Banyaknya kalut sebelum game. Tinggi pressure game ni. Dari penyokong biasa lain negeri sampai menteri sukan cakna dengan perkembangan separuh akhir kedua Piala F.A 2013. Cyberwar sehangat pilihanraya umum 13. Inilah tanda-tanda ketandusan dan kelaparan piala, dua gergasi bolasepak yang sedang dikejutkan dari lena.
JDT kenalah akur dengan dengan Fam yang menetapkan Pahang tetap kekal sebagai status tuan rumah sekali pun bermain di stadium berkecuali. Ia bukan susah hendak diterima akal. Ramai yang kata Pahang dapat untung lebih dari penjualan tiket, tapi setahu aku hasil kutipan tiket dibahagi sama rata.
Perkara baik selepas kejadian di Stadium Darul Makmur ialah kedua team boleh bermain di Stadium Nasional dengan stadium full-pack. Bukan senang dapat suasana seperti ini terutamanya pemain Pahang yang rata-rata muda dan mendapat pengalaman pertama. Pemain JDT telah biasa dengan suasana seperti ini kerana ramai tonggak JDT adalah tonggak pemain kebangsaan -Gold Sea games dan Juara Aff Suzuki cup. Kelebihan pengalaman tentulah kepada JDT.
Jika salah satu team kalah pun, penyokong tidak kempunan mana untuk tidak ke final kerana menonton live di stadium bukit jalil dengan hampir seratus ribu penonton akan dikenang sebagai magis yang sukar dilupakan.
Pahang adalah underdog. JDT adalah favourite. Semoga pemenang sebenar malam ini adalah bolasepak Malaysia.
JDT dan Pahang - Sebelum luaskan kuasamu, Luaskan stadium mu. Ahaks!
"jika kita kehilangan seseorang yang bermakna, bukan kejadian yang menyedihkan. Momen-momen yang telah bersama itulah penyebab kesedihan" -kueh-
Hello world!
3 years ago
1 comment:
Suka kata2 yang terakhir tu...moment tu yang menyedihkan...hehehe...
Post a Comment