

penyu.
komen box dokleh nok komeng la.ero sokmos.

novelis kakhanis
ye..back up punya hal.malu dapat.haha