Followers

Saturday, June 5, 2010

gula



aku rasa pelik.kenapa susah nak dapat gula..dari dulu lagi masalah ni berulang-ulang...walaupun menteri pengguna bertukar org, masalah tetap sama...gula tiada di kedai..kehabisan stok...dan org ni kata org itu salah..org itu kata org ni salah...

kalo dalam citer ahmad albab lakonan p.ramli....gula dan garam adalah bende yg wajib ada dalam mana2 isi rumah di dunia....sebab ia brg asas....air perlu gula..masak perlu gula...tubuh pun perlu gula...org kaya ke..org miskin ker...akan guna gula yg sama...kuantiti yg sama...tidaklah jika ko kaya ko letak 10 sudu gula dalam segelas teh o ais limau...berbanding org miskin letak 1 sudu sahaja...tidak begitu...

sepanjang isu tiada gula oleh rakyat jelata..tiadalah pula raja gula...manusia terkaya di malaysia...robert kuok memberi komen....dia menjual barang paling asas...dan menjadi org paling kaya....org-org bising-bising...dia diam kaku...aku tak paham!!!

menjadi menteri pengguna bukan senang..setiap saat ada komplen..mana bleh bepoya-poya macam menteri budaya atau menteri belia....aku cadangkan lantik 3 menteri pengguna...sebab semua 30juta rakyat malaysia adalah pengguna...amacam ada berani?

Wednesday, May 12, 2010

badminton

aku malas nak tulis pasal thomas cup skrg...aku ilang selera tgk badminton ni lepas sistem mata 15 ditukar jadik 11...kira cam main pingpong...tak best...kalo 15 mata baru boleh tgk sumer skills...rally panjang...thrilling abiss...macam thomas cup 1992...aku form 2 masa tu...

cikgu/warden asrama bagi kelonggaran tgk tv time tu...tak payah pegi prep malam....apa lagi memang bergema laa bilik tv....bila mata terakhir sah piala milik mesia...lompat2 macam beruk laaa semua..naik histeria...panggg!!! panggg!!! abess tingkap pecah...10 saat semua org da hilang...bilik tv kosong.....tinggal laa tv sorang2...ahakss...

best tgk gambar2 ni...'gambar tanpa sempadan'..















ini pun 'tanpa sempadan' jugak...



nota kaki : aku jangka mesia tak menang tomas cup kali ni..

Friday, April 16, 2010

dr rozmey



mula-mula aku nampak muka dia ni aku ingat jugah mana laaa mamat ni(motto dia :Think Big, Never Quit, Never Say No, Brutally Honest, Luv ur Biz)...sekarang muka dia hari2 kuar paper..promosi 2 alam..countdown hari2, bila filem dia mahu keluar...mahu target 12 juta box opis...seorg optimis...



aku kata dia takkan capai target 12 juta...5 juta pun susah..(aku melayu lama? PHD? ;p) kerana...

filem dia belum terbukti...yg aku dgr hanya dia yang puji citer dia best...'citer yang mengembalikan kegemilangan jalan ampas'...sedikit poyo situ..he he he..belum lagi aku dgr komen2 dari pelakon2 2 alam....mgkin tu taktikel...pelakon2 xbleh bgi komen....kang kuar komen senada nabil habislah..

lagi pun org melayu tak gemar lebih2...kalo diri sendiri war-war kan lebih-lebih org melayu tak suka....melayu lebih suka low profile....negatif? mungkin kalo dalam bisness...

pengarah pun tak ternama...'leftenan adnan', pengarah sekerat citer.. pun bukanlah seorg pengarah hebat...heroin juga masih baru...

tapi jika dia terus menghasilkan filem...filem ke 5 ke...ke 8 ke cerah kmungkinan dapat capai 8 juta atasi adnan sempit...

bila buat kali pertama akan ada banyak error...ada kurang...ia proses semulajadi untuk jadi hebat...ia proses pembelajaran...bila dah buat banyak kali jadilah hebat...apapun aku tgk dia banyak idea...gila-gila...tokah arus dan kalis....semoga dia berjaya dalam industri filem suatu masa nanti....

nota kaki : kalo korang tgk iklan jusmate 5....gambar dulu-kini...yang dulu pendek dan gemok...yang kini kurus dan tinggi...nampak sgt mengedit...

Wednesday, March 10, 2010

tipah tertipu part 2

setelah 5 bulan berlalu, barulah, pak kasim, bapak tipah tahu, yang anaknya ditangkap basah.Dia berasa sangat-sangat marah dan sangat-sangat dalam kecewanya...

"aku nak jumpa jantan tu....sape nama dia? mana dia tinggal? cakapp!!" pak kasim mengamuk.

tipah sendu-sedan..mak tipah menggosok-gosok belakangnya..dia juga mengalir air mata..sedih dan sayu...


"sudah lah bang..."maknya memujuk..

"itu lah awak..manja sangat budak ni..skrg dah jadi macam ni sape yang malu?!"
Mak leha diam...

"oii! sape nama dia?!" kesabaran makin tipis..

"latif bah" tipah tutur..

"dia latif! ko tipah !! haa elok benarlah tu!! ko bawak aku jumpa dia!"

Sebenarnya, Latif selepas peristiwa tersebut tidak lagi rapat dengan tipah. dia menjauhkan diri..dia bukan benar-benar sukakan tipah..dia sudah ada gf, Linda. anak org berada.kaya sepertinya. cuma linda belajar di luar negara.mereka kenal sejak sekolah lagi..sekarang geografi memisahkan...

Dan sebenarnya bapak tipah tahu pun peristiwa hitam tu kerana beberapa orang kampung telah bertanya kepadanya..memerli lebih tepat...

" hai lebai...hari2 pi surau..anak perempuan dah kawin pun tak ajak"

Pak Kasim hanya tersenyum dan berlalu..senyum manis pun tidak.senyum kelat pun tidak..dia tidak syak apa-apa walaupun blank dengan ayat2 nakal org sekampungnya itu..akhirnya dia tahu jua...

Rupa-rupanya berita rahsia tipah ditangkap basah sampai ke kg kerana mona..anak pak hamid, yg seuniv dengan tipah..Walaupun sebelum itu tipah sudah merayu dan mintak sgt supaya mona tidak ceritakan pada sapa2 terutamanya org kg..Sampai menangis dia...mohon agar rahsia dirahsiakan..dan rahsia terbuka jua...mona cerita pada sepupunya..hingga ke polan dan ke polan..

berangkatlah pak kasim dan isteri ke rumah latif..untuk menemui parents latif..maka terkejut beruklah latif dengan kehadiran orang tua tipah..Lagilah terkejut beruk makyis bapak latif mendengar cerita yang disampaikan pak kasim. Spontan latif ditampar oleh bapanya,damak..latif tunduk...damak meminta maaf bagi pihak anaknya...

" tak perlu lah mintak maaf, tepuk sebelah tangan tak bebunyi...anak kami pun salah juga..." Pak kasim memotong..matanya melirik pada latif...

Berdiskaslah mereka pjg lebar..keputusan dicapai..mereka dan mereka mahu latif dan latifah dikawinkan.. nikah gantung dulu..

"saya taknak kawin dengan dia..." latif mencelah..tunduk mak leha mendengarnya..

"saya nak abis belajar dulu daddy, mahu kerja dulu"

"daddy dah buat keputusan..ko kena kawin jugak..bende dah jadi ko kena tanggungjawab..ko dah malukan daddy dan mummy sekali...jangan buat dua kali!"

"tapi.."

"Takde tapi2 lagi...muktamad!"

Latif berpusing..teringat dia akan linda...berjalan keluar rumah. setat keta myvi kakaknya..laju memecut belah angin..

"abg kasim dan kak leha..kami sangat kecewa...malu..tapi benda dah jadi...menangis air mata darah pun tak mengubah apa-apa...jadi kita buat apa yang patut...tentang latif, biarlah kami uruskan..tahulah kami.."lembut tutur pak damak..

Baliklah Pak Kasim dan Mak Leha...Hati pak kasim tetap runsing bila teringatkan tingkah latif...

"saya runsinglah bang aji.."

"Maknya...kita merancang..biarlah Tuhan menentukan...doa sajelah leha..."pak kasim terus memandu pulang...

bersambung...

Friday, March 5, 2010

jatuh terduduk

Ada orang kata...

"kita jangan lari dari masalah..Lari dari masalah, masalah takkan selesai, malah mungkin bertambah teruk dan buruk..Jangan lari, selesaikan..."

"ada sakit ada obatnya...ada masalah ada penyelesaiannya"


itu yang selalu aku dengar dan pelajari..bagi aku kata-kata
itu begitu betul..kadang aku juga menasihati orang lain sebegitu..

Straight to da point...

aku telah bangkrap kini..dulu punya 6 kedai...sekarang satu pun tak ada...silap judgement dan silap keputusan...Tapi ia bukanlah kesilapan sekelip mata..Ia kesilapan yang sedikit-sedikit dan berulang-ulang...Akhirnya tidak dapat ditahan dan pecah meletup...

mesin-mesin di kedai ditarik balik...disaksikan oleh jiran-jiran dan pesaing-pesaing...kawan dan musuh...cek-cek mula 'tendang' dan akaun ditutup...yang mana sempat aku kensel aku kansel...blacklisted bank negara..

supplier-suplier datang mencari...suplier stationery..paper..toner...mesin..
kawan-kawan lama yang melabur juga mencari...akhirnya sms2 ugutan juga tiba.

lebih sedekad aku berniaga...segala macam yang datang dapat aku selesaikan..kali ini..aku LARI...LARI dari masalah...tiada lagi income...v6 takleh bayar..kancil puteh..kancil kuning..semua benda dah tak mampu bayar...bank tepon dan penarik keta pun menjejak...

aku sangat2 sedih..sangat2 kecewa...Bukan kerana aku gagal..bangkrap...aku tiada apa-apa..tapi kerana aku kecewakan ramai org..banyak pihak...family..kawan-kawan yang aku kenal sejak awal 90an..ketika baligh pun belum..

Aku tidak mampu nak bersemuka bercerita..vis a vis..face to face..aku tidak mampu..bercakap hp to hp juga tidak terdial..kelu.bisu.pegun.gelap.busuk..uuhhh..

HP aku tutup..aku terpaksa lari..lari dengan bagpek..tidak boleh tido malam..tidak juga boleh tidor siang...perut tidak lapar..tidak makan tapi bontot mahu berak...tertekan...kepala pening dan pusing...tahulah aku kenapa org putus asa dan bunuh diri...

di SINI aku mahu bermula kembali..Aku mahu menyelesaikan 80,000.00 yang aku hutang..secepat mungkin...Macam mana? aku pun belum tahu...Semoga ALLAH SWT membantu...tiada lagi tempat mengadu sebaik Dia..Maha Mengetahui..Maha Pengasih..Maha Penyayang...Yang Kunfayakun...saat begini barulah ingat Dia..hu.hu.hu..

"Ya Allah..kuat semangatku..murahkan rezekiku..tenangkan jiwaku..lapangkan fikiranku..amin"

kini tiada apa-apa..jatuh terduduk...semoga izin Tuhan..sedikit masa nanti aku akan kembali "bangun berdiri"..


ps-ayah.songo.sall.Dol.d.O.botak.mel.pejo.pakcikbuyer.sema.acik. maafkan aku..maafkan aku...

*no komen please*

Monday, February 15, 2010

sajak fynn jamal

sajak fynn jamal...aku paling suka yg ni..
jadik aku copy-paste sini...
puisitepijalan.blogspot.com
.............................................

setiap kali aku hendak mula tulis tentang dia,
aku hilang kata2.

maka biarlah.
satu hari nanti akan datang
bila aku jumpa bait2 kata yang boleh aku kaitkan
untuk menceritakan betapa cantiknya jiwa dia.

*diam*

tiba2 rindu inul aku.
dia sahaja dulu yang mampu buat aku rasa begini.

rasa protektif.
rasa menggagah.
rasa untuknya aku sanggup menggetar langit merah.

*diam*

kawan.
tak perlu hari2 ada.
tak perlu hari2 jumpa.
tap perlu hari2 ingat.
tak perlu hari2 dekat.

yang penting --
yang peduli.


.............................................

Woha!!!

Thursday, December 31, 2009

tido bogel

aku pernah tido bogel. Kau pun pernah. Semua org pernah..kita pun dilahirkan berbogelkan…masa kecik selalu lah kita berbogel sebab tiada rasa malu..lama-lama timbul rasa malu..lama-lama jarang-jaranglah tido bogel…dan mungkin terlalu dan tersangat jarang…sampai kita pun lupa bila kali terakhir tido bogel..

bayangkan ko tido lambat..dan tak cukup tido…jam loceng dah menjerit… pagi hujan renyai…angin bayu-bayu..ko tanpa pakaian...baru nak mandi…tiba-tiba hp beeping! ada msg masuk…”program kansel..tak perlu dtg..sori!”…mata tentulah besar…membulat! Mungkin terus melompat ke katil…guna pula selimut Monticello ’50% polister 50 % cotton’(yg bila ko tarik selimut tu ia takkan melekat pada kuku kaki)…lawas! nikmat! nyenyak!

Itulah yang aku rasa bila menulis tanpa dikenali…blog lebih pada rasa hati..rasa jiwe..tanpa dikenali kita bebas menulis..rasa selamat… kita pasti akan suka kawan bertambah ramai…tapi harganya kita tidak boleh tulis apa yang kita nak…ada ‘limit’ di situ…menulis tanpa dikenali umpama Tido Bogel..Lawas! Nikmat! nyenyak!

Aku tgk ramai blogger yg rase seperti itu…kau seme rase juge seperti aku rase?

Hanya sedikit manusia dekat dengan aku.

Bercerita di tempat yang tidak kau ketahuan.

Sepi yang mengasyikkan.

Dan membunuh

–sarahlovehatelifeangel-


Aku sedang terfikirkan untuk sesuatu yang lebih ringkas, lebih peribadi, anonymous dan low profile tetapi bukan di sini.

-Kapten luffy-