Followers

Friday, May 31, 2013

Jambatan Ke Syurga (Astro Oasis)


Cerita ni sangat banyak mengajarkan. Tentang tanggungjawab sebuah kehidupan di dunia Tuhan. Dilakonkan oleh heroin Elfaeza Al-Huq. Haji Baharin 57 tahun, telah kematian isteri. Setelah itu ada beberapa babak, dan dia mempunyai rasa kasih dengan anak kawannya, juga kawan anaknya, Hani Al Huq yang berumur 24 tahun. Ini bukan kisah cinta lara nestapa.

Setelah berkahwin tidak lama, Haji Baharin terkena strok. Hani menjaga Haji dengan penuh kasih. Mampukah Hani Al-Huq bersabar dan mengharungi masa mudanya dengan menjaga seorang suami yang terkena strok? Kuatkah Hani?

Ini sebuah kisah tentang ibu bapa - takdir - sakit dan mati.  

Jika masih mempunyai ibu bapa - Atau mahu memahami kematian ibu kepada bapa atau kematian bapa kepada ibu - Atau mempunyai ayah/ibu yang sakit - Dan anda masih bekerja. Inilah ceritanya. Mesejnya sangat jelas dan sampai. Skrip Zahirah Hassan bagus.

Terkejut dengan perfomance lakonan mak Hani. Sangat bersahaja dan natural. Aku tak pernah nampak dia berlakon sebelum ni. Rumah Haji Baharin sangat unik. Katil kayunya lawa berukir. Cadarnya putih. Scene 1:10:10 sangat cantik dan klasik 'angle'nya. Beautiful.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosaku, limpahkanlah kesabaran yang tidak terhingga, kurniakanlah di hatiku ini sifat keredhaan, peliharalah lidahku dari kata-kata nista, dan kuatkanlah semangatku untuk menghadapi segala cabaran. Ya Allah, seandainya suamiku ini adalah pilihanMu di arasy, berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya, sekiranya suamiku ini, adalah suami yang akan mengiringi tanganku di titianMu, kurniakanlah sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannahMu, berikanlah aku sifat tunduk dan tawaduk atas segala perintahnya. Seandainya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di duniaMu, peliharalah tingkah laku dan kata-kataku agar aku tidak menyakiti perasaannya. Sekiranya suamiku ini adalah jodoh yang dirahmati olehMu,berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala ragam dan kerenahnya. Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui atas segala sesuatu dan atas segala yang tersirat. Amin.." -Doa Hani Al-Huq-

"Walaupun sepasang mata tidak berkedip memandang bintang di langit malam, sepasang kaki hendaklah teguh memijak bumi" -kueh-

No comments: