Followers

Monday, May 20, 2013

Swing Girls


 "Melayari internet - kesesatan yang mengasyikkan"

Terjumpa cerita jepun - Swing girls and a boy di youtube- Arahan Shinobu Yaguchi keluaran tahun 2004, menduduki tangga ke 8 senarai box office tahun tu. Menang 7 anugerah festival filem pada tahun 2005.

Cerita ni bermula dengan sedikit boring dan plot yang slow. Kisah tentang Tomoko dan sekelas budak perempuan yang tidak suka dengan matematik dan sentiasa mencari alasan untuk tidak belajar matematik. Asal ada helah je, pasti digunakan untuk tidak belajar matematik dengan cikgu lelaki yang membosankan, Ozawa - the jazz fan.

Kisah menjadi lebih menarik setelah mereka dipaksa untuk memasuki brass band sekolah oleh Nakamura. Untuk tidak belajar maths mereka sanggup memegang alat muzik yang tidak pernah mereka fikirkan. Pelbagai peristiwa berlaku dalam proses belajar muzik. Dan akhirnya mereka mengalah.

Namun, setelah mengalah, Tomoko sedar dia telah jatuh cinta dengan muzik dan sax. Dia merindui jazz. Akhirnya dia nekad menjual ps2 dan tv adiknya - untuk memiliki sax secondhand. Lucu scene ni. Cerita menjadi semakin menarik dengan semangat dan halangan-halangan untuk menjadi brass band bebas - Main muzik kerana minat. 

Ia cerita tentang semangat never give up. Do something with your likes - at utmost. The do - will bring you the unexpected journey. Yang menjadikan cerita ini sangat special - mereka telah belajar main instrument beberapa bulan dengan yamaha muzik sebelum penggambaran dan bermain muzik sendiri dalam filem!

Cerita ini sangat kelakar. Ia kelakar yang natural. Sangat menghiburkan. Di akhir cerita, jika kau berada di panggung wayang dan mungkin peminat death metal - kau tetap akan swinging dan jazzing di babak akhir. Standing ovation!


"Graviti tiada kena-mengena langsung dengan manusia yang jatuh cinta" -Albert Einstein-


4 comments:

Kniedaz said...

macam menarik je ceritanya..dalam youtube ada tak?

kueh bakar said...

menarik. tengok ler. ada kat youtube.

Chuu Muqhlis said...

pennnah tgk!!! tp da agkkkk lupe sbb dah lme dulu tgk

kueh bakar said...

cu..
ye..aku pun banyak lupa langsung jalan citer, citer2 yang pernah aku tengok..